CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mrs_salvatore

Pengalaman Seorang Pegawai Penyelamat Hutan di USA (ceduk dari reddit)

  [Copy link]
 Author| Post time 30-12-2020 07:32 PM | Show all posts

Alamak ye ke nnt I try carik yg tak berapa seram
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2020 08:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Mak ai scary gila. Yang lelaki tak ada muka,bunyi meow dengan bunyi budak kejap nangis,kejap mengilai ulang2 macam radio tu paling seram. Belakang katil aku open wardrobe,side aku tidur ni boleh nampak cermin hadap wardrobe tu gelap aje aaa. Nak cakap laki takut segan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-12-2020 09:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Straya replied at 30-12-2020 08:29 PM
Mak ai scary gila. Yang lelaki tak ada muka,bunyi meow dengan bunyi budak kejap nangis,kejap mengila ...

Hehehe tq uols. Ni pengalaman org lain i tukang translate je
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2020 10:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Gaya penceritaan tt wat terasa seram meremang bulu roma kadang2
Iols ada baca sikit2 nosleep dlm reddit tu, baca yg citer pasal jumpa budak kat airport sunyi sebab covid tu, terasa mcm sangatlah plastiknya citer so separuh je iols baca
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2020 10:26 PM From the mobile phone | Show all posts
missinpiece replied at 30-12-2020 10:18 PM
Gaya penceritaan tt wat terasa seram meremang bulu roma kadang2
Iols ada baca sikit2 nosleep  ...


Tapi tak dinafikan kt reddit tu pun nampak nau yang reka-reka citer. Cuma i caya ada jugak yg diorg share tu kisah betul. Yg btul ni kdg2 citer simple je tp terasa seram bile bayangkan. Yg tu yg real bg I.
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2020 11:00 PM From the mobile phone | Show all posts
annehuda replied at 30-12-2020 10:26 PM
Tapi tak dinafikan kt reddit tu pun nampak nau yang reka-reka citer. Cuma i caya ada jugak yg di ...

Yep. Tak dinafikan ade yg betul. Yg version kak hasanah pun kadang2 ok je utk dibaca sbg hiburan. Kalau meleret2 tu mau muntah membaca
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 30-12-2020 11:28 PM | Show all posts
Ko Dah Kenapa Pakcik?

Aku bekerja sebagai seorang ahli botani di sebuah taman negara. Walaupun aku bukan renjer hutan tapi aku masih diwajibkan untuk pakai baju seragam.  Pada suatu hari, aku dan rakan sekerja aku tengah menjalankan tugas hakiki kami dan kami disapa oleh seorang lelaki tua.

Lelaki tua tu sekilas pandang macam normal, dari segi pemakaian pun dah boleh agak pakcik ni memang kaki outdoor. Kami pun sempat la bersembang dengan pakcik ni. Pakcik ni agak peramah jugak, umur dah 80an, pastu dia mengaku dia dah beberapa kali dah masuk hutan tempat aku bekerja ni. Tapi mungkin aku je yang tak perasan kot.  Kagum jugak aku dengan pakcik ni tua-tua pun masih cergas lagi.

Pakcik tu pun meneruskan perjalanan dia, aku dan kawan aku pun sambung balik kerja kami.  2 jam kemudian, kitorang nampak pakcik tu dah keluar dari hutan. Tapi……pakcik tu tak pakai seluar. Nasib baik la t-shirt dia labuh jadi tak nampaklah telur dia yang dah kecut tu.  Walaupun pakcik tu tak pakai seluar, tapi pakcik tu selamba je macam takde apa yang berlaku. Siap angkat tangan hi senyum-senyum kat kami lagi.  Aku dan kawan aku tercengang tak mampu nak berkata apa-apa dan kitorang peratikan jelah pakcik tu berjalan melenggeng sampai ke pintu pagar.

Sepatutnya aku kena melaporkan perkara tu pada ketua stesyen aku, sebab berbogel kat taman negara ni sebenarnya satu jenayah. Tapi aku biarkan je. Sekali sekala aku tergelak sendiri bila teringat balik kat pakcik tu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2020 02:00 AM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 30-12-2020 11:28 PM
Ko Dah Kenapa Pakcik?

Aku bekerja sebagai seorang ahli botani di sebuah taman negara. Walaupun ak ...

Kipidap translate cerita renjer hutan dan kisah seram berkaitan hutan dari reddit  Aku pun sr tegar kat sana tp layan betul baca translated version tt ni. Lgpun ada bnyk kisah renjer tu yg aku tak penah baca pun yg tt share kat sini. Td aku try gi search kat nosleep, tak jumpa lak benang asalnya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-12-2020 07:57 AM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 30-12-2020 07:29 PM
Sahabat Setia Ke Akhir Hayat
Aku dah 15 tahun bekerja sebagai renjer hutan di Jabatan Perhutanan US ...

Yg sedih.. Betul kata org.. Anjing haiwan paling setia.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-12-2020 08:43 AM | Show all posts
Chixlorm replied at 31-12-2020 02:00 AM
Kipidap translate cerita renjer hutan dan kisah seram berkaitan hutan dari reddit  Aku pun sr tega ...

hehehe tq tq uols.   aku ada tambah2 skit mcm dialog tapi jalan citer sama je.  kalau ada yang tersilap translate tu maap la ye
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2020 11:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Woah dh lme xde thread best kat sini. Thank u tt for the extra effort u put into this thread! Seronok i bca pengalaman org luar malaysia ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-12-2020 02:15 PM | Show all posts
nipskacang replied at 31-12-2020 11:52 AM
Woah dh lme xde thread best kat sini. Thank u tt for the extra effort u put into this thread! Serono ...

tq tq uols i pun translate citer org je ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-12-2020 02:21 PM | Show all posts
hi korang   memandangkan ade yg komen citer seram sgt,jadi I selit2 skit la citer2 yg kelakar.  semua citer yg i translate ni mmg i ceduk dr reddit, ada yang dari askreddit, ade dari nosleep. harap2 mod tak kisah kalau i selit2 citer bukan hantu/misteri kat sini ye
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2020 04:45 PM | Show all posts
mrs_salvatore replied at 30-12-2020 11:28 PM
Ko Dah Kenapa Pakcik?

Aku bekerja sebagai seorang ahli botani di sebuah taman negara. Walaupun ak ...

aku syak atok ni nyanyok ni..haha lupa pki seluo gamaknya
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2020 06:00 PM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 13-12-2020 06:14 PM
Rakyat US tak paham kot konsep makhluk halus macam orang Asia.

Ya betul...budak2 baby kecil pulak tu dibawaknya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-12-2020 08:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Chixlorm replied at 31-12-2020 02:00 AM
Kipidap translate cerita renjer hutan dan kisah seram berkaitan hutan dari reddit  Aku pun sr tega ...

I pakai apps reddit is fun. Leh search kt nosleep. Tapi i campur2 skit dengan citer dr thread2 lain kt reddit. Ada jugak yg I amek dr replies. Takle semua I pilih mana yang I rasa I mampu translate je hehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-12-2020 08:52 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 31-12-2020 07:57 AM
Yg sedih.. Betul kata org.. Anjing haiwan paling setia.

I speku maybe roh anjing tu dah lama ada kat situ tapi takde sape nak dekat dengan dia. Tapi tak seram ke ada orang bunuh diri kt hutan tu huhuhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-12-2020 08:52 PM From the mobile phone | Show all posts
havovasta replied at 31-12-2020 04:45 PM
aku syak atok ni nyanyok ni..haha lupa pki seluo gamaknya

Kan tapi nasib baik la atok tu tak sesat dalam hutan jadi lain pulak citernye nnt
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2020 08:55 PM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 31-12-2020 08:52 PM
I speku maybe roh anjing tu dah lama ada kat situ tapi takde sape nak dekat dengan dia. Tapi tak s ...

Mungkin selama ni dia ikut tuan dia.. Jadi bila tuan dia bunuh diri.. Dia nak usaha utk dptkan pertolongan dari manusia supaya tuan dia boleh dikebumikan dgn cara sempurna dan tunai tanggungjawab dia
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-12-2020 11:20 PM | Show all posts
Siapa Yang Bergaduh Tu?

Aku ada seorang kawan yang bekerja di taman negara, tapi dia bukan renjer hutan. Tapi dia ni pembantu kepada renjer hutan.  Pada suatu hari, dia ikutlah renjer tempat dia masuk hutan untuk cari dan musnahkan peralatan-peralatan pemburu haram dalam hutan tu.  Hutan tempat dia tu memang selalu jadi tumpuan pemburu, kadang-kadang pemburu haram ni suka letak kamera la, perangkap dan umpan dalam hutan tu. Diorang masuk hutan tu masing-masing naik ATV.  ATV tu rupenye macam ni ha

Sekali tu, renjer hutan tu kata nak balik la pulak sebab badan rasa tak sihat.  Masa ni jarak dari lokasi diorang dalam hutan tu dari pejabat dalam sejam naik ATV la jugak.  Kawan aku pun cakap ok takpe, dia boleh habiskan kerja kat situ, jadi renjer tu pun balikla ke pejabat.  Jadinya tinggallah kawan aku sorang-sorang dalam hutan tu. Sekali tu, kawan aku terdengar suara orang.  Kawan aku pun tegurlah, hey sape tu.  Tapi takde yang jawab.  Kawan aku pun macam, erm okay dan teruskan jelah sambung kerja tu.

Hari dah nak gelap, jadi kawan aku pun nak balik lah ke pejabat dia.  Die pun start la ATV die, eh tapi tak hidup.  Bila diperiksa, la rupanya bateri tak bersambung. Dia cuba positif, ah agaknya tadi masa datang sini bateri ni tercabut sebab dia bawak lasak sangat kot. Dia pun sambung dan cuba hidupkan balik ATV dia. Berjaya jugak.  Tapi ATV dia bergerak tak laju macam biasa.

Lama-kelamaan, ATV bergerak  makin perlahan sampai termati tengah jalan.  Rasanya tak sampai setengah batu pun dia bawak tadi.  Dia pun hubungi pejabat dia pakai radio untuk mintak tolong orang datang ambik.  Staf pejabat pun ok je tapi mintak dia tunggu dalam sejam la untuk diorang sampai situ. Kawan aku sempat tanya, renjer tadi dah sampai sana ke, tapi staf pejabat tu cakap takde pun.

Hari dah gelap, kawan aku ni pun buatlah unggun api sikit.  Tak lama lepas tu, dia terdengar suara orang lagi.   Dia cuma pasang telinga dengar apa yang orang tu cakapkan.  Dari nada suara tu, macam bunyi 2 orang tengah bertengkar.  Sorang tu nada macam marah sangat, yang sorang lagi tu macam tengah ketakutan.  Kawan aku anggarkan yang 2 orang ni jaraknya 1000 kaki atau 300m la jugak dari die  Kawan aku ni pun laungla dari jauh, oi apsal tu? Tapi 2 orang tu buat tak peduli je ngan teguran kawan aku tu.

Kawan aku ni dah rasa tak selesa, jadi dia pun hubungi la balik pejabat dia.  Kenapa lambat sangat datang ambik dia ni?  Pejabat cakap diorang ada masalah sikit nak dapatkan lokasi sebenar dia.  Kawan aku pun mintaklah HQ ni untuk dapatkan lokasi dia dari Ipad yang renjer hutan tu bawak.  Masa diorang masuk hutan siang tadi, diorang guna Ipad tu sebagai alat pandu arah. Tapi HQ beritau kawan aku ni, yang renjer tadi tak masuk-masuk ofis pun sampai sekarang.

Beberapa minit kemudian, dua orang tadi tu mulalah bertengkar balik.  Ikutkan kawan aku ni malas nak amek tau hal diorang ni, tapi dari tadi asyiklah bergaduh je, jadi kawan aku ni pun amek keputusan nak pegi sound diorang ni.  

Kawan aku pun berjalanlah menuju ke arah suara tu, tapi kawan aku perasan, makin dia dekat dengan pasangan bergaduh tu, jadi makin jauh lah pulak diorang.  Macam diorang tu bergaduh sambil berjalan.  Dah 20 minit kawan aku berjalan tak jumpa-jumpa jugak orangnya, dengar suara je, kawan aku pun patah balik jelah.

Balik je ke ATV, kawan aku dapat panggilan dari pejabat. Pejabat maklumkan yang diorang jumpa renjer tadi tu tak sedarkan diri dan muntah-muntah masa dalam perjalanan nak balik ke pejabat tadi. Tapi pejabat dapat agak dah di mana lokasi kawan aku sekarang ni jadi diorang mintak kawan aku ni tunggu lagi. Tak sempat kawan aku nak reply, radio mati la pulak.

Betul-betul lepas talian radio terputus tu, pasangan tadi pun mulalah bergaduh lagi. Nak tak nak kawan aku pun terpaksalah tadah telinga dengar je.  Antara bait-bait pergaduhan yang kawan aku ni dengar
“Ni bukan milik kau yang kau nak amek sesuka hati”
“Peduli apa aku”
“Kau lebih tau kan?”
Dari pertengkaran diorang ni kawan aku agak, ni mesti 2 orang pemburu tengah berebut hasil buruan ni.  Bertikam-tikam lidahlah dua orang tu sampai meninggi-ninggi suara, pastu senyap seketika, dan kemudian……

BANG.  Bunyi sedas tembakan dilepaskan.  Terkejutlah kawan aku ni. Cepat-cepat dia matikan unggun api tadi dan menyorok di balik semak.  Tapi keadaan jadi senyap sunyi, tiada lagi suara orang bertengkar. Kawan aku ni menyorok tak berani nak keluarkan apa-apa bunyi dalam setengah jam lah jugak.  Bila pasukan pejabat dia datang barulah dia berani keluar dari tempat persembunyian dia.

Kawan aku pun ceritalah pada team dia pasal bunyi tembakan tadi. Kawan aku syak yang salah seorang pemburu tadi dah kena tembak, jadi dia dan team dia pun mulakan pencarian di sekitar tempat tu. Dalam 3 jam jugaklah dia dan team dia mencari, tapi tak jumpa apa. Esoknya, diorang pun lapor polis dan polis pun datanglah bawak anjing pengesan.

Pencarian esoknya akhirnya menemukan satu kubur yang digali tak berapa dalam.  Dalam kubur tu adalah sekujur mayat yang telah ditembak di muka. Tapi…..mayat tu dah tinggal rangka.  Dari pemerhatian awal, mayat tu dipercayai dah ditanam di situ bertahun-bertahun dah.  Jadi apa sebenarnya yang kawan aku dengar malam tu?

Teori kawan aku, mungkin malam tadi tu pemburu tu tembak tak kena, jadi dua-dua pun keluar dari hutan tu. Mayat tu kebetulan je ada kat situ.  Tapi aku rasa, teori tu cuma teori nak sedapkan hati dia je…


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 09:14 AM GMT+8 , Processed in 0.458113 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list