CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cicicumel

Kereta dipanah petir lalu meletop bagaikan bom gara2 panahan bergabung dgn mercu

[Copy link]
Post time 22-5-2021 09:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Ya Allah ngerinya.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-5-2021 09:59 AM | Show all posts

Lelaki Maut, Kereta Meletup Dipercayai Akibat Mercun Bola

KOTA BHARU: Seorang lelaki maut dalam keadaan tragik dengan anggota badan hancur selepas kenderaan yang dipandunya meletup di Jalan Pintu Geng, Kampung Sireh, di sini petang tadi, dipercayai akibat membawa mercun bola.


Dalam kejadian itu jam 5.30 petang, mangsa yang memandu kereta Proton Iswara Aeroback turut tercampak 20 meter dari lokasi kejadian selain kenderaannya terputus dua.


Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat, berkata susulan kejadian itu lima lagi kenderaan yang berada di lokasi kejadian turut terbakar.


Foto: Harian Metro




"Selain mangsa yang maut, empat mangsa lain yang cedera akibat letupan itu turut dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II). Siasatan awal polis tidak menolak kemungkinan letupan terbabit berpunca akibat kenderaan itu membawa mercun bola.


"Bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 8 Akta Bahan-Bahan Letupan dan identiti mangsa yang maut belum dikenal pasti. Polis meminta orang ramai yang melihat kejadian tampil menyalurkan maklumat dan membantu siasatan," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.


Penolong Pengarah Operasi Bomba Kelantan, Mohd Wildan Azhari pula berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian pada jam 5.34 petang dan tiba di lokasi kejadian lima minit kemudian.


"Seramai 15 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Darulnaim dan BBP Tunjong bergegas ke lokasi kejadian dan didapati sebuah kereta sedang terbakar.


"Ketika kejadian terdapat lima lagi kenderaan lain di lokasi berhampiran yang turut rosak," katanya.


Sementara itu, seorang saksi kejadian Mohd Khairul Anwar Mohd Zin, 42, berkata dia terdengar bunyi dentuman yang kuat seperti bom, namun sebaik berlari keluar dari restoran dia melihat beberapa kereta 'berselerakan' dengan sebuah daripadanya sedang terbakar.


Katanya, dia yang berada di dapur restoran miliknya yang hanya berjarak 40 meter dari lokasi kejadian terus bergegas keluar dan terkedu melihat apa yang berlaku selain keadaan sedikit huru hara dengan orang ramai yang berlari menyelamatkan diri.


"Saya terdengar suara meminta tolong daripada beberapa mangsa lain yang terselamat, malah ada yang gigih berlari menyelamatkan diri dalam keadaan berdarah. Kami cuba untuk membantu namun keadaan agak teruk sehinggalah pihak bomba datang dan memberitahu bahawa seorang lelaki maut yang mana keadaan jasadnya yang tragik.


"Lebih mengejutkan apabila jasad mangsa rupa-rupanya tercampak ke dinding restoran saya, mungkin kerana kesan letupan yang kuat," katanya ketika ditemui di restoran miliknya berdekatan lokasi kejadian.


Mohd Khairul berkata, sejak 27 tahun saya berniaga di lokasi berkenaan, itu adalah kejadian paling buruk yang pernah berlaku.


"Selain itu, restoran saya turut mengalami kerugian ribuan ringgit susulan siling dan cermin pecah selain kedai runcit milik adik saya juga menerima kesan yang sama. Tragedi berdarah ini tidak akan saya lupakan tambahan pula ia berlaku di depan mata, dan saya berharap agar keluarga mangsa tabah dengan ujian ini," katanya. -CARI


Sumber: Berita Harian
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2021 10:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Asal  babel ker sskjp, asal sskjp jer babel
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2021 10:08 AM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 21-5-2021 08:57 PM
elok pulak ye petir tu tembak kene sasaran tepat pd keter bawak mercun lak tuh
keter bawak b ...

benda mercun ni kan ke tak elok.

kesian tapi padan muka lah jugak. jika tk melentam lentam bunyi mercun. bingit.
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2021 10:44 AM | Show all posts
ASTROOOOOOOOOO

Wartawan cari ni soooo yesterday.
Tiap kali bukak thread mesti mende yang org lain dah bukak thread sblm ni
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2021 10:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada orang share video dashcam, kalau tgk video tue takde nmpk pun mcm kena petir. Just tiba meletup jer, rasanya dia bwk mercun dlm kuantiti byk & berlaku spark api yg trigger letupan kuat.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-5-2021 10:47 AM | Show all posts
I ada tgh video dr dash cam keta lain. Nmpk keta tu terbakar dulu pastu baru meletup. Tp tak nmpk panahan petir.
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2021 10:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Imkhai replied at 22-5-2021 01:31 AM
aah ada tgk vid tu bersepai kepala mangsa,mangsa bt biz MLM bc kt fb org ckp cash la meninggal suk ...

Xtau r BYK gk kata komen xbaik.
Tapi ada r kawan2 komen baik
Ko ada video tak? Xdapat tengoklah dah delete.
Katanya bukan putus kan tapi hancur..dasyattt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-5-2021 11:05 AM From the mobile phone | Show all posts
kuat letupan tu... smpi 5 keta rosak terok... 1 umah jarak 200m dr tmpt kejadian pun, cermin pecah...

ye ke sbb mercun? baper tan mercun bola dlm keta tu... smpi besar letupAn..
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2021 11:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku harap jiran depan umah aku ni pun umah dia meletup juga.
Dari awal ramadan dok promot jual mercun, bunga api siap list harga kat group whatapps
Bukan nak fikir ada baby, org tua sakit nak berehat
ke, kena kereta org ke
Sakan kekawan anak bujang dia memekak main mercun bawak ke pagi.
Bila di tegur, dikata dengki..siap keluar cekak pinggang terjerit2 memetir2 maki hamun kita balik.
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2021 11:13 AM From the mobile phone | Show all posts
bakingsoda replied at 21-5-2021 01:49 PM
dekat jugak tak sampai 1km, mmg kuat sangat bunyi mcm bom jatuh, tapi masa tu pikir guruh je la. l ...

Rumah uols dekat wisma batik tu ke? Or bawah lembah tu?
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2021 11:20 AM | Show all posts
MissYouSayang replied at 21-5-2021 09:31 PM
Teringat petirman,ust dasuki yg kena petir masa nk solat.

Tak tau nak gelak ke tak? petirman ek


Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2021 11:23 AM | Show all posts
Hmmm...patut la Kelantan teruk kes covid19...baca petikan berita...arwah hantar isteri ke rmh saudara...bkn Kelantan PKP ka...bole pulak ke sana ke sini...

Innalillah...
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2021 11:28 AM | Show all posts
sesapa ada vid dash cam tu bole share x kat sini?
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2021 11:40 AM | Show all posts
Boomibulat replied at 22-5-2021 09:41 AM
Racun buluh power..org buat bom ikan..

tertulis bola pulak...  owh, baru aku tau pasal racun buluh ni n kegunaan dia...  tqtq...
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2021 11:54 AM | Show all posts
ultra78 replied at 22-5-2021 09:06 AM
Dari sebiji kereta tinggal ini aje. Dah rupa kereta suicide bomber.

Kereta yg terbakar yg keluar  ...

baru nampak kejadian...  kiranya arwah sorang2 la eh dalam kereta n yang cedera tu kereta bersebelahan la eh...  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-5-2021 11:54 AM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 22-5-2021 09:12 AM
tu la... hebat betul sampai kena petir terus... dah la kereta sebenarnya ada grounding... tapi nam ...

Kes org ni sb ada mercun jgk kan..maybe mercun kot penyebab...ada sesapa ka yg betul2 nmpk dia kna panah petir?
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2021 11:57 AM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 22-5-2021 11:54 AM
Kes org ni sb ada mercun jgk kan..maybe mercun kot penyebab...ada sesapa ka yg betul2 nmpk dia kna ...

Iols tengok komen fb, ada siap send dashcam video tak nampak petir pun, iols nampak terus terbakar je kereta tu ala2 oren gitu sebab hujan kan, dashcam pun tak nampak clear. Nak tepek vidnya iols tengah pakai fon, nanti kalau rajin iols ngadap desktop balik iols cuba cari balik komen tu.
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2021 12:00 PM | Show all posts
eyansss replied at 21-5-2021 09:54 PM
ustaz tu bukan setan sebab dia survive siap lek lek boleh continue solat...  dia lelaki kiriman Al ...

ustaz ni kadang2 bila bercakap mcm riak pon ade... biler ckp tu nak dongak je... xnak pandang kebawah.
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2021 12:00 PM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 22-5-2021 11:57 AM
Iols tengok komen fb, ada siap send dashcam video tak nampak petir pun, iols nampak terus terbakar ...

Kannn...tah sapa la yg pi sebarkn pasal petir tu..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-11-2024 09:26 AM GMT+8 , Processed in 0.205907 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list