|
Aspirasi RAMLI MS: Vokal Misha terbaik, malangnya...
Rata-rata keputusan yang diumumkan pada malam itu adalah seimbang dari segi lagu dan kategori yang dipertandingkan. Yang patut menang pada malam itu memang sudah dijangka. Tahniah saya ucapkan kepada semua pemenang AJL21 dan juga syabas kepada TV3 di atas penganjurannya kali ini.
Bagi saya secara peribadi, sepanjang perjalanan latihan selama tiga hari itu, saya tidak meletakkan Adibah Noor sebagai calon pilihan memenangi kategori Vokal Terbaik. Bukan menidakkan kebolehan Adibah tetapi memandangkan calon lain, menyanyi melebihi pendengaran saya, dari segi kerohanian.
Kelantangan suara Adibah bukan itu yang dicari sebagai faktor kemenangan. Memang lagu Terlalu Istimewa mempunyai nada yang tinggi, sekali gus memerlukan kekuatan untuk menyampaikannya. Adibah pula terlalu konsisten dari hari pertama latihan hingga ke malam kemuncak AJL21.
Namun sebelum berlangsungnya malam kemuncak, ketika latihan, saya melihat Misha Omar mempunyai peluang yang paling cerah memenangi Vokal Terbaik pada sepanjang pendengaran saya. Tapi, disebabkan minda yang sudah difokus dan diprogramkan oleh Misha sendiri mengatakan Ku Seru tidak kuat, kesungguhan Misha menyanyi, saya tidak nampak.
Namun, secara semula jadinya, nyanyian yang diharapkan juri sudah ada pada Misha. Jadi, dia tidak seharusnya melihat ke arah negatif. Memang saya akui, sebelum malam kemuncak, ketika sesi latihan, Misha menyanyi penuh syahdu dan sepenuh jiwa, malangnya tidak pada malam kemuncak AJL21!
Misha hilang keyakinan pada malam kemuncak. Ketika malam AJL21 itu, saya sendiri dapat merasakan, dia tidak ada keyakinan. Bagi saya, Misha hanya membazirkan peluang yang dia tak nampak.Memang pada tumpuan juri, ada lagu yang lebih kuat dari Ku Seru.
Namun, Misha tidak seharusnya melihat ke arah negatif, sebaliknya dia perlu melihat peluang lain iaitu kategori Vokal Terbaik walaupun lagunya tidak begitu meyakinkan. Tapi, sekiranya nyanyian Misha menusuk kalbu juri, dia mungkin ada peluang memenangi Vokal Terbaik. Sebelum ini pun Misha pernah menang kategori Vokal Terbaik.
Saya turut melihat Zahid dan Hazami, sebelum malam kemuncak, saya dapat merasakan kedua-duanya mempunyai sifat rohani di dalam jiwa mereka.
Tapi, apabila tiba malam kemuncak, baik Zahid mahupun Hazami, tidak membawa bersama keadaan yang sama sebelum malam kemuncak. Mungkin disebabkan kegugupan di pentas yang menghilangkan keyakinan diri mereka.
Berbalik kepada Adibah, nyanyiannya begitu konsisten. Dah memang rezeki Adibah pada malam kemuncak AJL21 dia menyanyi sama dengan ketika latihan tiga hari itu. Justeru, Adibah memang layak memenangi kategori Vokal Terbaik, sekali gus juara kategori Balada dan Juara Lagu. Tahniah buat Adibah!
Anda harus faham, Vokal terbaik dan Persembahan Terbaik adalah dua perkara yang berbeza. Persembahan bermaksud tidak termasuk vokal. Vokal ialah lontaran suara berserta teknik. Persembahan pula adalah keseluruhan lagu itu dipersembahkan.
Bagi saya, persembahan Hazami tidak kusut. Tidak terlalu berserabut. Kita dapat melihat kejelasan perjalanan yang disusun. Anda boleh nampak Hazami, nampak koir dia dan nampak muziknya. Persembahan Hazami tersusun dari segala aspek.
Sepanjang saya berada di kemuncak AJL, kira-kira lapan tahun berturut-turut, kreativiti yang segar harus diketengahkan. Kreativiti yang lama tidak harus diulangi lagi. Ada persembahan yang ditampilkan, masih mengenengahkan idea yang sudah diguna pakai sebelum ini.
Bagi saya, keadaan seperti itu tidak perlu berulang lagi. Kalau anda melihat pentas AJL21, sepenuhnya dikelilingi LCD, suatu era baru bertepatan dengan tema pada malam itu, Rentak Kita, Rentak Dunia.
Akhir sekali, saya ucapkan tahniah kepada semua pemenang dan sekiranya khidmat saya diperlukan lagi pada masa akan datang, saya berharap dan suka sekiranya jumlah orkestra saya diperbesarkan lagi sehingga 60 pemuzik.
Sekian saja untuk minggu ini, wassalam." |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #10 kimmyrie's post
xde mkna. aku rs misha la pnyanyi di msia ni yg nynyi pnuh feel n effective. syhdu, gemersik, sedap, tone teramat bagus. mcm mn ko bleh ckp msha nynyi mcm kayu. conpius aku |
|
|
|
|
|
|
|
aku rasa misha nyanyi ok kat ajl ari tu.. tapi maybe tak sehebat adibah.. |
|
|
|
|
|
|
|
apa yang Ramli MS cakap memang betul. Misha memang tak letak sebarang harapan pun untuk lagu Ku Seru sebabtu kalau tengok persembahan Misha pun simple aje.
Seperti yang diketahui, barisan juri untuk kategori vokal kurang layak dirasakan walaupun paper semua cakap juri semua hebat. Patutnya untuk kategori vokal, syafinas dan juliza adnizan atau siti hajar perlu ada. barula adil keputusan tu. memang tak dinafikan suara adibah hebat dan lantang tapi part mula mula tu...aku rasa out of tune sikit. |
|
|
|
|
|
|
|
Vokal Misha terbaik, malangnya...
malangnya tendangan kuda dan tangan terketar ketar nya
tak menjadi sangat. .. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by micha at 1-2-2007 01:00 PM
xde mkna. aku rs misha la pnyanyi di msia ni yg nynyi pnuh feel n effective. syhdu, gemersik, sedap, tone teramat bagus. mcm mn ko bleh ckp msha nynyi mcm kayu. conpius aku
:setuju: misha nyanyi best!!
tp masa AJL ari tu...mmg sikit hambar laa... |
|
|
|
|
|
|
lady_arviena This user has been deleted
|
setuju benar dgn Ramli MS ni sebab aku memang tak setuju dah yang bawa penyanyi koir , boleh dikatakan Adibah , Hazami dan sapa tak satu lagi yang bw qoir tu .....Za8 dan Mawi lagi best sebab tak tiru sapa2 dan tahun sebelum ni
Tahun dpn jgn sapa2 bawa koir dan kanak2 lagi naik pentas ....idea lama busuk.
Bawa lah org2 tua yang dah pencen pulak , kalau nak bw cari idea segar |
|
|
|
|
|
|
lady_arviena This user has been deleted
|
aku nak tengok pembaharuan yg menang dlm AJL , tak semesti nya boleh tarik suara , balada , pastu qoir , penyanyi latar , kanak2 ....cuba nyanyi sorang2 pulak cam na , hebat tak kalau nyanyi sorang2 . i |
|
|
|
|
|
|
lady_arviena This user has been deleted
|
Tahun lepas pun Jakeling dgn qoir , kalu tak ada qoir tu gerenti tak sedap |
|
|
|
|
|
|
lady_arviena This user has been deleted
|
semua nya ambik idea Mawi masa menang AF3 lagu seroja , cun giler marsha masa tu |
|
|
|
|
|
|
|
alahai ;)
pembaharuan aksi akrobatik di pentas.....werllddddddd |
|
|
|
|
|
|
lady_arviena This user has been deleted
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #21 lady_arviena's post
kalau nak pembaharuan biarlah ala-ala christina aguilera rebah dipentas masa nyanyi lagu hurt :love:
ina pun sama :love:
hurt :love: |
|
|
|
|
|
|
|
aku setuju jer dgn pendapat ramli ms |
|
|
|
|
|
|
|
Kelantangan suara Adibah bukan itu yang dicari sebagai faktor kemenangan. Memang lagu Terlalu Istimewa mempunyai nada yang tinggi, sekali gus memerlukan kekuatan untuk menyampaikannya. Adibah pula terlalu konsisten dari hari pertama latihan hingga ke malam kemuncak AJL21.
Namun sebelum berlangsungnya malam kemuncak, ketika latihan, saya melihat Misha Omar mempunyai peluang yang paling cerah memenangi Vokal Terbaik pada sepanjang pendengaran saya. Tapi, disebabkan minda yang sudah difokus dan diprogramkan oleh Misha sendiri mengatakan Ku Seru tidak kuat, kesungguhan Misha menyanyi, saya tidak nampak.
Namun, secara semula jadinya, nyanyian yang diharapkan juri sudah ada pada Misha. Jadi, dia tidak seharusnya melihat ke arah negatif. Memang saya akui, sebelum malam kemuncak, ketika sesi latihan, Misha menyanyi penuh syahdu dan sepenuh jiwa, malangnya tidak pada malam kemuncak AJL21!
Misha hilang keyakinan pada malam kemuncak. Ketika malam AJL21 itu, saya sendiri dapat merasakan, dia tidak ada keyakinan. Bagi saya, Misha hanya membazirkan peluang yang dia tak nampak.Memang pada tumpuan juri, ada lagu yang lebih kuat dari Ku Seru.
Namun, Misha tidak seharusnya melihat ke arah negatif, sebaliknya dia perlu melihat peluang lain iaitu kategori Vokal Terbaik walaupun lagunya tidak begitu meyakinkan. Tapi, sekiranya dia mungkin ada peluang memenangi Vokal Terbaik. Sebelum ini pun Misha pernah menang kategori Vokal Terbaik.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Apa maksud Ramli kalau misha nyanyi dgn penuh kesungguhan,penuh syahdu dan sepenuh jiwa dan keyakinan akan dapat vokal terbaik?
..hello..hello.....vokal terbaik bukan dinilai dlm aspek tu jeer...banyak tau??penghayatan satu.....,lagi...,..resonance nya...,, dictionnya :vowels,konsonants..,pernafasnanya,posturenya..,phrasingnya...dll..mana nak letak?? |
|
|
|
|
|
|
|
benda ni tahun lepas sama...
ramli ms expect ning baizura atau jac menang vokal terbaik
hazami langsung takde dlm list dia
skali masa AJL, ning siap nyanyi sengau lagi, jac pulak terlebih jerit
hazami jugala yg konsisten
tahun seblom tu pun sama, anuar zain nyanyi lagu keabadian cinta & semua untukmu....masa rehearsal cantik jek, masa nyanyi btol2 ke parit ke sungai jugak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by lady_arviena at 1-2-2007 04:49 PM
setuju benar dgn Ramli MS ni sebab aku memang tak setuju dah yang bawa penyanyi koir , boleh dikatakan Adibah , Hazami dan sapa tak satu lagi yang bw qoir tu .....Za8 dan Mawi lagi best sebab tak ...
sah tak ikuti perkembangan ajl.. bawak pakcik pencen atas pentas.. CT Ya Maulai da buat dahh..tauuu! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #26 eddysheddy's post
hahaha... kesian org tu. .. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sham159 at 1-2-2007 06:13 PM
Kelantangan suara Adibah bukan itu yang dicari sebagai faktor kemenangan. Memang lagu Terlalu Istimewa mempunyai nada yang tinggi, sekali gus memerlukan kekuatan untuk menyampaikannya. Adibah pul ...
sore kak Adibah Ok....ada dinamik :softness dan loudness yg consistent dari awal hingga akhir....placement pun ada : nyanyi kat MASK...macam topeng zorro tu...suara dia ada resonance kat nasal cavity,head,mulut dan tekak..
walaupun mulut tak bukak dgn cara oval position sepenuhnya tapi vocal projection was good........................
i love her voice!! |
|
|
|
|
|
|
| |
|