CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: MAKLANG

ANEKA MASAKAN BERASASKAN TELUR

[Copy link]
Post time 3-1-2007 06:22 AM | Show all posts
This is my telor bungkus

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2007 12:18 PM | Show all posts


SALAD TELUR

Bahan Telur
3 biji telur 2 biji [tumbuk/blend]
2 ulas bawang merah
garam
minyak

Bahan Sayuran
kobis
tomato
cili merah
carrot

mayonis
garam

Cara
1. Gaulkan bahan Telur kecuali minyak dan bautkan scrambled eggs [telur hancur].
2. Gaulkan semua bahan ngan scrambled egg. Rasakan garamnya.
3. Hiaskan ngan mayonis.
4. Hidangkan dengan roti atau nasi.



[archived]

[ Last edited by  nhuda at 25-10-2007 08:34 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2007 09:59 AM | Show all posts
lama tak jengah ke sini, rupa2nya semakin byk resepi sedap2 disajikan... meleleh air liur lakkk....
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2007 10:52 AM | Show all posts
Originally posted by mentollica at 24-10-2007 09:59 AM
lama tak jengah ke sini, rupa2nya semakin byk resepi sedap2 disajikan... meleleh air liur lakkk....

amboi kak khaty....
lamaaaaaa tak dgr habaq???
apa crita skang nie...
ingatkan dah merajuk dgn CARI...hihihihi...
pasnie..rajin2 lah jenguk FNR erkkk...
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2007 12:10 PM | Show all posts
mama pernah cuba salad telur kak lieza yg dlm fotopaes tu.. yg scramble egg campur cili beasr hiris, kacang, bawang........delicious. sekarang kalau malas2 masak, mama bantai masak tuh jer... + nasi putih n ayam goreng...pergh...sodap
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2008 08:40 AM | Show all posts


Tauhu telur

2 biji telur
200ml susu soya
garam

gaul rata semua bahan dengan perlahan supaya tak berbuih. Tapis dan tuang dlm bekas. Kukus dengan api perlahan 15 minit

*maybe boleh lapiskan bekas dengan plastik tahan panas supaya senang nak dikeluarkan, masa maisya buat tu just tuang terus dlm bekas ... susah plak nak keluarkan so jadik pecah-pecah sikit.
*better guna susu soya yg buat sendiri/yg tanpa gula sebab maisya guna susu soya dlm kotak tu...jadik manis le plak

selepas dipotong dan digoreng


[archived]

[ Last edited by  maisya at 3-11-2008 11:12 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-2-2008 08:51 AM | Show all posts

Reply #166 maisya's post

tak sangka tauhu telur ni bole wat sendiri... ni feveret anak rimbun niii. boleh try ler pasni. TQ maisya for sharing this resepi
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2008 05:23 PM | Show all posts

Reply #156 hanieliza's post

Kak Liza,nak cuba la nanti.Nampak mudah dan berkhasiat sebab kukus saja kan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2008 11:20 AM | Show all posts
Telur masak taucu.

(Bahan A)
sedikit halia (dhiris)
1 biji bawang besar (dihiris)
2 biji bawang putih (dihiris)
3 sudu taucu

(Bahan B)
4 batang sayur buncis (dipatahkan 4)
air asam jawa
2 biji cili merah atau cili padi klu ingin lebih pedas
1 sudu sos tiram
3 biji telur (mata kerbau)
Garam secukup rasa

Tumis Bahan A hingga naik bau, dan masukkan bahan B  kesemuanya. Siap utk dimakan...

[archived]

[ Last edited by  maisya at 3-11-2008 11:11 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2008 01:11 PM | Show all posts

Reply #166 maisya's post

mmmmm blh buat sendiri..... mesti cuba ni.... tq 4 sharing...
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2008 01:47 PM | Show all posts
Originally posted by maisya at 5-2-2008 08:40 AM
http://img.photobucket.com/albums/v334/maisya/toufutelur.jpg

Tauhu telur

2 biji telur
200ml susu soya
garam

gaul rata semua bahan dengan perlahan supaya tak berbuih. Tapis dan tuang dl ...

wow...best gak nih...
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2008 09:28 AM | Show all posts
Originally posted by maisya at 5-2-2008 08:40 AM
http://img.photobucket.com/albums/v334/maisya/toufutelur.jpg

Tauhu telur

2 biji telur
200ml susu soya
garam

gaul rata semua bahan dengan perlahan supaya tak berbuih. Tapis dan tuang dl ...


baru hari ni nampak recipe ni.  TQ for posting.  Ni mesti buat .  Anak2 suka banget tauhu telur ni.  Normally akak,  pan fry tauhu ni,  pastu tu masak ngan daging atau pun sayur.
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2008 10:46 AM | Show all posts


LEMAK CILIAPI TELUR

Bahan:
5 biji telur itik atau ayam
1 cawan santan
10 biji belimbing buloh [optional]
daun kunyit- dikoyakkan sikit
garam

Bahan Mesin Halus
20 biji cili api
3 cm kunyit hidup
2 cawan santan cair

Cara:
1. Masukkan bahan mesin ke dalam periuk.
2. Masakkan perlahan sehingga mendideh.
3. Pecahkan telur itik ke dalam periuk satu persatu - jangan sampai kuning telur
pecah. Biarkan sehingga mendideh dengan perlahan.
4. Masukkan santan pekat, garam, daun kunyit dan belimbing. Kacau dengan perlahan jangan sampai pecah minyak.
5. Hidangkan dengan nasi putih.

[archived]


[ Last edited by  maisya at 3-11-2008 11:11 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2008 10:50 AM | Show all posts


SAMBAL TELUR

Bahan
10 biji telur rebus
1 labu bawang besar [mayangkan]
3 s/b sos tomato
1 s/k gula
garam
minyak

Bahan Kisar
20 tangkai cili kering
2 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
belacan [jika suka]

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar sehingga garing.
2. Masukkan sos tomato, gula dan garam. Kacau rata.
3. Masukkan telur dalam sambal dan biarkan sebentar.
4. Masukkan bawang besar dan kacau sikit.
5. Bila nampak bawang layu boleh masukkan sambal dalam pinggan dan hidangkan.
[archived]


[ Last edited by  maisya at 3-11-2008 11:09 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2008 09:39 PM | Show all posts
nyum,nyum,nyum...........lapar lah plak
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2008 12:04 AM | Show all posts
sedapnya nampak tunis telur dan masak cili api kak Liza..marsh pun guna telur itik buat masak lemak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2008 12:22 PM | Show all posts
Originally posted by hanieliza at 28-6-2008 10:50 AM
http://www.filehive.com/files/080627/Sambal-Telur.jpg

SAMBAL TELUR

Bahan
10 biji telur rebus
1 labu bawang besar [mayangkan]
3 s/b sos tomato
1 s/k gula
garam
minyak

Bahan Kisar
2 ...


sedapnye! terliur tgk gambar sambal telor kak liza ni
ptg karang nak buat la..tengkiu kak liza bgai idea ni muahh
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2009 01:54 PM | Show all posts
pastu tabo ikan bilis atas die...makan ngan kicap kipas udang...ayyyokkkkkk
Originally posted by shidaaziz at 26-1-2006 12:12 PM
paling best, goreng telur barang 2 biji. pas tu hiris bawang besar. hiris kasar ek. layukan dalam minyak goreng telur yang sikit tu. kendian letak bawang atas telur. tuang sos cili & kicap. makan ...
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2009 12:48 PM | Show all posts
br ni npk telur puyuh kat pasar mlm so beli la...smlm buat sambal....



aku buat resipi cepat n pantas aje ni...just blend bwg besar, cili kering, kerisik, belacan n gula melaka sket sekaligus.....lps tu tumis bhn2 tu sume sampai garing...masukkan air asam jawa n sos tiram sket.....masuk garam gak sket...masak lg sampai pekat n masukkan telur puyuh yg dh siap direbus tu......

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2009 08:48 AM | Show all posts
aku suke masak scramble egg simple aje ltk ikan bilis je...tp br ni aku nk cuba lain sket aku tambah cheese.....sdp jgk rasanye...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 01:01 AM GMT+8 , Processed in 0.143064 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list