|
Dianggap mitos? Siapa anggap ianya mitos kecuali orang yang berpendidikan barat dan terlalu mengikut sejarah tulisan British.
Kalau ikutkan kepala hotak barat dan Yahudi, Nabi Muhammad pun dianggap sebagai mitos suatu hari nanti |
|
|
|
|
|
|
|
mitos apa lak Kerajaan Langkasuka tu..dalam buku sejarah pun ada tulis..Langkasuka dizaman kejatuhan..diperintah oleh 3 orang ratu...sama macam Acheh..Langkasuka tu Pattani sampaila ke Kedah...bermula dari Sungai Pattani(Pattani)...sampaila ke Laut di Lembah Bujang,Kedah tu...![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by aizverus at 12-4-2009 18:29 ![](http://mforum5.cari.com.my/images/common/back.gif)
hu3...
itulah pasalnya..sebab ada yang mengaggap langkasuka or the movie hanya lah fantasy semata2..
ramai rakyat masih tak tau sejarah...hanya berpandukan sejarah buku teks semata2
kejap ...
Kerajaan2 yang disebutkan tu kerajaan Hindu..tak berapa nak gilang gemilang macam Kerajaan Islam...selepas Sultan2 memeluk Islam..barula kerajaan2 tu berkembang maju dengan pesat melalui pelabuhannya...![](static/image/smiley/default/biggrin.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
3 orang Ratu itu orang Melayu, mereka memerintah Kerajaan Melayu Patanni ..... apehal orang Thai gelarkan Langkasuka plak? |
|
|
|
|
|
|
|
Keterangan dari Saudara Naim Firdausi
1. Sejarah - 4 negeri Melayu di Selatan Thai tidak pernah menjadi sebahagian dari Thai. Apa yang berlaku, ia sebenarnya hanya negeri Naungan Siam bersama dengan beberapa negeri Melayu lain di Malaysia (naungan tidak bermaksud sebahagian daripada wilayah). Siam, Melayu dan Thai merupakan 3 bangsa yang berbeza. Selepas pemerintahan Siam di Ayudhya dikalahkan oleh bangsa Thai, Thai terus menjajah negeri-negeri naungan siam ini dengan membunuh kesemua waris kesultanan Melayu. Ketika itu mujurlah Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis diserahkan kepada British. (Tapi selepas keluar dari mulut buaya, masuk pula mulut naga).
2. Bangsa - Menurut kajian ethnology, bangsa Melayu Patani merupakan turunan daripada kelompok Melayu-Polynesia dalam keluarga Austonesia iaitu berkerabat dengan semua bangsa yang ada disekitar kepulauan nusantara. Sementara bangsa Thai pula merupakan turunan dari kelompok Thai-kadai, iaitu berkerabat dengan penduduk di sekitar china seperti Hokkien, Hakka, Hainan dan lain-lain. Bangsa Siam pula adalah bangsa asal yang menghuni Thailand. bangsa Siam merupakan turunan dari kelompok Mon-khmer iaitu sebangsa dengan penduduk di Laos, Kamboja dan Myanmar iaitu dari keluiarga Austroasiatic. Atas alasan ini, bangsa Thai tidak ada pertalian langsung dengan orang patani. Keluarga jauh bukan, keluarga dekat pun bukan. saya rasa, perasaan kesukuan disini menjadi penyebab utama.
3. Agama - Ini mungkin dilihat alasan utama. Sebenarnya bukan kerana ramai juga bangsa Thai-Islam yang mendiami bahagian utara Thailand. Mereka kurang menghadapi masalah atas alasan sesuku.
4. Ekonomi - Kerana perasaan kesukuan yang menebal, Kerajaan Thai kurang memberi perhatian ekonomi pada orang-orang Melayu di Selatan. ini menyebabkan mereka tidak berpuas hati
5. Pemerintahan. Thailand mengamalkan dasar Satu Thai. oleh itu, semua warganya harus berbahasa dan berbudaya Thai. kesannya ramai dikalangan orang melayu sudah tidak faham bahasa Melayu terutama di utara Saturn dan Songkhla. Keadaan ini menyebabkan orang-orang di Selatan yang bukan berbangsa Thai tidak berpuas hati.
saya berasal dari Kedah tapi tinggal di Kuala Lumpur.banyak saudara saya berasal dari utara Kedah dan Perlis...sesetengah mereka bercakap bahasa Siam.saya pun kadang-kadang rimas bila duduk di celah-celah mereka kalau pergi ke kenduri kahwin.sekarang saya dah boleh bercakap bahasa Siam sebab saya tinggal dengan datuk semasa sekolah mengah dahulu.Orang Siam dengar katanya asal beragama Buddha mazhab Mahayana sama seperti orang Khmer di Kemboja...agama Buddha mazhab Theravada disebarkan kepada orang Thai oleh Puteri Jamadevi dari kerajaan Haripunjaya di tengah Thailand.Puteri Jamadevi orang Mon.
Bahasa Thai banyak meminjam perkataan yang dikatakan berasal dari bahasa Khmer...di Kedah ada tahun Piama pusingan 12 yang menggunakan lambang binatang 12 bagi mewakili pusingan 12 tahun.Yang saya ingat orang tua-tua cakap nama binatang ini guna bahasa lama,saya ingat mungkin bahasa tamadun lama yang bertapak di Kedah dan Patani iaitu bahasa kerajaan Langkasuka...tahun-tahun itu adalah Chuat,Chelu,Kan,Thok,Merong,Mesing,Memih,Memia,Wok,Raka,Chor,Kun.
maksudnya Tikus,Lembu,Harimau,Pelanduk,Naga,Ular,Kuda,Kambing,Beruk,Ayam,Anjing,dan Kura-kura.
Kerajaan Kedah lama pun diasaskan oleh seorang lagenda Merong Mahawangsa,namanya bermaksud Naga dari Keluarga Mulia.dalam Hikayat Patani karangan Syeikh Daud Al-Fatani juga menyebut mengenai Raja ini.Kerajaan Langkasuka dilanda oleh Sriwijaya dari Palembang,menyebabkan kemasukan pengaruh Melayu ke Tanah Semenanjung pada abad ke-4 Masihi.
Ada orang Siam yang menganut agama Islam,mereka berkahwin campur dengan wanita Melayu.Hasilnya wujud masyarakat yang dipanggil Melayu tatapi berbahasa Siam di beberapa kawasan di Kedah seperti di Pendang dan Kubang Pasu.Ada kawan saya berasal dari Asun Jitra bercakap bahasa Siam dengan ahli keluarganya sedangkan tiada satu pun ahli keluarganya beragama Buddha,begitu juga orang kampungnya.
Orang Siam Kedah mungkin berasal dari Ligor atau Nakhorn Si Thammarat.Ada juga yang beragama Buddha tapi mereka tidak tinggal bersama dengan yang beragama Islam.Yang Islam dekat dengan orang Melayu.Kerajaan Ligor pada zaman dahulu sebenarnya berasal dari pecahan kerajaan Langkasuka juga,tetapi rajanya tidak mahu menganut agama Islam seperti raja-raja bersaudara yang lain iaitu Patani dan Kedah.Orang Siam Kedah kebanyakan berkulit gelap sama ada yang beragama Islam atau yang Buddha.Peringatan,yang beragama Islam lebih selesa dipanggil sebagai Melayu kerana ciri-ciri agama Islam sudah sinonim dengan istilah Melayu.
Pada pendapat saya berdasarkan teks-teks hikayat sejarah terutama karangan Syeikh Daud Al-Fathoni,orang-orang Langkasuka besar kemungkinan besar bercampur dengan orang Melayu Sriwijaya bermula abad ke-4 secara besar-besaran...penduduk Langkasuka pula kemungkinan sama bangsa dengan orang Mon di Myanmar atau Khmer di Kemboja atau campuran kedua-duanya.
Dalam Hikayat Patani dikatakan orang Langkasuka asalnya berkulit hitam manis,tetapi ada yang berkahwin campur dengan pedagang-pedagang luar misalnya dari Tanah Arab dan Parsi,jadi wujud generasi yang segak dan berhidung mancung serta berkulit cerah,wanita Langkasuka boleh berkahwin ramai atau tidak berkahwin tapi bergaul dengan ramai lelaki dalam suatu masa.Pada zaman selepas Sriwijaya melanda,agama Islam mula meresap masuk kemungkinan sekitar abad ke-8 M.Ketika itu wujud pecahan kerajaan-kerajaan kecil,misalnya Tambralinga.Juga ada masyarakat asal yang beragama Islam dan Buddha.Yang beragama Buddha memakai rantai tangkal Buddha yang dibuat dari tanah liat atau logam seperti tembaga atau emas seperti yang saudara sekelian nampak dalam budaya Buddhism Thai kini.
Raja Mahabangsa mempunyai ramai anak...anak-anaknya itu dihantar ke seluruh pelosok kawasan di bawah kuasa Langkasuka untuk memudahkan pentadbiran.Kerajaan Langkasuka asalnya dikatakan bermula di Kedah,ada orang kata di Langkawi,kajian lanjut diperlukan.Ibu kota Langkasuka mungkin ada dua, satu di Kedah atau bahagian Barat menjadi persinggahan pedagang dari Barat seperti Parsi, Arab, India serta satu lagi di Timur iaitu di Patani,berfungsi sebagai pelabuhan untuk jalan perdagangan ke Timur jauh. Langkasuka juga pernah jatuh di bawah kuasa kerajaan Khmer Funan-Chenla.
Apabila Sriwijaya melanda,kerajaan Langkasuka termasuk dalam kekuasaan kerajaan Sriwijaya. Jadi berkemungkinan wujud dua kerajaan Sriwijaya pula, satu di Palembang, satu lagi di Semenanjung yang menjadi kawasan tanah jajahan. Saya ada bersembang dengan seorang kawan beragama Buddha dari Songkhla tentang kerajaan Sriwijaya. Dia mengakui ada pengaruh Sriwijaya di selatan Thailand, boleh dilihat dalam pembinaan candi dalam wat yang dipengaruhi senibina Sriwijaya. Tambahnya lagi, dalam buku teks sejarah Thai ada dicatat tentang rupa pakaian orang Sriwijaya iaitu memakai kain batik.
Bahasa Melayu pernah menjadi bahasa rasmi kerajaan Kemboja pada pemerintahan Suryawarman, minta maaf saya tidak ingat sekitar abad ke berapa. Raja ini berasal dari Tambralinga atau Ligor, sekarang lebih dikenali dengan nama Nakorn Si Thammarat.
|
|
|
|
|
|
|
|
Dalam hikayat Patani karangan Syeikh Daud, bahasa Melayu mula diterima pakai di Kedah dan Tanah Semenanjung selepas kemasukan orang Melayu Sriwijaya. Sebelum itu bahasa yang dituturkan orang Langkasuka berbeza dengan bahasa Melayu, bahasanya dipanggil bahasa Langkawi kalau saya tak salah. Agama Islam sudah masuk di utara lebih awal daripada di selatan iaitu Melaka. Parameswara berasal dari dinasti Shailendra di Sumatera selatan. Menurut Sarjana bahasa Melayu dari Malaysia, corak bahasa Melayu di Kedah, Kelantan, dan Selatan Thai adalah salah satu variasi bahasa Melayu kuno yang berkembang sendiri selepas kemasukan Sriwijaya. Bahasa seperti bahasa Jawa pula berkembang menjadi bahasa yang tersendiri dari pengaruh Sriwijaya ini akibat perubahan sebutan serta ciri-ciri lain. Saya ada membuat perbandingan sendiri walaupun bukan dengan jalan ilmiah yang rasmi, bahasa Melayu Kedah mempunyai ciri-ciri yang sama dengan bahasa Thai di selatan dan juga bahasa Thai tengah. Contohnya "Ku pai kon nah", dalam bahasa Melayu Kedah terjemahannya berbunyi "Aku jalan dulu nah". Persamaannya adalah pada partikel belakang iaitu "nah" yang mungkin bermaksud mengiyakan. Saya rasa orang Thai menyerap ciri-ciri bahasa ini dalam struktur bahasa kebangsaan mereka.
Ini sedikit perbendaharaan kata bahasa Siam yang dituturkan orang Melayu bercakap Siam yang saya dapat semasa bergaul dengan orang kampung saya di Perlis. Bunyinya mirip bahasa Melayu
Lorbad (mungkin dari Allahuakbar) - Sembahyang
Naksah (mungkin dari Madrasah, sebab madrasah ada surau) - Surau
Mejid (ini memang perkataan Arab) - Masjid
Kesut (ini dipinjam dari BM) - Kasut
Saka (saya rasa ini mungkin dipinjam dari bahasa Arab) - Gula
Bang - Abang
Kak - kakak
Pok - Bapa
Mek - Emak
Ini saya dapat hasil perbualan saya dengan kawan dari Selatan Thai
Kasut dalam bahasa Thai dipanggil Khriaq
Bapa dipanggil Phor
Emak dipanggil May
Abang dipanggil Pee Chay
Kakak dipanggil Pee Saow
Gula dipanggil Namthan
Bahasa Siam di Kedah bunyinya berdekatan dengan dialek selatan Thai di Songkhla, Setul, setengahnya bercampur dengan dialek Tabal (Takbai) mengikut kawasan. Ada yang menggunakan perkataan Siam asli dan ada yang mencampurkan dengan bahasa Melayu bagi yeng Islam (orang Islam selesa dipanggil Melayu).
Bahasa Thai moden ada banyak perkataan yang berasal dari bahasa Teochew...misalnya Gao ee maksudnya kerusi. Tock maksudnya meja.
Saya berpendapat Siam itu nama bagi satu bangsa dan negara yang wujud pada sekitar abad ke- 12 M. Orang yang dikenali sebagai Siam itu ada yang dipanggil Siam asli, mereka ini mungkin orang Mon-Khmer. Ada orang Siam yang bercampur dengan orang luar seperti Cina, Parsi, Arab dan sebagainya.
Ini bagi menguraikan sedikit kekeliruan dan mempertalikan logik-logik yang ada dalam hikayat-hikayat sejarah atau epik lama yang dianggap anak-anak muda sekarang sebagai kurang logik. Saya rasa hikayat-hikayat ini mengelirukan kerana tiada kajian mengenai suku kaum apakah yang membina kerajaan-kerajaan kecil di Tanah Semenanjung serta kita kurang memberi tumpuan kepada sejarah negara jiran terdekat kita iaitu Thailand berbanding dengan sejarah di Indonesia yang memang diketahui ramai. Dalam Hikayat Melayu ada menceritakan orang Siam asli ini zaman dahulu ada banyak kerajaan kecil di Thailand zaman moden dan Tanah Semenanjung kini selain tarikh tidak begitu ditekankan dalam hikayat. Ada kerajaan Gangga Nagara di Perak yang diasaskan saudara Raja Mahabangsa kemungkinan anaknya, Inderapura di Pahang, Langkasuka di Kedah, dan Temasik atau Singapura dahulu ditadbir seorang Siam bernama Temagi yang dibunuh oleh Parameswara. Inderapura dan Temasek wujud sekitar abad ke- 13 dan ke -14 M. Inderapura rajanya bernama Maharaja Dewa Sura bercakap dalam bahasa Siam asli, ketika dia lari dari dikejar bala tentera Sultan Melaka, dia berkata "Kwai-kwai" bermaksud perlahan-perlahan bila perahu mereka sampai di suatu jeram sungai. Jeram itu dikenali sebagai Jeram Kwai. Manakala Langkasuka dan Gangga Nagara pada abad-abad awal Masihi. Pendapat saya orang asli Tanah semenanjung ini mungkin sama suku kaum dengan Mon-Khmer. Di Thailand zaman dahulu ada kerajaan misalnya Hripunjaya dibangunkan orang Mon. Sekarang pun dengar kata masih ada orang Mon di Bangkok.
Sedikit fakta yang mungkin dilupakan orang ramai, pernah kejadian tahun lepas seingatnya, berita mengenai seorang nenek yang disangka meninggal dalam satu nahas bas di Yala, Thailand ditemui tersangkut di rumah orang-orang tua di Chiangmai kerana tidak tahu bahasa Thai. Mereka di Chiangmai memanggil nenek itu sebagai nenek Mon kerana dia menyanyi dalam bahasa Melayu dialek Patani yang bunyinya mirip bahasa Mon.
Bagi orang Thai, mereka ini berasal dari selatan China. Mereka turun ke selatan selepas dihalau oleh orang China yang bernomad dari utara. Saya fikir pendapat saudara Ilzaf itu ada benarnya. Mereka ini membentuk kerajaan di Laos dan di utara Thailand iaitu Lanna Thai. Dinasti orang Thai dikenali sebagai Sukhothai bermula pada abad ke-12 M. Selepas itu mereka dikalahkan oleh Sri Ayuttaya pada sekitar kurun ke-13 M. Dinasti raja Bhumibhol Adulyadet sekarang ini dikenali sebagai dinasti Chakri.
Kawasan Semenanjung Malaysia dan Selatan Thailand memang mengelirukan para pengkaji sejarah dari segi keetnikan dan sosial kerana wujud pertindahan dalam masyarakat yang berbeza etnik kerana pengaruh sejarah zaman dahulu.
Mengikut sejarah Thai moden, istilah Thai itu sama maksudnya dengan bahasa Bali-Sanskrit iksrah iaitu bebas. Mereka yang mendirikan Thai moden berbangga kerana mereka tidak pernah dijajah oleh sebarang kuasa dari Barat. Ada juga yang mengatakan Thai itu brasal dari kata-kata asli Thai sendiri bermaksud manusia. Di Yunnan China juga ada orang Thai, tapi ejaan rumi untuk nama etnik itu berlainan sedikit iaitu T'ai.
Definisi Thai itu diberikan kepada orang yang tinggal dalam lingkungan sempadan politik Thailand. Sama juga keadaannya dengan negara bangsa Siam atau Sayam pada abad ke- 13 M, rakyat dalam negara bangsa itu dpanggil sama ada orang Siam tanpa mengira bangsa atau orang Siam asli terutamanya di selatan iaitu di Semenanjung. Nama Siam ini kekal sehingga abad ke - 18 M. Nama Thailand mula digunakan pada zaman Marsyal Phibun Songkhram yang menekan semua penduduk dalam negera Thai untuk mengamalkan dasar satu Thai. Hal ini menyebebkan orang Islam terutama di selatan tertekan.
Dinasti Chakri dengan Rama 1 sebagai Maharaja Siam bermula pada abad ke - 16 M. Raja-raja kerajaan kecil yang dahulunya tertakluk kepada dinasti Ayuttaya jatuh menjadi naungan Dinasti Chakri pula. walau bagaimanapun, kerajaan-kerajaan kecil di selatan sebenarnya mempunyai sejarah yang panjang bermula dengan Langkasuka yang terpecah-pecah kerana peperangan dan kerana agama. Contohnya apabila raja Patani iaitu salah satu pecahan Langkasuka menganut Islam, saudaranya di Ligor tidak mahu menganut Islam dan kekal dalam agama Buddha. Raja Ligor terus berpihak kepada orang Thai dari utara kerana persamaan agama. Raja Kedah yang pertama menganut Islam adalah pada abad ke - 11 M. Baginda bernama Sultan Muzaffar Syah. Gelaran sebelum Islamnya ialah Phrah Om Mahapudisat atau Prabhu Om Mahabodisatwa.
Bahasa Thai ada dituturkan di beberapa tempat di Vietnam dikenali bahasa Thai Dam atau Thai hitam. Bahasa Thai yang dituturkan di Thailand dikelaskan sebagai bahasa Thai Kadai. Bahasa Thai di Laos pula dikenali sebagai Lao, dan Thai di Chiangmai atau Lanna dipanggil Thai Shan.
Agak mengejutkan kerana bahasa Thai di Thailand mempunyai banyak perkataan Khmer purba yang sudah tidak digunakan lagi dalam bahasa Khmer sekarang atau sudah pupus dari perbendaharaan katanya.
Bahasa Khmer seperti halnya bahasa Melayu pula mempunyai banyak perkataan pinjaman bahasa sanskrit hasil pengaruh agama Hindu dan Buddha. Ada juga perkataan yang mirip bahasa Melayu, misalnya frasa Anak Jatiniyam bermaksud Anak Jati. Juga perkataan Kapal.
Saya tidak pasti pula orang Mon-Khmer sama kelasnya dengan orang Melayu-Polinesia atau tidak. Sebab saya tengok orang Mon Myanmar pun ada pakai tanjak seperti orang Melayu.
Sources : http://ilzaf.multiply.com/links/item/3
http://naimsgptani.multiply.com/
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by WonBin at 12-4-2009 21:15 ![](http://mforum6.cari.com.my/images/common/back.gif)
3 orang Ratu itu orang Melayu, mereka memerintah Kerajaan Melayu Patanni ..... apehal orang Thai gelarkan Langkasuka plak?
Langkasuka adalah nama lama untuk Pattani...luasnya Empayar Langkasuka ni bermula dari Sg Pattani di Pattani...sehinggala ke Kuala Muda/Kedah...Langkasuka adalah kerajaan melayu lama... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #178 HangPC2's post
betullah tu..orang melayu semenanjung ni memang bersaudara dengan bangsa khmer.Kalau x, takkan la orang champa berundur ke kemboja selepas tewas di dalam peperangan dengan vietnam... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #180 aizverus's post
nak bagi orang percaya kene tunjuk bukti gambar akhirnya aku jumpa tepek kat mana-mana forum....
sapa yang rajin pergi melawat tempat bersejarah atau Muzium rajin-rajin lah tepek gambar kat forum nih...
cerita pasal keris banyak fungsi... ada macam IC (kad pengenalan atau status) sebagai lambang kuasa atau pemerintah, nilai pun tinggi sampai boleh beli tanah pakai keris jer...
selain dari Keris Sundang @ Keris Moro orang melayu pun ada Pedang Melayu... |
|
|
|
|
|
|
|
dari apa moyang aku crita pusat pentadbiran langkasuka terbesaq masa tuh di kedah iaitu di aloq setaq..dan tmpt tu masih lagi nama langkasuka.....dia jugak kata kerajaan langkasuka ada kaitan dgn pelabuhan pulau serai ( gunung jerai ) pada masa tu..kira pelabuhan terbesaq...kedah masa tuh meliputi perlis, kedah, penang , perak ( bahgian utara ckit ) dan kelantan sampai ke segenting kra... hampir separuh berjaya di tawan oleh thai.. utk hentikan perang..sultan kedah pada masa tuh sultan muhammad jiwa kalu tak silap laa...buat rundingan damai dgn berjanji akan hantar bunga emas kepada krajaan thai....
dan perlis masa tuh di beri kepada kerabat diraja siam... ( tok aku keturunan kerabat raja siam ).. selepas inggeris mai penang plak di beri kpd francis light dgn perjanjian selagi matahari dan bulan ada kedah tak boleh amik balik penang....
ada lagi info nk share tp tak igt sgt dh..nk kena blk tnya tok aku lagi....![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #181 BeachBoys\ catat
mengikut kajian pakar USM beberapa tahun lepas orang Melayu di Kedah dan Pattani berketurunan Melayu Champa bukan Khmer.Champa pernah menguasai Kemboja sebelum dikuasai oleh Khmer.Bunga Chempa(cempaka) dan Bunga Kemboja.![](static/image/smiley/default/biggrin.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Lorbad (mungkin dari Allahuakbar) - Sembahyang
Naksah (mungkin dari Madrasah, sebab madrasah ada surau) - Surau
Mejid (ini memang perkataan Arab) - Masjid
Kesut (ini dipinjam dari BM) - Kasut
Saka (saya rasa ini mungkin dipinjam dari bahasa Arab) - Gula
Bang - Abang
Kak - kakak
Pok - Bapa
Mek - Emak
adakah perkataan di atas bahasa siam.
Saya rasa ini adalah dialek saja kerana orang Terengganu pun menggunakan istilah Pok dan Mek ni.Juga orang-orang Pattani dan Kelantan.Istilah Nakshah tu orang Kedah yg tak ada sangkut paut dengan keturunan Siam pun sebut madrasah dengan istilah Nakshah.Begitu juga dengan Masjid.Ada yg panggil Semejid,mesejid.mejid dan semeyid terutama golongan tua.Saya rasa perkataan diatas hanyalah dialek setempat dan bukan bahasa Siam. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #186 HOTlips\ catat
aku mencelah bab yg aku tau ja.Hang jangan dok salah faham pulak.Buat apa aku nak mencelah benda yg aku tak tau.Macam bab istilah kat atas.Jelas itu istilah melayu, cuma dialek yg membezakan dengan sebutan melayu kat tempat lain.Kajian tentang asal org melayu pula hang buleh semak kat thread yg bertajuk Orang Kelantan Melayu asal semenanjung.Aku tak pasti sama ada thread tu masih ada kat forum ni ke tak.Rajin rajin lah semak . .Nama pun forum,kalau kita ada pendapat tertentu tak salah kita kemukakan.Soal orang terima atau tidak pendapat kita itu bukan masalah.Berforum yek bukan berdebat.Bukan nak tengok sapa yg kena![](static/image/smiley/default/biggrin.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by rempo at 16-8-2007 19:54 ![](http://mforum4.cari.com.my/images/common/back.gif)
Bahasa jiwa bangsa.Hilang bahasa hilanglah bangsa.Inilah nasib orang2 yang tanahairnya dijajah.Yang masih ingat asal usul(itupun sebahagian)adalah orang2 di sebelah selatan Siam.Itupun banyak y ...
rasaya dalam byk2 filem melayu..
filem puteri gunung ledang, susuk je yg cantik sinematografinya..
yang lain tu mcm mangkuk tak sudah..
berkhayal nak buat filem mcm thailand buat?
usop mempelam, abg razak maideen boleh balik kampung..![](static/image/smiley/default/tongue.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #191 HOTlips\ catat
janganlah ahkak konpius.Langkasuka mungkin hampir kait mengait dengan seluruh Kerajaan Melayu di Semenanjung .Kedah cuma sebahagian Langkasuka dan juga dikatakan pusat Langkasuka.Mungkin sebab itu nampak macam kait mengait.
Pak Wahab tu saper?![](static/image/smiley/default/sad.gif) |
|
|
|
|
|
|
| |
|