CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: amazed

YDP Besar Negeri Sembilan Tuanku Jaafar : update: selamat dimakamkan

[Copy link]
 Author| Post time 28-12-2008 03:26 PM | Show all posts
almarhum ni ada iras2 macam arwah salleh kamil yg selalu berlakon jahat citer2 melayu jaman dulu... mcm citer  enam jahanam tuh, ekk...  




Tuanku Jaafar



Salleh Kamil
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-12-2008 03:29 PM | Show all posts
Pemerintahan Tuanku Ja'afar sentiasa dikenangi
Oleh Nazura Ngah  

TUANKU JA'AFAR bersalaman dengan rakyat ketika tiba untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Diraja Tuanku Munawir di Seri Menanti, Kuala Pilah.


Yang di-Pertuan Besar NS aktif sukan, berpengalaman luas dalam pentadbiran

ANG di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Ja'afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman yang mangkat semalam, dalam usia 86 tahun sangat dikasihi rakyat kerana kebijaksanaan, ketulusan hati dan sifat dedikasi baginda.

Baginda yang ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10 dan memerintah selama 41 tahun itu mangkat pada 11.45 pagi semalam di Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban selepas mengadu sakit kepala dan tidak selesa.


Sepanjang pemerintahan baginda, Tuanku Ja'afar sangat dikagumi dan dihormati oleh Raja-Raja Melayu yang lain dan pemimpin dari dalam dan luar negara.

Baginda yang diputerakan pada 19 Julai 1922 di Klang, Selangor adalah putera kedua Yang di-Pertuan Agong pertama, Almarhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhamad.

Almarhum mendapat jolokan 'The Malaysian Prince of Sports' kerana minat mendalam dalam pelbagai jenis sukan termasuk golf, kriket, tenis dan bola sepak.

GAMBAR Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Ja'afar pada 1982. Baginda ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10 dan sudah memerintah selama 41 tahun.

Tuanku Ja'afar yang pernah menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-10 bermula 26 April 1994 hingga 25 April 1999 mengahwini Tuanku Ampuan Najihah Tuanku Besar Burhanuddin pada 8 Ogos 1942.

Pasangan Diraja ini dikurniakan tiga putera dan tiga puteri, iaitu Tuanku Dara Naquiah, Tuanku Laksamana Naquiyuddin, Tuanku Muda Imran, Tuanku Jawahir, Tuanku Irinah dan Tuanku Nadzaruddin.

Almarhum mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Seri Menanti, Kuala Pilah bermula 1928 hingga 1933 sebelum melanjutkan pengajian ke Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK). Kemudian, baginda melanjutkan pelajarannya ke Raffles College Singapura pada 1941, tetapi terganggu kerana tercetusnya Perang Dunia Kedua.

Ketika pemerintahan Jepun, baginda berkhidmat sebagai pegawai di Pejabat Tanah, Seremban. Pada 1946 hingga 1947, baginda bertugas sebagai Penolong Pegawai Daerah di Rembau. Baginda juga pernah berkhidmat sebagai Penolong Setiausaha Kerajaan ketiga di Ipoh dan Pegawai Daerah Tampin.

TUANKU JA'AFAR juga turut minat melukis. Selama menduduki takhta kerajaan Negeri Sembilan, Tuanku Ja'afar membawa perubahan ketara dalam pembangunan sosioekonomi negeri itu.
Baginda meneruskan pengajian yang tertangguh disebabkan Perang Dunia Kedua, dengan memperoleh Ijazah Undang-Undang (LLB) di Universiti Nottingham, United Kingdom pada 1951.

Baginda mengambil peluang ketika berada di negara itu untuk mengikuti beberapa kursus ikhtisas seperti Kursus Pentadbiran di Balliol College Oxford, Kursus Bidang Ekonomi dan Diplomat di Universiti Oxford.

Pada 1952, baginda mengikuti Kursus Sains Politik dan Bahasa Perancis di London School of Economics. Sebagai seorang yang dinamik dan berfikiran luas, baginda diamanahkan menjawat beberapa tugas penting di luar negara, antaranya sebagai Kuasa Usaha Tanah Melayu di Washington, Amerika Syarikat.

Kemudian baginda dilantik sebagai Setiausaha Pertama Suruhanjaya Tetap Persekutuan Tanah Melayu ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York selama dua tahun bermula 1957, selain pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Pertama dan Kaunselor di Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Tanah Melayu di London dan kemudian pada 1958 hingga 1962 sebagai Timbalan Pesuruhjaya Tinggi di London.

Baginda dilantik sebagai Duta Malaysia ke Mesir yang beribu pejabat di Kaherah dari 1963 hingga 1965, kemudian sebagai Pesuruhjaya Tinggi ke Nigeria dan Ghana dari 1965 hingga 1967.

Pada 18 April 1967, Almarhum menaiki takhta Kerajaan Negeri Sembilan selepas dipilih sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10.

Selama menduduki takhta kerajaan Negeri Sembilan, Tuanku Ja'afar membawa perubahan yang ketara dalam pembangunan sosioekonomi negeri itu. Di bawah pemerintahan baginda, rakyat dan setiap lapisan masyarakat kini menikmati hasil pembangunan dan kemajuan.

Pada 10 Jun 1979, baginda dilantik sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong. Baginda pernah menjalankan tugas Yang di-Pertuan Agong pada 29 November 1979 hingga 29 Disember 1979. Baginda dipilih semula oleh Raja-Raja Melayu sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong pada 24 April 1989 untuk selama lima tahun sebelum dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong pada 26 April 1994 hingga 25 April 1999.

Di samping itu, Almarhum menunjukkan minat dan bakat secara mendalam dalam bidang sukan sejak zaman persekolahan. Bekas Presiden Persatuan Kriket Melayu Malaysia itu pernah muncul johan dalam pertandingan tenis, badminton dan skuasy ketika menuntut di MCKK dan di Universiti Nottingham, United Kingdom.

Ketika menuntut di England, baginda pernah mewakili pasukan Universiti Nottingham dalam perlawanan tenis, skuasy dan badminton. Sementara di Oxford pula, Tuanku Ja'afar pernah menerajui pasukan badminton. Baginda juga pernah mewakili Perak dan Negeri Sembilan dalam perlawanan kriket dan tenis.

Disebabkan minat mendalam terhadap golf, Tuanku Ja'afar sering mengambil bahagian dalam pertandingan di dalam dan luar negara. Baginda membantu meningkatkan taraf sukan golf di Negeri Sembilan dengan mempelopori usaha untuk meningkatkan taraf padang golf dan kemudahannya, terutama di Kelab Golf Antarabangsa di Seremban.

Baginda dianugerahkan bintang dan darjah kebesaran serta penghormatan seperti D.K., D.K.M., D.M.N., D.K.M.N. (Brunei), D.K. (Kelantan), D.K. (Kedah), D.K. (Selangor), D.K. (Perlis), D.K. (Johor), D.K. (Pahang), D.K. (Terengganu), D.K. (Perak), Commander Grand Cross with Collar of the Order of the White Rose (Finland) pada 25 Januari 1995.

Collar of the Civil Merit (Sepanyol) pada 4 April 1995, Order of Sikatuna (Filipina) pada 21 Jun 1995, Collar De La Order Almerito De Chile (Chile) pada 27 September 1995, National Order of the Cruzeiro Do Sul (Brazil) pada 18 Disember 1995, Knight of the Royal Order of the Seraphim (Sweden) pada 12 Mac 1996, dan Grand Cordon (Uruguay) pada 3 Julai 1996.

Almarhum yang begitu komited dalam usaha menggalakkan peningkatan mutu dan taraf pendidikan negara menjadi Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia, sejak 16 April 1976.

Pada 27 Julai 1990, baginda dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Undang-Undang oleh Ohio Universiti. Pada 22 Jun 1995, baginda dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Undang-Undang oleh Universiti Filipina.

Sebulan selepas itu, baginda dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Undang-Undang oleh Universiti Nottingham. Baginda juga dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Undang-Undang oleh University of Santiago, Chile pada 28 September 1995 dan Ijazah Kehormat Doktor Undang-Undang oleh Universiti Brunei Darussalam pada 11 September 1996.
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2008 03:30 PM | Show all posts

Reply #160 NoraHay_08's post

Cik maimunah @ dulcie campbell..nurse berbangsa serani, tue la mak tunku jaafar..byk stori pasal dia ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-12-2008 03:32 PM | Show all posts
Dewan Keadilan bersidang 3 petang pilih pengganti Tuanku Jaafar
28/12/2008


Oleh AINOL AMRIZ ISMAIL

KUALA PILAH 28 Dis. – Undang Yang Empat bersama Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan akan mengadakan Mesyuarat Dewan Keadilan untuk menentukan pengganti Almarhum Tuanku Ja'far Tuanku Abdul Rahman pada pukul 3 petang ini di Istana Besar Seri Menanti.

``Pengumuman akan dibuat oleh salah seorang Datuk Undang Yang Empat, sama ada hari ini atau esok di dalam Istana sebelum Istiadat Pemakaman Diraja yang akan berlangsung di Makam Diraja Seri Menanti,'' kata beliau pada sidang media selepas menziarah jenazah Almarhum di sini hari ini.

Mohamad yang bergegas pulang dari London, pagi ini memberitahu pelantikan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang baru akan mengikut Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan di mana dilakukan secara muafakat dengan nasihat kerajaan negeri.

Tuanku Ja'afar, 86, mangkat di Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban pukul 11.45 pagi semalam dan dimasukkan ke ICU selepas mengadu sakit kepala dan kurang selesa. – Utusan.



jeng.. jeng.. jeng....  sapa agaknya yg gantikan almarhum nih.....  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-12-2008 03:34 PM | Show all posts
Sidang pelantikan Yang Dipertuan Besar 3 petang ini




KERANDA jenazah Almarhum Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman diletakkan kalungan bunga ketika upacara penghormatan terakhir di Dewan Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti hari ini. Jenazah Almarhum baginda akan disemadikan selepas solat Asar, esok. - fotoBERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2008 03:41 PM | Show all posts

Reply #164 amazed's post

Ada 2 calon yang layak..tunku besar seri menanti tunku mukhriz n tuntu laxamana tunku naqiuddin..tp as anak jati n9 aku lebih prefer tunku mukhriz sbb dia lebih layak dan anak tunku munawir yg sepatutnya layak naik takhta tp tunku jaafar naik dulu....
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 28-12-2008 03:44 PM | Show all posts

Reply #166 chipmunk's post

ramai yg nak tunku mukhriz pung...
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2008 03:54 PM | Show all posts
aku sbg org n9 pun x nak tunku naqiuddin naik..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2008 04:04 PM | Show all posts
Originally posted by kulit at 28-12-2008 12:22 AM
Malam ni aku baru balik dari Johor nk ke Nilai ikut jalan lama lalu pantai PD tu...wah berseronok semua org berpesta....tak ingat pong nk bergabung....padahal istana dia about 1 km from the place ...



ngko nie mesti bkn org n9..istana dia kat seri menanti..bukan 1 km dr pantai PD..ngko kena lalu bukit putus, bandar seremban..pastu masuk dalam lg kat simpang seri menanti baru jumpa istana..istana dia kat hjg sekali...
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2008 04:07 PM | Show all posts

Balas #163 chipmunk\ catat

apa story sal dier nih pasai aper lps tuanku munawir dulu mangkat anak die t.mukriz xdirect naik takhta
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2008 04:12 PM | Show all posts

Reply #170 NoraHay_08's post

hmm panjang cternya..kalo ko penah baca artikel raja petra pasal n9 royalty ko akan tau apa sebab tunku mukhriz ni tak naik....carik kat msia today
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2008 04:35 PM | Show all posts
takleh ke citer kat sini... nak tau gak. malas ahh nak surt malaysia today. ringkaskan je cerita tu.
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2008 04:44 PM | Show all posts
One Of Four Princes Will Ascend To Negeri Sembilan Throne

KUALA PILAH, Dec 28 (Bernama) -- The new Yang Dipertuan Besar of Negeri Sembilan will be elected among "Putera Yang Empat" (the Four Princes), said specialist consultant on Adat Pepatih custom Datuk Seri Maharaja Khalid Bonget.

The four princes are the Tunku Besar of Seri Menanti Tunku Mukhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, Tunku Laxamana Tunku Naquiyuddin Ibni Almarhum Tuanku Ja'afar, Tunku Muda of Serting Tunku Imran Ibni Almarhum Tuanku Ja'afar and Tuanku Panglima Besar Tunku Nazaruddin Ibni Almarhum Tuanku Ja'afar.

"The election process involves Undang Yang Empat (the four Undangs)," said the 69-year-old Khalid whose official title is Tiang Kerajaan to the Yang Dipertuan Besar.

He said the Datuk-Datuk Lembaga Yang Empat of Luak Ulu Muar -- Datuk Paduka Besar, Datuk Seri Maharaja, Datuk Senara Muda and Datuk Orang Kaya Bongsu -- had informed the four Undangs and the Tunku Besar of Tampin on the demise of Tuanku Ja'afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman.

"The four Undangs and the Tunku Besar of Tampin will then pay their respects to the late ruler. After that, they will hold a conference behind closed doors to elect the new Yang Dipertuan Besar," he said.

The conference was scheduled to be held at 3pm at Istana Besar Seri Menanti and Tuanku Ja'afar's successor is expected to be announced later today or before the funeral tomorrow.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-12-2008 04:44 PM | Show all posts
PM, isteri beri penghormatan terakhir
28/12/2008


KUALA PILAH 28 Dis. - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan isteri, Datin Seri Jeane Abdullah tiba di Istana Besar Seri Menanti di sini petang ini untuk memberikan penghormatan terakhir ke atas Almarhum Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman.

Perdana Menteri yang diiringi anakanda Almarhum, Tunku Imran Tuanku Ja'afar dibawa masuk ke tempat persemayaman Almarhum di Taktha Ratna dalam istana itu serta mengaminkan doa yang dibacakan oleh Pegawai Agama Daerah Rembau, Norazamir Alias.

Turut sama mengiringi Abdullah dan isteri ialah Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaludin; Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan dan isteri, Datin Seri Raja Salbiah Tengku Nujumudin.

Perdana Menteri kemudiannya bertemu Tuanku Ampuan Najihah serta kerabat Diraja Negeri Sembilan untuk menyatakan rasa sedih rakyat dan kerajaan Malaysia di atas kemangkatan baginda Tuanku Ja'afar semalam.

Tuanku Ja'afar, 86 mangkat di Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban pukul 11.45 pagi semalam dan dimasukkan ke ICU selepas mengadu sakit kepala dan kurang selesa. - Utusan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-12-2008 04:45 PM | Show all posts
28 Disember, 2008

  
Pengganti Antara Putera Yang Empat



KUALA PILAH, 28 Dis (Bernama) -- Pemilihan bakal Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang baru berbeza dengan cara pemilihan pengganti raja dan sultan di negeri-negeri di Semenanjung Tanah Melayu.

Pemilihan pengganti dibuat antara Putera Yang Empat iaitu
1.Tunku Besar Seri Menanti Tunku Mukhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir,
2.Tunku Laxamana Tunku Naquiyuddin Ibni Almarhum Tuanku Ja'afar,
3.Tunku Muda Serting Tunku Imran Ibni Almarhum Tuanku Ja'afar dan
4.Tuanku Panglima Besar Tunku Nazaruddin Ibni Almarhum Tuanku Ja'afar.

"Dari keempat-empat mereka ini, seorang akan dipilih sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Besar Sembilan yang baru. Kaedah pemilihan ini dibuat oleh Undang Yang Empat," kata Tiang Kerajaan (Pakar Rujuk Adat Perpatih) kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Maharaja Khalid Bonget, 69.

Persidangan yang diadakan pada pukul 3 petang di Istana Besar Seri Menanti dan pengumuman dijangka dibuat lewat petang ini atau pada Isnin sebelum jenazah Almarhum dimakamkan.

Khalid berkata pemilihan bakal Yang Dipertuan Besar ini adalah mengikut adat yang diucap dan dipakai seperti kata adat "Yamtuan Mangkat, Yamtuan Menanam", begitu juga dengan "Undang Mangkat", Undang Menanam" yang bermaksud mengumumkan pengganti Yang Dipertuan Besar Negari Sembilan sebelum Almarhum disemadikan.

Cara pelantikan ini dipakai mengikut Adat Perpatih dari dahulu hingga selama-lamanya.

Beliau berkata, kemangkatan Almarhum Tuanku Ja'afar telah dimaklumkan kepada Undang yang Empat dan Tunku Besar Tampin oleh Datuk-Datuk Lembaga Yang Empat Luak Ulu Muar iaitu Datuk Paduka Besar, Datuk Seri Maharaja, Datuk Senara Muda dan Datuk Orang Kaya Bongsu.

"Kemudian Undang Yang Empat dan Tunku Besar Tampin akan menziarahi jenazah Almarhum baginda, setelah itu mereka akan mengadakan rundingan secara tertutup bagi memilih bakal Yang Dipertuan Besar Negeri yang baru," katanya.

Istiadat pemakaman jenazah Almarhum baginda akan diadakan esok selepas solat asar. Tempoh berkabung berikutan kemangkatan baginda ialah selama 40 hari sejak semalam.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2008 05:16 PM | Show all posts
panjang jugak artikel nye.......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2008 05:26 PM | Show all posts

Reply #137 iscol_klang's post

aha...yg tu ak dengar dr makcik ak(dia ala bau2 bacang ngn kerabat nie)..tunku mukhliz (anak tunku munaweer) yg akan ditabalkan jd yang dipertuan.....sbb ramai juga undang yg x beberapa gemar ngn tunku naquudian....n tunku mukhliz nie lebih berjiwa rakyat more than naquidin yg kebaratan nie....aper2 pong luak2 n tunku besar tampin akan memilih sape yg jd yamtuan...
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2008 05:42 PM | Show all posts

Balas #172 yellowfish\ catat

betor tuh..malas la nk belek m.today..story kt sini je la
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2008 07:27 PM | Show all posts
Originally posted by cutepiekiss at 28-12-2008 04:04 PM



ngko nie mesti bkn org n9..istana dia kat seri menanti..bukan 1 km dr pantai PD..ngko kena lalu bukit putus, bandar seremban..pastu masuk dalam lg kat simpang seri menanti baru jumpa istana ...


Ramai orang yg bukan dari N9 confused, ada yg selalu salah sangka mereka ingatkan rumah pemilik Zaitun Industries kat PD tu Istana

Mungkin rumah pemilik Zaitun Industries tu lah kot yg dimaksudkan
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2008 07:37 PM | Show all posts
aku doakan tuanku Mukriz jadi ydpb ns


regards
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 04:29 AM GMT+8 , Processed in 0.052110 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list