|
Reply #156 anakmacho's post
lor .. xdelah maksud In cmtu tau...
ada sebahagian ayat2 yg Allah turunkan bersebab, apa yg telah berlaku kepada sahabat... so, pointnya di sini In nak kaitkan dgn tafsiran ulama mufassirin tentang kejadian masa itu dan nuzul ayat tersebut... seperti kisah peperangan badar dlm surah ahzab, ayat lian...etc..
Q: Al Hujurat : 15 : "Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu hanyalah orang-orang yang percaya (beriman) kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjuang (berjihad) dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah. Mereka itulah orang-orang yang benar."
~ Beriman dengan Rasul saw, bukan sekadar percaya beliau utusan Allah, malah sabda Beliau saw, cara hidup dan akhlak beliau adalah ikutan ummah... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #157 anakmacho's post
Terimakasih, In dah betulkan.. terjemahan tu tak lari, penyusunan ayat yg lbh sedap dengan rangkaian susunan bahasa malaysia yg baik... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #158 HOTlips's post
ada duk ngata In ker... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #164 indah1285's post
berapa umur In? Indah ni ustazah ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #167 indah1285's post
menyimpang sket...cikiiiiiit jek...jawab laa |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #168 obelisk's post
bukan ustazahlah... org biasa2 sajek... ilmu kan kena dituntut makin dituntut makin terasa lak jahilnya...
~ soklan ditutup.titik. |
|
|
|
|
|
|
|
Pada pendapat pribadi puanlah kan?apa perasaan puan jika mengamalkan sesuatu syariat tiba-tiba puan mendapat tahu bahwa yang puan amalkan itu datangnya dari yang dikatakkan hadis palsu? Tidakkah puan rasa tertipu selama ini?. dan apa tindakan puan ?
Spt mana tuan yg memerlukan terjemahan berbahasa melayu untuk memahami mesej Allah dalam Al Quran serta mempercayai penuh kpd Prof. Mahmud Yunus , akak juga berkeyakinan penuh dgn tasir2 para ulamak, muhadisin yg dipercayai atas keilmuan dan ketaqwaan mereka spt Ibnu Kathir, Imam2 yg 4 dsbnya.
Akak juga tidak mahu menjadi pak turut saja dgn menerima sesuatu tanpa kajian atau sumber2 yg diperakui kebenarannya. Misalnya bila membaca sesuatu hadis, akak akan lihat siapa perawinya serta taraf hadis berkenaan. Akak tidak akan mengambil bulat2 dr tenet spt blog2 or email yg sekadar mendakwa.... dr hadis so n so tanpa menjelaskan siapa perawinya.
Dan spt tuan juga akak berpendpt kalau tidak ada mereka (para penterjemah) serta para pentafsir, maka jadilah kita tahu baca saja dan mentafsir ikut hawa nafsu serta kefahaman sendiri tapi tidak faham atau tepat spt mesej yang Allah sampaikan kepada kita pada hari ini. Semoga Allah merahmati mereka (para penterjemah) serta para pentafsir dan periwayat2 hadis Nabi saw. Amin!
Btw, t kasih atas ayat 16:98 tu. InsyaAllah akak amalkan bukan ketika nak baca Quran saja, malah setiap masa dan ketika melaksanakan apa2 pekerjaan yg baik2.
Dan akak juga yakin dgn 16:99
Sesungguhnya syaitan itu tidak ada kekuasaannya atas orang-orang yang beriman dan bertawakkal kepada Tuhannya serta serahkan kembali kepada Allah kerana yang baik datangnya dari Dia.
Wallahualam |
|
|
|
|
|
|
|
Sama ada mereka (ahli kitab) percaya seperti kita percaya atau seperti kita beramal atau tidak hanya Allah sahaja yang tahu?kita tidak boleh membuat kesimpulan sendiri tanpa bukti, sebab antara mereka yang saya tahu baik melalui forum seperti ini atau bertanya sendiri kepada mereka?
Benar, kita x perlu selidik secara mendlm krn itu urusanNya. Namun secara zahirnya mestilah memperakui dgn 2 kalimah syahadah. Memperakui Allah itu Tuhan dan memperakui Muhammad saw itu RasulNya
Bila tlh ada perakuan /baiat, ikrar ini, maka selebihnya tugas kitalah sebagai umat masa kini utk melaksanakan segala perintah2 yg diberi
u see.... Bila kita menterjemahkan ayat2 Allah mengikut kefahaman kita, ada 2 kefahaman yg berbeza di sini bila kita memahaminya mengikut aqal kita. Mungkin org lain nerfahaman lain pula. Sebab itulah akak lebih selesa utk mengambil jln tengah yg lebih selamat dgn mempercayai tafsir ulamak yg dipercayai akan keilmuan dan ketaqwaan mereka.
Mengenai peperiksaan, akak bercakap mengenai peluang tp tuan terus lompat kpd keputusan Sebelum ditempatkan ke mana2, semua murid diberi peluang yg sama rata. Semua murid mempunyai peluang yg sama utk mendpt 5A. Syaratnya berusaha/belajar. So, semua manusia berpeluang menjadi umat yg terbaik. Syaratnya? Ikutlah Nabi Muhammad saw. Keputusan samada "5A 4A 3A" dsbnya Dia akan lihat siapa yg lebih mentaati perintah2 Allah dan sunah2 Baginda saw.
Wallahualam
[ Last edited by HOTlips at 9-2-2009 11:09 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Secara kesimpulannya me dpt rumuskan dgn kata mudah begini:
Pandangan tuan adalah:
Ahli Kitab! Kamu ikutlah Nabi Muhammad. Tapi kalau kamu x mahu tak pe. Dok diam2. Kamu ikutlah syariat kamu asalkan kamu mentauhidkan Aku.
Pandangan me pulak:
Ahli Kitab! kamu ni, bila Nabi kamu dah x de, kamu berpaling dr ajaran yg sebenar. Kamu x ikut spt apa yg sepatutnya. Ni Aku utuskan Nabi baru utk jadikan kamu umat yg lebih baik (terbaik) Umat2 yg dulu tu x pe. Mereka selamat dah. Kamu ni la kena ubah.
Byk ayat2 Al Quran yg menyuruh manusia beriman dan mentaati Nabi Muhammad saw:
An-Nisa’: 170
Hai manusia, sesungguhnya telah datang Rasul (Muhammad) itu kepada kalian dengan (membawa) kebenaran dari Tuhan kalian, maka berimanlah kalian, itulah yang lebih baik bagi kalian.”
Al-Maidah: 19.
“Hai Ahli Kitab, sesungguhnya telah datang kepada kalian Rasul Kami, menjelaskan kepada kalian ketika terputus (peringatan) rasul-rasul, agar kalian tidak berkata, ‘Tidak datang kepada kami baik seorang pembawa berita gembira maupun seorang pemberi peringatan.’ Sesungguhnya telah datang kepada kalian pembawa berita gembira dan pemberi peringatan. Allah Maha kuasa atas segala sesuatu.”
Al-Anbiya’: 107
“Dan Kami tidak mengutus kamu, melaikan untuk menjadi rahmat bagi semesta alam.”
Al-Furqan: 1
Mahasuci Allah yang telah menurunkan Al-Furqaan (Al-Qur’an) kepada hamba-Nya, agar dia menjadi pemberi peringatan kepada seluruh alam.”
Ali Imran:31
Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Belum lagi hadis2 yg menerangkan betapa perlunya mengikuti Nabi Muhammad saw. Namun x perlu diletakkan di sini sebab buang karan jekkk
Apa2 pun, sekali lg akak tegaskan, akak berpendpt dan masih terus berpegangan bhw sesetengah ayat Al Quran diturunkan bersebab (sama spt pandangan In)
Samada ayat2 Quran terbatal, biar yg arif menjelaskan. Namun akak yakin segalanya x akan terjawab sekiranya kita tidak sandarkan kpd nuzul ayat yg kita rujuk dr hadis2. Jadi, begitu juga dgn persoalan tentang berkahwin dgn ahli kitab, pun ada alasannya berdasarkan sejarah dan hadis. Para ulamak tlh pun membincangkan isu ini dan mereka mempunya pandangan mereka. Sekiranya ini ditolak atas alasan takut disabotaj, maka tiada lagi titik pertemuan.
Wallahualam |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #173 HOTlips\ catat
Spt mana tuan yg memerlukan terjemahan berbahasa melayu untuk memahami mesej Allah dalam Al Quran serta mempercayai penuh kpd Prof. Mahmud Yunus , akak juga berkeyakinan penuh dgn tasir2 para ulamak, muhadisin yg dipercayai atas keilmuan dan ketaqwaan mereka spt Ibnu Kathir, Imam2 yg 4 dsbnya.
Akak juga tidak mahu menjadi pak turut saja dgn menerima sesuatu tanpa kajian atau sumber2 yg diperakui kebenarannya. Misalnya bila membaca sesuatu hadis, akak akan lihat siapa perawinya serta taraf hadis berkenaan. Akak tidak akan mengambil bulat2 dr tenet spt blog2 or email yg sekadar mendakwa.... dr hadis so n so tanpa menjelaskan siapa perawinya.
Salaamun Alaikum Puan,
Pertama maaf saya ucapkan kerana saya dapati dalam perbincangan seperti ini puan terbawa-bawa oleh emosi puan.... saya dapat rasakan puan tidak membuka minda puan untuk menerima pandangan atau cuma untuk memahami apa yang saya cuba sampaikan..... pertama saya terkesan apabila puan mengatakan saya tidak merespon post puan berkenaan pasal agama keturunan dan boleh atau tidak utk ikut agama samawi yg lain, dan puan mengatakan secara sindiran bahwa saya belum habis kaji Al Quran..... walhal saya telah pun meresponnya di 129 dengan guna ayat Allah lagi iaitu berkenaan umat islam dilarang murtad.... dan diatas pula saya hanya mengatakan terjemahan prof. Mahmud Yunus dah berkali-kali saya habis membacanya dan saya tiada mengatakan saya percaya penuh... dan kalau puan lihat perenggan seterusnya saya ada mengatakan terjemahan sdr. Othman Ali.
Pada sayalah puan, baik Prof. Mahmud kah, Othman Ali kah, Ibnu Kathir, Imam2 yg 4 dsbnya... mereka adalah manusia biasa macam kita dan tidak terlepas dari kesilapan, maka tidak boleh diyakini tafsiran atau pendapat mereka, saya cuma ikut pendapat yang terbaik dari mereka tetapi tidak menyakini.... yang saya yakini adalah Al Quran semata-mata.
Berkenaan yang dikatakan hadis tu... apa kata puan pegi ke Board Al Quran dan Hiads di tajuk Galongan Anti hadis.... kita boleh berbincang kat situ pula, manatau ada ilmu puan yang kita boleh kongsi bersama....
Terima kasih. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #174 HOTlips\ catat
Benar, kita x perlu selidik secara mendlm krn itu urusanNya. Namun secara zahirnya mestilah memperakui dgn 2 kalimah syahadah. Memperakui Allah itu Tuhan dan memperakui Muhammad saw itu RasulNya
Bila tlh ada perakuan /baiat, ikrar ini, maka selebihnya tugas kitalah sebagai umat masa kini utk melaksanakan segala perintah2 yg diberi
Salaam,
See.. sekali lagi saya tidak pernah mengatakan "kita tak perlu kaji secara mendalam...." itu adalah pendapat puan sendiri. Saya tetap mengkajinya sebab itulah saya mengatakan bahwa tiada pembatalan berkenaan agama terdahulu terutama agama umat Nasrani kerana melalui pembacaan saya pada bible mereka tiada satu pun firman tuhan dan sabda Jesus/Al Masih mengatakan Jesus itu tuhan atau 3 dalam satu... hanya mereka (penganut kristian) yang memahami seperti itu. Kalau mereka betul-betul ikut kitab mereka dan mengakui seperti apa yang tercatit dalam bible bahwa tuhan itu satu, tidak beranak dan diperanakkan serta Jesus/Al Masih adalah utusan... insya Allah mereka layak untuk syurga Allah.
Berkenaan syahadah... apa kata puan saya jemput untuk turut sama dalam topik bertajuk "hari2 syirik tanpa disedari" sebab disitu ada pendapat saya berkenaan syahadah dan mungkin puan boleh berkongsi pendapat puan di situ..
u see.... Bila kita menterjemahkan ayat2 Allah mengikut kefahaman kita, ada 2 kefahaman yg berbeza di sini bila kita memahaminya mengikut aqal kita. Mungkin org lain nerfahaman lain pula. Sebab itulah akak lebih selesa utk mengambil jln tengah yg lebih selamat dgn mempercayai tafsir ulamak yg dipercayai akan keilmuan dan ketaqwaan mereka.
Siapa meletakkan taraf ulamak yang juga manusia biasa macam kita berkenaan ketakwaan mereka, atas dasar apa puan mengukurnya...., pada saya mengapa kesefahaman tidak dapat dicapai walhal kita merujuk Al Quran yang sama, adalah disebabkan sikap kita yang tidak mahu membuka minda dan masih mengongkongnya atas dasar pendapat orang lain (tok-tok guru),
Allah dah kata dalam Al Quran tiada siapa yang dapat memahami mesejNya kecuali orang yang menyucikan minda mereka.... cara menyucikan ialah membuang semua fahaman dari luar atau anggap fikiran kita kosong tanpa pengaruh semasa membaca Al Quran dan insya Allah kita dapat menyentuhnya/memahami apa yang Allah sampaikan.... dan itulah yang saya amalkan semasa membacanya..... selagi minda kita tidak bersih... selagi itulah kita tidak memahami mesejNya.
Mengenai peperiksaan, akak bercakap mengenai peluang tp tuan terus lompat kpd keputusan Sebelum ditempatkan ke mana2, semua murid diberi peluang yg sama rata. Semua murid mempunyai peluang yg sama utk mendpt 5A. Syaratnya berusaha/belajar. So, semua manusia berpeluang menjadi umat yg terbaik. Syaratnya? Ikutlah Nabi Muhammad saw. Keputusan samada "5A 4A 3A" dsbnya Dia akan lihat siapa yg lebih mentaati perintah2 Allah dan sunah2 Baginda saw.
Apa yang saya cuba sampaikan disitu ialah jika mereka mahu medapat kelas A kelak, mereka harus mengikuti jalan yang terbaik semasa belajar dahulu.... begitu juga jika mereka mahu syurga Allah yang terbaik, hendaklah memeluk agama islam.... tetapi jika mereka kekal dengan agama mereka dan dalam masa yang sama tetap metauhidkan Allahyang Esa mereka tetap layak untuk syurga Allah tetapi bukanlah yang A.
Terima kasih. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #175 HOTlips\ catat
Secara kesimpulannya me dpt rumuskan dgn kata mudah begini:
Pandangan tuan adalah:
Ahli Kitab! Kamu ikutlah Nabi Muhammad. Tapi kalau kamu x mahu tak pe. Dok diam2. Kamu ikutlah syariat kamu asalkan kamu mentauhidkan Aku.
Pandangan me pulak:
Ahli Kitab! kamu ni, bila Nabi kamu dah x de, kamu berpaling dr ajaran yg sebenar. Kamu x ikut spt apa yg sepatutnya. Ni Aku utuskan Nabi baru utk jadikan kamu umat yg lebih baik (terbaik) Umat2 yg dulu tu x pe. Mereka selamat dah. Kamu ni la kena ubah.
Salaam,
Kesimpulannya...;
Puan: Kamu mesti peluk islam sebab dah ada nabi Muhammad kalau tidak kamu tak layak syurga Aku....
Saya: Kamu tak payah masuk islam tapi kalau kamu masuk islam kamu akan dapat yang lebih baik. Kalau kamu still dengan agama kamu ikutlah ajakkan nabi Muhammad bahwa tuhan kita tuhan yang sama, kerana pemuka-pemuka kamu yang terdahulu dah memesongkan ajaran nabi terdahulu menyebabkan kamu keliru dan sekarang kembalilah mentauhidkan Aku walau apa pun agama kamu... kamu akan selamat sebab Aku Maha Pengasih dan Penyayang.
Byk ayat2 Al Quran yg menyuruh manusia beriman dan mentaati Nabi Muhammad saw:
Untuk ayat-ayat yang puan kemukakan, eloklah kita bincangkan di topik yang saya cadangkan kerana lebih sesuai dengan tajuk.... kat sini lari tajuk pulak kan...
Apa2 pun, sekali lg akak tegaskan, akak berpendpt dan masih terus berpegangan bhw sesetengah ayat Al Quran diturunkan bersebab (sama spt pandangan In)
Samada ayat2 Quran terbatal, biar yg arif menjelaskan. Namun akak yakin segalanya x akan terjawab sekiranya kita tidak sandarkan kpd nuzul ayat yg kita rujuk dr hadis2. Jadi, begitu juga dgn persoalan tentang berkahwin dgn ahli kitab, pun ada alasannya berdasarkan sejarah dan hadis. Para ulamak tlh pun membincangkan isu ini dan mereka mempunya pandangan mereka. Sekiranya ini ditolak atas alasan takut disabotaj, maka tiada lagi titik pertemuan.
Pada saya apapun sebabnya ayat-ayat diturunkan ianya untuk panduan generasi seterusnya.... adakah andai tiada sebab maka ayat2 Allah tidak turun... sama ada ada sebab atau tidak ianya adalah untuk panduan selama-lamanya.... mengapa pulak tidak mahu bertanya apa sebab Al Quran di turunkan kepada baginda ?
Apa pula pandangan mereka itu.... ingin sekali saya mengetahuinya untuk dijadikan pedoman...... ayat berkenaan bernikah dengan ahli kitab itu pada saya tetap hidup sebab dimulakan "pada hari ini..." tahun 5000 akan datang, generasi ikelak tetap akan membaca bunyi yang sama "pada hari ini....", mereka takkan ubah " pada masa dahulu....."
Terima kasih..... wallahu allam. |
|
|
|
|
|
|
|
anakmacho, kalau dalam kitab taurat, merekakata Allah memilih mereka ke atas bangsa lain.mereka bangsa tepilih.macam mana pedapat awak?sebab dalam Islam,Alquran kata mereka itu umat terdahulu.yahudi sekarang tak lagi dah.sekarang umat Islam lah yang tebaik.jadi macam mana nak biarkan kaum Yahudi ikut taurat kalau pedapat dua kitab ini bercagah?taurat kata Allah jadikan yahudi bangsa tebaik.alquran kata umat islam jadi golongan tebaik.macam Allah bekata tak serupa bikin.pelik bin ajaib sya |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #179 temansejati17's post
Mana ada bercanggah..dalam Kitab Bible, Allah kata Yahudi bangsa terbaik..sebab waktu tu Allah mana ada turunkan / utuskan Nabi Muhammad lagi..ada dalam Quran kata, Allah pilih Yahudi sebagai bangsa terbaik (pada zaman mereka) dalam Surah Al-Baqarah...pastu kan ada Allah suruh diorang pegang janji dengan Dia angkat Bukit Thursina kat atas mereka semua... but then, diorang langgar janji..pastu jadi kera dan babi...bila dah banyak sangat langgar janji Allah ada kata dalam Bible untuk membawa pergi kerajaan Sorga Dia dari bangsa Yahudi ke bangsa lain yang akan mengembangkan lagi kerajaan tersebut....
Tu la sebab kena baca Bible juga kekadang...
"Kata Yesus kepada mereka: "Belum pernahkah kamu baca dalam Kitab Suci:Batu yang dibuang oleh tukang-tukang bangunan telah menjadi batupenjuru: hal itu terjadi dari pihak Tuhan, suatu perbuatan ajaib dimata kita.Sebab itu, Aku berkata kepadamu, bahwa kerajaan Allah akan diambil dari padamu dan akan diberikan kepada suatu bangsa yang akan menghasilkan buah Kerajaan itu."(Matius 21:42~43)
[ Last edited by eastrun at 9-2-2009 03:13 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #180 eastrun's post
kenapa In tak faham?
kenapa perlu bible (yg telah berkali2 diubah) sedangkan kita ada Pembenar yang mutlak, suci dan dijaga Allah, dia lah yg Allah turunkan utk mmbawa kita ke jalan yg benar. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #170 obelisk's post
da mamam ubat lum.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by anakmacho at 9-2-2009 12:26 PM
.See.. sekali lagi saya tidak pernah mengatakan "kita tak perlu kaji secara mendalam...." itu adalah pendapat puan sendiri. Saya tetapbmengkajinya sebab itulah saya mengatakan bahwa tiada pembatalanbberkenaan agama terdahulu terutama agama umat Nasrani kerana melalubipembacaan saya pada bible mereka tiada satu pun firman tuhan dan sabdaJesus/Al Masih mengatakan Jesus itu tuhan atau 3 dalam satu... hanya mereka (penganut kristian) yang memahami seperti itu. Kalau mereka betul-betul ikut kitab mereka dan mengakui seperti apa yang tercatit dalam bible bahwa tuhan itu satu, tidak beranak dan diperanakkan serta Jesus/Al Masih adalah utusan... insya Allah mereka layak untuk syurga Allah.
Berkenaan ayat yg In boldkan tuh, dlm perbincangan dgn shalom In ada tepek berkenaan ayat yg merujuk kpd Trinity itu, tdk ada penafian dr shalom... sekali lg In tepek;
King James Version
John 5:7
"For there are three that bear record in heaven, the Father, the Word, and
the Holy Ghost: and these three are one."
Ini lah asas tauhid kristian yg mengatakan bahawa tuhan itu Trinity. skrg dalam Bible berikut ayat John 5:7 itu sudah tidak ada lagi:
Authorised King James Version on line Tidak ada ayat tersebut di ganti ayat lain
New International Version - on line Tidak ada ayat tersebut di ganti ayat lain
Al Kitab bahasa Melayu - online Tidak ada ayat tersebut di ganti ayat lain ~ dlm tred berkenaan eastrun nk tepek ayatnya... xde kena mngena dgn Trinity pun.
~ In nak ckp sini bahawa Bible bkn skali dua diubah, malah berkali2. kalo tak, xdelah Allah murka dgn depa neh berkenaan penambahan/pengurangan di dlm Bible. Tidak akan timbul ingatan Allah; ''Qul huwallahu ahad..''
dan kecaman Allah ini :
Q : Al Maidah : 116 : "Dan (ingatlah) ketika Allah berfirman: Wahai Isa Ibni Mariam! Engkaukah yang berkata kepada manusia: Jadikanlah daku dan ibuku dua tuhan selain dari Allah? Nabi Isa menjawab: Maha Suci Engkau (wahai Tuhan)! Tidaklah layak bagiku mengatakan sesuatu yang aku tidak berhak (mengatakannya). Jika aku ada mengatakannya, maka tentulah Engkau telah mengetahuinya. Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku, sedang aku tidak mengetahui apa yang ada pada diriMu; kerana sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui perkara-perkara yang ghaib" |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #184 juwaini's post
maaf... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by indah1285 at 9-2-2009 09:22 PM
maaf...
Maaf kenapa? |
|
|
|
|
|
|
| |
|