CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: alahai

[Merged] sambut Valentine's Day

[Copy link]
Post time 10-2-2008 08:58 PM | Show all posts
Why Can抰 We Celebrate Valentine抯Day

1. In Islam, the festivalsare clearly defined and well established, and no additions or subtractions maybe accepted. They are an essential part of our worship and there is no room forijtihaad or personal opinion. They have been prescribed for us by Allaah andHis Messenger (peace and blessings of Allaah be upon him). Ibn Taymiyah (mayAllaah have mercy on him) said: 揊estivals are part of the laws, clear way andreligious ceremonies of which Allaah says (interpretation of the meaning): 慣oeach among you, We have prescribed a law and a clear way [al-Maa抜dah 5:48] 慒or every nation We have ordained religiousceremonies which they must follow抂al-Hajj 22:67]

2. Celebrating Valentine抯Day means resembling or imitating the pagan Romans, then the Christian Peopleof the Book in their imitation of the Romans in something that was not a part oftheir religion. If it is not allowed to imitate the Christians in things thatreally are part of their
religion
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2008 08:59 PM | Show all posts
The Muslim抯 attitudetowards Valentine抯 Day

From the above discussion,the Muslim抯 attitude towards this holiday should be clear:

(1) He should not celebrateit, or join others in their celebrations of it, or attend their celebrations,or help those who celebrate it because of the evidence quoted above which showsthat it is forbidden to celebrate the festivals of the kuffaar.
Al-Haafiz al-Dhahabi (may Allaah have mercyon him) said: 揑f the Christians have a festival and the Jews have a festival,which belongs only to them, then the Muslim should not join them in that, justas he does not join them in their religion or their direction of prayer.
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2008 11:34 AM | Show all posts
Adakah anda semua tahu...pada 14 Februari 1492 juga adalah hari kejatuhan Kerajaan Islam Sepanyol...So xyah la buang masa raikan benda2 ni sume

pi sambut 16hb...sbb tu ari sabtu
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2008 12:45 PM | Show all posts
Biasak ler....masa tengah bercinta, nyambut hari kekasih adalah satu bukti cinta si anu pada si anu. Yelah setaun sekali. Tambahan pulak budaya ni dtg dari barat.

.....lama sikit bila dah nikah ada 3-4 anak, jangankan V day, nak selebret hari ibu utk bini sendiri pun malas.

Renung-renung.:victory:
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2008 08:37 AM | Show all posts
Ops Cegah Maksiat anjuran PERKID sempena Valentine Day

"OpsValentine '08 akan dilaksanakan oleh PERKID dengan kerjasama PEKIDABukit Bintang dan Masjid Asy-Syakirin KLCC. Semua sukarelawan dimintahadir dan melapor diri jam 9.30 malam 14 Februari 2008 di Masjid KLCC"- Pengerusi PERKID.

Objektif Ops - Untuk menjalankan usahadakwah dan bimbingan kepada pasangan-pasangan yang cuba melakukanmaksiat bermadu kasih, seperti yang selalu diamalkan pada hariValentine di negara-negara barat yang mana budaya ini telah menular kenegara kita.

Operasi akan dijalankan di 12 kawasan di sekitarKuala Lumpur, mulai jam 10 malam 14 Februari hingga jam 7 pagi 15Februari 2008. Seramai 700 orang anggota sukarelawan dijangka mengambilbahagian. Kebenaran operasi daripada pihak polis dan Jabatan AgamaIslam sedang diuruskan.

Sumber: http://www.perkid.net/v2/index.php?action=fullnews&id=34   
                       
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2008 11:08 AM | Show all posts
tq tq...for ur info
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-2-2008 12:02 PM | Show all posts
Originally posted by alahai at 12-2-2004 08:07 AM
Murtad sambut hari kekasih mirip agama Kristian
KUALA LUMPUR 11 Feb. - Umat Islam yang meraikan Hari Memperingati Kekasih pada 14 Februari boleh dianggap murtad atau terkeluar daripada Islam jik ...


mod knp topic nie msok kat topic sy???
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2008 12:21 PM | Show all posts

Reply #167 maneez_leo's post

thread berkenaan valentine's day selalu keluar dekat-dekat 14-feb.  tiap tahun postingnya hampir sama.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2008 02:41 PM | Show all posts
Ntah macam mana aku tersesat masok sini tadi

Yang aku agak confuse, meraikan Valentine's Day tu macam mana nak describe? kalau bagi bunga, coklat, kad, tu kira meraikan jugak ke?

Jadi, dari apa yang aku paham, tak boleh sambut Valentine's day sebab ada sejarah dari tarikh 14 Feb dan nama Valentine tu sendiri. Then kalau tarikh dan istilah Valentine tu ditukar kepada 'hari kekasih' jadi bolehlah kita sambut 'hari kekasih' tu? (sambut dalam erti kata bagi kad, coklat, bunga...bukan seks bebas)

Sebab dari apa yang aku tau, Mother's Day jugak berakar umbi dari Christian practice satu ketika dulu di Britain...tapi kita sambut jugak. Dan belom penah lagi aku dengar orang tegah sambut Mother's day.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2009 01:54 PM | Show all posts

Balas #169 Halilintar\ catat

Ohhh...itu laennn....
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2009 02:27 PM | Show all posts
Originally posted by Halilintar at 26-3-2008 02:41 PM
Ntah macam mana aku tersesat masok sini tadi

Yang aku agak confuse, meraikan Valentine's Day tu macam mana nak describe? kalau bagi bunga, coklat, kad, tu kira meraikan jugak ke?

Jadi,  ...


banyak lagi perayaan yang bersumber dari orang kafir..
bahkan ada perayaan yang golongan islam ciptakan sendiri semata-mata nak lawan dengan golongan kafir walaupun tak penah diajarkan oleh Rasulullah ataupun para sahabah....
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2009 04:35 PM | Show all posts

Balas #171 Hang\ catat

Jadi kalau itu macam, Hari Ibu pon sepatutnya diharamkanlah sebab ia mengikut amalan yang diamalkan orang Kristian....sebagaimana kes Hari Valentine.

Tapi apa pasal cuma sambut Valentine diharamkan? Walaupun sambutan tu cumalah sekadar memberi coklat mahupun setangkai bunga?
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2009 04:37 PM | Show all posts
girlfriend-boyfriend sama ke dengan mak-anak?
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2009 12:34 AM | Show all posts
Originally posted by ibnur at 29-1-2009 04:37 PM
girlfriend-boyfriend sama ke dengan mak-anak?


Cuba ente baca intipati sebab musabab pengharaman sambutan hari Valentine...sebab ia bersusur galur dari amalan orang bukan Islam kan?

Ada jugak yang kata takble sambut sebab hari tu (14 Februari 1492) adalah hari kejatuhan Kerajaan Islam Sepanyol....prffggrrrghttt....

Jadi ada setengah amalan kuffar yang haram diikut, dan setengah lagi dibolehkan? Bukan ka suma sakali tada boleh ikut? Selective hukum perhaps? pefrrrghhhttt.....
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2009 11:14 AM | Show all posts

Umat Islam dan sambutan Valentine

assalammualaikum warahmatullahi wabarokaatuh...燵/b]

dulu aku pernah dengar yg sejarah valentine ni ada kaitan dengan pembunuhan beramai-ramai orang Islam masa zaman kerajaan Islam Sepanyol dulu...betul ke?


so, boleh tak sape2 tepek secara detail sejarah tentang valentine dan kenapa HARAM bagi umat Islam menyambutnya... sbb aku nak bagi point kat kawan aku yg terhegeh-hegeh nak sambut valentine ni...nak bagi dia insap sket...

:cf:
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2009 11:34 AM | Show all posts

Balas #1 obelisk\ catat

Murtad sambut hari kekasih mirip agama Kristian
Utusan Malaysia KUALA LUMPUR 11 Feb. 2004 - Umat
Islam yang meraikan Hari Memperingati Kekasih pada 14
Februari boleh dianggap murtad atau terkeluar daripada
Islam jika cara melakukannya mirip dengan agama asal
perayaan itu, Kristian.

Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria berkata,
hukum itu boleh jatuh kepada mereka berdasarkan sebuah
hadis sahih yang menyebut bahawa:

``Sesiapa yang melakukan perbuatan yang menyerupai
sesuatu kaum itu, maka ia turut termasuk bersama
golongan tersebut.''

Beliau berkata, perbuatan meraikan hari berkenaan juga
akan menjadi lebih bercanggah dengan ajaran Islam
terutamanya apabila ia dikaitkan sebagai usaha untuk
memperingati kematian seorang paderi yang dibunuh
seperti mengikut sejarah purba Rom.

``Kita umat Islam tidak perlukan budaya atau amalan
seperti ini yang jelas bertentangan dengan agama kita.
Lagipun ajaran Islam sudah lengkap, sempurna dan
diyakini,'' katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas sikap umat Islam di negara ini
khususnya muda-mudi yang masih cenderung untuk
meraikan Hari Memperingati Kekasih setiap kali muncul
14 Februari biarpun telah banyak penerangan
disampaikan oleh para ulama.

Mengikut sejarah mitos, sambutan berkenaan diasaskan
oleh masyarakat Rom yang beragama Kristian sebagai
memperingati peristiwa seorang paderi yang dihukum
bunuh oleh pemerintah Rom, Claudius II.

Saint Valentine dihukum bunuh kerana mengahwinkan
salah seorang askar secara rahsia sedangkan
undang-undang Rom ketika itu menghalang golongan muda
berkahwin atau berkeluarga sebaliknya dikerah untuk
menjadi tentera.

Hari ini budaya Valentine menganjurkan orang ramai
menghantar kad ucapan Valentine kepada buah hati
mereka, teman karib dan orang-orang yang mereka
sayangi sebagai simbolik dalam menyatakan cinta
terhadap mereka.

Pada zaman pertengahan, masyarakat England dan
Perancis menganggap 14 Februari sebagai `hari
burung-burung mencari pasangan mereka.'

Pada kurun ke-14 dan ke-15 mereka mula meniru
perbuatan burung tersebut dengan mengadakan hari
mencari pasangan atau jodoh pada tarikh tersebut.

Masing-masing akan mengucapkan `Selamat Hari
Valentine' sesama pasangan mereka.

Ada juga mitos menyebut, kad Hari Valentine dijadikan
amalan memperingati peristiwa seorang paderi yang
dipenjarakan dan sering menghantar kad bertulis From
Your Valentine kepada kekasihnya, seorang gadis iaitu
anak seorang pengawal penjara.

Harussani turut menyeru umat Islam agar tidak sesekali
meniru budaya asing dan ternyata bercanggah itu apatah
lagi ia turut menjerumuskan mereka ke lembah
kemaksiatan.

``Mengapa kita perlu mengamalkannya sedangkan Islam
menggalakkan umatnya kasih-mengasihi sesama sendiri
sepanjang waktu dan bukannya menetapkan pada hari-hari
tertentu atau berkala.

``Bahkan jika kita tidak bertegur sapa dengan saudara
se-Islam selama tiga hari berturut-turut, hukumnya
sudahpun jatuh haram. Jadi amalan atau budaya Islam
sendiri sudah terbukti jauh lebih baik,'' kata beliau.

Menurut Harussani, Islam turut menggalakkan umatnya
mengasihi sesama mereka secara ziarah-menziarahi
selain berkongsi suka-duka dengan tumpang bersyukur
jika senang dan bertakziah atau bersimpati apabila
ditimpa malapetaka.

``Berkasih sayang bagi Islam juga tidak terhad kepada
golongan tertentu sebaliknya meliputi semua pihak
dengan keutamaannya diberikan kepada ibu bapa, suami
isteri, keluarga, saudara Muslim dan akhirnya seluruh
manusia,'' kata beliau.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2009 12:19 PM | Show all posts

Reply #2 adiktet's post

thanks...ade info lain?
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2009 12:32 PM | Show all posts

Reply #1 obelisk's post

salam..

UCAPAN seperti Happy Valentine’s Day, Will You Be My Valentine serta pemberian hadiah jambangan ros merah, belon berbentuk hati yang tertera I Love You, malah sehingga sanggup bertatu adalah antara sebahagian cara yang popular acap kali tibanya Hari Kekasih atau Valentine’s Day pada setiap 14 Februari.
Sebagai seorang Muslim, mungkin kita tertanya lagi, mengapa perayaan memperingati cinta itu dilarang? Apa salahnya kita bercinta, sedangkan Islam tidak melarang umatnya bercinta dan berkasih sayang antara satu sama lain
Menurut Pembantu Profesor, Kulliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Malaysia (UIAM), Gombak, Dr. Adibah Abdul Rahim, setiap bangsa mempunyai perayaan mereka tersendiri.
Perayaan-perayaan ini disambut berdasarkan sebab tertentu, sempena dan matlamat berbeza.
Perayaan dalam Islam adalah ibadat, ia telah ditentukan cara dan penghayatannya. Dalam sebuah hadis, Baginda bersabda: Setiap kaum ada perayaan. Bagi kaum ini (Islam) juga ada hari-hari perayaannya, iaitu Hari Raya Fitrah dan Hari Raya Korban. (riwayat Bukhari dan Muslim)
“Oleh itu, apabila kita hendak merayakan sesuatu, kita mestilah merayakan perayaan itu berdasarkan garis panduan yang ditetapkan oleh Allah. Jadi perayaan Hari Kekasih jelas merupakan acara yang jauh tersasar, bercanggah dan tiada kaitan dengan agama Islam,” katanya.
Pada dasarnya hari ini hanya berdasarkan kepada kepercayaan animisme (kepercayaan bahawa setiap benda ada semangat) yang bersumber daripada paganisme (kepercayaan karut) orang musyrik. Apatah lagi, Hari Kekasih ialah penghormatan kepada seorang paderi Kristian.
Kalau melihat kepada sejarahnya, ia adalah satu budaya kotor, songsang dan mengandungi unsur-unsur negatif.
“Malah ia adalah budaya hidup Barat dengan bertopengkan kasih sayang dan percintaan. Malah tambah membimbangkan, ia boleh membawa kepada kerosakan akidah umat Islam,” tegas Adibah.
Tambahnya, apabila jelas perayaan ini bukan berasaskan Islam, maka Islam melarang umatnya mengikut kepercayaan yang berdasarkan taklid (mengikut sesuatu itu membuta-tuli tanpa mengetahui asal usul, latar belakang dan sejarah budaya itu).
Rasulullah s.a.w. melarang umatnya daripada mengikut tatacara beribadat selain Islam. Contohnya, cara merayakan perayaan yang tidak bersumberkan Islam. Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Barang siapa meniru satu kaum maka ia termasuk dari kaum tersebut.” (Riwayat Tirmizi)
“Ia diperjelaskan lagi dalam kitab karangan Ibnu Taimiyah yang mengatakan, perayaan adalah satu kaedah utama yang membezakan adat dan undang-undang antara satu kaum dengan kaum yang lain.
“ Jadi perayaan adalah amalan yang paling menonjol bagi sesuatu bangsa. Oleh itu, kalau kita bersetuju untuk merayakan perayaan mereka itu, bererti kita bersetuju ke arah perkara kemungkaran dan kekufuran,” tambahnya.
Corak perayaan Hari Kekasih adalah simbol kepada cara hidup golongan bukan Islam. Secara tidak langsung mereka yang merayakannya, seolah-olah mengiyakan dan bersetuju perbuatan-perbuatan keji yang menjadi intipati perayaan tersebut.
“Golongan Muslim yang ikut serta tanpa ada inisiatif untuk menghentikannya juga adalah sebahagian daripada mereka,” kata Adibah.
Kata beliau lagi, hal ini turut ditanggung bagi mereka yang terlibat secara tidak langsung seperti berjual-beli dengan perkara-perkara berkaitannya, mengucapkan selamat, menghadiri program hiburan yang bersempena dengan hari itu. Ia seolah-olah kita turut sama mempromosikan hari tersebut, itu juga adalah perbuatan terlarang.
Firman Allah bermaksud: ...Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan janganlah tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pencerobohan. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat seksaan-Nya. (al-Ma’idah: 2)
Hakikatnya, umat Islam perlu sentiasa diingatkan bahawa jangan mudah terikut sesuatu benda tanpa mengetahui asal usulnya, sejarah dan latar belakang serta terima sewenang-wenangnya tanpa memeriksa unsur kebatilan dan kekufurannya.
Ini dijelaskan dalam surah al-Isra’ ayat 36 bermaksud: Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungjawabnya.
Sebagai orang Islam, kita mesti berusaha memelihara diri dan iman dan jangan mudah terkesan dengan perang psikologi.
“Saya juga pelik dengan segelintir umat Islam yang masih lagi merayakan dan membanggakan hari tersebut,” jelas beliau.
Namun sikap terikut-ikut ini pernah dinyatakan malah Baginda menegah kita daripada meniru budaya Yahudi dan Nasrani dengan sabdanya yang bermaksud: “Nescaya kamu akan turut jejak langkah mereka (Yahudi dan Nasrani ) sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga kamu akan turuti mereka walaupun mereka masuk ke dalam lubang biawak. Lantaran sahabat bertanya: Adakah mereka itu Yahudi dan Nasrani? Baginda menjawab: Siapa lagi kalau bukan mereka.’’
Menjelaskan mengapa perayaan ini tidak boleh disambut oleh umat Islam kata Adibah, Hari Kekasih juga adalah satu bidaah saiiah iaitu bidaah yang tidak ada dasar hukumnya di dalam syariat Islam. Kedua, kita mestilah membezakan diri daripada orang kafir.
Menyambut hari kekasih ini umpamanya kita berperilaku orang kafir. Ia bukan sahaja satu budaya meniru tetapi tanda memberi sokongan. Hukumnya adalah berdosa dan wajib dihindari.
Selain itu, percintaan yang dimaksudkan pada Hari Kekasih ini terlalu umum dan melampaui batas-batas kesederhanaan. Islam memang agama kasih sayang, tolong-menolong dan merangsang supaya bersatu hati, tetapi ia perlu berjalan di bawah payung iman dan takwa.
“Saya tidak melihat ia sebagai satu isu budaya sahaja tetapi ia berkaitan dengan masalah akidah. Apabila kita merayakan Hari Kekasih, ia secara tidak langsung membawa erti yang kita merayakan ritual agama lain. Oleh itu sekiranya kita mempertahankannya juga, ia seolah-oleh kita mempertahankan budaya Barat.
“Orang Melayu akan mula hilang jati diri mereka dan yang paling merbahaya ialah akidah dicemari dengan perbuatan yang bertentangan syarak. Malah mereka yang meraikan hari ini juga menunjukkan, sikap tidak sensitif mereka dengan isu agama,” kata Adibah selagi mana ia melibatkan akidah dan syiar Islam, alasan semangat toleransi, setiakawan atau menghormati orang lain tidak boleh diterima.
Mengakui sikap generasi muda yang mudah terikut-ikut dan taksub dengan budaya Barat, Hari Kekasih mendorong generasi muda ke arah keruntuhan akhlak. Perlakuan mereka itu jelas di luar batasan syariat.
Contohnya, berpesta, pergaulan bebas, minum arak sehingga mabuk malah hingga kepada zina atau menghampiri zina kerana hendak membuktikan cinta.
Menurut Adibah, tanpa disedari kita mendokong agama mereka yang pada hakikatnya terpesong daripada apa yang dipohonkan setiap kali bersolat.
“Tidak ada gunanya kita sering meminta daripada-Nya, sedangkan kita sendiri menempuh jalan sesat itu dengan sukarela,” kata Adibah dalam temu bual di pejabatnya, baru-baru ini.
Persoalannya sekarang, mengapa perlu luahkan cinta pada 14 Februari, sedangkan kita ada 365 hari dalam setahun? Jelas Adibah, ini kerana mereka tidak faham sejarah hari tersebut. Di sinilah peranan ibu bapa, ahli akademik, pendidik, media massa untuk memberi penjelasan terutamanya pada peringkat awal.
“Barat suka mempromosikan hari-hari khas tertentu seperti Hari Ibu, Hari Bapa dan sebagainya kerana nilai-nilai dalam sistem kekeluargaan mereka sudah teruk.
Sedangkan di dalam Islam, menjadi kewajipan setiap individu untuk menghargai ibu bapa dan orang yang mereka kasihi. Hakikatnya konsep kasih sayang di dalam Islam adalah lebih komprehensif,” jelasnya.
Bercinta menurut perspektif Islam adalah tidak salah kerana ia adalah fitrah manusia. Memanglah diakui semua orang mahu dicintai dan mencintai tetapi persoalannya perasaan cinta itu perlulah mematuhi peraturan yang ditetapkan Allah.
Ini kerana matlamat cinta ialah untuk menyelamat, mententeram dan membahagiakan manusia. Jadi meluahkan kasih sayang antara lelaki dan perempuan perlulah melalui saluran yang dibenarkan oleh syarak seperti perkahwinan.
Kata Adibah, penularan sambutan Hari Kekasih adalah impak daripada globalisasi dan fahaman sekular.
Di dalam Islam ada tiga kategori cinta iaitu; Cinta kepada Allah dan Rasul, cinta kepada manusia dan cinta kepada harta duniawi. Cinta yang hakiki ialah cinta kepada Allah dan Rasul, manakala cinta kepada manusia dan harta duniawi adalah ujian Allah untuk menentukan tingkat keimanan dan ketakwaan. Ia tidak kekal dan bergantung kepada keadaan.
Oleh itu, sebaik-baiknya sebagai seorang Muslim, tidak perlulah terikut-ikut dengan sambutan Hari Kekasih yang dibawa orang Kristian.
Di dalam Islam, kita dibenarkan mencintai sesiapa sahaja asalkan perasaan cinta itu dibina atas dasar cinta kerana Allah. Ini kerana Allah yang mencipta insan yang kita sayangi dan kasihi. Oleh itu kecintaan kepada manusia sepatutnya menjadi satu wadah untuk mendapatkan keredaan Allah.
Bagaimana kita hendak mencintai seseorang kerana Allah? Pertama kata Adibah, kita kena sentiasa mendahului kehendak Allah sebelum kita penuhi kehendak individu yang kita cintai. Kedua, cinta kepada manusia mestilah berlandaskan kepada syariat dan ajaran Islam. Jangan sampai terleka dan melakukan perbuatan yang dimurkai Allah. Contohnya membuktikan cinta sehingga sanggup melakukan zina.
Yang ketiga, keimanan kepada Allah mendahului segala keinginan duniawi dan keempat, cinta suci seharusnya dilandaskan dengan akhlak dan keperibadian Islam. Ia bermaksud, cinta tidak boleh berlandaskan keinginan nafsu semata-mata.
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2009 03:13 PM | Show all posts
aku tak sambut hari Valentine...
tapi klu bf bagi aku prezen cun2 time Valentine...
aku amik jerk prezen tu...hehe
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2009 03:37 PM | Show all posts

Reply #5 makcikmengamok's post

mek hadiahkan senyuman jak ngan ktk k
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 01:29 AM GMT+8 , Processed in 0.058270 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list