|
Originally posted by emiliahani at 15-3-2009 08:30
anjing itam aku lak ape la nasib die
aik hang bela anjing ek? |
|
|
|
|
|
|
|
inilah manusia skrang..SEMUA HIDUPAN MATI KERANA KEZALIMAN MANUSIA YANG X BERPERIKEMANUSIAAN.. |
|
|
|
|
|
|
|
dkat area perumahan tmpat i tinngl, ade few pekerje vietnam yg mkan kucing n anjing.. diorng curik kucing yg x bertuan nie, n mkan. my antie penah nmpak sendiri diorng pkul kucing sampai mati. x tau la diorng msak mcm mne kucing 2. kesian gler.. sekrg nie kucing2 terbiar kat permhn 2 memg dah berkurngan. kesian gler.. skarg nie kucing2 belaan x leh kuar rmah. kat dlam rmah je. tkut kene mkan ngan vietnam.. nape la adr org yg zalim mcm nie. klo x ske bnatng 2 x yah la nk bunuh.. |
|
|
|
|
|
|
|
dah konfirm ngan pak guard..anjing tuh majlis bandaraya amik........ |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #155 zaza87\ catat
kalau dapat ambik gambar , report kat polis/spca...
tak pasal pasal kucing ngan anjing kena bunuh buat hidangan lahanat ni:@ |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #156 emiliahani\ catat
alahai sian nye.... apelah nasib anjing 2 |
|
|
|
|
|
|
|
ish. apsai org2 dr cina ng jepun suka wat menda pelik2.
bodo sungguh depa ni.
aku tak sampai hati nak tgk gambar n video tuh.
aku tak tengok lsg.
huuuu~
aku arap depa suma kena hukuman yg setimpal dr Allah swt. |
|
|
|
|
|
|
|
mongok tol
akal x d kew?
hangen jew aku tgk
da ar aku ni pencinta haiwan{:3_81:} |
|
|
|
|
|
|
|
memang {:3_81:}{:3_81:}{:3_81:} |
|
|
|
|
|
|
|
sia aku tgk mata kucing tu....syurga tempat dia.... |
|
|
|
|
|
|
|
ya allah, bongok tul diorang ni semua, tak tau laa nak cakap.. bodoh piang betul:@:@ |
|
|
|
|
|
|
|
Guna ular 'sembelih' ayam di meja hidangan
KALAU tak sanggup menjadi seorang pemakan sayur sepanjang hayat, biarlah berpada-pada dalam memilih menu makanan. Lebih-lebih lagi, kalau ia melibatkan kekejaman terhadap haiwan. Pada awal bulan lalu, pegawai kerajaan China telah bertindak untuk menutup restoran-restoran yang menghidangkan hidangan ayam yang digigit oleh ular beracun.
Sajian makanan itu yang disediakan di beberapa buah restoran di Guangdong dan Chongqing, dikatakan bertoksik. Namun, bukan isu itu yang menimbulkan kekecohan di media massa dan laman blog. Cara penyediaannya yang cukup ngeri dan tidak bertimbang rasa, menyebabkan sesetengah orang berasa ia tidak boleh diterima akal.
Video yang dimuat turun di laman sesawang menunjukkan bagaimana seorang tukang masak yang memegang seekor ular memaksanya mengigit berulang kali dan menyalurkan racun kepada seekor ayam hidup. Setelah hampir seminggu isu ini diuar-uarkan dan diperbesarkan oleh para pencinta haiwan, akhirnya, satu kata putus diambil agar kekejaman ini dihentikan dengan segera.
"Cukup keji dan zalim," tulis satu mesej yang dihantar dalam sebuah portal. "Ia bukan sahaja satu perbuatan ganas dengan membiarkan ular menghisap darah ayam, tetapi ia tidak bermoral," nyata sebuah akhbar di negara itu.
"Meskipun tidak ada sesiapa yang terkena keracunan makanan, ia bukanlah satu langkah yang bijak untuk 'menyembelih' haiwan di atas meja," kata seorang pegawai kesihatan.
Ada juga suara-suara yang menyatakan sebaliknya tentang hidangan makanannya yang lazat. Terlebih dahulu, pegawai kesihatan telah mengarahkan pemilik restoran terlibat supaya berhenti menghidangkan menu tersebut.
Berita ini tidaklah datang secara mengejut kerana benua besar itu telah lama merekodkan sejarah sajian eksotik sehingga menerima tentangan dan kutukan daripada pelbagai pihak. Antaranya ialah menyediakan sajian otak monyet yang masih hidup, musang, sup fetus rusa dan sebagainya.
SEORANG pekerja restoran memegang seekor ular untuk menggigit seekor ayam sehingga mati di atas meja pelanggan di Guangdong, China.
Dalam pada itu, sebuah restoran di China mempertahankan praktis penyediaan makanan yang kontrovesi ini dengan mengatakan ia baik untuk kesihatan. Para pelanggannya tetap kembali semula untuk mencuba.
"Kami memasak makanan itu sejak bertahun-tahun dan pelanggan kami tidak pernah jemu," ujar seorang pekerja yang hanya mahu dikenali sebagai Zheng di restoran Shunde Renjia di bandar Foshan, Guangdong.
"Ini adalah menu makanan kami yang paling laris," katanya.
Katanya lagi, sebaik makanan atau ayam itu dipanaskan, toksin ular itu akan bertukar menjadi enzim yang membantu untuk mengekalkan badan yang panas dan membersihkan saluran darah.
"Laporan televisyen menjelaskan ia sangat beracun tetapi kami masih ada pengunjung termasuk keluarga yang membawa anak-anaknya," ujarnya mempertahankan tindakan itu.
Ada pengkritik yang menggambarkan pelanggan sebagai seorang yang tidak bertamadun atau bersamaan dengan haiwan. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
org cina ni memang makan pelik2... |
|
|
|
|
|
|
|
tak sanggu melihatnya
hazab betullah depa nih! |
|
|
|
|
|
|
| |
|