|
Dari awal cerita macam kondem hai o.
last2 macam jemput org join pulak. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #8 elle_gogo\ catat
tu la pasal.konfius plak kan.awal2 kondem giler2 pastu tetiba last ajak join plak. |
|
|
|
|
|
|
|
nie yang farra post nie survey kat net. so tu ar nak mintak pandangan korang, tulakan Farra pun sebenarnya pun tak setuju dengan benda nie
tapi hubby kata kita dengar dulu apa orang Hai-O nie kata sebab adik Ipar macam nak masuk Hai-O nie je. hope sesiapa yang ada pengalaman citela key |
|
|
|
|
|
|
|
ellle trade nie dah dimovekan kemana???? |
|
|
|
|
|
|
|
Hai- O nie...ada yang berjaya.. ada yang tak...
serupa jual goreng pisang tepi jalan...
ada yg berjaya sehingga dpt beli lori segala
ada gak yg tak berjaya sehingga kuali dan tong gas simpan dlm setor jer...
fikir fikirkan... |
|
|
|
|
|
|
|
tula kan nak keluarkan modal sampai RM21K tu. lepas tu kalau jual tak laku macam mana , tu yang selalu farra cakap dekat hubby. satu barang tu nak jual pulak dalam RM2000.00, kalau jual goreng pisang pun rasanya senang nak jual kot. Hope Hubby tak terpedayala |
|
|
|
|
|
|
|
sebab orang yang nak jumpa nie dia guna estima bayar loan 7 bulan je . tapi boleh pecaya ke??? |
|
|
|
|
|
|
|
rm21k baik buat niaga burger ke.. nasi lemak ke.. modalsikit untung banyak |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by elle_gogo at 19-11-2008 10:24 AM
Dari awal cerita macam kondem hai o.
last2 macam jemput org join pulak.
tu lah.. kct siap bg kredit lagi ingat kan cerita pengalaman sendiri maaf ye farra , kredit di tarik semula td |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #13 farra2503\ catat
farra, i rasa better u jangan join..
sayang 21k tu
banyak business lain boleh u buat.
macam kak ct cakap tu, u boleh ade banyak cawangan burger.
bukak gerai steamboat, jual aksesori di pasar tani.
sayang duit awak... kalau betul awak nak buat business,
awak bukak satu thread lain, tentang modal 21 ribu.. mesti ramai yang bagi cadangan
elle tak niat nak down gred kan sesape kat sini.
dulu elle pernah terjebak sekejap dalam mlm ni. masa tu masih bekerja lagi dengan MAS.
upline cakap berapi rapi.. konon la gaji dah jejak 15k setiap bulan fix..
dan elle pun hampir melabur 20k keatas.. kononya utk cepat dapat duit...
upline cerita menipu... konon lah nak tukar kereta lah... tak perlu kerja dah.. duduk rilex dekat rumah..
asyik bercuti ke paris je keje,... tapi.. hakikatnya sekarang tuhan dah tunjukan siapa dia...
panjang nak cerita kat sini.. rumah dia pun tak jauh.. depan rumah elle je...
nak dijadikan cerita, satu hari dia datang rumah elle... bagi tau everything.. rupanya kereta dah kena tarik.
rumah dah berbulan tak bayar... anak sekolah yuran tadika pun tak berbayar...
laki dia pulak ambik duit simpanan org gaji...
macam2 cerita... dan akhirnya terbongkar siapa dia.. dan rupanya hidup dia bukan seperti yang dia gambarkan
apa yang dia cerita pada elle sebenarnya adalah khayalan...ilusi semata mata.. manis mulut la katakan..
pelik manusia ni.. kalau dah susah tu.. buat je la cara susah.. tak perlu up up kan cerita yang diri tu senang..
berpijak je lah di bumi yang nyata... takde siapa pun yang akan menghina org tengah susah...
hidup sederhana dah la... cut2 je la coz mana yang perlu... kalau awak tu betul2 senang.. tak salah kalau awak beli...
ni tak... pakai beg LV...GUCII... mmg part bergaya dia tak nak kalah... rupanya... hidup dalam ketakutan.. along tak yah cakap la..
and utk u farra.. plz hati2....
[ Last edited by elle_gogo at 20-11-2008 12:16 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu my freen bermatian-matian ajak i buat biz Hai O nie sbb dia nak i tarik my network skali..
skang la nie..bermati-matian menyesal buat biz nie..sbb sengsara bayar duit loan bulan2..water filter tak terjual, upline tak ter recruit...
dgr la nasihat kami ne farra..kami ikhlas ingin membantu anda...
nak berjaya dan kaya dgn modal kecil pun bley...bukan nak promote |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #19 amirul_nazri\ catat
bak kata ur siggy, bebaskan diri drp belenggu hutang! |
|
|
|
|
|
|
|
yup tu la dengan nasihat you all nie terutama elle, nanti boleh la farra kasi hubby baca kat sini. |
|
|
|
|
|
|
|
Akhirnya farra pun ikut hubby pegi dengar ceramah Hai- O nie, selepas hantar anak ke sekolah tambahan. Walaupun dengan berat hati nak pegi dengar ceramah Hai-O nie tapi sebab hubby yang beria-ria ajak terpaksala joint jugak dengar ceramah nie. Tapi bila dah dengar ceramah tu okla jugak sebab dia tak paksa orang untuk joint dan sesiapa yang berminat barula joint tanpa paksaan. Tapi untuk dapatkan duit memang tak ada yang mudahkan. Walaupun yang dah masuk Hai-O nie diorang kena berkerja keras untuk sampai ke tahap yang mana diorang boleh ada pencen. so ini adalah Sekadar ingin berkongsi 6 ciri-ciri perniagaan di bawah ini yang merupakan kriteria utama untuk memastikan kehebatan dan kesahihan sesuatu perniagaan (terutamanya MLM/Network Marketing).
1) Syarikat yang kukuh (e.g. disenaraikan di BSKL, memiliki lesen MLM yang sah daripada KPDN HEP, kerjasama dgn agensi2 kerajaan, anugerah2 yg diterima)
2) Mesti ada produk yang diniagakan (produk mestilah berkualiti, praktikal dan boleh dijadikan aset untuk dijual semula kepada pengguna atau pelanggan - produk perlu dipastikan wujud secara fizikal)
3) Mesti ada modal perniagaan (Tiada perniagaan boleh berjalan tanpa modal, cuma cara mendapatkan modal berbeza-beza)
4) Mesti ada pelanggan atau rakan kongsi untuk memajukan perniagaan (Setiap perniagaan memerlukan pelanggan, sama ada banyak atau sedikit yang membezakan *bukan duduk goyang kaki duit masuk juta-juta)
5) Sokongan daripada Kumpulan Perniagaan / Pemimpin-pemimpin yang ikhlas (dalam bentuk latihan, bengkel2 keusahawanan, bimbingan peribadi dsbgnya)
6) Pelan Perniagaan yang mantap menghasilkan pendapatan besar/lumayan yang berterusan setiap bulan berdasarkan usaha masing-masing (syarikat tidak pernah gagal membayar cek bonus)
Jadi, bertanyalah kepada mereka yang mengajak anda untuk menjalankan perniagaan kesemua ciri-ciri di atas nescaya anda akan selamat daripada ditipu / diperdayakan (e.g. pelaburan internet, piramid bertopengkan MLM, dsbgnya). Sekian |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh percaya ke MLM? ( salah satu yang Farra jumpa di Internet \)
Baru minggu lepas saya ada berbincang dengan rakan sekerja di pejabat tentang pandangan umum terhadap MLM. Katanya MLM bukan untuknya, "it's not the right thing for me". Saya pun tanya, kenapa sesetengah org bila kita cakap tentang MLM dia seolah-olah nak melarikan diri, atau takut semacam ada hantu.
Sebenarnya tuan-tuan dan puan-puan sekalian, yang ditakuti adalah org yang buat MLM dan bukannya MLM tu sendiri. Secara tak langsung, org ramai telah mendapat persepsi yang salah tentang kerjaya MLM daripada mereka yang melakukannya dengan tidak profesional.
Jika anda ingin menilai sama ada peluang perniagaan yang disogokkan kepada anda itu benar atau tidak, sila lihat post saya sebelum ini tentang 6 ciri perniagaan hebat.
Daripada kacamata kawan saya ni, di bawah adalah antara sebab-sebab kenapa kebanyakan org takut apabila bercakap atau mendengar tentang MLM:
1) takut dipaksa beli barang
2) takut dipaksa jadi ahli/pengedar/downline/rakan kongsi (atau apa skalipun namanya)
3) takut dipaksa hadir 'meeting' malam-malam
4) susah nak kena 'travel' jumpa org dan bersosiol
5) takut berjumpa dengan org yg terlibat dgn MLM kerana sebab-sebab di atas dan terlalu menekan..
pergh..banyak sungguh alasan-alasannya. memang benar, kita semua tak suka 'dipaksa' dan saya sendiri pernah mengalaminya. tetapi dalam sibuk memberi alasan itu hati kita sebenarnya tertarik dengan janji-janji manis daripada perniagaan MLM iaitu bonus yang beribu-ribu, kereta mewah, peluang melancong. Cuma SATU sahaja yang menjadi penghalang, iaitu kita MAHU tetapi kita tak HENDAK melakukan apa yang perlu untuk mencapainya. itulah sikap kebanyakan manusia, ingin menjadi senang tanpa melakukan apa-apa.
j |
|
|
|
|
|
|
|
modal 21k,
lebih baik bukak kedai biasa |
|
|
|
|
|
|
|
setiap org mempunyai cara masing-masing utk mendapatkan sumber rezeki..
ada org dengan makan gaji pun boleh pakai bmw 5s.
ada org dengan jadik taukeh di gerai pun tapi sebenarnya jutawan..
ada org business di rumah je.. tapi mampu untuk membeli fairlady dan menyara seisi keluarga..
terpulang pada anda untuk memilih.. elle tak cakap pun mlm tu salah..
dan mmg ramai yang terbukti berjaya dalam mlm ni.
mmg banyak buku2 laris terjual tentang kejayaan mlm...
kalau kena gaya.. dan kena taktik insyallah awak berjaya..
tapi, cuma hati2.. jangan putus asa di separuh jalan..
pastikan upline anda cerita benda yang sejujur jujurnya pada anda..
jangan ade cerita2 yang di tokok tambah hanya semata mata nak mendapatkan anda melabur 20k..
mereka mmg dah dilatih bijak berkata kata..
all the best 2 u... kami hanya memberi pendapat yang tidak seberapa... Hanya anda bijak menentukan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Thank you elle, so sampai sekarang pun Farra masih belum joint lagi MLM tu lagi sebabnya Farra masih tak nampak potential orang yang akan membeli water filter bio aura tu yang mana harga dia dalam RM2k satu.
Dan lagi satu nak mencari downline yang akan melabur dalam 21k jugak
so benda nie masih blur lagi
Yup farra agree with you yang mana diorang nie memang pandai bercakap dan ada yang berjaya dan tidak nie pun macam tengok nasib jugakkan |
|
|
|
|
|
|
|
kkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|