|
Artis APM tetap berkumpul
By admin • July 18, 2009 • No Comments [Edit]
Rap
SELAIN berhadapan kebimbangan virus H1N1, malam kemuncak Anugerah Planet Muzik 2009 (APM2009) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Jakarta di Senayan, Jakarta, malam ini turut dikejutkan dengan berita pengeboman Hotel JW Marriott dan Hotel Ritz Carlton di Jakarta, Indonesia, pagi semalam.
SELAIN berhadapan kebimbangan virus H1N1, malam kemuncak Anugerah Planet Muzik 2009 (APM2009) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Jakarta di Senayan, Jakarta, malam ini turut dikejutkan dengan berita pengeboman Hotel JW Marriott dan Hotel Ritz Carlton di Jakarta, Indonesia, pagi semalam.
Bagaimanapun, semua itu tidak menghalang karyawan seni tanah air untuk sama-sama berkumpul dengan rakan artis dari tiga negara, Malaysia, Indonesia dan Singapura untuk menjayakan malam kemuncak APM2009.
Jika Dafi, Ayu, Aizat dan beberapa artis lainnya berlepas ke Jakarta petang Khamis, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin yang dicalonkan untuk tiga kategori, berlepas pagi semalam bersama suami, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa dan kakak ipar, Rozi Abd Razak.
Faizal Tahir pula berhadapan masalah apabila gagal melepasi saringan Imigresen di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) kerana tidak menjelaskan hutangnya dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Bagi Siti, dia saja berdebar kerana dicalonkan dalam tiga kategori iaitu Artis Malaysia Paling Popular, Artis Serantau Paling Popular dan Artis Wanita Terbaik (album Lentera Timur), malah menyampaikan medley lagu popularnya, Cindai dan Di Taman Teman pada malam kemuncak yang menyaksikan perkumpulan artis tiga negara, Malaysia, Indonesia dan Malaysia.
Ini kali kelapan APM diadakan dan pertama kali Jakarta menjadi tuan rumah.
Siti yang pernah menggenggam kategori Artis Wanita Paling Popular selama lapan tahun berturut-turut berkata, dia tidak mahu melepaskan peluang menjayakan APM tahun ini kerana ia julung kalinya dianjurkan di Jakarta.
“Saya juga sudah lama tidak berjumpa peminat di Jakarta dan ramai yang memberi maklum balas menerusi laman web memberitahu saya sudah lama tidak turun padang bertemu mereka di sana.
“Pada mulanya bimbang juga ke Jakarta kerana virus H1N1 yang merebak sekarang tetapi saya berasa tidak sampai hati pula untuk menghampakan peminat setia saya di sana.
“Saya juga dicalonkan dalam Shout Awards anjuran 8TV pada Jumaat tetapi tidak dapat hadir kerana ingin menghadiri APM.
“Suami juga sudi menemani kerana saya sudah memberitahunya lebih awal untuk hadir pada acara berprestij itu,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Bukit Antarabangsa untuk menjayakan rakaman program masakan Citarasa Bersama Datuk Siti Nurhaliza, kelmarin.
Mengenai peluang kemenangannya malam itu, Siti akui persaingan sengit dihadapinya dalam tiga kategori berkenaan terutama membabitkan pencalonan dari tiga negara serantau.
“Kalah atau menang adalah adat dalam mana-mana pertandingan. Apa yang penting, semangat saya untuk bersaing secara sihat dalam acara berprestij ini.
“Pemenang kategori Artis Serantau Paling Popular bukan saja berdasarkan populariti malah membabitkan undian SMS dari peminat. Jika kemenangan berpihak pada saya, ia adalah rezeki,” katanya.
Untuk kategori Artis Malaysia Paling Popular, Siti bersaing dengan Faizal Tahir, Aizat, Stacy, Anuar Zain, Mawi, Misha Omar, Stacy, Yuna, kumpulan Bunkface, Estranged, Hujan dan Meet Uncle Hussain (MUH).
Kategori Artis Serantau Paling Popular pula, Siti bersaing dengan artis dari rantau Asia Tenggara seperti Faizal Tahir, Hujan, Meet Uncle Hussien, Aliff Aziz, Ahli Fiqir, Hady Mirza, Taufik Batisah, Afgan, Agnes, Monica, Nidji dan ST121 Indonesia.
Manakala, kategori Artis Wanita Terbaik pula Siti bersaing dengan Bunga Citra Lestari, Misha Omar, Mulan Jameela dan Nikki.
Majlis dihoskan Aznil Nawawi bersama pengacara dari Singapura dan Indonesia turut diserikan dengan persembahan Stacy, Reshmonu, Hujan, Aizat, Dafi dan Ayu. Ia akan bersiaran secara langsung di Astro Ria, jam 9 malam.
Sementara artis Indonesia yang turut berkongsi pentas adalah ST12, Kuburan, Yovie N Nuno, Kotak, Bunga Citra Lestari, Nidji, Afgan dan Dewi Sandra tidak lupa artis Singapura iaitu Taufik Batisah, Didicazli, Nana dan Hady Mirza.
Sebanyak 16 kategori dipertandingkan termasuk sembilan kategori terbaik, tujuh anugerah paling popular selain dua kategori khas, Anugerah Cinta Planet Muzik dan Anugerah Khas Planet Muzik.
Bagi Artis Malaysia Paling Popular dan Artis Serantau Paling Popular, pemenang diadili secara undian khidmat pesanan ringkas (SMS).
sumber: harian metro online |
|