|
LAGENDA - NENEK KEBAYA [ULANG TAYANG TV3 4PM ISNIN - KHAMIS]
[Copy link]
|
|
Cabaran cerita makhluk halus
KRU dan pelakon drama Nenek Kebaya di lokasi penggambaran.
Kru dan pelakon alami perkara pelik di lokasi Nenek Kebaya di Hulu Langat
ELEMEN tahyul dan syirik sehingga boleh menyekutukan Tuhanantara perkara yang cuba dielakkan di dalam sesebuah produksitelevisyen kerana sesuatu yang berkaitan dengan alam makhluk halusmampu mencetuskan ketidakselesaan penonton.
Biarpun masyarakat dulu mempercayai akan kewujudan kejadianmistik seperti nenek kebayan yang boleh menyerupai perempuan cantik danorang tua yang hodoh, namun kepercayaan itu mudah disalahertikansehingga menimbulkan isu kontroversi oleh alim ulama.
Perkaraini dipandang serius di dalam pembikinan drama bersiri yang menghiasislot Lagenda di TV3 berjudul Nenek Kebaya agar aspek yang bolehmemesongkan akidah masyarakat kita tidak dipaparkan.
Pengarahnya, Ismail Yacob berkata, hubungan manusia denganalam jin tidak boleh dipisahkan memandangkan kedua-dua mempunyaihubungan yang tidak nyata.
“Saya harus memastikan keseluruhan cerita yang ditulis olehpenulis skripnya tidak bercanggah dengan agama dan boleh mewujudkanperasaan tahyul kepada penonton.
![](http://www.bharian.com.my/Thursday/Hip/20091119061349/mainpix2)
“Memang benar adakalanya skrip boleh tersasar kerana apa yang ditulis tidak semuanyamampu digambarkan oleh pemikiran penulis dan sebagai pengarah sayaharus peka dengan persekitaran itu. Pengetahuan dan kajian harus dibuatuntuk mengelakkan prasangka tahyul itu. Inilah yang menjadi cabaranbuat saya apabila cerita yang membabitkan makhluk halus.
“Saya harus memastikan keseluruhan cerita tidak bercanggahdengan kepercayaan agama Islam memandangkan majoriti yang menontondrama Melayu adalah orang Melayu yang beragama Islam,” katanya yangditemui di lokasi penggambaran drama Nenek Kebaya di Hulu Langatbaru-baru ini.
Sepanjang penggambaran drama ini, produksi turut tidakterlepas daripada gangguan yang dilihat secara kebetulan menimpa krudan pelakon utamanya.
“Memang benar kejadian pelik itu turut berlaku dan saya tidakmenganggap ini sebagai gangguan yang disebabkan drama ini tetapi secarakebetulan.
“Baru-baruini enam kenderaan kru kita mengalami kerosakan sekali gus semasahendak pergi ke lokasi. Perkara ini tidak pernah berlaku kepada krusaya selama ini tetapi ia secara kebetulan.
“Begitu juga dengan pelakon utama kita Diana Rafar yangsepatutnya membawakan watak nenek kebayan yang mengalami sakit mata.Ketika hendak memulakan babak itu, secara kebetulan Diana mengalamisakit mata sehingga matanya membengkak dan babaknya terpaksadihentikan,” katanya.
Mata bengkak gara-gara nenek kebayan
KATA Diana, kejadian yang menimpanya turut dianggap sebagai kebetulan dan tidak mahu mempercayai gangguan makhluk halus.
“Ia sebenarnya bermula sejak menerima tawaran membintangi dramaini. Selepas menerima skrip saya ada membaca sedikit apakah peranansaya di dalam drama ini. Melihat tajuknya seperti cerita komedi tetapisebenarnya tidak.
“Saya tidak membaca habis tetapi Zamarul yang lebih terujauntuk mengetahui jalan cerita yang dianggap cukup berlainan daripadacerita seram sedia ada. Tidak pernah dia membaca skrip yang dihabiskandalam satu malam tetapi skrip Nenek Kebaya ini menarik minatnya untukmembaca sehingga habis.
“Katanya amatlah rugi jika saya menolak untuk membintangi drama ini kerana ia cukup istimewa dan berlainan sekali,” katanya.
Diana juga berkata berlaku kejadian pelik apabila anaksaudaranya tiba-tiba bertanya soalan yang sama seperti apa yang adadalam skrip itu.
“Semasa saya sedang membaca dialog itu, anak saudara saya jugabertanya serentak dan tiba-tiba lampu bilik meletup. Saya dan Zamarulberpandangan seperti mahukan penjelasan,” katanya yang turut mengalamibeberapa kejadian pelik yang lain.
Biarpun buat pertama kalinya Diana menerima lima watak didalam sebuah drama yang dibintanginya, namun bukan halangan buatnyauntuk mempelbagaikan watak itu cuma ada juga beberapa kejadian pelikyang berlaku sewaktu mahu menjiwai lakonan.
“Saya memegang lima watak iaitu Samsiah, Nenek Kebaya, IntanSari, Mak Inang Sari dan Nenek Kebayan, kesemua watak ini berbeza-beza.Biasanya saya akan menghabiskan satu-satu watak dulu sebelum memulakanwatak yang lain.
“Ada watak yang saya bawa tidak langsung menghadapi masalahdan ada watak yang menghadapi masalah buat saya. Semasa membawa watakMak Inang Sari saya mendapat penghayatan yang sangat luar biasa dansukar untuk memberhentikan sehingga pengarah terpaksa menjerit untukmemberhentikan.
“Apabila kesemua empat watak sudah siap dan hanya menungguuntuk membawakan watak Nenek Kebayan, mata saya mula sakit danmembengkak sehingga terpaksa dibatalkan.
“Saya sudah pergi berjumpa tiga doktor tetapi tetap tidakbaik. Sudah lapan hari saya tidak dapat menjalani penggambaran tetapitetap bersemangat datang ke lokasi untuk mengetahui jalan cerita ini.
“Yang peliknya, apabila di rumah keadaan tu nampak semakinbaik tetapi apabila berada di lokasi dia bengkak semula,” katanya yangakan menjalani penggambaran berseorangan sebaik matanya pulih nanti.
Nenek Kebaya adalah cetusan idea penulis skripnya iaituSharifah Abu Salem yang mendapat ilham daripada pengalaman mendengarcerita orang tua sejak kecil.
“Tercetusnya idea untuk menghasilkan skrip ini apabila sayadiberikan slot lagenda untuk mengarang skrip. Seperti yang ramaimengetahuinya slot ini harus menceritakan mengenai kisah lagenda baikyang benar mahupun mitos.
“Terfikir pula saya mengenai kisah Nenek Kebayan yang ramaimasyarakat sudah mengetahuinya tetapi tidak pernah terfikir apakahkesudahan kisah Nenek Kebayan. Sebelum ini kisah Nenek Kebayan dianggapsebagai inang di istana, seorang permaisuri yang disumpah atau seorangtua yang tinggal di puncak gunung,” katanya.
Bagi mengelakkan cerita yang dihasilkan ini tidak menyimpang,Sharifah menitikberatkan mengenai fakta dan panduan agama di dalamnya.
“Saya cuba menghasilkan dengan cara yang logik saja danselebihnya akan digarap sebaik mungkin oleh pengarah. Apa yang digarapoleh pengarah adalah sesuatu yang kreatif dihasilkan mengikutnalurinya. Memang pengarah juga amat bimbang sekiranya ada elementahyul di dalam drama ini.
“Jadi secara keseluruhannya saya cukup berpuashati dengan hasil kerja yang dihasilkan,” katanya.
![](static/image/smiley/default/lol.gif) semua watak dia pegang ke noks???
|
|
|
|
|
|
|
|
xde update cerita hari ni ke noks?? ![](static/image/smiley/default/shy.gif) ![](static/image/smiley/default/shy.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
kelakar muka mak bedah bila tau siah dalam badan nek putih. |
|
|
|
|
|
|
|
mak bedah dah jadi gilo ke![](static/image/smiley/default/cry.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
162# beta_carotene
memula skeptikal gk nk tgk drama ni..ye la ngn hero tua ..tp masa diana rafar promot kat whi,dia ckp dia sendiri teruja nk tgk hasil drama ni sbb len dr yg len dia nya watak..tetiba aku pn terasa nk tgk..mmg bes![](static/image/smiley/default/shy.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Tak nafikan cite ni mmg best...
Star yg miss episod satu puh dh cover blk ngan youtube...![](static/image/smiley/grapeman/08.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
cite best tertanya gak sapa yg pegang watak anak tn adam yg akan balik dari mesir tu...
zed zaidi rupanya.... tak sabar nak tgk episod yg seterusnya............. |
|
|
|
|
|
|
|
siah teleng pale jer dah keta eksiden![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
jahatnya siah neh... nak jer aku tempeleng muka dia... :@:@
mudah-mudahan kepulangan zack zaidi bakal memusnahkan siah.. ![](static/image/smiley/default/shy.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
sampai pengsan mak bedah bila nek putih kata dia siah.. ..ingatkan kan mak bedah percaya, tp tak percaya jugak..
sian mak bedah.. |
|
|
|
|
|
|
|
jahatnya siah neh... nak jer aku tempeleng muka dia... :@:@
mudah-mudahan kepulangan zack zaidi bakal memusnahkan siah.. ![](static/image/smiley/default/shy.gif)
beta_carotene Post at 20-11-2009 02:12 ![](http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif)
tu lah...harap2 kepulangan shafie tu buat intan sari tu musnah.. |
|
|
|
|
|
|
|
mmg azab giler la hazami 2 kene ngan siah...jd sangap giler...tol la aku rse shafie 2 yg boleh halang siah 2 coz die kn bru blik dr mesir... |
|
|
|
|
|
|
|
pak leh tu dah tau semua asal dia x nak bertindak ek..
bleh plak bg warning je kat intan sari tu. kan dah xcident. |
|
|
|
|
|
|
|
lamanya lagi nak tunggu isnin depan..faz pon dah lekat tgk citer nie..suka plak tgk diana rafar bawak watak dlm citer ni |
|
|
|
|
|
|
|
Ohhhh Pak Salleh hero ku....... Eeeeee naper pak salleh dlm kete panggil nama Samsiah lagi tukar je panggil nama btul "Intan Sari" baru terkedu makcik tue. |
|
|
|
|
|
|
|
176# tejarieza
ha'ah ler slow la pak leh ni..dah tau nape takde tindakan apa2? kan dah eksiden..pastu hajami bawak lari siah plak..ntah balik umah ke tidak tuh |
|
|
|
|
|
|
|
tengok hazami tu dok feel2 ngan siah mcm gersang sey... siap masuk bilik...ehhmm |
|
|
|
|
|
|
| |
|