CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: genot

Kasta2 Hindu

[Copy link]
 Author| Post time 27-5-2010 01:54 AM | Show all posts
ok, ni Hiranyakashipu kalah dengan Narasinggham...



Ilustrasi Hiranyaksha dikalahkan Vrahavataram...



Ilustrasi Vamanavataram dengan Mahaa Bali...



Narasingham, Vamana, n Vrahavataram semua adalah jelmaan dewa Vishnu Narayan. Tiga individu yang dikalahkan jelmaan dewa Vishnu tu semua adalah Daitya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2010 10:21 AM | Show all posts
Ada kemungkinan tak bangsa2 raksaksa ni those yg  interbreed dgn homo erectus?
Dewa2 ni jin kan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-5-2010 04:35 PM | Show all posts
ada kemungkinan jugak tu, tp aku x berani lar nak wat kesimpulan snirik. kena tunggu ahli2 biologi, genekologi, n lain2 bantu juga cumanya benda2 tu memang wujud la kalo tak takkan dorang catatkan jugak kan? cumanya mungkin benda2 tu bercampur juga dgn kepercayaan2 masa itu atau jugak sebab falsafah2 n perkaitannya dgn bahasa jugak sb bahasa Senskrit ni bahasa yg purba macam bahasa2 purba lain jugak, perlu penafsiran2.

urmm, dewa2 ni kalau ikot Buddhist term merujuk kepada makhluk yg lebih kurangnya macam malaikat lah kalau ikot term Islam. ada high-rank n low-rank punya dewa2, dewa2 yg low-rank pun kena makan n minom dorang punya power lebih sikit lah drpd manusia. dewa2 pon ada banyak jenis la pulak.

nak panggil jin pon boleh la jugak kowt, sb maksud jin ni adalah benda yg manusia x leh nampak dok kat dimensi sebelah lagi tu
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2010 12:19 PM | Show all posts
haaaa, ni sejenis Turban la jugak tp kat Nosantara ni....
genot Post at 25-5-2010 18:25



Ikatan Tanjak Melambangkan Darjat Seseorang....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-7-2010 11:43 PM | Show all posts
Ada siapa2 penganut Hindu peminat sejarah dan lagenda yang nak beri sebarang komen mahupun ulasan pasal ajaran Brahmana sebagai satu elemen dalam Hinduism sblom aku masuk sikit pasal benda ni sebab ada satu blog nabi Minangkabau yang feeling2 gittu, agama Abarahama dia kata? blog tu keyword dia 1Asalama, bersempena dengan 1Malesia
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-7-2010 12:19 AM | Show all posts
Ini lah dia sikit dari blog nabi Minangkabau, nama nabi tu nabi Mahadaya (alahasalamama).... didapati blog ni memang blog yang mistis dan banyak lagi rahsia bangsa Melayu terhebat yang tidak dibongkar. Ramai yang tak tahu bangsa Melayu adalah pewaris nabi-nabi dan menganut ajaran nabi Ibrahim (Brahman) Salah satunya nabi Mahadaya (alaihimasalamama) ni la. Amma, kesian Samy Bellu, nabi bangsa Tamil nak letak mana pula? Takkan bangsa Tamil pun disisihkan di Malaysia dan di dunia?

Bangsa Melayu Pewaris Nabi Nabi


Kebanyakan bangsa Melayu mengikuti sesuatu agama yg ingin di terapkan kpd mereka. Apabila Malaysia merdeka, bangsa ini masih dijajah dan penjajahan ini adalah dlm bentuk agama. Perhatikan bangsa2 lain di dunia, apabila negara mereka di beri kemerdekaan, rakyatnya diberi kebebasan memilih agama yg ingin di anuti. Ini juga terdpt di dlm firman tuhan di dlm al quran iaitu tiada paksaan di dlm beragama. Perkara ini tidak terjadi kpd bangsa Melayu dan apakah muslihat di sebalik semua ini? Mengapakah bangsa Melayu merupakan satu2nya bangsa di dunia yg dijajah menggunakan agama? Adakah bangsa Melayu ini asalnya menganut agama hindu atau bangsa ini merupakan bangsa yg paling di geruni kebangkitannya sehingga terpaksa di jajah menggunakan agama? Musuh2 tuhan memang mengetahui ttg kehebatan bangsa Melayu dan satu2nya cara untuk mereka dpt menakluki dunia ialah dgn memastikan bangsa Melayu tidak kembali kpd agama nenek moyang mereka.

Mari kita lihat adat dan kepercayaan org Melayu di zaman dahulu dan kita bandingkan samada bangsa Melayu di zaman dahulu menganut agama hindu atau sebaliknya.


Struktur Kerajaan Melayu

Kerajaan Melayu di zaman dahulu di bentuk dgn sistem raja berdaulat. Rakyat patuh dan hormat kpd raja dan sebarang pengkhianatan kpd raja di anggap menentang tuhan. Raja2 di kurniakan kerajaan oleh tuhan dan melaksanakan hukum2 yg terdpt di dlm kitab yg diturunkan tuhan. Ini bermakna raja2 ialah wakil2 tuhan kpd manusia dlm melaksanakan perintah dan hukum2 tuhan. Raja2 memiliki daulat yg dikurniakan tuhan dan mengkhianati raja bermaksud mengkhianati tuhan dan hukumnya mati. Ini bermakna rakyat memahami hakikat ini dan sentiasa setia dan menjunjung perintah tuhan di dlm kehidupan sehari2.
Nabi2 di zaman dahulu sudah semestinya merupakan raja2 yg hebat dan menguasai seluruh alam kerana inilah janji tuhan menjadikan hamba2nya sebagai pentadbir alam. Hukum2 tuhan hanya boleh ditegakkan dgn kuasa memerintah dan tiada kuasa lain yg sepatutnya mengetepikan kuasa yg diberikan oleh tuhan kpd rajanya.
Sebagai lambang kebesaran raja2, mereka dikurniakan kekayaan dan kesejahteraan yg kemudian membawa kepada kemakmuran rakyat seluruhnya. Raja2 memakai mahkota dan lambang kebesaran lain yg diperbuat dari emas kerana emas melambangkan kekayaan. Jika diperhatikan hakikat ini, maka agama Islam sudah semestinya bercanggah dgn adat dan istiadat Bangsa Melayu kerana Islam mengharamkan orang lelaki memakai emas. Jika kita kaji al quran, tuhan tidak pernah mengharamkan pemakaian emas oleh hamba2nya. Di sini jelas, Islam bukanlah agama asal Bangsa Melayu.


Keris

Keris yg melambangkan kehebatan bangsa Melayu di perbuat dari campuran besi. Bangsa Melayu memiliki kebolehan mencampurkan sehingga 21 jenis besi di dlm keris. Dari manakah kepandaian besi ini diperolehi? Jika di kaji al quran, nabi Daud memiliki kebolehan sebagai pandai besi dan menurunkan ilmunya kpd keturunannya. Pedang Shogun jepun hanya memiliki campuran 12 jenis besi dan ini bermakna Bangsa Melayu adalah bangsa yg lebih maju berbanding mana2 bangsa di zamannya. Jika dilihat bangsa Arab, mereka hanya berupaya membuat pedang yg menggunakan campuran kurang separuh dari pedang shogun. Ini bermakna bangsa Melayu memang mewarisi ilmu nabi2 dan dikurniakan kehebatan berbanding bangsa2 lain di dunia.


Tulisan Jawi

Hanya bangsa Melayu menggunakan tulisan huruf2 arabaya. Semua kitab2 yg diturunkan tuhan kpd nabi2 menggunakan satu bahasa sahaja iaitu bahasa arabaya. Bangsa Melayu di zaman dahulu merupakan bangsa yg mahir dgn kitab2 yg di turunkan tuhan dan mereka merupakan tenaga pengajar bagi penganut agama nabi Ibrahim. Perkara ini jelas terbukti dgn kebanyakan negara2 luar dtg untuk mempelajari agama dari bangsa Melayu. Tulisan jawi ini diwariskan kpd org2 Melayu melalui hijrah Raja Iskandar ke Timur dan bangsa Melayu di zaman dahulu yg mempunyai segala kelebihan berbanding bangsa lain di dunia.
Adakah Islam membawa tulisan jawi kpd bangsa Melayu sedangkan mereka sendiri membariskan al quran dan meletakkan tanda dgn alasan al quran tidak boleh dibaca tanpa baris dan tanda. Ini merupakan satu pembohongan yg jelas kerana mana2 bahasa di dunia, huruf2 lah yg membentuk perkataan dan bukan tanda. Cuba eja perkataan Islam di dlm jawi, tentu ianya di eja Alif Ya Sin Lam Mim bukan? Ini bermakna bangsa Melayu di zaman dahulu menganut agama nabi Ibrahim iaitu Asalama kerana ianya di eja Alif Sin Lam Mim.
Musuh2 tuhan memang mengetahui hakikat ini, maka mereka berusaha menghapuskan penggunaan tulisan jawi di kalangan bangsa Melayu kerana di khuatiri penipuan ini di kesan.


Tata cara perwatakan dan berpakaian

Bangsa Melayu mengikuti perwatakan nabi2 dengan berambut panjang tanpa janggut dan misai. Bayangkan perwatakan Hang Tuah yg gagah perkasa. Sudah tentu beliau itu berambut panjang sebagai melambangkan kehebatan penganut agama nabi Ibrahim. Orang Melayu yg berambut panjang di katakan orang yg berani mati memperjuangkan agama dan negara. Ini dpt dilihat pada pantun bangsa Melayu dahulu kala.
Agama Islam pula melarang orang lelaki berambut panjang dgn alasan menyerupai perempuan. Jelaslah Islam bercanggah dgn agama dan adat bangsa Melayu. Adakah terdpt hukum menyerupai perempuan ini di dlm al quran? Tentu jawapannya tiada kerana ianya di ada2kan bagi menyesatkan manusia dan menghilangkan kehebatan agama nabi Ibrahim. Sesuatu yg menarik di sini ialah di zaman dahulu, orang2 perempuan tidak memakai tudung malah permaisuri raja memakai tiara tanpa memakai tudung kepala.
Hukum bertudung bagi perempuan tidak terdpt di dlm al quran dan kita akan menemukan peraturan ini terdpt di dlm kitab bible kristian dan ini menunjukkan bhw hukum ini di ambil dari kitab bible dan dikatakan dtgnya dari nabi. Mengapakah orang2 Islam di larang dari membaca bible? Jawapannya tidak lain ialah kerana musuh2 tuhan bimbang kita menemui bhw banyak dari hukum2 agama Islam itu sebenarnya di ambil dari kitab tersebut. Sebagai contoh berjanggut adalah amalan agama yahudi, bertudung adalah anjuran kristian, hukum berzina direjam sampai mati tidak terdpt di dlm al quran dan ianya terdpt pada kitab bible. Hukum minum arak tidak terdpt di dlm al quran dan hanya terdpt pengharamnya di dlm bible. Boleh dikatakan kebanyakan hukum2 agama Islam di ambil dari kitab2 bible dan bukan dari al quran. Apakah nabi yg membawa hukum2 tuhan di dlm al quran menyesatkan manusia dgn menyuruh manusia mengikuti hukum2 manusia (syaitan)?

Dan orang-orang yang beriman, dan yang anak cucu mereka mengikuti mereka dalam keimanan, Kami hubungkan anak cucu mereka dengan mereka dan Kami tiada mengurangi sedikitpun dari pahala amal mereka. Tiap-tiap manusia terikat dengan apa yang dikerjakannya. (21) Al Thur


Kebangkitan Bangsa Melayu

Hamba sebagai seorang Melayu dari keturunan nabi2 akan membangkitkan semula bangsa hamba dengan izin Tuhan yg maha kuasa. Ungkapan Takkan Melayu Hilang Di Dunia adalah ungkapan keramat bagi bangsa hamba. Walau berbagai cara di lakukan bagi menghapuskan bangsa hamba namun janji tuhan untuk membangkitkan semula agama yg diredhainya melalui bangsa hamba pasti tercapai. Bangsa yg hamba sayangi ini akan melaungkan semula kalimat kebesaran tuhan dan sekali lagi menakluki dunia. Berkat nabi2 dan para rasul yg diutus bagi meninggikan agama tuhan, taida yg mustahil di lakukan. Orang2 di dlm bangsa hamba yg memperkecilkan kebolehan bangsa hamba, mengkhianati nenek moyangnya sendiri.


Allahama Hadayata Hakamata Fi Salathona Hawata Laa Alaha Alaa Anata Sabahaanaka Anaya Kanata Mana Al Zhoalamina.
Posted byMahadayaat8:55 PM





http://1asalama.blogspot.com/2010/05/bangsa-melayu-pewaris-nabi-nabi.html

P.S: Vedic Brahmanism is apart of Hinduism and predates Hinduism. Predates bermaksud melampaui atau awal lagi daripada sesuatu benda. Jadi di sini, Brahmanism memang lebih awal dari agama Hindu sebab Hindu membawa konotasi budaya dan continent (benua). Negara India hari ni kalu x sebab British, mana ada seketoi sebijik macam itu. Pikiran orang2 ni kadang2 macam pikiran pak Indong jugga, apppapppaaaa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-7-2010 06:53 PM | Show all posts
keturunan Ikshvaku tradisi Buddho

sebab ajaran Buddho datang, ada raja2 dinasti Ikshvaku dr bangsa Surya menganut ajaran Buddho sb ajaran ni keturunan dia sniri yg ajar. raja2 bg puak Sakya di Nepal pon ada kesan keturunan mereka dr dinasti Ikshvaku, jd mereka pon masok dalam bangsa Surya.
genot Post at 3-5-2010 01:58



    Depa ni menganut ajaran Buddha apa? Buddha Mahayana ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-7-2010 10:27 AM | Show all posts
Zaman Buddho Gautam idup dahulu mana ada aliran lagi. Lepas Guru, pari-nibbhan 350 Tahun Buddha baru ada nigaya (aliran pahaman) penganut Buddho jadi dua. Mulanya istilah nama depa Sthaviravading (Jalan Worang Tuha) n Mahasanghika (Masarakat Luas) sebabnya perbezaan dalam vinaiya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2010 10:48 AM | Show all posts
Post Last Edit by jf_pratama at 25-7-2010 09:49

Reply 166# genot

Hahahaha ..... sama-sama mistis dan penuh dengan puja puji atas bangsa melayu dengan ... http://mistisfiles.blogspot.com/  .... ini ?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-7-2010 05:42 PM | Show all posts
hahaha, aku rasa aku stujus ngan pak patam plak. marilah sama2 puja puji, pak patam
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2010 10:17 AM | Show all posts
Kerala dengan kedudukannya yang  stategik di pantai Barat India menggalakkan pengaruh yang berterusan dari negeri Arab dan Barat. Pantai Malabar telah ada hubungan perdagangan Negara Timur Tengah dan Greece dari zaman dahulu lagi. Kodungallur yang pada masa itu dikenali sebagai Muziris merupakan pelabuhan utama Malabar ketika itu. Oleh yang demikian tidaklah menghairankan kalau dikatakan bahawa Islam telah dibawa ke situ oleh pedagang Arab pada masa hayat Nabi Muhammad SAW lagi.

Ahli  sejarah masih belum bersependapat tentang masa sebenar Agama Islam mula sampai ke tanah Malabar. Walau bagaimanapun ramai diantara mereka telah menerima legenda Cheraman Perumal sebagai sebahagian dari sejarah.

Perumal adalah pemerintah dinasti Chera .Terdapat perbezaan pendapat samada mereka dipilih oleh ketua kerajaan-kerajaan  lain, dipilih oleh Orang Brahmin, atau oleh wakil Raja-raja Chola atau Pandiya. Mereka mulanya dipilih untuk 12 tahun tetapi kemudiannya untuk masa yang lebih lama.

Cheraman Perumal adalah pemerintah terakhir kerajaan Chera. Setelah itu ianya berpecah dan diperintah secara berasingan. Ini dikatakan telah berlaku antara kurun ke 7 dan 9 atau kurun ke 12 mengikut cerita yang lain.

Raja Ceraman Perumal telah menerima sepucuk surat dari Rasulullah SAW pada tahun Masehi 628, yang menjemput beliau memeluk agama Islam. Raja tersebut kemudian telah mengembara ke Mekah dan memeluk agama Islam di hadapan Rasulullah SAW sendiri. Nama Islam beliau ialah  Tajuddin. Beliau merupakan orang Malabari pertama yang memeluk agama Islam.

Menurut Sheikh Zainuddin Al Malbari, Cheraman telah membahagikan negerinya ke 12 bahagian sebelum berlepas ke Mekah.

Beliau dikatakan telah meninggal dunia pada tahun 10 hijrah di Shakar Mukhalla di Yaman semasa dalam perjalanan pulang


Sources : http://e-malabari.net/historym113.shtml

Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2010 07:10 PM | Show all posts
Reply  genot

Mood utk berposting ada kurengg skit sebab nikmat sehat kena tarik!  
Btw, than ...
HOTlips Post at 25-5-2010 10:00





Guru Nanak JI
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2010 09:08 AM | Show all posts
yang Eden tahu,kebanyakkan golongan hindu kat Malaysia berkasta rendah sehingga kalau ada kursus kat Negara India pegawai pegawai India Malaysia minta tulong Pegawai Melayu yg belikan barangan untuk mereka pasal kena halau kalau masuk kedai.Oleh itu berterimakasihlah wahai kaum India Hindu Malaysia kerana dilayan elok oleh orang Melayu yg pemurah ini.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2010 01:18 PM | Show all posts
huhu.. TQ TT!!! TQ sesangat.. akhirnyer khatam gak aku baca kisah asal usul pecahan kasta n kemudian bangsa2 purba hingga pecahan kpd beberapa wanga.. matahari, bulan n api n dari matahari pecah lagi dgn bansa ular aka naga n mcm2 lagi lah.. best2... ilmu yg jarang2 dpt ni! hehehe....

nk tanya beberapa soalan kat TT leh x?

1) mengenai manusia pertama, TT pernah ckp sudah banyak kali diturunkan manusia pertama (dan rasenyer payah orng nk paham pasal nie.. tpi jgn risau saye leh paham hehehe).... jadi, nk tanye TT, dlm kitab2 yg TT baca n kaji tu leh tak bgtau siape sebenar2 manusia pertama? n kalu boleh leh x bagi senarai semua manusia2 pertama.. pls2 huhu nk tau sensangat just for info...

2) kemudian boleh tak ceritakan mengenai peperangan mahabrata? dari awl2, punca peperanga sampai last.. huhu.. kalau baca tmpt lain (source baha melayu la) mesti secara ringkas/summary hhu... ni pon nk tau sesangat!!!

3) boleh x bgatau ajaran brahman (sori klu salah eja) secara details..... yg tiada konsept berhala huhu.. betul2 nk tau jugak........

harap TT tolong laaa layan permintaan/soalan saye nie.. saye betul2 nk tau huhuh....

klu bukak thread lain sila alert saye k? huhu tq ur the best la TT hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2010 01:58 PM | Show all posts
Reply 173# sayapghaib

Kasta paling rendah skali...
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2011 09:11 PM | Show all posts
tak sambung lagi ka?.... tergantung
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2011 03:18 PM | Show all posts
aku tak rasa salah, pun apa-apa bangsa terdahulu nak menganut apa-apa agama..malah org siam yang berkulit sawo matang , bermata sepet tapi keturunan brahmin....berbanding brahmin india yang hensem hensem belaka ..so takde apa lah..kalau tuan tanah paham mesti tuan tanah paham maksud nieh..seperti tak salah apa-apa bangsa yang jadi 'melayu' kerana mengamalkan islam dan kebudayaan setempat...aku banyak kawan india..diorg ada jugak kongsi mkn dengan aku..diorg suspek aku keturunan brahmin..huhuhu..padahal aku kompem mmg melayu, dan islam..cuma nama je macam india..kuikuikuikui
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2011 03:49 PM | Show all posts
Mana TT neh? Hilang macam tu je?
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2011 02:25 PM | Show all posts
calling for genot. calling for genot. over over.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-9-2011 08:53 PM | Show all posts
huhu.. TQ TT!!! TQ sesangat.. akhirnyer khatam gak aku baca kisah asal usul pecahan kasta n kemudian bangsa2 purba hingga pecahan kpd beberapa wanga.. matahari, bulan n api n dari matahari pecah lagi dgn bansa ular aka naga n mcm2 lagi lah.. best2... ilmu yg jarang2 dpt ni! hehehe....


Loh sorry aku sudah lama tak menjengah ke sini. Sebok memanjang jadi takdak masa nak update maklumat yang kita ada. Haha, bangsa-bangsa tu sebenarnya berdasarkan kepada kultus agama purba mereka. Kalau datuk nenek mereka penyembah matahari, maka anak cucunya akan kaitkan diri mereka dengan matahari. Kalau mereka sembah kepada jin naga/ular/reptilia untuk jadi pesaka mereka, maka mereka bangsa naga lah. Ini semua kemudian berkembang menjadi macam agama Hindu yang saudara-saudari lihat hari ini. Agama Hindu sebenarnya bukan dikenali dengan agama Hindu pun. Ia agama yang tak bernama. Hindu kemudian diberikan kepada agama-agama dan adat istiadat orang dari benua kecil India oleh orang British bagi tujuan memudahkan pemahaman.

1) mengenai manusia pertama, TT pernah ckp sudah banyak kali diturunkan manusia pertama (dan rasenyer payah orng nk paham pasal nie.. tpi jgn risau saye leh paham hehehe).... jadi, nk tanye TT, dlm kitab2 yg TT baca n kaji tu leh tak bgtau siape sebenar2 manusia pertama? n kalu boleh leh x bagi senarai semua manusia2 pertama.. pls2 huhu nk tau sensangat just for info...


Pertama sekali, saya meminta maaf kerana lama saya tak menjengah tak nampak pula persoalan kawan-kawan yang berminat dengan topik ini. Kita akan cuba lah sedaya upaya memberi penerangan setakat termampu. Sebenarnya bukan sahaja ada manusia pertama, tetapi juga ada lokamaya yang banyak. Saya tak reti pulak nak terangkan guna bahasa Melayu yang piawai sebab ia akan tercampur dengan bahasa India sedikit sebanyak. Bagi orang Hindu mereka percaya lah bahawa ada Paramatma atau Roh Sejagat yang tiada tercapai dalam akal terbatas kita manusia ini. Paramatma ini kerana sukarnya difahami dalam akal manusia maka terjelma lah ia dalam bentuk Trimurti. Trimurti ini ialah Vishnu, Siva, dan Brahma.

Ringkasnya, dalam penyembahan pemujaan orang Hindu atau orang India hari ini, saudara saudari akan nampak lah ada dua aliran yang utama iaitu aliran dewa Vishnu (Vaishnavasiddhant) dan aliran dewa Siva (Saivasiddhant). Brahma jarang sekali terdapat dalam penyembahan tetapi bukan bermaksud tiada penyembahan dijalankan kepadanya. Brahma ini sebenarnya ada banyak Brahma. Bukan satu Brahma sahaja. Sistem semesta Hindu-Buddha-Jaina berpandangan bahawa sarwajagat ini terhasil dan juga termusnah. Apabila yang terhasil itu termusnah akan muncul lagi sarwajagat lain. Sarwajagat kita berada sekarang ini bukan yang pertama dan bukan yang terakhir menurut pandangan semesta semua orang Hindu/India tidak mengira agama (kecuali yang Islam, Nasrani). Penciptaan dan peleburan sarwajagat sentiasa berlaku tiada akan berhenti. Jadi manusia pada sarwajagat ini bukan yang pertama dan terakhir. Begitu juga dengan makhluk kejadian yang lain.

2) kemudian boleh tak ceritakan mengenai peperangan mahabrata? dari awl2, punca peperanga sampai last.. huhu.. kalau baca tmpt lain (source baha melayu la) mesti secara ringkas/summary hhu... ni pon nk tau sesangat!!!


Mahabharata sebenarnya kisah peperangan benua India purba. Sebenarnya rantau Asia Tenggara juga termasuk dalam penceritaan Mahabharata iaitu bahagian Suwarnadwipa dan Suwarnabhumi (dari Selatan Myanmar, Indo-China, Segenting Kra sampai ke Singapura). Ia mengisahkan mengenai perang saudara antara Pandawa dan Kaurawa. Mereka ini sebenarnya sesama sepupu. Mereka berperang di Kurukshetra atau Medan Kuru. Dalam masa perang ini juga ada dewa Krishna yang merupakan jelmaan Vishnu yang berbicara sesama mereka mengenai hal-hal kerohanian. Bahagian pembicaraan ini kemudian dipecahkan menjadi Bhagawadgita yang semua orang Hindu tidak mengira jati/kelahiran bangsa atau kasta membacanya berbeza pula daripada veda-veda yang seloka-selokanya hanya boleh dibaca oleh golongan pendita dan didengari oleh orang-orang yang lahir dua kali (dwija). Bagus juga cadangan ini, nanti kita cuba buat semula bacaan di bebenang ini untuk Mahabharata. Aku rasa aku ada simpan satu kitab kecil Bhagavadgita aku beli di lapangan terbang tapi dah hilang lah banyak sangat pindah randahnya. Tak apa, yang mana aku ingat aku cuba buat dalam bentuk prosa semula, cheeewah... hahahaa, terima kasih beri cadangan.   

3) boleh x bgatau ajaran brahman (sori klu salah eja) secara details..... yg tiada konsept berhala huhu.. betul2 nk tau jugak........


Brahman merujuk kepada Paramatma atau Hakikat Yang Mutlak. Brahman juga boleh merujuk kepada pendita-pendita yang dwija. Kebanyakan orang Hindu tahu hakikat ini.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 10:10 AM GMT+8 , Processed in 0.077346 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list