|
update: tuanku muhammad faris petra - Sultan Muhammad V!!
[Copy link]
|
|
dah ada 2 dahkan tengku faris ni....kawin dgn anak bekas menteri besar kelantan kan?? |
|
|
|
|
|
|
|
Hanya sepupu dan member terdekat sahaja yg tau status mereka ....
Ada group sokong Kak Bed, aku sokong Suzenne. Bukan nak compare made in Thailand dgn made in Ireland, tapi kita mau a Kelantanese queen yang ada brain dan ada class. Sokongan rakyat jelata amat penting. Contohnya ialah Tunku Zain Al-Abidin of N9 .... Dia speaking mat sallleh 24 jam tapi dia amat humble dan sweet boy ... Sayang kucing, very polite dan humble giler. But kepala hotak bijak giler. We need this kind of king/queen.
Tg Faris lebih mesra rakyat dan lagi low profile berbanding Sultan Ibrahim of Johore yg selama ini number 1... Just give him some more time ... |
|
|
|
|
|
|
|
Daulat Tuanku, Sultan Faris Petra.
Kami mahu reformasi di Kelantan.
Pertahankan ketuanan ulamak.
Majukan industri petrokimia.
Turun melawat rakyat, makan, minum dan tidur dengan rakyat seperti Sultan Johor (zaman TMJ dulu) ... |
|
|
|
|
|
|
|
bole ka pemangku diangkat jadi sultan tatkala al-sultan yg ada msih idup?
PEPPERMAN Post at 18-5-2010 22:36
tu la pasal...setau aku, selagi sultan masih hidup tak boleh nak tabalkan penganti. dari sejarah dahulu dan seingat aku lah sultan baru akan ditabalkan setelah sultan mangkat dan sebelum jenazah dikebumikan. forumers sekalian, betul tak ape yang aku cakap nih?? atau aku silap ke?? |
|
|
|
|
|
|
|
Hanya sepupu dan member terdekat sahaja yg tau status mereka ....
Ada group sokong Kak Bed, aku s ...
cmf_WonBin Post at 14-9-2010 01:47
oh gitu........... sebab dulu kat bod kenamaan tuhh ada forumer yang cam tahu serba serbi tentang tg faris nih matian2 dok nafi yang tg nih dah kawen lain selain bini thailand dia tu lah........... so tuh yang konpius tuh yang mana satu betulnyee............ |
|
|
|
|
|
|
|
Tg Faris lebih mesra rakyat dan lagi low profile berbanding Sultan Ibrahim of Johore yg selama ini number 1... Just give him some more time ...
woit....jgn buat perbandingan antara Sultan....nti ada lak ahli perkosa yg mengamuk.... |
|
|
|
|
|
|
|
Tengku Faris diisytihar Sultan baru
TENGKU Muhammad Faris bersalam dengan para pegawai kerajaan selepas
diisytiharkan sebagai Sultan Kelantan yang baru di Kota Bharu semalam.
KOTA BHARU - Tuanku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang baru berkuat kuasa semalam. Pengisytiharan pemasyhuran itu diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Balai Rong Seri Istana Balai Besar di sini pada pukul 12.30 tengah hari.
"Maka dengan ini diisytiharkan mengikut perkara 29A Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kelantan melantik dan mengesahkan Pemangku Raja Kelantan menaiki takhta menggantikan ayahanda baginda berkuat kuasa hari ini (semalam)," katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Kerabat dakwa Kelantan kini ada dua sultan
ISTANA Mahkota, Kubang Kerian merupakan tempat Sultan Ismail Petra
bersemayam. Gambar kecil, Tengku Merjan.
KOTA BHARU - "Kelantan kini diperintah oleh dua sultan". Tengku Merjan Sultan Yahya Petra, kekanda Sultan Ismail Petra, membuat dakwaan itu ekoran pelantikan anak saudaranya, Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan yang baru semalam.
sultan weii tu camna nak jadik sultan/pemerintah.... dok sakit dan gering... tadak perintah negeri pung.... elok ler dah lantik anak dia jalankan tanggungjawab jadik sultan kelantan hah!! |
|
|
|
|
|
|
|
Kegeringan berpanjangan Tuanku Ismail Petra perlukan pengganti - SUK
KOTA BHARU 13 Sept. - Pemasyhuran Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan adalah selaras dengan Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan berikutan keadaan ayahanda baginda Sultan Ismail Petra yang gering sejak lebih setahun lalu.
Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Mohd. Aiseri Alias berkata, mengikut peruntukan Perkara 23A, Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua), menyatakan jika setelah siasatan dilakukan, Majlis Perajaan Negeri berpendapat raja mempunyai kecacatan yang besar, maka seorang pengganti hendaklah dipilih untuk menjadi raja mengikut syarat-syarat tertentu.
"Majlis Perajaan Negeri dalam sidangnya hari ini berpendapat bahawa keadaan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ismail Petra sekarang ini memerlukan seorang pengganti dipilih dan dilantik untuk menjadi Raja bagi menggantikan baginda mengikut Perkara 23A Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua).
"Keputusan Majlis Perajaan Negeri tersebut telah dibuat secara sebulat suara oleh 15 orang anggota majlis yang hadir pada pagi tadi yang mengikut peruntukan itu telah memilih, melantik dan mengesahkan Yang Maha Mulia Tengku Muhammad Faris Petra menjadi Raja yang memerintah," katanya.
Beliau berkata, demikian pada sidang akhbar di Istana Negeri, Kubang Kerian selepas Majlis Penghadapan Penyerahan Watikah Pemasyhuran Kepada Sultan Kelantan yang baru itu.
Pada tengah hari ini, Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah mengumumkan pemasyhuran itu di Balairung Seri Istana Balai Besar di sini yang turut dihadiri Tengku Bendahara Kelantan, Tengku Muhammad Faiz Petra.
Mesyuarat Majlis Perajaan Negeri itu yang diadakan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri di Kota Darul Naim bagaimanapun tidak dihadiri dua anggotanya iaitu Anggota Parlimen Gua Musang yang juga bapa saudara kepada Raja Perempuan Kelantan, Tengku Razaleigh Hamzah dan adinda bongsu Sultan Kelantan, Tengku Amalin A'Ishah Putri.
Aiseri berkata, Perkara 23A Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan adalah peruntukan pindaan yang telah diwartakan pada 22 Julai lalu setelah Majlis Penasihat Raja bersidang pada 18 Julai bagi membolehkan pindaan Bahagian Yang Kedua undang-undang tersebut melalui Perwawai.
" Pindaan tersebut amat perlu bagi mengatasi kelompongan dalam Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan berkaitan kegeringan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ismail Petra yang bermula pada 14 Mei 2009 sehingga sekarang dan dikhuatiri ianya terus berlanjutan," katanya.
Katanya, antara kuasa dan syarat pada pindaan itu adalah berkaitan pembuangan, menarik balik atau menurunkan daripada takhta Raja itu atau bakal Raja atau bakal-bakal Raja dan pelantikan dan sifat seseorang bakal atau bakal-bakal Raja kepada takhta kerajaan, Raja Perempuan atau Pemangku Raja ataupun anggota Majlis Pangkuan Raja bagi negeri.
"Saya berharap dengan kenyataan ini akan dapat memperjelaskan lagi tentang keputusan Majlis Perajaan Negeri sebagaimana yang disebutkan tadi," katanya. - BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 162# cmf_WonBin
harapnya kalau betul suzanne tu dah kawin dgn abe yeh... tidaklah dia menyeksi macam manohara... kat kelantan kemain sopan tp luar kelantan kussssemangat...
abe yeh sana-sini berjubah, kalau suzanne pakaiannya sopan...bertudung, tentu lagi sejuk mata memandang.... |
|
|
|
|
|
|
|
Selesaikan kemelut istana - Nik Aziz
KOTA BHARU 13 Sept. - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menganggap pelantikan Tuanku Muhammad Faris Petra ibni Sultan Ismail Petra sebagai Sultan Kelantan yang baru dapat menyelesaikan kemelut istana negeri ini.
Sehubungan itu, beliau meminta segenap lapisan rakyat Kelantan tanpa mengira bangsa, agar mendoakan semoga negeri ini selamat zahir dan batin serta dunia dan akhirat.
Berikutan pemasyhuran itu juga, beliau tidak mahu ada lagi pihak yang mengungkit isu pelantikan Sultan Kelantan setelah Tuanku Ismail Petra gering sejak lebih setahun yang lalu, seperti kata pepatah "rumah siap pahat berbunyi".
"Sekiranya ada lagi tukul dan pahat-pahat berbunyi, kita harap simpan dalam peti masing-masing," katanya kepada pemberita di Istana Negeri, Kubang Kerian di sini hari ini.
Beliau berkata demikian selepas majlis penghadapan dan penyerahan watikah pemasyhuran Tuanku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan yang baru.
Nik Abdul Aziz, yang juga Mursyidul Am Pas berkata, selama lebih setahun beliau menghadapi masalah untuk menjelaskan kepada rakyat mengenai kemelut yang melanda istana Kelantan kerana beliau amat menghormati institusi itu.
Sementara itu di Bachok, UMNO Kelantan berharap pemasyhuran Sultan Kelantan yang baru itu akan memakmur dan membangunkan Kelantan yang kini jauh ketinggalan berbanding negeri lain.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, UMNO menaruh harapan yang tinggi agar Sultan Kelantan dapat menjadikan Kelantan antara negeri yang termaju di negara ini.
"Bagi pihak UMNO Kelantan kita menzahirkan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada Tuanku Sultan," katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka sempena Aidilfitri di Dewan Haji Hussin, Perupuk di sini yang dihadiri lebih 5,000 penduduk Bachok, sebilangan besarnya kaum nelayan.
Awang Adek, yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata, kerajaan pusat akan terus menyalurkan pelbagai projek kepada Kelantan mengikut Rancangan Malaysia Kesepuluh, yang sedang diperincikan dan akan diumumkan bulan depan. - Bernama |
|
|
|
|
|
|
|
sultan klantan skang dah file kan kat court nk hentikan pertabalan scara rasmi yo yo oh je.
telenov ...
ford1 Post at 13/9/2010 21:10
Boleh ke individu yg kena stroke berbuat demikian? spt bercakap? don't think so...ada hidden hand yg bertindak tu....hidden hand yg enggan melepaskan kuasa yg depa dapat...maklum le sebelum ni,abe yeh dah bersihkan pentadbiran dari parasit2 ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by razhar at 14-9-2010 07:27
Bukan ke majlis raja-raja akan tentukan untuk lantik dan pecat sultan..so, klu sultan 2 tidak ada ab ...
bungahitam Post at 13/9/2010 21:23
Majlis perajaan bertindak mengikut undang2 dan perlembagaan negeri setelah meneliti keadaan baginda bekas soltan tu...dgn keadaan baginda bekas sultan tu,mcm mana nak memerintah kelantan?? sedang kan predator2 tu asyik menggangu je... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by razhar at 14-9-2010 07:32
entah2, yg file kn tu org ketiga.... cm tibe2 lafaz talak kt bini no. 2 tu, tgk2 ntah sape ...
batmana Post at 13/9/2010 21:45
yang file tu adalah PREDATOR dan HIDDEN HAND la..yg x puas hati bila kuasa yg mereka dapat sebelum ini akan di ambil alih oleh DYMM TUANKU FARIS... |
|
|
|
|
|
|
|
ntah apa apa ntah tengku anis n anaknya yang sorang tu......naper yang dia benci sangat kat faris tu ...
sayawifenikmie Post at 13/9/2010 21:52
kalu ang org kelantan..ang x yah tanya la... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 169# amazed
Tengku Muhammad Faiz Petra pon ada tu...... |
|
|
|
|
|
|
|
semalam ada tengok selingan sikit, sultan kelantan (bapak) terima mengadap rakyat masa raya. dia salam & tengok rakyat cam takde makna je. mem beso yg lebih2 kat sebelah tu.
bayangkan... camana nak memerintah. nak sain dokumen, bagai.... |
|
|
|
|
|
|
|
However, if you mean how would this affect us in a real sense, as in impacting our daily lives etc, I think it wouldn't affect us much in that way, unless the future YDPA does something radical and out of the box.
cmf_almondpecan Post at 12-9-2010 23:39
if the future YDPA follows the constitution, I doubt that he can do much. |
|
|
|
|
|
|
|
saya ada satu soklan...
adakah menjadi satu kekurangan/masalah pada negeri kelantan atau kepada far ...
saudagar_mimpi Post at 13-9-2010 11:12 PM
pemangku raja hanya boleh menjalankan tugas2 sultan...tetapi tak boleh bertindak spt seorang sultan |
|
|
|
|
|
|
|
sembah takzim kepada tuanku sultan kelantan. semoga sentiasa sihat dan berdaulat diatas takhta kerajaan kelantan. |
|
|
|
|
|
|
| |
|