BERIKUTAN sambutan luar biasa penggemar aiskrim Cornetto, Konsert Wall’s Cornetto, Take a Chance Show Your Love yang sepatutnya berlangsung pada 19 Jun ini ditunda ke 3 Julai depan.
Konsert ini menggunakan daya tarikan sejagat muzik bagi menggalakkan orang ramai menyemai bibit persahabatan dan cinta yang boleh mewujudkan pelbagai kemungkinan positif tidak terbatas.
Persembahan berdurasi dua jam ini bakal digegarkan dengan persembahan penuh bertenaga Akim, Shila, Dafi, Mila dan Aizat yang mengetengahkan aneka rentak muzik termasuk pop, R&B, slow rock dan indie.
Tiket untuk menyaksikan konsert ini boleh didapati di semua kedai 7-eleven, stesen Petronas dan Shell. Manakala bagi pemegang tiket untuk konsert 19 Jun ini boleh menggunakan tiket sama untuk menyaksikan persembahan hebat pada 3 Julai.
Bagi setiap pembelian dua Wall’s Cornetto, peminat aiskrim akan mendapat satu tiket percuma menonton konsert di tingkat atas bumbung Plaza Bukit Bintang dari jam 7.30 malam.
Untuk maklumat lanjut mengenai konsert, orang ramai bolehlah melayari laman sesawang www.cornetto.com.my