|
/ Presidential Suite 5 / CHE AHMAD SHAHIR hoi hoi hoi / JUARA AF8 /
[Copy link]
|
|
Tuah Bekas Pelajar AF8
by Ashraf Abd Manaf | 28 May 2010
| |
|
| |
Sungguh bertuah para pelajar yang pernah menyertai program realiti popular, Akademi Fantasia musim kelapan (AF8) yang baru sahaja berakhir minggu lalu.
Bukan sahaja para finalis mendapat perhatian ramai, malah mereka yang kecundang di peringkat awal, cohtohnya Ema, berjaya menjadi duta Brands Innershine bersama adiknya, Adira untuk tempoh setahun.
Terbaru, bekas pelajar AF8 dihimpunkan di dalam sebuah album kompilasi yang kini sedang hangat di pasaran serta dikhabarkan bakal membintangi beberapa buah filem pada masa yang akan datang.
Menurut bekas pengetua AF8, Norman Abdul Halim, penghasilan album tersebut adalah inisiatif Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB) dan KRU Studios yang percaya dengan bakat serta kebolehan kesemua peserta.
"Saya percaya mereka semua mempunyai bakat untuk diketengahkan. Album ini sebenarnya memberikan mereka peluang untuk membuktikan bakat masing-masing dan dalam masa yang sama memberikan mereka ruang untuk bergiat aktif dalam bidang seni.
"Selain itu, selama 12 minggu bersama mereka, saya dapati ada di antara mereka yang mempunyai bakat dalam bidang lakonan. Saya percaya bakat yang mereka miliki, jika terus diasah dan diberi peluang mampu memberikan impak kepada industri seni kita.
"Namun sehingga kini, semua itu masih dalam perancangan dan mungkin AESB dan KRU Studios akan melihat kesesuaian mereka untuk membintangi mana-mana drama atau filem," katanya optimis.
Ditanya tentang album kompilasi tersebut, Norman memberitahu pihaknya mendapat respon yang sangat positif daripada peminat. Lebih membanggakan di dalam keadaan industri yang masih belum menentu, album kompilasi AF8 sudah ditempah sebanyak 3,000 unit.
"Ini satu perkembangan yang baik dan saya mendapat tahu kebanyakan lagu-lagu pelajar AF8 sudah mula mendaki tangga carta radio popular. Malah di internet juga, ramai yang mula melihatnya dan ini merupakan satu kebanggaan kepada saya," tambahnya.
Shahir: Mudahkan finalis AF8 bergerak sebagai artis
Juara AF8, Shahir ketika ditemui, memberitahu dia berasa gembira kerana bukan sahaja dirinya, malah rakan-rakan AF8 yang lain turut sama-sama terlibat di dalam album kompilasi itu.
Katanya, dengan adanya single untuk mereka semua, ia memudahkan mereka untuk bergerak sebagai artis dan dalam masa yang sama memberikan keyakinan untuk terus berhadapan dengan cabaran dunia seni.
"Buat masa ini semuanya berjalan dengan baik. Cuma saya yakin cabaran yang bakal dilalui selepas ini pastinya lebih banyak dan saya perlu sentiasa berhati-hati supaya tidak melalui jalan yang silap.
"Malah sekarang pun saya ada dengar macam-macam gosip yang tidak benar. Tetapi inilah lumrahnya dunia seni dan saya perlu melaluinya. Dalam masa yang sama, saya mahu berterima kasih kepada semua pihak yang percaya dengan bakat kami," katanya yang berhasrat untuk menyambung kembali pengajiannya selepas ini.
Antara lagu yang dimuatkan di dalam album tersebut ialah "Berakhir Sebelum Bermula" yang dinyanyikan oleh Anum, "Hati-Hati" (Ema), "Bernaafas Lagi" (Shah), "Bangun Semula" (Alif),
"Kebahagiaan Dalam Perpisahan" (Shahir), "Hujung Minggu" (Farina), "Kenapa" (Daus), "Ku Ada Kamu" (Adira), "Penanggung Sepi" (Ain), "RSVP" (Maulana) dan "VIP" (Iwan) |
|
|
|
|
|
|
|
|
alamak amenda i post ni....
tak leh edit la.... |
|
|
|
|
|
|
|
Tuah Bekas Pelajar AF8
Sungguh bertuah para pelajar yang pernah menyertai program realiti popular, Akademi Fantasia musim kelapan (AF8) yang baru sahaja berakhir minggu lalu.
Bukan sahaja para finalis mendapat perhatian ramai, malah mereka yang kecundang di peringkat awal, cohtohnya Ema, berjaya menjadi duta Brands Innershine bersama adiknya, Adira untuk tempoh setahun.
Terbaru, bekas pelajar AF8 dihimpunkan di dalam sebuah album kompilasi yang kini sedang hangat di pasaran serta dikhabarkan bakal membintangi beberapa buah filem pada masa yang akan datang.
Menurut bekas pengetua AF8, Norman Abdul Halim, penghasilan album tersebut adalah inisiatif Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB) dan KRU Studios yang percaya dengan bakat serta kebolehan kesemua peserta.
"Saya percaya mereka semua mempunyai bakat untuk diketengahkan. Album ini sebenarnya memberikan mereka peluang untuk membuktikan bakat masing-masing dan dalam masa yang sama memberikan mereka ruang untuk bergiat aktif dalam bidang seni.
"Selain itu, selama 12 minggu bersama mereka, saya dapati ada di antara mereka yang mempunyai bakat dalam bidang lakonan. Saya percaya bakat yang mereka miliki, jika terus diasah dan diberi peluang mampu memberikan impak kepada industri seni kita.
"Namun sehingga kini, semua itu masih dalam perancangan dan mungkin AESB dan KRU Studios akan melihat kesesuaian mereka untuk membintangi mana-mana drama atau filem," katanya optimis.
Ditanya tentang album kompilasi tersebut, Norman memberitahu pihaknya mendapat respon yang sangat positif daripada peminat. Lebih membanggakan di dalam keadaan industri yang masih belum menentu, album kompilasi AF8 sudah ditempah sebanyak 3,000 unit.
"Ini satu perkembangan yang baik dan saya mendapat tahu kebanyakan lagu-lagu pelajar AF8 sudah mula mendaki tangga carta radio popular. Malah di internet juga, ramai yang mula melihatnya dan ini merupakan satu kebanggaan kepada saya," tambahnya.
Shahir: Mudahkan finalis AF8 bergerak sebagai artis
Juara AF8, Shahir ketika ditemui, memberitahu dia berasa gembira kerana bukan sahaja dirinya, malah rakan-rakan AF8 yang lain turut sama-sama terlibat di dalam album kompilasi itu.
Katanya, dengan adanya single untuk mereka semua, ia memudahkan mereka untuk bergerak sebagai artis dan dalam masa yang sama memberikan keyakinan untuk terus berhadapan dengan cabaran dunia seni.
"Buat masa ini semuanya berjalan dengan baik. Cuma saya yakin cabaran yang bakal dilalui selepas ini pastinya lebih banyak dan saya perlu sentiasa berhati-hati supaya tidak melalui jalan yang silap.
"Malah sekarang pun saya ada dengar macam-macam gosip yang tidak benar. Tetapi inilah lumrahnya dunia seni dan saya perlu melaluinya. Dalam masa yang sama, saya mahu berterima kasih kepada semua pihak yang percaya dengan bakat kami," katanya yang berhasrat untuk menyambung kembali pengajiannya selepas ini.
Antara lagu yang dimuatkan di dalam album tersebut ialah "Berakhir Sebelum Bermula" yang dinyanyikan oleh Anum, "Hati-Hati" (Ema), "Bernaafas Lagi" (Shah), "Bangun Semula" (Alif), "Kebahagiaan Dalam Perpisahan" (Shahir), "Hujung Minggu" (Farina), "Kenapa" (Daus), "Ku Ada Kamu" (Adira), "Penanggung Sepi" (Ain), "RSVP" (Maulana) dan "VIP" (Iwan) |
|
|
|
|
|
|
|
ha boleh pun..... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 163# kula22
aku gembira dgr dia nak sambung belajar... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 165# mnaa
me 2...hope dia jd smbg blajar...smua nie utk masa depan dia.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 166# Shayana
betul... risau dengar bila dulu dia kata graduan pon belum tentu ada keje... weyyy, mana leh cakap camtu..
but arap dia kotakanla.. sbb ramai gak artis yang kata camtu but lepas tu senyap seribu bahasa.. |
|
|
|
|
|
|
|
btl 2 mnaa...terkejut gak time 2..tp anggap lh dia x mature lg time 2...maybe skang dia dh terpikir psl nie....kita doakan jelah..hope dia x mcm artis2 tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Hi zam & semua fanz Shahir....
Credit to Kosmo
KRU main bisnes AF8
LAGU-LAGU bintang AF8 asalnya merupakan material ciptaan Edry untuk penerbitan album terbaru KRU yang dijangka dibikin Jun ini tetapi digubah semula mengikut kesesuaian genre muzik bintang-bintang baru itu.
--------------------------------------------------------------------------------
AKADEMI FANTASIA musim kelapan (AF8) meninggalkan kaca TV dengan catatan pelbagai warna, sedikit mendukacitakan, bukan warna-warna ceria yang ingin diperhatikan sebaliknya warna-warna hitam, kelabu dan suram yang mendominasi keadaan.
Tidak habis-habis dengan omongan bahawa AF8 menjunam dari segi jumlah tontonan begitu juga dengan undian, ia juga didakwa gagal kekal bertakhta sebagai program realiti No. 1 di Malaysia dan diakui sedang menempuh era yang tenat.
Selain buat pertama kalinya peserta yang diserap masuk menerusi Afundi Masuk, Shahir yang diangkat sebagai juara masih bermain di bibir peminat, monopoli jenama KRU terhadap kesemua lima karya baru finalis AF8 menjadi persoalan.
Bukan itu sahaja, tujuh lagi single baru untuk tujuh peserta yang tersingkir juga dibikin atas jenama KRU, menjadikan Edry Abdul Halim sebagai satu-satunya komposer paling berpengaruh dalam susunan karya AF8 tahun ini. Orang paling dekat dalam gelanggang itu ialah Norman Abdul Halim sendiri.
Meskipun ada pembuat keputusan lain di belakang tabir, sebagai pengetua AF8, Norman dilihat menjadi pengadil utama yang menentukan sepakan penalti atau tendangan percuma untuk pemainnya.
Apabila KRU bolot semua single baru bintang AF8, ia seperti memecah tradisi AF sebelum ini yang membuka peluang komposer baru dan lama untuk sama-sama menyumbang lagu baru?
Sejujurnya, itulah antara pembaharuan yang cuba saya lakukan dalam AF sejak awal perbincangan bersama pihak Astro. Bukan tidak buka peluang kepada komposer lain, ada sekitar 30 buah lagu semuanya tetapi ada lagu sekadar demo, melodi tanpa lirik dan banyak yang tidak lengkap.
Edry pula ada kelebihan yang tidak perlu dipertikaikan dan saya sendiri ada bercakap tentang genre muzik setiap pelajar.
Apabila harus membikin lagu dan video klip pelajar AF8, kita terpaksa memikirkan soal privasi kerana itu format AF8. Jadi, banyak perkara harus difikirkan melibatkan rakaman audio dan video.
Ada komposer yang menghantar lagu tetapi mahu rakaman dilakukan di studio masing-masing, itu juga menimbulkan masalah.
Saya pula ada infrastruktur, ada kapasiti dan kemampuan untuk melakukan perkara itu secara efektif.
Bayangkan 12 single hanya dirakamkan dalam tempoh dua minggu dan tujuh video klip pula disiapkan dalam tempoh 10 hari.
Bagaimana pemilihan dilakukan?
Saya terlibat dalam panel yang terdiri daripada lapan orang yang dipengerusikan oleh orang kuat Astro sendiri. Tapi dalam soal pemilihan ia dibuat berdasarkan kesesuaian lagu.
Ia berlaku secara kebetulan. Saya sendiri tiada kata putus terhadap pemilihan lagu berkenaan tetapi pandangan saya diambil kira.
Asalnya, hanya sembilan lagu Edry yang terpilih untuk dirakamkan sebagai single baru AF8 tetapi pihak Astro meminta tiga lagu tambahan daripada Edry untuk disatukan di bawah satu penerbitan. Jadi tidak wujud isu pilih kasih.
Ada pihak yang mempersoalkan adilkah begitu?
Isu adil tidak wujud dan saya tidak perlu rasa bersalah kerana tidak ambil lagu komposer lain atas dasar tidak sampai hati. Saya harap pihak luar dan komposer lain akan berfikiran terbuka.
Ini baru single pertama AF8, untuk single kedua dan album penuh studio Shahir yang pertama nanti, saya sudah berbincang dengan beberapa komposer.
Bahkan saya turun padang ke Bengkel Cipta Ekspres di Port Dickson, Rabu lalu semata-mata untuk mencari material baru album Shahir dan bintang AF8 yang lain.
Sebaik sahaja AF8 tamat, strategi bisnes KRU sangat menonjol dan bijak memanipulasi peluang AF8?
Memang saya orang bisnes tapi kecintaan itu yang lebih penting. Sudah 18 tahun dalam industri, kalau sekadar fikir bisnes, saya tak buat single untuk pelajar pertama yang tersingkir. Tapi saya tidak mahu tiada peserta yang tercicir dan beri peluang sama rata kepada semua.
Sebenarnya, silap kami sendiri tidak mengumumkan tentang perjanjian KRU bersama Astro. Sebenarnya selain bertindak sebagai Pengetua, saya juga Pengarah A&R (Artist & Reportoire) kepada pelajar AF8.
Untuk AF8 juga, KRU ada perjanjian bersama sebagai pelabur, penerbit album dan rakan kongsi.
Semasa AF8 banyak tekanan dihadapi dan sekarang, isu lagu pula memberi tekanan, anda menyesal?
Tidak langsung malah sangat berpuas hati dan kalau diberi peluang untuk ubah keadaan, sedikit pun tidak akan saya ubah sebab yakin dengan strategi yang telah dilakukan dalam AF8 adalah yang terbaik dan harus diteruskan jika AF berterusan ke musim kesembilan. |
|
|
|
|
|
|
|
Fasa Shahir
Oleh MURSHID EUNOS
[email protected]
2010/05/30
STATUS juara program realiti popular, Akademi Fantasia (AF) 8 bukan lagi igauan. Malah Ahmad Shahir Zawawi menyifatkan sandaran itu bagai mati hidup semula selepas namanya pernah tersingkir di minggu ketujuh daripada gelanggang pencarian seni nyanyian itu.
Ketika bercakap dengan Selebriti, Selasa lalu, lelaki berusia 22 tahun ini mengakui masih terkejut dan menganggap usahanya selama ini untuk menjadi seorang penghibur akhirnya terbalas. “Saya sememangnya tidak menyangka untuk memegang gelaran ini apatah lagi selepas nama saya pernah tercicir. Namun benarlah kata orang, kalau sudah rezeki, ia tidak ke mana-mana. Saya hanya memandang kemenangan ini sebagai satu cenderahati buat diri sendiri selepas bersungguh-sungguh memberikan yang terbaik dalam setiap persembahan mingguan.
“Namun apa yang menarik untuk saya kongsi adalah pengalaman dan perasaan saya sepanjang minggu kesembilan yang mana saya diserap semula ke akademi. Jujurnya saya rasa bersalah, segan dan tertekan kerana peluang yang diberi itu bagaikan satu beban yang sangat berat untuk saya menggalas tanggungjawab yang diamanahkan. Saya takut jika gagal mempersembahkan apa yang patut saya berikan kepada pengundi yang tidak pernah jemu menyokong saya selama ini. “Rasa segan dan bersalah yang penuh menyelubungi itu, saya simpul menjadi semangat buat diri bagi memberikan sesuatu yang melangkaui kemampuan saya selama ini. Alhamdulillah usaha dan komitmen saya itu berbaloi akhirnya. Apa yang lebih menambah keyakinan saya apabila dua lagu yang saya nyanyikan benar-benar menyentuh selera peribadi terutamanya lagu baru ciptaan Edry Abdul Halim iaitu Kebahagiaan Dalam Perpisahan yang punya kekuatan tersendiri baik dari aspek lirik dan susunan muziknya,” katanya.
Bintang yang menjadikan penyanyi tersohor, M Nasir dan Jamal Abdillah sebagai inspirasi dan paksi ilhamnya ini berjaya memikat jutaan penonton pada malam Sabtu lalu dengan turut menyanyikan lagu Biru Mata Hitamku. Mengakui pilihan muziknya iaitu pop rock dan balada lebih mesra masyarakat hingga mampu mengangkatnya sebagai juara AF, Shahir mengharapkan keajaiban akan terus mengiringinya hingga berjaya memiliki album solonya sendiri satu masa nanti. Setakat ini, pihak Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB) dan Pengetua AF8, Norman Abdul Halim yang mengetuai empayar perniagaan kumpulan KRU sudah pun melancarkan kompilasi album bintang AF8 yang turut memuatkan single Shahir itu.
Peluang berada di kelompok bintang AF ini sudah cukup memberinya satu jalan pantas ke industri hiburan. Malah Shahir yang sememangnya memasang angan bergelar penyanyi sejak di bangku sekolah lagi menyifatkan sokongan yang diterima terutamanya di malam akhir itu hanya sebagai satu pembakar semangat dan tidak sekali membuai fasa populariti dalam sekelip mata itu.
“Saya sedar akan impak daripada program AF kerana sebelum ini saya sendiri adalah salah seorang daripada pengikut setianya. Justeru saya sudah faham dan boleh membaca sendiri tahap populariti yang pasti melekat pada setiap peserta. Fasa itu hanya bersifat sementara sekiranya usaha dan disiplin tidak bergerak seiring.
“Saya tidak mahu populariti yang datang melimpah hari ini terus melalaikan saya sebaliknya saya sudah menyediakan perisai sendiri bagi memastikan laluan saya mengecapi status penyanyi berkualiti itu tidak terkambus begitu saja. Hadirnya saya melalui AF adalah ikhlas bagi menjadi seorang penyanyi yang mampu memberikan seribu kematangan dan kerjaya yang baik,” katanya.
Memandang jauh ke hadapan, Shahir masih lagi menanti aturan perjalanan kerjayanya selepas ini daripada pihak AESB. Meskipun mengakui ada kata-kata yang membuka laluan kepadanya menjadi pelakon dan cabang seni lain, Shahir tetap dengan pendiriannya untuk membina nama sebagai penyanyi dulu bagi menguatkan jenamanya yang masih hijau.
“Saya hanya ingin menguatkan lagi kemampuan saya dalam nyanyian. Banyak lagi yang perlu saya pelajari dan perbaiki terutamanya dari aspek vokal dan persembahan untuk tampak sempurna seperti penyanyi popular lain. “Insya-Allah jika diberi peluang, saya ingin memastikan kerjaya saya sebagai penyanyi akan terus berkembang dengan menyuntik kelainan dalam gerak persembahan. Saya tidak mahu kelihatan seperti artis sedia ada kerana risau peminat akan jemu. Apa yang penting saya perlu fokus dan tidak mencampur-adukkan dengan soal lain,” katanya.
Relevan atau tidak, AF masih lagi menjadi pilihan ramai penonton setiap kali ditayangkan meskipun sudah lapan tahun menghiasi skrin televisyen. Walaupun ramai yang menyelar program realiti itu bagai hilang sengatnya, namun tatkala nama Shahir dijulang menjadi juara, pesona dan perhatian masih diberikan kepadanya. |
|
|
|
|
|
|
|
moning semua... hoi..hoi..hoi
cepat sikit shahir keluar album solo.. tak sabar nak beli ni |
|
|
|
|
|
|
|
byknyer gambar shahir... ai like |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Rorine at 30-5-2010 10:38
Sesi Karaoke: Semua Finalis AF8 Lepas Geram!
KUALA LUMPUR, 29 MEI 2010: Selama 3 bulan berada di dalam Akademi, dengan mengikuti setiap kelas dan pembelajaran yang berbeza setiap hari, ditambah pula dengan tugasan mencabar yang setiap minggu diberi, tentu tekanannya tak mudah untuk ditangani setiap pelajar Akademi Fantasia ini.
Tidak terkecualilah yang berlaku di kalangan barisan pelajar AF8 pada musim kali ini. Cabaran yang terpaksa mereka hadapi atau lalui pada setiap minggu tetap sama. Tekanan yang diterima daripada pengetua, tenaga pengajar dan pengundi, sentiasa berterusan.
Maka, tidak hairanlah kalau Shahir, Adira, Daus, Maulana, Iwan, Shah, Aliff, Nad, Anum, Ema dan Ain kelihatan seolah-olah seperti orang yang melepaskan geram sewaktu menjayakan acara sesi karaoke sempena meraikan majlis penyampaian hadiah buat 5 pemenang Mencari Bintang Apa Kata M(AKM) di pusat karaoke Neway di Puchong, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Dianjurkan portal hiburan murai.com.my, acara yang telah mendapat tajaan daripada Maybelline, RNL Florist serta pusat karaoke Neway sendiri ini telah berlangsung dalam suasana yang cukup sederhana tetapi meriah, santai serta menghiburkan.
Apa tidaknya selain berpeluang berkaraoke bersama kesemua bintang AF8 kecuali Farina yang tidak dapat hadir pada hari itu atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, kesemua 5 pemenang bertuah beserta 3 pengundi terbanyak serta beberapa peminat terpilih telah berpeluang untuk mendekati serta bermesra dengan mereka ini.
Juara Mencari Bintang AKM, Noorshalina Zainal misalnya telah berpeluang untuk berpadu suara dengan juara AF8m, Shahir menerusi lagu Sanadrkan pada Kenangan yang dipopularkan oleh Jamal Abdillah dan Sarah Raisuddin.
Paduan suara mereka yang cukup serasi itu berjaya mendapat perhatian semua tetamu yang hadir. Malah, ramai yang cuba mengusik-ngusik mereka berdua sebagai pasangan yang konon-kononnya nampak cantik dan secocok.
Paling menarik bila melihat Nad rancak menyanyikan lagu hits Meet Uncle Hussin, Lagu Untukmu. Tiba-tiba, salah seorang daripada pemenang pengundi AKM terus mencelah masuk dan berdiri mendekati Nad untuk sama-sama menyanyikan lagu itu.
Sebelum Nad telah setuju untuk menerima cabaran apabila diminta membawakan lagu Kalis Rindu nyanyian Elyana. Lagu itu cukup sesuai dengan vokal serta karaktornya.
Begitu juga dengan Maulana apabial diminta membawakan lagu I'M Yours daripada Jason Myraz. Lagu ini sangat kena dan sesuai sekali dengan vokal finalis AF8 yang telah mendapat tempat keempat dalam konsert final AF8, baru-baru ini.
Malah, Maulana juga turut membawakan lagu Kasih nyanyian Hetty Koes Endang. Lagu itu telah nyanyikan secara duet bersama peminat setianya. Nampaknya Maulana pun pandai berkeroncong jugak. Al-maklumlah orang Johor.
Selain menyanyikan lagu 'Aku Stacy', Ain terlebih dulu membawakan lagu The Climb daripada Miley Cyrus. Lagu itulah yang telah dibawakan Ain sewaktu pertama kali muncul dalam Konsert Tirai AF8. Agaknya Ain mahu mengimabs semula kenangannya pada waktu itu.
Namun begitu, Ain tidak berani menyahut cabaran untuk membawakan lagu Mengapa daripada Nicky Astria. Alasannya, vokalnya tidak begitu lantang seperti mana Naib Juara AF8, Adira.
Adira yang sentiasa dikurumuni peminat sepertimana Shahir turut membawakan beberapa lagu. Salah satunya daripada ialah Matahari yang dipopularkan Agnes Monica. Ramai yang terpegun bila dengar Adira melontarkan vokal lantangnya itu.
Kakak Adira, Ema pula tak begitu banyak menyanyi.Sikapnya yang malu-malu membuatkan dia lebih senang jadi penonton. Hanya bila acara sudah sampai ke penghujung, barulah Ema bersedia untuk menyanyi.
Sama halnya juga dengan Anum. Dia nampaknya lebih gemar menjadi penyanyi latar. Malah waktu memilih untuk membawakan lagu Pelayaran daripada May, Anum tak mampu menghabiskan nyanyiannya. Sebaliknya, dia memaksa Shah untuk menyanyikan lagu itu bagi pihaknya.
Berbeza dengan Shah yang melabelkan dirinya sebagai gila mikrofon. Dialah yang paling banyak menghiburkan tetamu pada petang itu. Macam-macam lagu yang dinyanyikannya termasuklah Anuar Zain dan Samsons. Namun, tak siapa yang peduli Shah nyanyi banyak kali sebab vokalnya memang sedap.
Begitupun, gandingan Shah bersama Iwan, Daus dan Aliff menerusi beberapa lagu Samsons dan Ungu memang cukup sedap didengar terutama apabila mereka melakukan harmonizing. Rasa macam ia sebuah rakaman lagu yang betul-betul. Ditambah pula dengan aksi mereka yang spontan dan gila-gila. Tapi, itulah yang seronoknya. Yang penting, semua orang pun happy.
Apapun, Pertandingan AKM yang telah diadakan sebanyak 2 saringan ini telah diwarnakan oleh Maybelline, ditaja RNL Florist dan dimeriahkan Neway Karaoke sebagai penaja utama. Ia juga adalah salah satu segmen istimewa yang mengisi Slot AF8 @ Murai yang telah berlangsung sejak 13 Mac lalu dan tamat pada 13 April 2010. |
|
|
|
|
|
|
|
morning...rorine nmpk cm sedap je... |
|
|
|
|
|
|
| |
|