CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kopikaw2

pendamping / penjaga

  [Copy link]
Post time 24-7-2010 09:22 PM | Show all posts
aku nak tumpang tanya pasal satu bacaan ni.
Yuhibbunahum kahubbillah walladzina amanu asyaddu hubban lillah,zuyyina linnasi hubbusy syahwati minan nisa'i wal baniena walqanathieril muqantharah
boleh tak sapa2 yg arif explain pasal ayat ni. org kata ayat utk seri muka n buat org sayang/kasih kat kita. tapi aku takut kot la ayat ni mentera ke songsang ke apa. sebab aku cuma jumpa hanya half part of ayat ni saja dalam surah Yusuf. aku dah amalkan ayat ni dekat 20 thn. niat nye selalu kalo aku gi memana tu takde la org cari gado ngan aku ke, sejuk ati kalo rasa nak marah aku ke. aku just curious je takut apa yg aku amalkan ni salah. ye lah dapat ayat ni pun dr member masa form 3, budak2 lg tatau apa pun..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-7-2010 08:47 PM | Show all posts
bila ko amalkan ayat ni ko  rasa apa yg ko niatkan tu menjadi x?
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2010 08:41 AM | Show all posts
sori aku xfollow sgt benang ni...

cuma aku nak tanya..

1. ade sorg minah ni...dipercayai di jaga harimau...harimau putih...dah tua pun harimau tu....memula dier xdela percaya...tp baru2 ni ade family crisis yg  berkaitan dgn ilmu itam...dan tetibe dier leh tau kat mana org jaat tu tanam menda2 halus tu....dan yg paling terkejut tmpt yg dier g tau tu sama mcm yg ustaz (family dier appoint 1 ustaz utk tlg setelkan hal ilmu itam ni) tu g tau......padahal dier xpernah pun setuju utk amek harimau ni...walaupun harimau ni selalu dtg dlm mimpi...dan memujuk sheolls amek dier...

2.tp menda ni xde plak datang selalu....hanya dtg bila ade mslh je...dan menda ni jugak xpernah letak syarat..pulut kuning ke....pe ke...xpernah....

3.menda ni jugak mcm jd penjaga kat umah..bila org nak anta menda xbaik mesti ckp kat umah ni ade sesuatu....harimaulaa.. so selalu menda xbaik tu xmenjadi....tp yg pelik org dlm umah xdelaa kena...org lua yg jarang dtg plak kene....nape ye??..
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2010 09:35 AM | Show all posts
Reply 160# kopikaw2


Itu dipanggil pendulum, kalau bentuk spt pen tu biasanya sudah diisi dengan khadam pendulum. Ada sejenis lagi guna kristal pendulum, yang itu tiada menggunakan bahan terlarang

Barang sebegini walau dia tulis sblm guna mesti amal sekian2 sebenarnya sudah diisi siap2 baru dikirim kpd pembeli. Tujuan suruh amal sekian2 hanya sbg penguat semangat. Bila pembeli buat sendiri daya yakin mrk lebih, jadi mrk tak akan rasa sia-sia beli barang ratus2 walaupun barang tu mmg cap ayam tetap cap gajah di hati mereka.

Benda gini tak ngikut orang. Dah buang stop situ sajalah.
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2010 09:48 AM | Show all posts
Reply 161# setankuning

Saya tolong betulkan balik, ada 2 ayat tu bukan satu ayat.

Pertama : "Yuhibbunahum kahubbillah walladzina amanu asyaddu hubban lillah" surah Al-Baqarah, 165. Maksudnya : mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah.

Kedua: "zuyyina linnasi hubbusy syahwati minan nisa'i wal baniena walqanathieril muqantharah" surah Ali Imran, 14. Maksudnya : Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun.

Ok, berdasarkan soalan, jawap dia tidak salah beramal tapi sebaik2nya hendaklah di tahqiq semula oleh orang yang berkelayakkan.

Anjuran saya, anggaplah ia sbg doa dengan berniat, "Ya Allah berilah orang melihat aku jatuh kasih sayang kpdku dengan berkat ayat ini". Selepas membaca ayat ini.

Atau anjuran yang lebih sahih, berdoa ketika melihat cermin (ada doa disebut dalam buku2 doa) atau doa cahaya (ada disebut dalam buku doa).
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2010 09:55 AM | Show all posts
Reply 163# hunny_bunny


Berdasarkan cerita, ia boleh dikatakan saka turun temurun. Samada terima atau tidak, redha atau paksa rela ia tetap berjalan. Ia boleh dikategorikan jenis penjaga berdasarkan rupa harimau putih. Ia adalah istilah ilmu namun ia tetap jin. Istilahnya begini kalau harimau putih (macan putih) atau belut putih (welut putih) bila ada nama putih bermakna dari ilmu2 putih atau menggunakan tatacara yang baik spt tiada diberi makan benda haram spt darah dan seumpama dengannya. Kalau ilmu2 hitam biasa diberi makan benda2 kotor spt setitis darah dan seumpama dengannya. Samada putih, hitam atau kelabu asap ia tetap berkhodamkan jin. Lama atau sekejap suatu hari nanti ia tetap akan menuntut upah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-7-2010 09:57 AM | Show all posts
Reply  hunny_bunny


Berdasarkan cerita, ia boleh dikatakan saka turun temurun. Samada terima at ...
te_peng Post at 29-7-2010 09:55 AM



   
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2010 10:01 AM | Show all posts
Ni yg cemas ni cerita minah tu atau cerita diri sendiri heheheh...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2010 11:10 AM | Show all posts
Ni yg cemas ni cerita minah tu atau cerita diri sendiri heheheh...
te_peng Post at 29-7-2010 10:01 AM



motip??...
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2010 11:55 AM | Show all posts
entam sajelah
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2010 02:03 PM | Show all posts
Assalamualaikum wr bt.
Apabila terbaca thread ini saya terpanggil untuk berkongsi pengalaman yang saya lalui baru2 ini.  Saya baru saja kehilangan ayah yang saya & keluarga sayangi iaitu pd 10 Syaaban 1431.  Bapa saya seorang penghidap kanser.  Pengalaman yang saya ingin kongsikan bersama ini adalah berkisar pendamping/ penjaga.  Selama ini saya & keluarga tdk tahu bahawa bapa saya memiliki simptom2 tersebut.  Hanya apabila kami bawa bapa berubat secara tradisional barulah kisah ini terbongkar.  Apa yang menyedihkan bapa saya tidak tahu apa2 tentang perkara ini.  Sepanjang bapa berada di wad NCI Hospital Nilai, bapa saya sering merapik2 sehingga pernah diikat tangan oleh doktor.  Sungguh sedih melihat keadaan bapa saya yang sedang sakit terpaksa melalui saat2 genting tersebut.  Setelah diubati oleh seorang kiai, barulah bapa saya dapat pergi secara aman.  

Apabila direnungkan kembali, ketika hayat bapa saya kelihatan lebih muda dari usia sebenar iaitu 74 thn.  Bapa saya pernah bercerita tentang moyang saya seorang bidan.  Moyang ada pendamping iaitu jin Islam dr Bukit Saguntang, Sumatera.  Tujuannya adalah untuk perubatan & juga menjaga keluarga.  Setelah moyang meninggal, tiada siapa yang tahu kemana perginya pendamping tersebut.  Setelah saya kaji, sememangnya pendamping ini masih wujud di dalam keluarga kami.  Samada nak percaya atau tidak,  anak2 perempuan dari keturunan moyang kami yg mengalami masalah dengan suami2 yang curang / dianiaya pasti nasib mereka terbela.  Contoh:  Suami sepupu saya bermain kayu tiga dengan perempuan Indonesia, menjadi hampir gila.  Setelah taubat, beliau sekarang menjadi seorang suami/bapa yang alim.  Begitu juga, seorang lagi sepupu saya, suami seorang kontraktor
tetapi sekarang menjadi siak masjid/penoreh getah.  Punca, apabilah mendapat bayaran tender, wang tersebut terus diagih2kan kpd saudara mara.  Sedangkan sepupu saya isterinya/anak2 langsung tidak mendapat apa2.  Ditakdirkan suatu hari rumah ibunya yang baru dibesarkan terbakar.  Dan tambah menyedihkan semua tender2 dibekukan. Semenjak itu sikap suami sepupu saya berubah.  Dan ada banyak peristiwa2 yang tidak dapat saya tafsirkan samada secara kebetulan ataupun disebabkan unsur2 tersebut.
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2010 04:18 PM | Show all posts
saka len ..pendamping len..saka ni mestila melalui keturunan...tu sebab anak and cucu kene amik responsbility jaga saka ble ayah atau atok kite mati..pendamping ni lak len...keturunan kite xde benda alah ni..tp kite leh menuntut ilmu and akan sampai benda ni pada kite...ada gak kenalan aku yg buat amalan ni...clear ke??
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2010 04:50 PM | Show all posts
ni kisah abg member aku
satu hari dia jln2 ngan member dia naik motor kat shah alam..time dia study kat uitm....time syok2 tu boleh plak xsiden..yg best nye abg member aku ni tergolek ke bwh pajero tu..then dia kuar selamber je..bdn calar sikit2 je..xde luka yg teruk...terus org2 kat situ ckp...budak ni mesti simpan ilmu,ada yg ckp dia ada pendamping..

moralnyer...org kita ni,kalau nampak sumthing yg agak ajaib mesti kaitkan dgn benda2 mistik....yg aku pelik,kenapa tak ucap Alhamdulillah ke Subhanallah ke..kan lbh baik kalau kita jadi kan peristiwa tu sbg bukti kekuasaan Allah.
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2010 05:37 PM | Show all posts
en edy.. boleh cek pm tak? perlukan bantuan encik edy...
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2010 11:11 PM | Show all posts
best betul laa baca huraian saudara Te_peng nihh.... banyak manfaatnya... dan betullah ayat tuhh untuk seri muka jatuh kasih.... dan ayat sebegitu ibarat pisau...

jika kena gayanya, bermunafaat lah ia pada penggunanya...

jika tak kena gayanya boleh ditambah, disimpulkan dan di aplikasikan ianya menjadi senjata ampuh bagi pengamal ilmu hitam untuk memukau atau menyihir orang awam....

so beware....
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2012 07:31 AM | Show all posts
aku sampai sekarang masih lagi confuse pasal pendamping dengan saka nie....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2012 03:50 PM | Show all posts
aku sampai sekarang masih lagi confuse pasal pendamping dengan saka nie....
Luckman Post at 25-6-2012 07:31
Jin yg kerjanya atau keadaannya mendampingi sesaorang dipanggil pendamping. Puncanya banyak, jin saka, jin dari ilmu yg dituntut, jin dari amalan harian yg hadir secara tak diminta,jin yang hadir akibat dirawat oleh perawat yg punya jin dampingan, jin yg hadir dari persihiran atau jin jin tepi jalan yg berkenan untuk menjadi pendamping nya.



Kesemua jin jin pendamping ni setelah sesaorang tu mati, akan mengikut pula ahli keluarga bawahannya, yg dipanggil saka
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2012 12:42 PM | Show all posts
Reply 177# hantukiller

Baru la clear dengan penerangan nie....Tq.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2012 03:56 PM | Show all posts
te_peng posted on 29-7-2010 09:48 AM
Reply 161# setankuning

Saya tolong betulkan balik, ada 2 ayat tu bukan satu ayat.

Nak tanya. Ada satu doa penyeri muka dari satu website ni tp dia panggil Ibu Seri Muka. Kena baca selepas solat Subuh tetapi tak boleh melihat ke arah cermin selama 40 hari. Something fishy je pantang larang ni. Saya kurang ilmu, maka saya kurang jelas dgn pernyataan dia. Helps.


ni saya sertakan link blog tsb :
http://ilmukebatinanmelayu.blogspot.com/2011/05/ibu-seri-muka.html
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2012 04:28 PM | Show all posts
istilah tu berbeza ikut pengamal.. jgn lah kita kelirukan diri kita...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 10:40 PM GMT+8 , Processed in 0.931380 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list