CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: along3746

Sultan Johor pandu tren hadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja

  [Copy link]
Post time 22-2-2011 02:16 PM | Show all posts
Reply 156# rayyanrafael

ade gambar tak?? pitenah ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2011 05:34 PM | Show all posts
sultan johor banyak bisnes katanya... tak heran kot kalau elaun dia kena poton ...
nazurah Post at 22-2-2011 12:34


semua soltan banyak bisnes, tapi sorang pun tak nak kena potong peruntukannya, mulayu punya nature lah sukakan bende2 pree
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2011 05:37 PM | Show all posts
...tidakkan bagindo sedar disindir oleh KTMB?  



Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2011 06:37 PM | Show all posts
...tidakkan bagindo sedar disindir oleh KTMB?
pyropura Post at 22-2-2011 17:37


nak bagi susah
taknak bagi lagiiiiii susah...

last2 bagi jer lah...
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2011 07:29 PM | Show all posts
cite pasal sultan ni sensitif.. silap aribulan buleh kne saman.. Solat jumaat pun bleh jadi isu ke? Yamtuan Besar n9 tiap2 jumaat semayang kat keliling n9 termasuklah masjid kat kampung2 biase. sume masjid dia g.. aritu aku g jumaat kat kampung aku tetibe tgok dia dah ade kat saf depan.. saing ngn rakyat biase.. xde pun pakai sejadah tebal ke ape..

X kira la pangkat besa ke, keturunan ape ke, bile dalam islam, sume sama rata..
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2011 01:54 AM | Show all posts
kesimpulannye..

jgnla jadi pengecut alias pondan, cume berani bercakap dlm forum, igt sultan join ...
batmana Post at 21-2-2011 20:39


Setuju sangat2 dengan Batmana....ape macam uols? Ada Beran? Hahaha gegar, gegar!!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-2-2011 02:01 AM | Show all posts
Kecintaan kita pada sultan bukan bermakna kita tidak ada hak sebagai rakyat untuk menegur...

Demi ...
Maideeen Post at 22-2-2011 07:13


Setuju sangat dengan bro...tapi kan bro, takat nak tunjuk "hero" kononnya nak tegur dalam forum nie takde kesan laa....kitaorg kat sini bukannya sultan atau kerabat diraja nak tolong sampaikan amanat bro penuh keramat nie kepada Sultan Johor....Ape kate bro gi Masjid Abu Bakar di JB Jumaat nie dan bro sendiri tegur sebab saya rase bagus idea bro nie...cuma salah tempat nak tunjuk pandai...ape omputeh selalu cakap tuh? Barking at the wrong tree? Camtuh la lebih kurang hehehe...

Peace no war, Goodbye!!
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2011 05:29 AM | Show all posts
i mean benda yang baik baginda buat then sokonglah...dan lebih practical rasanya naik keretapi  boleh juga baginda tengok keadaan sekeliling.

so pada saya , kalau ini yg terbaik dia mampu buat  then tak pa lah....
kalau benda lain yang bersifat "opportunity for improvement"  tak palah juga...

nak tengok glass half full or vice versa is up to us and to anyonelah

but then careful..do not be judgemental , on things we cannot see, ya...lelebih lagi soal ibadah khusus ni ...we never know...apakah kita dah lebih baik ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2011 06:25 AM | Show all posts
Setuju sangat dengan bro...tapi kan bro, takat nak tunjuk "hero" kononnya nak tegur dalam forum  ...
moteto Post at 23-2-2011 02:01



    dan SUltan yg bawak train ni ko tak rasa salah tempat nak tunjuk berjiwa rakyat ka???
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2011 06:26 AM | Show all posts
bangga gila jawa, bugis, banjar johor yg mengaku melayu ni bila sulatan dia bawak ketapi

prrrrtfhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2011 09:17 AM | Show all posts
Post Last Edit by Maideeen at 23-2-2011 09:19
Setuju sangat dengan bro...tapi kan bro, takat nak tunjuk "hero" kononnya nak tegur dalam forum  ...
moteto Post at 23-2-2011 02:01


Bagaimana pula agaknya Yang disebut agama...... senipis nipis iman seseorang itu bila menegur adalah melalui hati? tentunya tidak kamu samakan seperti menyalak kearah pokok yang salah? Kerana kalau dah dalam hati siapa yang tahu? Mana datang manfaatnya? yesssss?

Maideeen~ Sangatlah mengerti perasaan dan sentimen para pembaca yang cuba ingin try test meredakan hatinya yang AGAKNYA/KEBARANGKALIANNYA sedang terbakar bila membaca posting2 Maideeen........ dalam keghairahan mereply, kegopohan itu membuat cahaya kebodohan membuak buak keserlahannya......
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2011 09:18 AM | Show all posts
i mean benda yang baik baginda buat then sokonglah...dan lebih practical rasanya naik keretapi  bole ...
mbhcsf Post at 23-2-2011 05:29


A very politically correct and safe posting, indeed....
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2011 09:24 AM | Show all posts
bangga gila jawa, bugis, banjar johor yg mengaku melayu ni bila sulatan dia bawak ketapi

prrrrtfh ...
peYno Post at 23-2-2011 06:26


Itu belum lagi bila sultan memuji motor si abangnya yang berkelana konvoi dengan sultan berjiwa rakyat ...kembang kuncup seluruh anggota badan.........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2011 09:26 AM | Show all posts
Perjalanan lancar

Oleh Azida Shaharuddin

2011/02/23


SULTAN Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar memandu tren Ekspres Rakyat dari JB Sentral ke Stesen Kuala Lumpur. Gambar bawah Sultan Ibrahim selamat tiba di stesen Kereta api Kluang.


Sultan Johor pandu kereta api dari JB ke KL

KUALA LUMPUR: Terkejut dan bangga - itulah perasaan kira-kira 350 penumpang menaiki Tren Ekspres Rakyat Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur, kelmarin, sejurus menyedari tren itu dipandu Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.

Kelancaran pemanduan baginda dari Johor Bahru (JB) Sentral ke stesen KL Sentral itu langsung tidak diketahui kebanyakan penumpang tren berkenaan sehingga petugas KTMB membuat pengumuman mengenainya di Stesen Seremban pada jam 4 petang.

Penumpang, Nurul Husna Kasman, 25, yang menaiki tren dari Stesen Labis ke Stesen KL Sentral, berkata beliau dalam perjalanan pulang ke kampus selepas pulang bercuti di kampungnya di Bukit Kepong, Muar.
Penuntut Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) itu pulang ke kampung bagi membantu keluarganya membersihkan rumah mereka selepas banjir melanda daerah berkenaan surut minggu lalu.

Katanya, beliau sama sekali tidak menyangka tren yang dinaikinya dipandu Sultan Johor sendiri.

“Saya terkejut apabila mendapat tahu Tuanku memandu tren ini. Sememangnya saya berasa sangat bertuah kerana mempunyai Sultan seperti baginda yang berjiwa rakyat.

“Apabila pulang ke universiti nanti, saya tidak sabar untuk berkongsi peristiwa manis ini dengan rakan-rakan dan menghubungi keluarga,” katanya ketika ditemui dalam tren itu.
Basir Kassim, 63, seorang peneroka dari Kluang turut teruja dan bangga menaiki tren bersama baginda.

“Bukan setakat dapat naik tren dengan Tuanku, malah baginda sendiri memandu tren ini.

“Tentunya sebagai rakyat Johor, ia seperti satu mimpi yang disangka tidak mungkin menjadi kenyataan, namun ia menjadi kenyataan buat saya,” katanya mengakui tidak merasai perbezaan perjalanan tren dipandu baginda berbanding perjalanan tren sebelum ini.

Tren Ekspres Rakyat yang dipandu Sultan Ibrahim, berlepas tepat jam 9.12 pagi dari Johor Bahru (JB) Sentral dan tiba di stesen KL Sentral pada jam 5 petang. Baginda memandu dari JB Sentral hingga ke Labis sebelum menyambung kembali pemanduan dari Seremban ke KL Sentral.

Selain penumpang awam yang menggunakan kemudahan pengangkutan darat itu, turut serta dalam rombongan terbabit lebih 25 pengamal media termasuk wakil media cetak dan elektronik dari Johor serta kira-kira 20 petugas KTMB.

Sultan Ibrahim bertitah, memandu Tren Ekspres Rakyat yang turut membawa lebih 350 penumpang bukan sesuatu yang mudah bagi baginda kerana bertanggungjawab terhadap lebih 350 nyawa rakyat.

“Saya rasa takut-takut juga ketika memandu, maklumlah malang tidak berbau ketika memandu.

“Jika apa-apa berlaku pada saya tidak apa... tetapi jangan berlaku kepada rakyat. Sebelum keluar rumah, saya turut berdoa semoga Allah merahmati perjalanan ini,” titah baginda pada sidang media dalam tren membabitkan 13 gerabak itu.

Ini kali kedua baginda memandu lokomotif gerabak penumpang, dengan kali pertama selepas menerima Lesen Memandu Lokomotif Berkuasa Tinggi Kelas 26 ketika program Kembara Mahkota Johor (KMJ 2010) pada 26 hingga 28 Jun tahun lalu.

Baginda mendapat lesen memandu kereta api dan melakukan prosedur 'turn table' bagi memusingkan lokomotif 86 tan dalam tempoh 10 minit di Stesen Gemas, Negeri Sembilan sekali gus diiktiraf Sultan pertama memandu kereta api sejauh 391.3 kilometer selama tiga hari.

Sultan Ibrahim bertitah, pemanduan tren berbeza dengan kenderaan lain yang pernah dikendalikan baginda sebelum ini termasuk kapal terbang dan helikopter.

“Saya bukan saja sekadar ‘membawa’ kereta api tetapi perlu ‘rasa’ termasuk bila hendak tarik brek, selain mempercepatkan atau memperlahankan tren ketika melalui laluan tertentu,” titah baginda.

Menyentuh acara KMJ2011, Sultan Ibrahim bertitah, program kembara itu akan bermula 9 April ini dari Muar membabitkan perjalanan empat hari tiga malam, sebelum kembali semula ke daerah itu.

Titah baginda, kelainan pada kembara kali ini ialah perjalanannya yang melalui sungai, selain turut disertai pergerakan motosikal dan kenderaan pacuan empat roda.

“Kita akan mulakan kembara ini dari Muar ke Kluang, diikuti Jemaluang dan Kota Tinggi sebelum berhenti bermalam di Pengerang.

“Dari Pengerang, ke Johor Bahru, Kulai, Pontian dan akhirnya kembali di Muar,” titah baginda.

Sementara itu, sejurus tiba dan menamatkan pemanduan di KL Sentral, baginda dibawa ke Stesen KTMB Kuala Lumpur. Di stesen itu, baginda disambut Raja Zarith Sofiah dan Presiden KTMB, Dr Aminuddin Adnan yang memberi taklimat serta memperkenalkan baginda kepada Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) terbaru milik KTM Bhd.

ETS yang menyediakan perkhidmatan dari Seremban-Kuala Lumpur-Ipoh adalah tren elektrik generasi kedua mesra alam yang beroperasi pada kelajuan maksimum 160 kilometer sejam.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2011 09:33 AM | Show all posts
bagus ler mersa rakyat
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2011 09:33 AM | Show all posts
cite pasal sultan ni sensitif.. silap aribulan buleh kne saman.. Solat jumaat pun bleh jadi isu ke?  ...
ejart_9834 Post at 22-2-2011 19:29


Kena saman hanya kerana rakyat menginginkan/mendambakan sultan mengimamkan solat bersama rakyatnya?

Jap...nak terkentot....protttttttttttttttttt..........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2011 09:39 AM | Show all posts
bagus ler mersa rakyat
masuco Post at 23-2-2011 09:33


Mungkin penasihat agama sultan tidak menerangkan dari sudut kemanisan yang lebih besar nilainya dari sudut  roh agama itu sendiri....yaitu, pabila seorang pemimpin, ketua agama itu sendiri take lead dalam solat...bagaimana perlakuan itu dapat menjalinkan ukhwah dikalangan pemimpin dan rakyatnya dari sudut yang lebih syumul.......up and above kemesraan yang cuba dijalinkan dengan becoming drebar thomas the train..dan bermotor dalam kelana konvoi.....bersama rakyat.....

Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2011 09:46 AM | Show all posts
Mungkin penasihat agama sultan tidak menerangkan dari sudut kemanisan yang lebih besar nilainya  ...
Maideeen Post at 23-2-2011 09:39

why not yu take a part become penasihat agama sultan.
"It's gonna be perfect"
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2011 09:57 AM | Show all posts
why not yu take a part become penasihat agama sultan.
"It's gonna be perfect"
masuco Post at 23-2-2011 09:46


Kesempurnaan itu adalah milik mutlak PENCIPTA...Kita sebagai manusia hanya mampu...berikan value add sajork.....pengisian kearah wawasan.....hari ini seharusnya lebih baik dari semalam dan hari esok pula haruslah lebih baik dari hari ini.......

Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2011 09:59 AM | Show all posts
Reply 9# Maideeen


kali ni saya sangat2 setuju dgn maideennn
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 01:53 AM GMT+8 , Processed in 0.055715 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list