CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: CARI-MRO

Noh Salleh Hormat Keputusan Mahkamah, Musa Kembali Ke Pangkuan Mizz Nina

[Copy link]
Post time 19-1-2024 09:56 AM From the mobile phone | Show all posts
prizadane replied at 18-1-2024 04:36 PM
Ramai betul ya mencerca noh. As if noh tu bapa tak berguna, sengkek nak jaga Musa sebab nak duit je. ...

Yup...i just hope ada penyudah yg baik utk they all ber3...tak de untungnya budak tu jd rebutan..even anak kandung pun...bila makpak berebut gitu...besar2 dia rebel...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2024 10:18 AM | Show all posts
Kaka pernah berjiran dengan family NH ni
NH maybe abit kasar tapi family dia baik2
Tidak pernah minat budak menyanyi style malas malas ni
Tapi kaka tak setuju apabila bapa yang nak memainkan peranan alam kehidupan anak2
selepas bercerai dinafikan hak.
Kalau setakat lawatan , bermalam  kaka rasa ok saja
MN nak perfect enviroment macam mana?
Give and take lah, kaka pasti NH pun taknak anak mereka terjebak dengan cara kehidupan retis.  Daripada anak disumbat pada maid, apa salah bagi ayah dia jaga sekejap. Semoga ada penyelesaian untuk mereka bertiga.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2024 05:49 PM | Show all posts
becir replied at 18-1-2024 06:50 PM
Ok gak dari macam laki erma, bela anak angkat ramai bela dari kecik alih2 dah tua tetap kawen lain s ...

Tragis kan...part tu memang i simpati kat erma.Hujung usia laki tinggaiii jua.......
Tapi ada tgok bape thn lepas ema dijemput buka puasa katanya..dlm story ig ema bawak smua anak2 angkat tu ke rumah exlaki. Memang disambut dgn exlaki +new wife+anak baru.
Diorang bcerai pun anak2 angkat dah besar
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2024 08:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Kasian dengan anak mereka. Harap2 mereka dapat cari kata sepakat
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2024 11:05 PM From the mobile phone | Show all posts
ohsoyaya replied at 17-1-2024 11:41 PM
Wow sis wow. Clap3x

Suka baca ni

Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2024 04:25 PM | Show all posts
Athira dakwa dimanipulasi, Noh tiada hak penjaga sepenuhnya Musa[size=0.8]




Tindakan Noh didakwa melanggar perjanjian yang dipersetujui antaranya dan ibu kandung Musa, Athira agar tidak mendedahkan wajah kanak-kanak itu.




KUALA LUMPUR: Tarik balik kenyataan, buat permohonan maaf secara terbuka dan padam gambar Musa iaitu anak angkat kepada aktivis kemanusiaan, Mizz Nina dalam media sosial dalam tempoh 24 jam.
Itu antara tiga tuntutan ibu kandung Musa yang hanya ingin dikenali sebagai Athira terhadap vokalis kumpulan Hujan itu, Noh Salleh.
Athira berkata, Noh perlu memohon maaf atas kekeliruan yang ditimbulkan dalam kenyataannya menerusi program Melodi, baru-baru ini.
Menerusi temu bual disiarkan, Noh mendakwa Athira memberi kebenaran untuknya menjaga Musa dengan rela hati.
Susulan itu, Athira mendakwa, dirinya dimanipulasi oleh Noh.
"Apa yang saya nak dikongsikan, saya sebagai ibu kandung kepada Musa sangat kecewa dengan apa yang terjadi.
"Saya rasa dimanipulasi dan digunakan atas kepentingan dia (Noh).
"Saya kecewa kerana Noh menggunakan saya dengan menyatakan 'Musa diserahkan ibu kandungnya dengan rela hati. Amanah ini diberikan kepada saya (Noh).'
"Disebabkan itu, saya mahu Noh menarik balik kenyataan yang dibuat kerana menggunakan nama saya dalam media massa.
"Saya mahukan permintaan maaf secara terbuka daripada Noh. Sebelum ini, Noh membuat perkongsian menerusi media massa, jadi saya mahu dia buat permohonan maaf menerusi media massa juga," dakwanya ketika ditemui BH Online, hari ini.
Athira mendakwa, tindakan Noh dianggap melanggar perjanjian yang sudah dipersetujui antara mereka sejak awal lagi berkenaan kehidupan dan penjagaan Musa.
"Saya juga sangat kecewa apabila Noh mendedahkan wajah Musa dalam Instagramnya.
"Dalam kes ini, apa yang buat saya kecewa apabila Noh tidak mempunyai hak sebagai penjaga sepenuhnya, tetapi melanggar perjanjian untuk tidak berkongsi wajah Musa.
"Jadi, saya mahu Noh menarik balik kenyataan dibuat terhadap saya dan hantaran membabitkan wajah Musa. Saya juga mahukan permohonan maaf secara terbuka.
"Sekiranya gagal berbuat demikian dalam tempoh 24 jam, saya akan mengambil tindakan undang-undang," katanya.
Terdahulu, Noh atau nama sebenarnya, Mohammad Noh Salleh, 39, membuat kenyataan dalam program Melodi bahawa tiada langsung unsur penculikan seperti yang didakwa, malah sudah mendapatkan kebenaran ibu kandung Musa untuk menjaga kanak-kanak itu.
"Musa diserahkan ibu kandungnya dengan rela hati. Amanah ini diberikan kepada saya. Ini bukannya isu perebutan, tetapi mengikut undang-undang dan disertai dengan dokumen.
"Sekarang Musa di bawah jagaan saya dan sangat gembira. Memang saya difitnah teruk," kata Noh.
Sementara itu, usaha BH Online menghubungi Noh untuk mengulas tuntutan Athira belum berhasil apabila panggilan tidak dijawab.
Sehingga petang ini, gambar Noh bersama Musa ketika mengucapkan selamat ulang tahun ke-2 dan meluahkan perasaan rindu masih belum dipadamkan dalam Instagram.
https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2024/01/1204558/athira-dakwa-dimanipulasi-noh-tiada-hak-penjaga-sepenuhnya-musa





Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-1-2024 04:33 PM From the mobile phone | Show all posts
harkktuih replied at 25-1-2024 04:25 PM
Athira dakwa dimanipulasi, Noh tiada hak penjaga sepenuhnya Musa



Ahh sudah plot twist lagi. Rupanya memang perjanjian dengan mak kandung tak boleh reveal muka Musa. Patut la dok bersticker semedang. Tapi kenapa pulak eh? Mesti banyak agreement noh nina dgn mak kandung ni. Hmm tunggu statement Noh pulak. Mizznina elok diam tak berkutik
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2024 04:39 PM | Show all posts
noiz_phayz replied at 25-1-2024 04:33 PM
Ahh sudah plot twist lagi. Rupanya memang perjanjian dengan mak kandung tak boleh reveal muka Musa ...

Tak nak, saya 'busy' sekarang - Noh


Noh bersama anak angkatnya, Musa. - Foto IG Noh Salleh




KUALA LUMPUR: "Tak nak. Saya 'busy' sekarang," katanya.
Demikian jawapan ringkas penyanyi dan vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh ketika dihubungi BH Online, hari ini.
Ketika ditanya sama ada boleh ditemubual, Noh hanya memberikan jawapan pendek sedemikian dan menamatkan panggilan.
BH Online cuba menghubungi Noh bagi mendapat jawapan balas berikutan tuntutan dibuat oleh Athita iaitu ibu kandung kepada Musa yang juga anak angkat kepada aktivis kemanusiaan Mizz Nina.
Athira mahu Noh menarik balik kenyataan, buat permohonan maaf secara terbuka dan padam gambar Musa dalam media sosial dalam tempoh 24 jam.
Athira berkata, Noh perlu memohon maaf atas kekeliruan yang ditimbulkan dalam kenyataannya di program Melodi baru-baru ini.
Menerusi temu bual yang disiarkan menerusi program hiburan itu, Noh mendakwa Athira memberi kebenaran untuknya menjaga Musa dengan rela hati.
Susulan itu, Athira yang ditemui BH Online, hari ini mendakwa dirinya dimanipulasi oleh Noh.
"Apa yang saya nak kongsikan, sebagai ibu kandung kepada Musa, saya sangat kecewa dengan apa yang terjadi.
"Saya rasa dimanipulasi dan digunakan atas kepentingan dia (Noh)," dakwanya.
Terdahulu, Noh atau nama sebenarnya, Mohammad Noh Salleh, 39, membuat kenyataan di program Melodi bahawa tiada langsung unsur penculikan seperti yang didakwa, malah sudah mendapatkan kebenaran ibu kandung Musa untuk menjaga kanak-kanak itu.
"Musa diserahkan ibu kandungnya dengan rela hati. Amanah ini diberikan kepada saya. Ini bukannya isu perebutan, tetapi mengikut undang-undang dan disertai dengan dokumen.
"Sekarang Musa di bawah jagaan saya dan sangat gembira. Memang saya difitnah teruk," katanya.





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2024 04:39 PM From the mobile phone | Show all posts
ooo patut la MN tak dedahkan wajah Musa.. ada perjanjian rupanya
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2024 05:13 PM From the mobile phone | Show all posts
LOL plot twist sgt
Dh ni noh diam time dia burkkn MN indirectly cepat je upload dekat ig
nmpk sgt dia jenis lari dri masalah
Dulu time vid tu larikn diri jugak smpai la MN buat statement jgn sngka buruk
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2024 06:29 PM From the mobile phone | Show all posts
harkktuih replied at 25-1-2024 04:39 PM
Tak nak, saya 'busy' sekarang - Noh



mesti ada sbb kenapa mak kandung tk bg reveal muka. hormat jela. i mmg dr dulu tk suka NH ni.
kenapa nk main bawak lari budak tu. mcm sengaja nak sakit kn hati nina je.cukup baik byk aib nh nina simpan. tkde lak dia kutuk2 ke apa.nh ni je duk ckp tk brenti mcm nk burukkn nina
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2024 07:02 PM From the mobile phone | Show all posts
patut bersticker rupanya permintaan perjanjian xleh tunjuk muka musa…ingat sbb saja2 kira MN memang ikut perjanjian..makin complicated kes diorg ni
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2024 07:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku rasa si NH ni yg problematic
Aku speku time si MN gigih nak bg susu badan kat Musa..time tu masanya dia buat perangai pasang skandal.
Skrg ni saja nak berebut Musa pulak dan2 tunjuk penyayang
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2024 08:49 PM From the mobile phone | Show all posts
dari segi harta mmg MZ lagi layak jaga dari NH
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2024 11:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by annadonna at 25-1-2024 11:47 PM

Sudahlah Noh. Kahwinlah. Mudah mudahan dapat anak baru. Tinggalkanlah Musa dalam kenangan saja. Mudah mudahan jumpa dgn baik semula nanti. Biarlah Mizznina jaga kalau itu buat dia happy. Lelaki boleh hadap dgn tenang kalau anak takde depan mata. Pompuan tak boleh. Mengalah ajelah. Ko takkan menang pun. Mizznina tu binti Tan Sri Azman Hashim, antara manusia paling high profile kat Malaysia. Kau sedarlah diri kau tu siapa. Kau Noh Salleh aje.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2024 12:13 AM | Show all posts
annadonna replied at 25-1-2024 11:46 PM
Sudahlah Noh. Kahwinlah. Mudah mudahan dapat anak baru. Tinggalkanlah Musa dalam kenangan saja. Muda ...



NH dah kahwin dah pun

InshaaAllah dapat anak sendiri

Kalau nak jumpa Musa buat lah dgn cara baik, ikut perjanjian


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 11:30 AM GMT+8 , Processed in 0.151330 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list