|
AKASIA : NORA ELENA [ADAPTASI "KASIH YANG SUCI"] [MULAI 9 MEI 2011]
[Copy link]
|
|
citer ni jalan cerita berubah skit berbanding novel...
bila pula amir kawan dgn seth...
amir kawan dgn mei ling dgn nora...
tgk ep hari, baru nora kenal dgn seth, sedangkan dlm novel dia kenal masa nora tumpahkan teh kt baju seth...
pastu nampak jln cite mcm pertunangan nora dan id putus sbb seth..apa2 pun kita tggu next ep.. |
|
|
|
|
|
|
|
agak2nya ada tak adegan seth suruh nora pakai baju tido merah menyala tu...
kalau ada mesti HOT punya
tapi aku suka babak tu, sbb seth sgt nakal waktu tu |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 153# soslaili
hari tuh i g popular tggl satu je...smpat beli...huhuuuu... |
|
|
|
|
|
|
|
sekarang citer ni start 7-8 malam kan..mcm dulu2 6:30 - 7:30 malam.. Tapi waktu maghrib tetap ke ...
AnisSuraya Post at 11-5-2011 11:53
btl anis, tp kalau mula pkl 6.30, alamat inang tak berpeluang nak tgk la..
biasanya smpai kt rumah dlm pkl 7-7.10, kdg2 terlajak smpai 7.30 mlm..
tp tu la, terkejar2 sikit masa tu dgn maghrib...kn best kalau guna slot malam jea
kalau citer best mcm ni |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 160# mesmerize
try carik....xdok pun.... |
|
|
|
|
|
|
|
Elena belum pulangkan kemeja Seth kan..asikkkkk terlupa jer katanye
Then Malik dapat kemeja dari Seth..so kemeja yg Malik dpt tu..kemeja yg Seth pinjam ari tu ke
sbb kan Malik ckp kat kelej pompuan dia...
dlm beg tu kemeja yg Seth pinjam. |
|
|
|
|
|
|
|
sapa yg belum baca novel KYS, aku cadangkan korang jgn baca dulu...
sbb dah beberapa ep ni, banyak tukar2 plot...
takut lak korang frust mcam aku.. |
|
|
|
|
|
|
|
eid eid....tau pulok nk gelabah rs jelez2 bagai.....padan ngn muka kamu itu.... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by sinchann at 11-5-2011 22:54
macam best jer citer ni... Last epi .. hepi ending ker? Seth & Elena? ada kes bunuh diri ker? hehhe
p/s : aku tak brape nak berkenan dgn bf abby abadi ni.. sape ntah name dia... hahhaha |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 161# mesmerize
x silap 24 episod |
|
|
|
|
|
|
|
Reply mesmerize
x silap 24 episod
Yen_Aireena Post at 11-5-2011 23:33
oo patut la macam slow ja citer ni.. ep 3 baru la seth nak tahu elena tu nora yg dicari2.. pahtu elena baru nak tahu si sethtan tu si ahtan abang dia punye kawan.. mana nak tunggu scene putus tunang lagi.. scene kawen.. scene kantoi sethtan.. scene gado laki bini.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sinopsis & Gambar dari Drama Nora Elena
Lenakah seorang wanita di dalam tidurnya apabila dibuai mimpi ngeri dan siangnya dihantui kenangan pahit, padah bisa cinta? Keunggulan sebuah sketsa romantis dari sebuah novel hebat ”Kasih Yang Suci” terbitan Karangkraf kini akan menggamit perasaan dan emosi anda menerusi siri drama adaptasi terbaru TV3, NORA ELENA, terbitan Asian Media Content (AMC) yang diarah oleh Jet Li dan penulisan skrip oleh Maizura Mohamad Ideris.
NORA ELENA akan membawa anda menyelami perjalanan emosi dan kisah cinta seorang wanita mengharungi kehidupannya yang dicabar oleh kegelapan masa silamnya yang ternoda akibat kerakusan manusia yang bertopengkan nafsu. Namun, ketabahan Nora terus diuji tatkala dua orang lelaki istimewa hadir dalam hidupnya. Siapakah gerangan lelaki tersebut dan apakah igauan pahit Nora mampu ditelan oleh sinaran kasih dan harapan yang kian meneranginya?
Bakal ke udara pada 9 Mei 2011, NORA ELENA akan menemui penonton selepas berakhirnya CINTA ANTARA KITA, sebanyak 24 episod di slot Akasia, setiap hari Isnin hingga Khamis pada jam 7.00malam. Antara barisan pelakon yang membintangi drama ini adalah Aaron Aziz, Siti Saleha, Wan Sharmila, Zul Ariffin, Erry Putra dan Puteri Fateen.
NORA ELENA merupakan sebuah kisah yang diadaptasi dari salah satu novel popular terbitan Karangkraf — Kasih Yang Suci hasil nukilan Meen Zulaikha yang mengisahkan tentang perjalanan hidup seorang wanita bernama Nora Elena (Siti Saleha) yang terganggu hidupnya akibat dihantui pengalaman pahit dirogol 10 tahun yang lalu. Walaupun sukar untuk melupakan insiden hitam tersebut, kini beliau selesa menjalankan kehidupannya seperti normal dan bakal mengahwini Idham (Zul Ariffin).
Namun, keadaan mula berubah setelah bertemu Seth Tan (Aaron Aziz). Nora dan Idham yang dahulunya ibarat burung merpati sejoli, kini menjadi tidak sehaluan dan sering bertukar rasa cemburu dan marah. Secara tiba-tiba, Idham membatalkan majlis perkahwinannya dengan Nora Elena akibat dari salah faham Idham yang menyangkakan bahawa Nora mempunyai hubungan dengan Seth Tan, majikan Idham sendiri.
Apa yang mampu dizahirkan oleh seorang wanita hanyalah tangisan dan jeritan yang tidak mampu didengari sesiapa! Penderitaannya bertambah perit tatkala bisikan liar dan kata-kata hati yang sering mengingatkan Nora tentang apa yang telah mengubah statusnya daripada seorang perawan yang suci kepada sesuatu yang amat pahit untuk ditelan sendiri.
Lebih mendebarkan, Seth Tan menawarkan dirinya untuk menggantikan tempat Idham di dalam majlis perkahwinan tersebut kerana masa semakin suntuk. Sedalam manakah kejujuran lelaki misteri ini dan apakah jawapan di sebalik kehadirannya? Apakah yang akan berlaku kepada Seth Tan setelah kedudukan Idham yang tergugat kerana terbawa oleh mainan perasaan? Dan mampukah Nora dan Seth mempertahankan mahligai perkahwinan yang telah mereka bina apabila satu rahsia hitam paling memilukan akhirnya terbongkar?
Persimpangan cinta dan pencarian kasih yang tulus suci ini digambarkan melalui keperitan hidup dan tekanan emosi seorang wanita yang telah dihapus keceriaannya akibat kedurjanaan manusia, dan segala persoalan akan terjawab menerusi drama baru NORA ELENA, yang bakal menemui penonton pada 9 Mei 2011, pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 7.00malam, di slot Akasia, hanya di TV3.
Zul Ariffin
Ramona Zamzam
Miera Liyana
Siti Saleha
Aaron Aziz
Puteri Fateen
kredit: budiey.com |
|
|
|
|
|
|
|
sapa leh bgth epi tadi......pas eid salah sangka ttg nora-seth tuh
kiranya part last 30minit.....lisa on phone terus tak sempat tgk time tuh
then apa jadi??? |
|
|
|
|
|
|
|
sapa leh bgth epi tadi......pas eid salah sangka ttg nora-seth tuh
kiranya part last 30minit.....li ...
eddlisa_uyuk Post at 12-5-2011 01:06
eid bnyk flashback babak2 seth tan tu dengan elena.. dari masa eid kenalkan elena dengan seth. pastu, dalam kereta, seth ada ckp kat eid yang dia macam pernah kenal dengan elena. pastu, kat opis, seth tanya macam mana persiapan kawen diorang. jadik dari situ, eid syak yang seth suka kat elena...
pastu, adik seth msg kat fb dia bagitau, dia dah jumpa fb elena. guna nama qaseh suci. bila seth search kat fb, dia terkejut la bahawasanya, gambar profile Qaseh Suci adalah gambar Nora Elena. So, dari situ la, dia tau siapa sebenarnya NOra Elena tu.
lepas tu, ade adegan kat kedai bunga, elena tgh pilih bunga, tetiba seth dtg. cakap yang dia adalah ah tan, abang maria. pastu flashback lagi pasal maria, elena ngan ah tan (masa ni masa dorang sekolah lagi).
nak dijadikan cerita, tengah diorang tercegat sesama sendirik (sebab elena terkejut seth adalah ah tan), si eid boleh la pulak masuk kedai bunga yg sama... dan dia terkejut melihat seth dan elena berdiri bertentang mata. dannnnnnn selepas itu.......
bersambung!! :@
kalau tak lengkap, ko mohon maaf yek.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
spe2 ley bg full sinop smlm??ak tgk lompang2...da org kacau lak... |
|
|
|
|
|
|
|
ada 2org pelakon gerak khas dlm cita nih...si zul....sorg lg xknl...mati2 aku igt SKOP wat cita nih....
btw....pkul 7 bkn masa yg sesuai la....tlg la tb3 balik ke masa asal |
|
|
|
|
|
|
| |
|