Post Last Edit by ciksurie at 4-3-2012 12:56
Kuiz Berbalas Pantun di Hujung Minggu
Arahan:
1. Sila sediakan pantun 4 kerat untuk di jual kepada rakan sekelas anda ( sekurang2nya 10 orang rakan) 2. Maksima pantun untuk di jual kepada rakan anda ialah 2 buah sahaja.
3. Tema : BEBAS
4. Tarikh akhir untuk menjual pantun ialah: Ahad, 4hb Mac 2012 Jam 11.59 malam
5. Tarikh akhir untuk membeli/menjawab pantun ialah: Isnin, 5hb Mac 2012 Jam 12.00 tengahari
6. Setiap pantun mestilah di jawab/dibeli dengan menggunakan pantun 4 kerat juga.
7. Markah untuk jualan & belian pantun, bergantung sepenuhnya kepada cegu-cegu yang bertugas.
1. cleef Dudukberhimpun bergurau senda Dihidang air didalam kendi Sudah tersurat jodohnyatiada Mengapa ditagih pada tak sudi?
2.Yna_shynee Mentari pagi memancarkan cahaya Menghirup udara indah ciptaan-Mu Cinta hadir di alam maya Mengapa pudar bila bertemu? 3.ain0345 Dara malu dibalik tabir Teruna mengintai dibalik jeriji Bak tanam tebu di tepi bibir Mengapa manis menabur janji? 4.ungu_merah Tinggi sungguh pohon cemara Redupnya tempat menyemai lada Dia sepi tanpa bicara Mungkinkan cinta sudah tiada?
5.adalia Hari-hari hidup ceria Sekarang bertiga dulu berdua Happy birthday moga bahagia Bila mahu hidup berdua? 6.tudung_bawal Dua tiga kucing mamai Mana nak sama si kucing belang Sahabat lelaki memanglah ramai Mengapa tak lekat walau seorang? Sayur air letak suhun Nasidagang dalam kelosong Kerja sudah bertahun-tahun Tengahbulan simpanan kosong? 7. rafflesia76 Ayah ke pasar barang dibeli Lupapula memesan kuaci Manahilangnya kejelitaan asli Andaimake-up tebal seinci 8. lavender_aqua Banyak pengalaman jauh kembara Darigunung sampai ke kuala Merahtanda cinta membara Kalerpepel bagaimana pula 9. zadzamusa Dulu motor sekarang kereta Duluberdua sekarang bertiga Selesaikahmasalah bahagiakah cinta Kahwinlari tanpa restu keluarga 10. fatehana Tegak berdiri pohon meranti Bertenggeknuri berperi-peri Cahaya mata permata hati Bagaimanadigilap biar berseri |