Mmg betul pun, Tiz dah diserang wartawan masa DDK tadi. Baca kat Rotikaya habis Tiz kena hentam dgn komen2 mereng.
Remy mmg selalu gitu, dulu masa CKK di blog buat perangai, kali ni DDK di twitter, lelaki mithali, baik dan didambakan oleh ramai wanita termasuk yg dah bersuami. Hmmm...nasiblah Tiz dpt mat putar alam.
hopefully this time tiz buat decision yg bijak,terbaik utk dirinya .. sometimes its better to be alone than being with the wrong person .. sama gak dgn remy pon...mayb dorang tak sesuai bersama , tak complement each other.. just my 2 cents..apa2 pon pilihan di tangan mereka...
Selepas mengarahkan drama berat seperti Tersasar Di Jalanmu, Airmata Nur Salina, Karma Salina, Tahajud Cinta dan Karma, pengarah prolifik Erma Fatima kembali mencabar dirinya untuk sebuah drama bersiri cinta, Dejavu Di Kinabalu.
Pertama kali mengarah sebuah drama cinta, Erma akui ia adalah hanya untuk mencari apakah wujud lagi rasa cinta dalam jiwanya.
“Saya hanya ingin menguji apakah banyak lagi cinta dalam jiwa ini. Maka itulah sebabnya saya buat pertama kalinya mahu mengarahkan drama cinta sebegini.”
Dibintangi oleh Tiz Zaqyah, Aqasha, Nazim Othman dan Aishah Ilias, Devaju Di Kinabalu mengisahkan Nadira (Tiz) yang menerima jantung Inara (Aishah Ilias), kekasih Ammar (Aqasha)
“Apabila pihak penerbit datang dengan idea mahu menerbitkan cerita mengenai pemindahan jantung, saya perlu memikirkan jalan cerita yang bersesuaian. Pastinya perkara ini sesuatu yang serius, saya mahu meringankan cerita pemindahan jantung itu agar lebih dekat dengan masyarakat.”
Untuk mencipta kelainan dan lari dari klise, Erma mahu mencipta satu keindahan cinta berlatarkan Gunung Kinabalu.
“Saya seorang pengarah yang mementingkan kualiti gambar. Saya mahu lari dari kebiasaan yang memaparkan shot bangunan KLCC, tepi tasik dan sebagainya. Saya perlu mencabar diri saya dengan melaksanakan kerja penggambaran drama ini di Gunung Kinabalu.”
Mengakui ia satu pengalaman yang cukup menyeksakan dirinya, namun kekuatan mental bagi menyiapkan sebuah karya seni mengatasi segalanya.
“Memang drama ini menyeksa diri saya sendiri. Perjalanan dari Timpohon ke Laban Rata mengambil masa enam jam sejauh lebih kurang 6km. Kami naik seramai 16 orang, pelakon dan tenaga produksi. Bermalam di Laban Rata pukul 2 pagi keesokannya kami mula mendaki untuk sampai ke kemuncak Gunung Kinabalu yang mengambil masa 3 jam sejauh lebih kurang 2km. Saya hampir putus asa. Lima orang terkandas termasuk jurukamera, penolong pengarah, pembantu produksi, pengarah seni dan seorang pelakon. Mental perlu cukup kuat untuk mendaki gunung tersebut. Memang payah tetapi atas nama seni, kami berjaya melakukannya!”
Hanya menghabiskan masa selama 5 jam untuk menyiapkan 18 babak, Erma tekad untuk datang lagi ke Gunung Kinabalu dengan persiapan yang lebih rapi.
“Untuk drama ini, kami hanya menghabiskan masa dari pukul 6 pagi hingga pukul 11 pagi untuk menyiapkan 8 babak. Memang tidak cukup masa. Banyak shot-shot yang cantik seperti sewaktu mendaki tidak sempat dirakamkan. Saya pasti akan datang lagi dengan persiapan fizikal yang rapi kerana saya mahu meluangkan masa selama 5 hari untuk merakamkan keindahan gunung itu di masa akan datang.”
“Keindahan Gunung Kinabalu sukar untuk diluahkan dengan kata-kata. Perasaan cinta itu hadir secara semulajadi di atas gunung itu. Ia satu pengalaman yang tidak akan saya lupakan lebih-lebih lagi apabila mendaki pada usia begini.” ujarnya mengakhiri bicara.
Drama bersiri Devaju Di Kinabalu bakal ditayangkan mulai 18 Jun ini dan juga boleh disaksikan di www.tonton.com.my.