|
Reply 160# ParinAmat
tolong jawap untuk pijang... dia tgh tggu tarikh Majlis Sulh...
Alhamdulillah hari ini sye telah berjaya mengagahkan diri ke mahkamah untuk membuat permohonan bercerai. Paling sedih cuma sye seorang je prgi kesana tnpa sesiapa menemani. Tempat yg sye rase begitu asing sekali. Rasa sebak didada bercampur rse malu bile brdepan dengan kerani disana. 26hb ni kami akan kesana untuk majlis SULH. SULH tu ape ye? |
|
|
|
|
|
|
|
Aku serius? Hahahahaha..... ko la yg desperate.
Bro, agak2 kalau bagi tazkirah. Ko kena let ...
BidadariAnggun1 Post at 19-6-2012 08:30 
suami nusyuz lagi.......lagi2 suami nusyuz.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 162# panasnyelavaitu
istilah maner diorang nie dapat ntah.. kalau isteri jer yang nyusuz.. kalau suami tu istilah nyer dayus.... hukum nyer samer jer dua2 x cium bau syurga... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply panasnyelavaitu
istilah maner diorang nie dapat ntah.. kalau isteri jer yang nyusuz ...
TaWaR Post at 19-6-2012 12:15 
Oleh : Ustaz Alias Othman
1. Asal Perkataan Nusyuz.
Istilah nusyuz dipinjam dari Bahasa Arab. Perkataan asalnya ialah al-nasyzu النشز bermaksud tempat yang tinggi. Perkataan nusyuz نشوز bererti berada di tempat yang tinggi. Isteri yang nusyuz ialah isteri yang ingkar kepada suaminya dan membangkitkan kemarahannya. Nusyuz suami apabila dia memukul isterinya atau bersikap dingin dan acuh tak acuh terhadapnya. ( Fairuz al-Abadi: Qamus al-Muhit 678) .
Kesesuaian pengertian ini dengan nusyuz isteri atau suami ialah: isteri atau suami yang nusyuz meletakkan dirinya di tempat yang tinggi dengan ingkar kepada perintah Allah yang diwajibkan ke atasnya terhadap suami atau isterinya. Ini akan dapat dilihat nanti selepas maksud nusyuz isteri atau suami itu dijelaskan.
2. Nas Quran Berkaitan Nusyuz.
Ada dua nas Quran yang secara langsung menyebutkan nusyuz isteri dan suami. Pertama menyatakan nusyuz isteri. Kedua menyatakan nusyuz suami.
2.1. Nusyuz isteri.واللتى تخافون نشوزهن فعظوهن واهجروهن فى المضاجع واضربوهن فإن أطعنكم فلا تبغوا عليهن سبيلا - النساء 34
Maksud:
“Dan wanita-wanita yang kamu bimbang nusyuznya maka nasihatilah mereka dan pisahkanlah diri dari tempat tidur mereka dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka mentaatimu maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya”.
2.2. Nusyuz suami.وإن امرأة خافت من بعلها نشوزا أو اعراضا فلا جناح عليهما أن يصلحا بينهما صلحا والصلح خير النساء 128 -
Maksud:
“Dan jika seorang wanita bimbang akan nusyuz atau sikap tidak acuh dari suaminya maka tidak mengapa bagi kedua-duanya mengadakan suluh yang sebenar-benarnya dan suluh itu lebih baik (bagi mereka)”
3. Nusyuz Isteri.
Nusyuz isteri disebut dalam ayat 34 surah al-Nisa’ di atas. Nusyuz dalam ayat ini bererti derhaka atau ingkar. Oleh itu maksud ayat ini ialah: sekiranya kamu bimbang kederhakaan dan sikap meninggi diri mereka (isteri) daripada mematuhi apa yang diwajibkan Allah ke atas mereka, iaitu mentaati suami, maka ……”. ( Al-Qurtubi: al-Jami`e Li Ahkam al-Quran 5:170)
Nusyuz ialah kederhakaan dan meninggi diri wanita dari mematuhi apa yang diwajibkan Allah ke atas mereka, seperti taat kepada suami. (ibid 5:170). Isteri menimbulkan kemarahan suami (ibid 5:71)
Bagi Prof. Dr. Wahbah al-Zuhaili nusyuz isteri ialah kederhakaan wanita terhadap suami dalam perkara yang diwajibkan ke atasnya, sikap saling membenci antara keduanya dan keluar rumah tanpa izin suami. (al-Fiqh al-Islami Wa Adillatuhu 7:338) . Isteri meninggalkan rumah dengan tiada sebab syari`e yang membolehkan atau menghalang suaminya memasuki rumahnya sebelum suami memintanya berpindah ke rumah lain (Zuhaili: ibid 7:790, Dr. Abd Karim Zaidan, al-Mufassal Fi ahkam al-Marah 7:161)
Perempuan nusyuz ialah perempuan yang meninggi diri daripada suaminya, meninggalkan perintahnya, menjauhkan diri daripadanya, mengelak diri dari suaminya, menyebabkan suaminya marah. (Dr, Muhammad `Uqlah: Nizam al-Usrah Fi al-Islam 2:179. al-Sayuti: al-Dur al-Mantsur Fi Tafsir al-Ma’tsur 2:521. Ibn Katsir: Tafsir al-Quran al-Azim 1: 492. Abd. Rasyid Reda, Tafsir al-Manar 3:72-73) . Pandang rendah terhadap suami, tidak mentaati perintahnya. (ibid).
3.1. Bila isteri dianggap nusyuz.
Isteri dianggap nusyuz apabila ada tanda-tanda nusyuz. Nusyuz isteri ditandai oleh dua perkara. Pertama, melalui perbuatan dengan menjauhkan diri, bermasam muka dan enggan ketika dipanggil. Semua ini berlaku setelah sebelumnya dia bersikap mesra. Kedua melalui perkataan seperti berinteraksi dengan suami dengan perkataan yang kasar, ia berlaku setelah sebelumnya dia bercakap lembut. (Prof. Dr. Wahbat al-Zuhaili: op.cit 7:338).
Huraian-huraian ini cukup untuk memahamkan kita maksud nusyuz isteri.
3.2. Isteri salihah tidak nusyuz.
Sekiranya isteri itu tergulung dalam lingkungan wanita salihah dia tidak akan nusyuz. Ayat di atas menyatakan wanita salihah ialah yang taat قانتات kepada Allah, memelihara diri dengan tidak berlaku curang, menjaga rahsia dan harta suaminya حافظات للغيب , kerana Allah telah memelihara mereka.( al-Nisa’ :34)
3.3. Tindakan suami jika isteri nusyuz.
Jika isteri nusyuz suami mestilah melakukan tindakan-tindakan berikut: bersabar menghadapi karenah isteri, memberi nasihat, pisahkan tempat tidur, memukul. Jika tidak berjaya krisis itu dirujuk kepada hakam untuk mencari penyelesaian. Jika ini juga tidak berhasil pilihan terakhir suami, jika dia mahu, ialah menceraikan isterinya dengan talak satu. ( al-Nisa’ :34) |
|
|
|
|
|
|
|
Oleh : Ustaz Alias Othman
1. Asal Perkataan Nusyuz.
Istilah nusyuz dipinjam dari Bahasa ...
pijang Post at 19-6-2012 12:47 
tak lengkap..... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by panasnyelavaitu at 19-6-2012 13:00
pijang Post at 19-6-2012 12:54 
7. Penutup.
1. Penulisan-penulisan fiqh klasik tidak menggunakan istilah nusyuz bagi maksud suami yang tidak melaksanakan kewajipan rumahtangga dan mengabaikan hak isteri, namun persoalannya dibincang semasa membincangkan hak dan kewajipan imbalbalik suami isteri. 2. Istilah nusyuz suami banyak dibincang dalam kitab-kitab tafsir sewaktu menghuraikan ayat 128 surah al-Nisa’. Ia juga dibincang dalam penulisan fiqh terkini, terutama penulisan berkaitan Sistem Kekeluargaan Islam 3. Saya akui kertas ini banyak kekurangannya, namun inilah yang dapat saya kemukakan sesuai dengan tempoh yang ada bagi saya menyiapkannya. 4. Saya serahkan kertas ini kepada pembaca untuk pembetulan dan penambahbaikan dalam usaha mencari keadilan dan kesentosaan keluarga.
dah tahu banyak kurang, masih nak berblog bagai pasal agama...
bro...baik belajaq dgn uztad... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by BidadariAnggun1 at 19-6-2012 15:34
7. Penutup.
1. Penulisan-penulisan fiqh klasik tidak menggunakan istilah nusyuz bagi mak ...
panasnyelavaitu Post at 19-6-2012 12:59 
Apsal ko mcm menyampah jek dgn istilah suami nusyuz? Ko termasuk dlm group tu ke? 
Dikongsikan sedutan kertas-kerja Ustz Alias Othman bertajuk: ‘Huraian Al-Quran tentang nusyuz suami dan isteri: Pengertian dan penyelesaian’ yang dibentangkan semasa Wacana Wanita & Keadilan Syariah, anjuran Wanita JIM & JAWI pada 26 Mac 2009 yang lalu. Nusyuz tidak tertakluk kepada isteri sahaja
KITA sering dengar perkataan 'nusyuz' selalunya diguna-pakai kepada isteri yang derhaka/tidak taat kepada suami tanpa keuzuran syarie. Kali ini saya kongsikan pula, nusyuz tidak tertakluk kepada isteri samata-mata, tetapi suami juga boleh nusyuz.
su ini sebenarnya sudah pun diterangkan dalam entry Suami juga boleh nusyuz.
Dikongsikan sedutan kertas-kerja Ustz Alias Othman bertajuk: ‘Huraian Al-Quran tentang nusyuz suami dan isteri: Pengertian dan penyelesaian’ yang dibentangkan semasa Wacana Wanita & Keadilan Syariah, anjuran Wanita JIM & JAWI pada 26 Mac yang lalu.
Insya Allah, semoga tiada antara para suami ahli JIM yang tergolong dalam golongan suami yg nusyuz sebagaimana yang dihuraikan dalam kertaskerja ini.
Nusyuz suami
وإن امرأة خافت من بعلها نشوزا أو اعراضا فلا جناح عليهما أن يصلحا بينهما صلحا والصلح خير – النساء 128
“Dan jika seorang wanita bimbang akan nusyuz atau sikap tidak acuh dari suaminya maka tidak mengapa bagi kedua-duanya mengadakan suluh yang sebenar-benarnya dan suluh itu lebih baik (bagi mereka)....”
Nusyuz suami disebut dalam ayat 128 surah al-Nisa’ yang telah dinukilkan di atas.
Berbagai-bagai versi riwayat yang menjelaskan latar belakang ayat ini diturunkan, antara lain ialah kebimbangan Saudah Binti Zam’ah dia akan diceraikan Rasulullah SAW, lantas dia berkata kepada Baginda SAW, “Janganlah ceraikan saya, kekalkanlah saya (sebagai isteri).
Dan berikanlah satu hari giliran saya kepada ‘Aisyah.” Rasulullah SAW menerima tawaran tersebut lalu ayat ini diturunkan. (al-Qurtubi, op.cit 5:402).
Menurut Ibn Abi Malikah ayat ini menolak pandangan sesetengah orang bahawa apabila seorang lelaki telah menghabiskan usia muda seorang wanita dan setelah tua lelaki terbabit tidak lagi berhak menggantikannya dengan wanita lain (Ibn ‘Arabi, Ahkam al-Quran.1:504, Qurtubi, op.cit 5:404).
Beliau melihat isu ini positif kerana Allah telah memberi satu jalan keluar di saat tiada pilihan bagi lelaki yang tidak lagi mahu mengekalkan status isterinya sebagai isteri.
Sewaktu ditanya mengenai maksud ayat ini, Saidina Ali karramalLahu wajhah berkata: seorang lelaki punya perempuan di bawah tanggungannya (isteri), dia tidak lagi tertarik kepadanya oleh kerana susuk tubuhnya, usianya yang telah tua, akhlaknya yang buruk atau kecacatannya.
Wanita itu tidak mahu dia diceraikan, jika dia memberikan kepada suaminya sesuatu, harta atau hari gilirannya dia boleh melakukannya.” (Said Hawa, al-Asas Fi al-Tafsir 2:1195).
Dalam ayat ini terdapat dua istilah: nusyuz نشوز dan ‘ie’radh اعراض.
1. Nusyuz bermaksud mengabaikan isteri dengan menghalang dirinya daripada isteri, tidak memberi nafkah, menyakitinya dengan maki hamun atau memukulnya.
2. ‘ie’radh kurang bercakap dan bermesra dengan isteri disebabkan usianya yang telah tua, susuk tubuhnya yang tidak lagi menarik, buruk akhlak, jemu atau ingin mencari yang lain. (said Hawa, ibid 2:1194)
Dalam mentafsirkan ayat ini, al-Qurtubi menjelaskan bahawa sekiranya isteri berpendapat suaminya akan bersikap nusyuz (ingkar dan menjauhkan diri) atau ‘ie’radh (tidak bertegur sapa dan tidak bermesra) dia bolehlah menawarkan suluh kepada suaminya.
Suluh boleh berlaku melalui tawaran isteri dengan menggugurkan sebahagian haknya sebagai ganti daripada dia diceraikan.
Suluh juga berlaku melalui tawaran oleh suami untuk memberikan kepada isterinya kadar tertentu harta sebagai ganti dia melebihkan isteri lain. (al-Qurtubi, op.cit 5:423-424)
Isunya, jika isteri menawarkan suluh dan diterima suami atau suami menawarkan suluh dan diterima isteri.
Namun jika isteri tidak menawarkan suluh atau isteri tidak menerima tawaran suluh suami dan isteri juga tidak nusyuz, dalam keadan ini suami wajib berlaku adil dan memberikan semua hak isteri dan melaksanakan semua kewajipannya sebagai suami.
Dari perbincangan ini dapat dirumuskan bahawa suami juga melakukan nusyuz. Suami dianggap nusyuz apabila dia cuai dalam melaksanakan kewajipan rumahtangga.
Menurut Muhammad Qutb dan Dr. Muhammad ‘Uqlah kalau isteri dianggap telah nusyuz apabila dia derhaka kepada suami, tidak menunaikan kewajipan dan keluar rumah tanpa izin suami maka suami juga boleh dianggap telah nusyuz apabila dia enggan memberi nafkah kepada isteri. (Muhammad Qutb, Syubhat Haula al-Islam 128 dan Dr. Muhammad `Uqlah, Nizam al-Usrah Fi al-Islam 2:184)
Dr. Mustafa al-Khin menganggap suami nusyuz apabila pengabaian dan keengganan berlaku di pihak suami dengan dia tidak menunaikan giliran, tidak memberi nafkah, bertindak kasar dengan perkataan atau perbuatan. (Mustafa al-Khin dan Dr. Mustafa al-Bugha, al-Fiqh al-Manhaji2; 105).
Penjelasan-penjelasan ini cukup untuk meyakinkan kita bahawa suami juga berlaku nusyuz dan memahamkan kita apa maksud nusyuz suami.
Bila suami dianggap nusyuz
Suami nusyuz bolehlah ditakrifkan sebagai: suami yang enggan menunaikan hak spiritual, material atau bertindak kasar terhadap isteri.
Hak spiritual isteri ialah komunikasi yang baik, memenuhi kepuasan seksual, memberi pendidikan agama, dicemburui dan adil antara para isteri, tidak dihina dan dikasari.
Hak material isteri ialah maskahwin, nafkah dan mut’ah jika berlaku perceraian tanpa nusyuz isteri. (al-Qurtubi, op.cit 5:422-324, Dr. Muhamad `Uqlah, op.cit 2:84, Muhammad Qutb, Syubhat Haula al-Islam 124).
Tindakan isteri jika suami nusyuz
1. Jika suami nusyuz isteri mestilah bersabar.
2. Memperingatkannya tentang kewajipan husnu al-mu’asyarah seperti disebut dalam ayat 18 surah al-Nisa’ وعاشروهن بالمعروف .
3. Memperingatkannya hadis Rasulullah yang menyatakan lelaki yang paling baik ialah suami yang paling baik terhadap isterinya خيركم خيركم لأهله وأنا خيركم لأهله.
4. Memperingatkannya tentang akibat kezalimannya terhadap isteri.
Jika ini tidak berjaya isteri berhak membawa kesnya kepada kadi untuk dia mendapatkan semua haknya, kerana kadi dilantik untuk mengembalikan hak kepada yang empunya hak dan kerana isteri tidak berdaya mendapatkan haknya tanpa kuasa kadi. Kadi bertanggungjawab memaksanya menyempurnakan hak isteri dan menghentikan kezalimannya.
Jika ini juga tidak berhasil dan suami masih meneruskan nusyuznya dan bertindak memukul dan memaki hamun kadi hendaklah menjatuhkan hukuman taazir ke atasnya. Jika ini juga tidak berhasil, maka hakam hendaklah dilantik bagi berusaha melakukan suluh.
Jika usaha suluh juga gagal, penyelesaian terakhir ialah membubarkan perkahwinan (cerai).
Dari Mu'adz r.a. katanya, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Dan jagalah dirimu dari doa orang-orang teraniaya, kerana antara dia dengan Allah tidak ada dinding." (Shahih Muslim)
Kalau tulisan atas ni pun ko komen jugak, aku rasa baik ko jek jadik ustaz lava.. |
|
|
|
|
|
|
|
dulu family aku pon ada masalah camni.kira antara mak n ayah aku.sebab nenek aku dtg tinggal dengan kitorg.nenek aku sakit lutut kronik nak mandi berak mmg kena tlg.dulu tu tahun lepas la.aku x kawen lg.mak aku plak mmg ada msa mcm ignore n gaduh dgn bapak aku.xnak amk tau la macam2.memang aku salahkan mak aku dulu.bagi aku mcm teruk la mak aku bt mcm tu.ada masa die layan ada masa mmg ckt pon x amk tahu.tp byk yg die bt bodoh.tp sekarang aku dah kawen.bile aku dah kawen, aku ada pandgn lain kat mak aku.
aku dah ada mertua.aku penah gugur.aku try dapat anak(now tgh prgnt).so aku mula pk pasal mak aku.npe mak aku camtu dulu.bapak aku jnis yg sibuk.siang sibuk dgn keje.malam dgn masjid n aktiviti masjid.slalu blik lmbat.hjung mgu dgn keje atau aktvt keagamaan.mak aku x keje.jd kdg2 hjg mngu sediakan mkanan utk ayh aku n the gang.ayh aku mmg xda masa kat rumah.jadi ble nenek aku dtg, mula2 ayh slalu ada kt rmh, lama2 buat rutin biasa.jadi mak aku rsa ayh aku dah la x bg masa dgn mak aku, pastu serah nenek aku kat mak aku.
pastu nenek aku plak, aku tau prangai die macam mne.die jnis dpn kite ckp baik2, blakng ckp lain.dulu aku angap tu biasa.maybe org tua.tapi bile aku dpt mertua macm tu, n suami plak x defend/ xpandai defend aku, buat2 pcaya sume cakap mak sebab nk amek hati, baru aku tau betapa sakit hati.kite bukan sakit hati sebab mak,tapi sebab suami yang x pandai jadi suami.nenek aku kuat makan.kira 1 jam sekali die makan.tapi setiap kali ayah aku tanye dah makan, die kata, x makan pon.mak aku masak semua mknan kegemaran nenek aku.cuma cara x kena.contoh ikan rebus.mak aku rebus la ikan.nenek aku suka.tapi nenek aku kata x makan lagi ikan rebus.sebab die nak mak aku tunjuk ikan kat die.nenek aku nak mak aku tunjuk depan nenek aku, letak ikan, tabur garam, letak ikan lagi, tabur garam, pastu letak asam keping baru letak air. banyak sangat benda nenek aku komplen. paling mak aku x suke sebab slalu cakap x makan lagi.padahal mak aku dah bagi nasi tapi nenek aku yang nak tunggu bapak aku balik.sebab nanti bapak aku tanye kat mak aku npe x bagi makan kat nenek aku.banyak lagi tp x brapa ingat.mak aku terlalu sakit hati sampai kan bile nenek aku masuk hospital, pas seminggu baru mak aku lawat.
ko cakap ko xda anak, tapi ko x cite usaha ko nak dapatkan anak.adakh isteri TT bersungguh nak dapat anak? adakah sebab mak TT datang, usaha tergendala? ataupon mak TT slalu sebut pasal anak? aku bg pengalaman aku sendiri.aku bunting pelamin.tapi gugur time sebulan lebih.mak mertua aku mmg x suke sgt aku bunting pelamin.takut org mengata.depan suami aku die asyk cakap die risau aku alahan bla2.tapi elok je suami aku kuar pintu g keje, die kata die rsa aku x mengandung sebenarnye..harap2 la x ye..setiap kali cuma aku dgn die, die ckp camtu.depn suami ckp lain.aku memang sakit hati.tp x penah gitau suami aku semua benda tu.tapi bile dah gugur, aku memang sembur semua kat laki aku.laki aku diam je.pas je aku gugur asyik la MIL tanye aku dah lekat ke belum.siap cakap aku ni susah lekat la.aku jadi stress sangat nak dapat anak.so aku slalu kira time subur aku.tapi family suami aku asyik kacau.time nak bersama, mak die tepon, suami aku nk pg angkt.sampi skrg aku rasa nak mengamok bile igt.pukul 11, 12 malam sibuk tepon.seolah2 suami aku bujang.asal aku nak bemesra x jd.bukan hal penting.xpenting langsung.
suami aku pulak jenis yg angkat je.pastu aku sound.aku kata, klu ikut adab, x blh ganggu org kawen pas isyak.family die dh melampau.tp suami aku lg melampau sebb layan.tp ada sekali tu fmly die tpn lg kul 11, tp die x agkt.sampi sekrg family die x pnh tpn lg waktu mcm tu.so nampak x kesan bile suami jd bijak kawal rumahtangga? suami aku kna tlg kakak die bt bisnes, sbb ksian kt kakak die.selalu hjung minggu die tlg dr pg smpi mlm.tp masalah nye stiap kali waktu subur aku, die tpaksa g tlg kakak die.akibatnye die selalu pnat n kmi x dpt bsama time wktu tg sesuai.sampi aku mmg tlalu stress n salahkan fmly die.yela.dah la baru gugur, mil asyk kata susah lekat ape, suami x da masa,family suami kacau plk.sampai aku kata kat suami aku, kenapa die x kawen je dgn kakak die klu dah tau asyk nk ikut bntot kakak die.menyusah kan aku kawen dgn aku.
pastu suami aku mula berubah slow2, die mula defend aku bile mak die kata macam2.defend bukan bermaksud kurg aja.contoh klu die tau mil dah mula melalut, slow2 die ajak aku blik rumah.aku rsa bahagia camtu.aku tau tu cara suami aku lindung aku.so kata2 tajam mil umpama angin lalu je bg aku.pasal kakak die plak, stiap kali die kna tlg kakak die, die akan pastikan sebelum atau selepas die, die luangkan masa betul2 untuk aku. so hasilnya, 3 bulan pas gugur aku pregnant blik, walaupon mil masih ckp aku sush lekt, aku x da peduli pon. bagi pompuan, trutama yg nk sgt dpt baby, masa bersama suami tu sgt penting.gangguan luar sgt menyakit kan lagi2 bile suami x pandai adjust diri sbgi suami n ank.bagi aku xda istilah mak lebih dr isteri atau isteri lebih dr mak.kenapa nak kena lebih atau kurag.mak ada tempat sendiri sebagai mak, isteri ada tempat sendiri sebagai isteri.
so TT macm mne? adakah wife TT alami perkara macam ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by pijang at 19-6-2012 16:34
dulu family aku pon ada masalah camni.kira antara mak n ayah aku.sebab nenek aku dtg tinggal dengan ...
tim87 Post at 19-6-2012 15:35 
Kisah sye berlainan plak dgn awk.. Sye mmang nakkan ank ttapi istri blum mau lgi ank krana alasan sibuk mnguruskan perniagaan. Namun dari segi ini sye tidak prnah mndesaknye sye faham.. Yang bab bertanya ade ank itu ini mmang rmai pun yg menyibuk.. Cuma pada masa tu kami terima telahan org lain dgn hati yg tenang aje... Manakala isteri sye pula lebih bnyak masa brsame dgn mak mertua & adiknya membantu menguruskan bisnes sementara sye bkerja dgn majikan pada hari biasa.. Pada hari minggu pula sye ade mse untuk mmbantu istri sye itupun disertai dgn mak mertua & adk2.. Mase ntuk sye brsamenya jarang2 sekali melainkan pada waktu malamnya barulah kami ade mase brsame. Kadang2 mak mertua sye tngah2 mlm kol die brtanyakan sesuatu atau mngenai perjalanan bisnes keesokannya.. Sebelah paginya plak mak mertua kol skali lagi bertanyakan istri dah siap ke belum untuk ke sesuatu tempat. Kadang2 tu tanpa pengetahuan sye mak mertua sye sendiri mengatur rancangannya untuk ajak kami berjalan2 sambil tngok wayang sedangkan sye ade rncangan sendiri untuk bercuti/ berehat bersame isteri. Tapi selame ini sye ikut je suruhan die.. Ni kan pulak nak jage mak sye yg sakit sekejap je xmau diterimanya.. Lagipun sye x bagi die jge pun mak sye. Ayah sendri ade mmbantu. Tupun baru masuk 3 hari die dah melarikan diri sehinggalah sekarang.. Sabar sye pun ade tahapnya... Selagi perkara ini x berlaku atas batang hidung anda sendiri anda xkan rasa... Mungkin Allah nak uji rumahtangga sye. Sehinggalah muncul soalan bonus dimulut istri sye "awk nak sye kea mak awk?" Astagfirullah hal azim... Ingat x mak sye lah yg tlong sarungkan cncin pertunangan kite dulu.. Mak awk pun tlong sarungkan cincin dtngan sye... |
|
|
|
|
|
|
|
SI TANGGANG
Si Talang dan Si Deruma mempunyai seorang anak lelaki bernama Si Tanggang. Kehidupan mereka sekeluarga amatlah miskin. Si Tanggang selalu berkhayal untuk menjadi kaya dan terkenal.
Pada suatu hari, Si Tanggang terlihat sebuah kapal besar berlabuh di muara sungai yang berhampiran dengan rumahnya. Si Tanggang pergi berjumpa dengan Nakhoda kapal itu dan meminta untuk dijadikan anak kapalnya. Nakhoda kapal itu terus bersetuju kerana telah melihat kecekapan Si Tanggang bersampan dan bekerja.
Walaupun Si Talang dan Si Deruma amat keberatan untuk melepaskan Si Tanggang belayar mengikut kapal Nakhoda itu, mereka terpaksa mengalah. Si Tanggang berjanji akan kembali ke kampung setelah menjadi kaya.
Si Tanggang melakukan apa sahaja kerja yang diperintahkan oleh Nakhoda. Nakhoda amat suka dengannya kerana dia rajin bekerja. Lalu, Si Tanggang pun diambil sebagai anak angkat. Apabila Nakhoda menjadi uzur, maka Si Tanggang dilantik menjadi nakhoda baru. Dia dipanggil Nakhoda Tanggang.
Si Tanggang cekap dan pandai berniaga. Namanya menjadi terkenal. Oleh itu dia dijemput oleh Sultan ke istana. Tidak lama kemudian, Si Tanggang pun berkahwin dengan puteri Sultan. Si Tanggang membawa isterinya berlayar ke banyak tempat di merata negeri.
Pada suatu hari, kapal Si Tanggang berlabuh di muara sungai kampung asal-usulnya. Orang kampung mengetahui nakhoda kapal itu Si Tanggang. Mereka pun memberitahu kepada orang tuanya.
“ Anak kita sudah pulang. Marilah kita pergi tengok” kata Si Talang.
“ Ya, aku rindukan Si Tanggang. Khabarnya dia sudah kaya sekarang, “ kata Deruma dengan gembira.
Si Talang dan Si Deruma pun pergilah berkayuh sampan menuju ke kapal Nakhoda Tanggang. Si Deruma membawa makanan kegemaran Si Tanggang, iaitu pisang salai.
Apabila tiba di kapal, seorang anak kapal melarang mereka naik. Seketika kemudian, Si Tanggang muncul dengan isterinya.
“ Siapakah kedua-dua orang tua ini?” tanya Si Tanggang kepada anak kapalnya.
“ Mereka mengaku sebagai ibu bapa tuan,” jawab anak kapal itu.
“ Betulkah mereka ini ibu bapa kanda ?” tanya isteri Si Tanggang.
Si Tanggang berasa malu untuk mengaku orang tua itu ibu bapanya. Kesusahan dan kemiskinan membuat Si Talang dan Si Deruma kelihatan begitu uzur dan daif sekali.
“ Ibu bapa kanda? Oh, tidak! Kanda tidak mempunyai ibu bapa lagi. Mereka bukan ibu bapa kanda. Jangan benarkan kedua pengemis ini naik ke kapal !” herdik Si Tanggang. Mukanya merah padam kerana malu dan marah.
“ Oh, anakku, Si Tanggang! Aku ibumu. Ibu ada bawakan pisang salai kegemaranmu, nak “ kata Si Deruma.
“ Pergi! “ tengking Si Tanggang. Dia memukul jari ibunya yang bergayut pada bahagian tepi kapal. Pisang salai yang dibawa ibunya, dibuang ke laut.
Si Talang dan Si Deruma berasa terlalu sedih dan kecewa. Sungguh tidak disangka anak kesayangan mereka telah berubah. Mereka pun berdayung ke tepi.
Apabila tiba di daratan, Si Deruma memandang ke langit. Sambil mengangkat kedua-dua belah tangan dia berseru “ Oh, Tuhan! Tunjukkanlah kepada Si Tanggang bahawa akulah ibu kandungnya.”
Tiba-tiba petir berdentum. Angin bertiup kencang. Kapal yang sedang berlabuh itu terumbang-ambing. Ketika itulah, Si Tanggang berasa kesal. Dia sedar Tuhan telah memperkenankan doa ibunya. Dia akan menerima balasannya kerana telah menderhaka.
“ Oh, ibu! Ampunkanlah Tanggang. Tanggang mengaku, Tanggang anak ibu!' teriak Si Tanggang.
Akan tetapi, Si Tanggang sudah terlambat. Gelombang yang kuat memecahkan kapalnya. Apabila ribut reda, kapal Si Tanggang menjadi batu. Semua anak kapal juga bertukar menjadi batu. Si Tanggang dan isterinya turut menjadi batu.
p/s: untuk djadikan iktibar jangan jadi si tanggang moden |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 161# TaWaR
ok tq en tawar.. en tawar pengerusi kelab DUTOP harusla tau status ahli/bakal ahli kan hihihii.. |
|
|
|
|
|
|
|
banyak2 la istikharah minta petunjuk jalan terbaik.
solat taubat kot2 dosa2 kita sendiri jadi punca.
solat hajat mohon mudah urusan untuk jadi anak soleh dan suami yang lebih baik.
hanya pada Allah lah semua rahsia. minta banyak2 pada Dia. Allah tak pernah jemu akan rintihan kita.
Ibu bapa pun penting, isteri pun penting.
Solatlah, doalah, semoga ditunjukkan jalan terbaik untuk anda. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 173# stonez145
betul..itulah yang terbaik untuk dibuat |
|
|
|
|
|
|
|
Mengungkit bagai citer dlm thread ni
.. aku rasa ada yg tanya TT tanggungjawab dia, siapa bayar rumah, siapa sediakan belanja makan minum, siapa itu ini... TT tak jawab pun. Asyik2 ulang bini dia tak nak jaga mak dia, bini dia itu ini..
Sempurna sangat ke TT sbg laki selama ni? Nak cerai, cerai jek.. tak payah merepekbtak abis2 kat sini bukak aib bini sendiri, mertua segala.  |
|
|
|
|
|
|
|
Apsal ko mcm menyampah jek dgn istilah suami nusyuz? Ko termasuk dlm group tu ke? ...
BidadariAnggun1 Post at 19-6-2012 15:27 
apa yg kau tepek ni x jelaskan hukuman bagi laki nusyuz....(kalau betul la laki nusuz)
...gini...
tinggal solat, puasa, mencuri, berzina, riba, minum arak....jelas hukumannye..
nusyuz bini...jelas hukumannye
kalau laki nusyuz (kalau ada lah)...apa hukumannye?? |
|
|
|
|
|
|
|
SI TANGGANG
Si Talang dan Si Deruma mempunyai seorang anak lelaki bernama Si Tanggang. Kehidupa ...
pijang Post at 19-6-2012 16:44 
cite laila majnun, sangkuriang, panji semerang, raja bersiong, jungle boy dll kau x nak tepek ke?
ada moral gak cite2 tu.... |
|
|
|
|
|
|
|
Mengungkit bagai citer dlm thread ni
.. aku rasa ada yg tanya TT tanggungjawab dia, siapa bayar rum ...
BidadariAnggun1 Post at 19-6-2012 22:09 
ko ingat lelaki senang2 ke nak cerai kan bini?????
last course of action,dear...last... |
|
|
|
|
|
|
|
apa yg kau tepek ni x jelaskan hukuman bagi laki nusyuz....(kalau betul la laki nusuz)
... ...
panasnyelavaitu Post at 20-6-2012 00:07 
Alamak.. apa yg ko susah sangat nak paham? Lelaki nusyuz cthnya tak beri nafkah pd bini, so apa hukumnya kalu bini tak redha? Harus ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Mengungkit bagai citer dlm thread ni
.. aku rasa ada yg tanya TT tanggungjawab dia, siapa bayar rum ...
BidadariAnggun1 Post at 19-6-2012 22:09 
Memanglah sgale bil2 dari api air, hastro, sewa rumah mkn minum aku yg tanggung bro.. Nkgo apasal? Bini tanggung kea? Klau x aku x bukak la thread ni bro.. Hadui.. Ade jugak paria kat thread ni... |
|
|
|
|
|
|
| |
|