CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: DARSITA

-[ LOTR 3 ]- Return Of The King

[Copy link]
Post time 18-12-2003 07:48 PM | Show all posts
weii...best weii...
aku tengok tadi. 3 jam 20minit tak termasuk credits the end.

1) Memang la tiga2 story best tapi ni yang paling outstanding la.

2) Aku tengok watak Gilmli si dwarf tu ngan Orlando Bloom si elf archer tu cam kurang sikit la.

3) Watak Pippin dan Merry cam timbul sikit. Ni dua bukan sahaja ada comic timing yang best, tapi jugak berani gile.

4) Yang intro dia, si smeagol dapat cincin tu best jugak.

5) Perang dia, nak2 yang kat padang tu, gile weiii.... punyalah best.
Macam2 terjadi. Ni kalau tengok kat dvd, aku mesti pause frame by frame.

6) Scene yang libatkan Gollum ngan Sam banyak yang kelakar, punyalah hipokrit si Gollum tu, eksyen orang baik depan Frodo, siap kutuk kutuk sam gemuk la apa la.

7) Sedih la, scene Arwen sikit sangat. Mintak2 special edition nanti lebih sikit.

8) Yang anak sedara king Theodon , si Eowlyn tu watak dia memang power la, orang pompuan mesti suka. Kira dia ni cam role model la.

9) Aku suka part semua orang salute hobbit 4 ekor tu waktu si Strider Arragorn ditabal jadi king. Scene tu memang touching.

10) Anak arwen/aragorn waktu dia bayang2kan tu, cute habis eh..

11) Aku tak berkenan sangat watak si Frodo ni, Elijah Woods memang pandai hayati watak sampai aku benci habis kat dia. Mengalahkan pompuan perangai. Nasib baik si Sam ada.

12) Waktu si bapak Faramir nak bakar diri sendiri dan anak dia, memang tunjukkan si tua tu dah gile. Memang padan dia mati katak. Nasib baik aku dah tengok TTT special edition, jadi paham sikit hubungan mereka.

13) Kesian la si Eowyn tu, punyalah syok dia kat si Strider, tapi Arwen dah booking. Dapat Faramir pun jadilah. Respek gila la aku kat Eowyn ni.

Yang semua adengan Saruman ni kena potong pasal Peter Jackson nak pacing cerita ni untuk pasaran wayang.
tunggulah special edition dia keluar tahun depan, aku agak boleh cecah 4 jam lebih la extended version ni.

[ Last edited by deaf4ever on 18-12-2003 at 07:58 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2003 07:55 PM | Show all posts
hah... sapa belum tengok dan nak tengok.
Ni cerita lebih dari 3 jam 20 minit.
Baik korang semua siap sedia pegi toilet ke, apa ke, sebelum masuk wayang.
Semua scene best, rugilah kalau termiss.
Dan jangan datang lambat.
Starting dia pun dah best gile.
Reply

Use magic Report

rodriguez This user has been deleted
Post time 18-12-2003 09:28 PM | Show all posts
nampaknya aku lah orang terakhir yang dapat tenguk...bulan dua nanti.kaakaka
di saat tu aku akan naikkan balik topik ni
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2003 12:25 AM | Show all posts
Kalau tak silap si Faramir dan Eowyn cedera parah dan dibawa bersama dalam satu tempat dan diubat oleh Aragaorn....agaknya kat situlah bermulanya perkenalan antara Faramir dengan Eowyn....apa2 pun mereka memang berkahwin dan mewarisi tahta Rohan.....
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2003 09:38 AM | Show all posts
semua bagi good review kat ROTK. aku rasa memang this is the best antara the trilogy tulah.

the best thing is in the end, elves leaves the middle earth in the hands of men. so issue ni aku rasa macam berkait rapat sgt dgn environment. kita ditugaskan utk jaga earth, so kita mesti pertahankan earth dari destruction.

bagi aku, faramir is a better person than abg dia, boromir. but the again, bapak dia macam obsess sgt dgn boromir. dan dlm ROTK ni aku suka battle dia, short but mesmerizing.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2003 10:55 AM | Show all posts
err..macam edge dah cerita kat board Books and Literatyure...

Tolkiien nak create satu epic untuk England, sebab England takda epic sendiri seperti the Vikings dan lelain...

kalau dilihat keseluruhan buku tuh..Fellowship very peaceful, dan makin teruk dan makin teruk sampai ker ROTK, sama macam era Tolkien ketika dia tulis buku tuh....ketika TTT, Nazisme baru naik, dan World War 2 baru nak mula...

banyak lagi political reference dan metaphor yang digunakan oleh Tolkien...dan juga Peter Jackson...

tak tahu kalau ada orang perasan (sebab masa part nih, edge jer sorang gelak dlam panggung....) dalam Fellowship, time diorang lari dari Balrog di Khazad-dumm, diorang kena lompat tangga yang pecah tuh kan? Sebelum Aragorn nak campak Gimli keseberang....Gimli tahan dan cakap "No one tosses a dwarf!"

ini disebabkan, kat New Zealand, ada sukan dipanggil dwarves tossing, ahahahahaha....New Zealander campak dwarves over rivers...hehehehe....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-12-2003 10:58 AM | Show all posts
perasan OnEdge. gelak jugak.. tapi tak tau pasal yg ada sukan dwarves tossing in nz.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2003 01:15 PM | Show all posts
alo all!
u all dah nengok blum smlm crite LOTR - ROTK?
aku dah pon nengok smlm.. aku dah 'book' kat cinema tuh..
mid-night plak tuh!..skali ade ksilapan teknikal plak.. nasib baik ade 2
tmpat kosong kat blakang.. tp asing
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2003 03:03 PM | Show all posts
Disappointing...not as good as the second one... aku rasa mungkin original cut better kot...lepas edit cerita jadi kelam kabut....
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2003 03:08 PM | Show all posts
aku pulak tak berapa suka the 2nd one. aku lg suka the 3rd/final one.
masing2la.......ala, tak suka pon, still sbhgian dr 1 cerita kan.......
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2003 03:17 PM | Show all posts
shanew3stgalz, kan ada topik utk sesapa yg dah tengok citer ni. boleh gi situ kalo nak discuss...
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2003 03:22 PM | Show all posts
hehehe...trust marquez to give the other side of the coin...

apsal ko tak suka? pacing takder ker marq? komen sikit ler dude...

tapi edge tetap jeles sapa yang dah pi tengok..

tadi lepas sembahyang ingat nak la pi beli tiket...hampeh....beratur sampai kat keluar TGV KLCC....see edge, see edge go up the escalator, see edge see the crowd, see edge go down the escalator...ahahahah
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2003 03:34 PM | Show all posts
kesiann smeagoll ..kesiann diaa
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2003 03:38 PM | Show all posts
Online bookinglah Edge... senang jer... aku rasa pacing dengan story tak flesh out main problem...pas tu ending dia alahai macam nak mintak oscar punya tear-jerker...
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2003 03:59 PM | Show all posts
ooo.....edge baca review from Rizal Johan in The Star ari nih....dier bagi rating C...hehehe..dier cakap editing slipshod sikit..pastuh terlalu linger dekat wedding Aragorn...hehee..I have to wait and see....

for now...we can only hope...

here's an interesting observation from my sister....

Tolkien selalu mempertengahkan bahwa setiap makhluk adalah baik, kecuali kalau diinfluence oleh kuasa luar, kecuali...kalau dier memang kuasa jahat sendiri...(Sauron, Morgoth, orcs, Balrog, Uruk-Hais)

Saruman diinfluence oleh Sauron
Nazgul dan Ringwraiths dikuasai oleh the nine rings...
Isildur..the original ringbearer....

kecuali Gollum, yang disalahsangka jahat disebabkan cincin tuh...

dengar cerita dalam filem nih ada satu part dimana Legolas menggelungsur dari belalai Oliphaunt? hehehe....a phallic reference to the prowess of Legolas? hehehehehe

edge still rasa Miranda Otto is not the right actress to carry the role of Eowyn. should be someone stronger like Nicole Kidman or something...
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2003 04:45 PM | Show all posts


Ulasan Filem Oleh : Nizam Zakaria

Akhirnya, dapat juga saya tonton siri ketiga karya klasik J.J.R. Tolkien yang kini sedang ditayangkan di pawagam, Lorf of the Rings: The Return of the King. Dalam siri yang terakhir ini, dapatlah kita dapat melihat kesudahan kepada perjalanan Frodo Baggins (Elijah Woods) menjelajah ke Mordor untuk memusnahkan Ring of Power. Dalam siri ketiga ini, sutradara Peter Jackson meletakkan segala-gala yang termampu olehnya untuk membuat sebuah filem yang hebat. Maka dihidangkan kepada kita adegan-adegan yang mengagumkan. Dalam siri ketiga ini, kita akan dibawa masuk ke dalam sebuah gua yang dipenuhi dengan tentera hantu; Kota Minas Tirith yang gah dengan gabungan seni bina Byzantine dan Mont-St-Michel yang sebelum ini hanya mampu wujud dalam lukisan-lukisan berunsur fantasi; bala tentera Sauron yang mengingatkan kita kepada watak-watak dalam Pirates of the Caribbean, dan labah-labah gergasi, Shelob yang mampu membuat labah-labah Aragog dari Siri Harry Potter nampak seperti seekor anak labah-labah yang jinak. The Return of the King adalah sebuah persembahan yang pastinya akan membuatkan penontonnya tertumpu pada layar perak hampir pada setiap masa agar tidak terlepas menyaksikan adegan demi adegan yang penuh dengan aksi yang hebat (lebih-lebih lagi adegan perang di Pelennor Fields yang tampak lebih hebat dari adegan perang di Helms Deep). The Return of the King bukan sahaja sebuah filem yang mempunyai jalan cerita yang menarik, ia juga sebuah halwa mata yang cantik untuk kita tonton.

Seperti yang dijangka, The Return of the King adalah sebuah filem yang telah dibuat untuk menjadi penutup kepada dua buah filem yang terdahulu. Tema, serta plotnya memang tidak banyak berbeza. Pastinya ada adegan perang yang hebat serta perjalanan Frodo yang penuh ke Mount Doom dengan segala kesukaran yang terpaksa dihadapinya. Dalam siri terakhir ini, kita juga akan melihat persahabatan di antara Gimli (John Rhys-Davies) dan Legolas (Orlando Bloom) dengan Aragorn (Viggo Mortensen) semakin kuat. Mereka bertiga akan sentiasa bersama untuk mempertahankan Middle Earth dari dikuasai kuasa jahat Sauron. Dalam The Return of the King, Aragorn anak kepada Arathorn akhirnya terpaksa menerima hakikat bahawa beliau mempunyai sebuah tanggungjawab yang besar untuk menjadi seorang pemimpin.

Saya rasa, Jackson benar-benar pandai dalam hal menampilkan karakter-karakter yang ada dengan saksama tanpa menepikan mereka sebagai watak picisan. Mungkin beliau mampu melakukannya dalam siri filem LOTR ini kerana sebuah filem memakan masa selama 3 jam. Jadi, sebagai penonton, kita akan terasa dekat kepada watak-watak yang ditampilkan. Watak Eowyn (Miranda Otto) sebagai contoh, kini diketengahkan lagi, sebagai seorang srikandi yang hebat. Perhatikan kisah cinta beliau dengan Aragorn dan rasa sayangnya kepada bapanya sendiri, Raja Theoden dari Rohan (Bernard Hill). Walaupun wataknya tidaklah begitu besar, kita akan dapat melihat kemampuannya sebagai seorang srikandi yang hebat. Mungkin lebih hebat lagi dari Lara Croft, Charlie's Angles dan Wonder Woman (kata-katanya: "I am no man." Pastinya akan diingati sampai bila-bila).

Saya pasti penonton akan berpuas hati dengan adegan perang dalam filem ini. Saya sendiri, ada kalanya memegang kerusi dengan kuat kerana ketakutan ataupun teruja tatkala menonton. Dari segi tahap keganasan, sememangnya The Return of the King adalah yang paling ganas di antara siri-siri LOTR yang sebelumnya.

Lakonan para pelakon agak baik, walaupun sukar untuk saya mengatakan bahawa lakonan mereka begitu baik sehingga layak memenangi Oscar untuk lakonan. Cukup memadailah untuk saya katakan bahawa kesemua pelakon berjaya membawa watak-watak yang telah diberikan kepada mereka. Sukar untuk kita memikirkan pelakon lain untuk membawa watak Gandalf, (Ian McKellen) sebagai contoh, dan Mortensen sebagai Aragorn sememangnya layak membawa watak yang diberikan kepadanya.

Sayang sekali untuk siri ketiga ini, watak Legolas dan Gimli tidak dikembangkan sangat. Watak Sauron pula, langsung tak ada! Dan perkara ini membuatkan saya sedikit kecewa.

Seperkara yang dapat saya perhatikan dalam filem ini (dan yang sebelumnya) adalah pendekatan Jackson yang tidak berminat untuk memasukkan implikasi agama (baca: Kristian) ke dalam filemnya ini. Jadi, interpretasi perang salib (seperti mana yang dikatakan oleh sesetengah pembaca LOTR) tidak dapat kita perhatikan dalam filem ini. Walau bagaimanapun, dalam proses mensekularkan karyanya, kita dapat melihat bibit-bibit persamaan di antara karyanya dengan situasi geopolitik yang berlaku pada Perang Dunia Kedua. Perhatikan kepada kemenangan tentera bersekutu dan apa yang telah mereka lakukan untuk menang. Juga kepada keadaan tentera-tentera perang yang pernah berjuang sebagai perwira dan keadaan diri mereka selepas perang tamat. Semua ini seolah-olah dapat dicerminkan dengan baik melalui siri LOTR sebagaimana yang direalisasikan oleh Jackson.

Seperkara yang menarik perhatian saya mengenai filem ini adalah hubungan intim di antara Merry dan Pippin serta Sam dan Frodo. Perhatikan bagaimana rapatnya hubungan mereka. Bolehkah kita menganggap hubungan di antara Sam dan Frodo sebagai satu hubungan homoerotisme? Mungkin Tolkien mempunyai mesej yang lain melalui persahabatan yang rapat di antara Sam dan Frodo, ataupun di antara Pippin dan Merry...

Bahagian akhir filem ini terlalu panjang bagi saya (keseluruhan filem menjangkau 3 jam 20 minit). Terlalu meleret sehingga saya kurang mengerti mengapa ia perlu dilakukan begini (mengapa tidak dibuat sahaja dalam DVD "Extended Version"?). Jackson sebenarnya boleh mengakhiri adegan akhir di Minas Tirith, kerana ianya lebih dramatik; tanpa perlu memasukkan adegan perpisahan yang terlalu melodramatik seperti yang ada sekarang - saya pasti impak filem ini lebih kuat lagi.

Filem ini sememangnya adalah sebuah filem yang hebat. Layak untuk dipertandingkan di Anugerah Oscar dan pastinya akan menggondol beberapa anugerah untuk kecemerlangan filem ini dari segi teknikal. Akan tetapi, saya kurang pasti jika filem ini layak untuk menang anugerah Filem Terbaik..

Rating: 5/5
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2003 04:48 PM | Show all posts
Originally posted by OnEdge at 2003-12-19 15:59:
edge still rasa Miranda Otto is not the right actress to carry the role of Eowyn. should be someone stronger like Nicole Kidman or something...

Buat masa nie aku tak boleh fikirkan sesiapa yg better than Miranda Otto untuk jadik Eowyn.....she's very guud lah......tak dapat bayangkan kalau Nicole Kidman yg ambik tempatnya walaupun dia juga seorang aktres yg bagus....
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2003 04:55 PM | Show all posts
rizal johan-the star bagi rating C ? teruknya! naper sampai dpt camtu sekali. at least kalo B tu aku takla terkejut sgt.

nizam zakaria lak bagi 5/5...jauh berbeza tu. tapi rating kat movie.com(mostly from US punya media)-aku tengok semua bagi komen +ve dan bagi rating tinggi2, samada A , 5/5, 4/4 atau paling kureng pon 4.5/5. hmmm, pada aku semua ada sebab tersendiri naper diorang suka sgt or tak braper suka dgn ROTK.

[ Last edited by sayangidaku on 19-12-2003 at 04:57 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2003 04:55 PM | Show all posts
Satu lagi...pilem ni punyalaaaahhhh gay.... auw! tak rela nyah...

M-
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2003 05:08 PM | Show all posts
Sayang sekali untuk siri ketiga ini, watak Legolas dan Gimli tidak dikembangkan sangat. Watak Sauron pula, langsung tak ada! Dan perkara ini membuatkan saya sedikit kecewa.


Sauron memang takda!!!! ahahahaha.....dalam buku pun Sauron tak penah muncul, takda suara, cuma The Eye aja ada.....Lord of Nazgul ajer ader laaa (err...impressive tak mamat nih ah? hehehehe)

Walau bagaimanapun, dalam proses mensekularkan karyanya, kita dapat melihat bibit-bibit persamaan di antara karyanya dengan situasi geopolitik yang berlaku pada Perang Dunia Kedua. Perhatikan kepada kemenangan tentera bersekutu dan apa yang telah mereka lakukan untuk menang.


hehe...dah diobservekan...mekasih...

Bolehkah kita menganggap hubungan di antara Sam dan Frodo sebagai satu hubungan homoerotisme? Mungkin Tolkien mempunyai mesej yang lain melalui persahabatan yang rapat di antara Sam dan Frodo, ataupun di antara Pippin dan Merry...


dah agak dah...hehehe...marquez pun perasan eh...hehehe...edge rasa Tolkien seorang machoistic...tengok kebanyakan watak lelaki digambarkan mempunyai sifat sifat maskulin yang tinggi, dan wanita digambarkan sungguh lemah, Eowyn pun terpaksa menyamar sebagai lelaki untuk mengikut Theoden pergi berperang (apa nama yang dia pakai ah? lupa...)...Arwen (dalam buku) digambarkan hanyalah untuk menjadi love interest...Galadriel pun tidak begitu involve dalam hal peperangan....probably time tuh takder Women's Rights lagi kot....ahahahahaha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 02:08 PM GMT+8 , Processed in 0.232384 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list