|
jadi sumber rujukan kau apa? pandangan manusia didulukan baru rujuk pada quran dan hadis? |
|
|
|
|
|
|
al-panjiri This user has been deleted
|
kalau ikut astora jabat, semayang ikut niat je :-) |
|
|
|
|
|
|
Hamba-Allah This user has been deleted
|
Salam sejahtera..
hmmm...saya ada satu soalan...kenapa bila kita cakap pasal agama kita nak rujuk pada hadis laa tu laa ni laa....seperti isu tudung ni....kenapa kita tidak rujuk pada Quran sahaja? sedangkan Allah kata Quran itu lengkap dan tiada keraguan di dalamnya....kenapa masih ada pihak yang ragu-ragu dengan Al-Quran?
Surah Al-Baqarah: ayat ke-2:
"Kitab ini tidak ada keraguan padanya, pertunjuk bagi mereka yang bertaqwa"
[ Last edited by Hamba-Allah on 24-3-2004 at 06:21 PM ] |
|
|
|
|
|
|
Hamba-Allah This user has been deleted
|
Satu lagi...Saya nak ingatkan..bila baca satu ayat tu kaji betul-betul(sebagai contoh surah An-Nur ayat 30-31 yang anda jadikan rujukan) dan jangan tengok sekali imbas lepas itu buat keputusan..Islam adalah agama yang menyuruh kita berfikir bukan hanya menghafal atau menjadi pak turut
[ Last edited by Hamba-Allah on 24-3-2004 at 05:40 PM ] |
|
|
|
|
|
|
al-panjiri This user has been deleted
|
Biasa laa org bang, nak puaskan hujah masing2.. dah terang2 dalam Al Quran cakap menda tu.. nak berbelit2 lagi, aku sendiri tak paham perangai manusia ni dah tahu sumber pertama Al Quran buat laaa tu sebagai rujukan utama.. bukan main akal.. isk tak paham |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Hamba-Allah at 24-3-2004 05:13 PM:
Salam sejahtera..
hmmm...saya ada satu soalan...kenapa bila kita cakap pasal agama kita nak rujuk pada hadis laa tu laa ni laa....seperti isu tudung ni....kenapa kita tidak rujuk pada Quran saha ...
errr, nak tanya sikit,
Aku pun tak berapa paham ni,
Apa hukum pakai tudung dalam quran? wajib ke tak wajib? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Hamba-Allah at 2004-3-24 05:13 PM:
Salam sejahtera..
hmmm...saya ada satu soalan...kenapa bila kita cakap pasal agama kita nak rujuk pada hadis laa tu laa ni laa....seperti isu tudung ni....kenapa kita tidak rujuk pada Quran saha ...
quran rujukan no satu...
hadis rujukan selepasnya...
Dan kami pula turunkan kepadamu (wahai Muhammad) al-Quran yang memberi peringatan, supaya engkau menerangkan kepada umat manusia akan apa yang telah diturunkan kepada mereka. [an-Nahl 16:44]
Sesiapa yang taat kepada Rasul, maka sesungguhnya ia telah taat kepada Allah. [an-Nisaa |
|
|
|
|
|
|
bunga_raye This user has been deleted
|
betul dan setuju tak ada komen
kiter tak sesat cuba rujuk kitab yang ALLAH turunkan;
dalam surah al-azhab ayat 59: |
|
|
|
|
|
|
|
erm...tak yah pakai tudung yer??? baru la islam hadhari..islam yg ada HAD nya.. |
|
|
|
|
|
|
sad_novice This user has been deleted
|
what i was thinking is just the ketidakadilan
not whatwhat allah...
KETIDAKADILAN kepada perempuan! |
|
|
|
|
|
|
shahida This user has been deleted
|
apa yang tidak adil?
assalamualaikum,
shahida ingin membuka semula topik ini.
sebenarnya tiada apa yang menyusahkan dan tidak adil dalam hal agama Islam. setiap yang Allah s.w.t. tetapkan ada hikmah disebaliknya. Contoh yang paling dekat, Allah s.w.t menyarankan perempuan memakai tudung dan menutup semua auratnya supaya lelaki tidak akan tertarik dengan kejelitaan yang telah dianugerahkan kepada mereka. Jika nafsu seseorang lelaki itu teransang, siapa yang berdosa? tentulah yang membuat free show dan yang memandang!
Satu lagi, kenapa nak buka aurat untuk pandangan khalayak ramai, sedangkan aurat tu hanyalah untuk suami kita yang berhak. Akhlak kita pun perlu dijaga supaya tiada khabar berita yang buruk daripada bekas kekasih yang boleh merosakkan rumah tangga. Kalau dah buka aurat, bercouple-couple sampai maruah tergadai, dah tak suci buat apa? Lelaki yang hisap dadah pun cari isteri yang solehah! Allah s.w.t kan pernah berfirman bahawa "perempuan yang baik pasangannya adalah lelaki yang baik dan bagi perempuan yang jahat, pasangannya juga adalah lelaki yang jahat".
Ermm,
perempuan ni, auratnya mmglah kecuali muka dan tapak tangan. Tapi kalau bahagian dagu dan belakang tapak tangan dimaafkan. Begitu juga kalau lengan baju terselak secara tidak sengaja ketika membuat kerja harian - juga dimaafkan. jangan pulak ada yang sengaja lipat hujung lengan baju dahla. Ini adalah bagi tidak menyusahkan kaum wanita. Islam itukan agama yang tidak membebankan umatnya! Janganlah ada yang salah mentafsir dan cakap ikut lepas mulut sahaja.Tetapi setiap apa yang kita buat adalah bergantung kepada niat. kalau niat dah lain, bukan kerana Allah s.w.t., tak jadi jugak! silap hari bulan, dosa yang ditanggung. Sebagai contohnya, perempuan bertudung kerana fesyen - ini dah lari dari niat menutup aurat kerana Allah s.w.t. tapi dah menjadi adat!
Sekian, wassalam....................... |
|
|
|
|
|
|
|
ALLAH memberi kesenangan kepada wanita...
sbb klau pakai tudung tak yah la nak bela rambut lawa2 sgt...
sbb org bukan tau pon...bkan la aku ckp yg tak yah jage langsung...
tp takyah la korang(pompuan)nak sikat...pegi salon ...bazir duit...
tp cam biase la pompuan zaman skrg lebih dgr ckp lelaki dari ckp ALLAH....
contoh: bile laki suruh pakai tudung baru la nak pakai tudung...
[ Last edited by antiQue at 2-2-2006 08:45 PM ] |
|
|
|
|
|
|
sad_novice This user has been deleted
|
Originally posted by shahida at 28-1-2006 10:00 PM
assalamualaikum,
shahida ingin membuka semula topik ini.
sebenarnya tiada apa yang menyusahkan dan tidak adil dalam hal agama Islam. setiap yang Allah s.w.t. tetapkan ada hikmah disebaliknya. C ...
i didnt read all ur post...
i just read the 1st paragraph
if perempuan tidak pakai tudung, dan dia menjadi mangsa?
adakah anda akan cakap itu salah perempuan? kenapa lelaki tidak
boleh control sendiri?
i just take an example,
saya pandu mercedes benz dan pergi shopping, then perompak nampak saya dan rompak mercedes saya...adakah saya pandu mercedes itu salah saya? dan aku yang patut dihukum bukan perompak itu?:hmm: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sad_novice at 29-1-2006 06:13 PM
i didnt read all ur post...
i just read the 1st paragraph
if perempuan tidak pakai tudung, dan dia menjadi mangsa?
adakah anda akan cakap itu salah perempuan? kenapa lelaki tidak
boleh contr ...
sy still kabur tujuan anda menanyakn soklan psl tudung ni...adakah krn nak mendlmi Islam...@ krn nak mempertikaikn undang2 Islam..??
nyway..bg menjwb soklan di atas..sptmana kite sume tau..setiap insan dikurniakn nafsu..mk dlm kedua-dua cth (shahida dn sad_novice) diberi tu...ia lbh kpd soal nafsu...nafsu wanita dn nafsu kekayaan..
wanita memakai tudung smmgnya slh 1 sbbnya adlh utk mengelakkn perkara2 spt yg disebut saudari shahida...tp jk seseorg lelaki itu x berusaha mengawal nafsunya..mk mende tu bleh terjd...bertepuk sblh tgn x kn berbunyi.. |
|
|
|
|
|
|
|
eh tudungkan wajib.saya tak igt suah mana,ayat kebeapa(boleh bantu saya?)
yg maksudnya ala2 gini:
"melabuhkan tudung menutupi dada........." |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mrs_livingstone at 31-1-2006 06:40 PM
eh tudungkan wajib.saya tak igt suah mana,ayat kebeapa(boleh bantu saya?)
yg maksudnya ala2 gini:
"melabuhkan tudung menutupi dada........."
ayat 30 surah an nur kalau tak silap aa |
|
|
|
|
|
|
acol This user has been deleted
|
Originally posted by seek1u at 23-12-2003 05:48 AM
makin pening kepala aku baca threads ni..betul islam ni takde mazhab..:stp:
betul. Islam tidak bermazhab. Islam berdasarkan al-Quran dan Sunnah. macamana kita nak memahamkan alQuran dan Sunnah? melalui sahabat, tabiin, tabi'in, salafussoleh dan ulama.
maka, mazhab yang ada sekarang? mazhab adalah bentuk pemahaman dari alQuran dan Sunnah. mazhab Syafii dengan pemahamannya terhadap alQuran dan Sunnah, mazhab Hanbali dengan pemahamnnya terhadap alQuran dan Sunnah.
mana yang betul? semuanya betul cuma yang membezakan adalah qat'i dan tidak qat'i nya serta waktu yang sesuai kita amalkan.
kita nak ikut mazhab apa? dari siapa ilmu agama yang kita dapatkan, dari merekalah yang menjadi ikutan. itulah mazhab kita. contohnya kita sekarang kan mazhab syafi'i. tapi dalam satu persoalan, kita tanya jawapan dari Yusuf Qhardawi, maka satu persoalan itu kita ikut mazhab YQhardawi
jadi, kita mengamalkan banyak mazhab? itu tidak menjadi masalah, kerana jika anda kaji, di Malaysia, kita tidak seratus peratus mengamalkan mazhab Syafi'i. contoh, ketika tawaf, kita ikut mazhab Hanafi. contoh lain, kalau nak mudah niat puasa, kita ikut Maliki, iaitu niat pada malam pertama saja dengan niat 30 hari puasa.
any question? |
|
|
|
|
|
|
|
dari segi istilah biasa ada, yang biasa didengar mazhab syafie, maliki,hambali dan hanafi. |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh pakai tudung di universiti - Parlimen
ANKARA 9 Feb. - Parlimen Turki hari ini telah mengundi menarik balik pengharaman pemakaian tudung di universiti dalam keputusan yang tidak pernah berlaku sebelumnya, ketika terdapat bantahan besar-besaran daripada golongan berfahaman sekular.
Pindaan perlembagaan itu telah diluluskan dengan undian 411 menyokong berbanding 103 menentang oleh Parlimen yang dikuasai secara majoriti oleh Parti AK.
''Cadangan pindaan telah diluluskan. Saya berharap ia dilakukan demi kepentingan Turki dan dilaksanakan atas semangat toleransi dan tanda perdamaian,'' kata speaker Parlimen, Koksal Toptan kepada ahli-ahli Parlimen selepas pengundian dijalankan.
Sementara itu, berpuluh ribu rakyat Turki mengibarkan bendera mereka dan melaungkan slogan sekular sebagai protes terhadap perubahan berkenaan hanya beberapa kilometer dari Parlimen di tengah Ankara.
Perdana Menteri Tayyip Erdogan dari Parti AK, berkata, pengharaman pemakaian tudung merupakan satu penafian yang tidak adil terhadap hak asasi individu dan kebebasan beragama di Turki yang mana dua pertiga wanitanya menutup kepala mereka.
- Agensi / Utusan Malaysia -
Parlimen Turki sokong tarik larangan bertudung
ANKARA: Parlimen Turki semalam mengundi menyokong pindaan perlembagaan bagi menarik balik larangan memakai tudung di universiti, walaupun dibantah keras kumpulan sekular negara itu.
Undian 411 menyokong dan 103 menentang membolehkan pindaan perlembagaan dilakukan dengan menambah satu paragraf menyatakan setiap orang mempunyai hak mendapat layanan sama rata dan tiada siapa boleh dihalang daripada mendapatkan hak untuk pendidikan lebih tinggi.
Pindaaan itu perlu dipersetujui Presiden Abdullah Gul, seorang Muslim yang taat dan dijangka tidak mempunyai masalah untuk menandatangani pindaan itu.
Berpuluh ribu rakyat Turki menunjuk perasaan di Ankara membantah pindaan itu dan menggesa kerajaan memerintah meletak jawatan.
Seorang ahli parlimen menyifatkan penarikan balik larangan itu sebagai hukuman mati kepada republik sekular itu dan bakal menimbulkan kekecohan di universiti.
Pemakaian tudung sejak sekian lama dilarang di unversiti di Turki yang mempunyai majoriti penduduk Muslim tetapi kuat berpegang kepada sistem sekular.
Bagaimanapun Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan menyifatkan larangan itu sebagai ujian kepada wanita Islam yang terpaksa membuka tudung ketika memasuki universiti.
- AP / Berita Harian -
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by HangPC2 at 10-2-2008 01:00 PM
Boleh pakai tudung di universiti - Parlimen
ANKARA 9 Feb. - Parlimen Turki hari ini telah mengundi menarik balik pengharaman pemakaian tudung di universiti dalam keputusan yang tidak perna ...
Alhamdulillah....semoga syiar Islam kembali bersinar di dunia moden nie.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|