CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: maxim

Awal Terancam Dengan Pelawak Yg Jadi Pengacara?(Respon AC n Paknil #pg7)

[Copy link]
 Author| Post time 9-12-2014 11:33 PM From the mobile phone | Show all posts
lampor posted on 9-12-2014 08:52 PM
agree kak sepit.. tapi awaludin ni bukan org yg sesuai utk berkata2... sebab heols sgt boring dan  ...

Stuju.. Bkn die yg spatutnya ckp psl ni.. X sesuai.. Nmpak benor die rasa terancam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2014 12:24 AM | Show all posts
mmg bosan  tengok awal akhir mengacara
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2014 12:33 AM From the mobile phone | Show all posts
X pernah berkenan Cara awal sehari ni mengacara.
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2014 01:30 AM | Show all posts
Beberapa hari lps aku tertengok program penyanyi lama lawan balik tu...vaganza ape ntah. Host nye nabil n jihan.
Best ler diorg hosted....aku lebih tertunggu diorg mengusik dr artis2 tu nyanyi. Ada ramli ms pon kena bahan dek nabil n jihan.
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2014 08:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Hahaha... Mcm2 nama awal dlm ni, awal akhir la, awallah dondang la, awaludin la  awal sehari la... Sian ko awal....
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2014 08:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Awal sila terima kenyataan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-12-2014 08:41 AM | Show all posts
awalni perasan bagus..x suka tgk dia jd pengacara melodi
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2014 01:56 PM | Show all posts
awalakhir ni nmpk giler glamour & prasan bagus..x suka
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-12-2014 07:20 AM | Show all posts
Pengacara Rancangan Serius Perlu Belajar Berlawak


Datuk AC Mizal. Foto UTUSAN

KUALA LUMPUR: Pengacara Datuk AC Mizal berkata, sudah tiba masanya untuk golongan pengacara serius yang mengdndalikan rancangan-rancangan bukan komdi bersikap terbuka mempelajari bidang lawak bagi mengekalkan kualiti kerja yang diceburi.

AC berkata, sebagai seorang pengacara, mereka perlu mengikuti kehendak penonton yang sentiasa berubah dalam menonton sesebuah program di mana konsep lawak menjadi trend pada masa kini.

"Saya faham apabila ada segelintir pengacara serius mengeluh kerana mereka menjadi pilihan kedua stesen televisyen kerana tiada bakat melawak.

"Tetapi bagi saya, usah mengeluh. Kita sebagai pengacara perlu mengikut trend agar boleh kekal lama dalam industri.

"Seperti masa kini, orang lebih seronok melihat pengacara yang boleh melawak jadi, saya ikut dan andai kata tahun depan penonton mahu pengacara yang boleh menangis, jujurnya saya akan menangis," katanya kepada mStar Online.



AC diminta mengulas mengenai kenyataan Awal Ashaari pada laporan mStar Online 27 November lalu yang terkilan apabila stesen televisyen dilihat lebih cenderung memilih pelawak sebagai pengacara.

Kata Awal, perkara tersebut akan membunuh industri pengacaraan khususnya pengacara-pengacara serius yang mencari makan dalam bidang penyiaran.

Sementara pelawak Nabil Ahmad pula berkata, Awal tidak sepatutnya membuat kenyataan  begitu kerana ia sedikit sebanyak memalukan diri sendiri.

"Saya tidak berkecil hati dengan kenyataannya itu tetapi secara tidak langsung dia telah menceritakan kelemahannya tanpa sedar.

"Dia sebagai artis senior sepatutnya sudah tahu jalur dan pergerakan industri dan kita perlu berusaha mengubah dan mencorak diri agar dapat selari dengan trend.

"Macam saya dulu hanya tahu melawak, tetapi bagi mengembangkan bakat, saya cuba mengubah diri untuk menjadi pengacara. Saya perlu membuat perubahan itu kerana peminat mahu melihat bakat kita lebih daripada apa yang ada sekarang," ujarnya.




Datuk Aznil Nawawi


Dalam pada itu, pengacara senior, Datuk Aznil Nawawi turut memberi pendapat sama bahawa seseorang pengacara itu harus belajar pelbagai bidang sekiranya ingin bertahan lama dalam industri hiburan tempatan.

"Saya mengambil contoh diri saya sendiri yang bermula dengan pembaca berita, dan kemudiannya mengacara pelbagai jenis program. Kesemua pendedahan itu membuatkan saya boleh menjadi seorang pengacara yang mampu berada dalam pelbagai situasi dan keadaan.

"Cuma saya faham, di zaman ini, untuk mendapat kesemua pendedahan itu, ia perlu mengambil masa lama. Tetapi, tidak salah jika kita belajar daripada yang lebih pandai untuk mengembangkan lagi bakat pengacaraan kita," tegasnya.


Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2014 09:02 AM | Show all posts
sepitsiput posted on 9-12-2014 08:37 PM
meols pun x berapa gemar awal ni hosting...tp ada few program heols bagus jugak..mcm one in a mill ...

yg peliknyaaa rancangan on air tu..  juara n naib juara sibuk benor berlakon.....bukan tu rancangan mencari pengacara ke...last2 si hafizul n hefny tu berlakon jua n lagi best si hefny tu terus ada kontroversial ngan nad jenal...   ukalohhh...  dok pehe kawe...
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2014 01:23 PM | Show all posts
well... rezeki masing2 la.. kalau awal dipilih jadi pengacara pun... did he thought he caan perform better than zizan dan akan membuatkan majlis tu hidup and happening?

for me, ada bakat melawak ni satu bonus la.. so that tak de la orang bosan sangat menunggu program 3 jam tu dgn muka berkerut and series sepanjang masa.. nama poun program hiburan
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2014 01:32 PM | Show all posts
Kalau rajin masuk universiti......Ramai aje pemegang Doctorate yg pengacaraannya superb.....Ramai aje pensyarah pensyarah yg pandai mengacara majlis......
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2014 04:27 PM | Show all posts
cer tengok alif satar yang dah berapa tahun jadi pengacara idola kecil...ngam je ...dia bukan pelawak pon...and dia mampu caras si zizan tu sebab host first idola kecil dulu adalah zizan... hahaaa... so takde makna sangat nak kata kalu pelawak bleh caras pengacara serius... pengacara ni banyak gabungan teknik mcm kalau kerja ada jenis bussiness presentation...trainer... smua ada teknik...  kena tekniknya maka kenalah programnya... takyahla awalllaweyyyy nak sentap2
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2014 04:41 PM | Show all posts
maxim posted on 10-12-2014 11:20 PM
Pengacara Rancangan Serius Perlu Belajar Berlawak


bagi i takde pendapat yg salah or betul ,
both AC and Paknil memberi pendapat pengalaman

awal mungkin tak berapa suka konsep lawak
and as audience i pon tak suka rajalawak segala,

tapi baper ramai jer audience macam i ,
knowing malay malysian nowadays ,
semua goes to konsep lawak melawak
wpun ntah apa2...

for me i rasa , awal kena open her scope of job to other country
if he seriously want to keep his job as matured and serious mc
macam mahadzir lokman..
dia pon ada dlm kelas tersendiri

tapi he go to international level la ...


aku suka sgt awal ni mengacara
tak prnah rasa boring,
cuma kadg2 kesian ,
dia slalu dpt partner yg tak semenggah ,
and klu korg pasan ,
dia slalu control partner dia supaya tak terbabas and ckp bende yg merapu and meraban bila on stage
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2014 04:53 PM | Show all posts


masalahnye si zizan tuh tak lawak pon..so tak perlu pon awal nak rase tercabar patutnye

tp jihan n nabil mmg best  n klaka aku tgh gegar pn sebab nak tgk pengacara jah bukan nak dgr deols nyanyi
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2014 04:59 PM | Show all posts
yinfenglee posted on 12-12-2014 04:41 PM
bagi i takde pendapat yg salah or betul ,
both AC and Paknil memberi pendapat pengalaman

saya setuju dgn awak...

saya suka awal atau this kind of person mengacara.. sebab saya tak suke melawak tak abis2
awal pun bukanlah tak boleh berjenaka langsung atau terlalu serius..

for me, i need more pengacara macam awal

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2014 05:02 PM | Show all posts
awoks posted on 12-12-2014 04:53 PM
masalahnye si zizan tuh tak lawak pon..so tak perlu pon awal nak rase tercabar patutnye

tp j ...

yup.. bukan semua pelawak tak boleh mengacara
macam nabil atau jihan tu i suke.. sebab diorg pandai kendalikan majlis.. bila nak melawak bila tak perlu melawak


Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2014 05:05 PM | Show all posts
eddysheddy posted on 12-12-2014 04:59 PM
saya setuju dgn awak...

saya suka awal atau this kind of person mengacara.. sebab saya tak suke ...

tau takpe...bukannya kita nak program tu serius xde lawak..lawak tu perlu, tp biarlah inteligent ... lawak-lawak tahap low mentality mcm mocking org lain punya english, body size etc...so lame. sbnrnya pengacar tv adalah wajah kepada mentaliti rakyat malaysia... kalau hauk level2 lawak tepi simpang, maknanya itulh tahap pemikiran rakyat kita.

padahal dulu2 kita dah on track dah bila ada pengacara yg bijak mcm aedil abd ghafar, azwan ali, afdlin shauki, cheryl samad, intan suraya, wan kamaruddin, yasmin hani, sazzy falak, harith iskander utk program2 hiburan.....bukannya mereka x melawak, tp lawak mereka berpada2 dan x ganggu majlis.... tp kini...pelawak2 yang jd pengacara xde inisiatif untuk tingkatkan pengetahuan, majukan kebijaksanaan tu supaya x memperbodohkan penonton dan membodohkan diri sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2014 05:08 PM | Show all posts
eddysheddy posted on 12-12-2014 08:59 AM
saya setuju dgn awak...

saya suka awal atau this kind of person mengacara.. sebab saya tak suke ...

tu la ,
awal bukannya serius sgt pon,
cuma bila dia bercakap tu ada isi,
takdela nak merapu sebarangan ...

aku suka jer ,
bab dia nak poyo kat luar ker apa ker
tu aku tolak tepi ,

as mc aku mmg suka style dia
dia mmg buat homework type sebelum kerja
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2014 05:11 PM | Show all posts
sepitsiput posted on 12-12-2014 05:05 PM
tau takpe...bukannya kita nak program tu serius xde lawak..lawak tu perlu, tp biarlah inteligent . ...

setuju dgn awak..
pengacara serius bukanlah bermaksud tak reti melawak langsung

ni jenis yg melawak tak abis2 tu yg i tak suke.. lawak atas dasar menyindir org, ajuk gaya org, cara jalan org atau sape2 dgn tujuan nak bg org gelak.. that so annoying.. lepas tu lawak pun recycle2.. kalau tgk maharajalawak dgn idea recycle macam tulah jugak kalau tgk pengcaraan dengan lawak yg recycle

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 09:15 AM GMT+8 , Processed in 0.179777 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list