Pencarian cinta sejati 0
0 0 Google +0
Oleh Michelle Gun
[email protected]
Sikap kasar Iris Damia seperti lelaki membuatkan ibunya bimbang tiada lelaki mahu mendekati wanita itu. Namun dalam diam, Iris, pelajar tahun akhir bidang kejuruteraan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mempunyai peminat iaitu pelajar jurusan Pengajian Islam bernama Shahir. Keperibadian Shahir akhirnya berjaya melem-butkan hati Iris dan hubungan mereka dibawa ke jenjang pelamin. Bagaimanapun, segalanya berubah apabila bayi Iris mati dalam kandungan. Perjalanan hidup Iris boleh disaksikan dalam drama bersiri baru Cinta Iris yang kini bersiaran di saluran TV9, jam 8.30 malam. Drama 14 episod terbitan Rumah Karya Citra itu dibintangi Raja Ilya, Ungku Ismail, Nazim Othman dan Zain Hamid. Ia diarahkan Mohd Fazli Yahya dan Erma Fatima selaku penulis skrip. Dalam drama Cinta Iris, Iris yang kecewa kehila-ngan bayi sulungnya tabah meneruskan kehidupan dengan mengusahakan perniagaan kecil. Perniagaannya membuahkan hasil dan syarikat Iris mula menempa nama dalam industri kejuruteraan. Dia meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada Shahir dalam berurusan dengan pelanggan. Akibat kerap balik lewat, Shahir berkenalan dengan pelacur bernama Leya. Pada mulanya, Shahir cuba menepis godaan Leya, tetapi lama kelamaan nafsu mula beraja dan dia terlupa pada pegangannya. Leya pula mengambil peluang mengikis dan menghasut Shahir untuk meninggalkan isterinya. Selepas berpisah dengan Shahir, Iris mengupah pengawal peribadi bernama Ray. Lelaki itu kini menjadi tempat anak kedua Iris bermanja. Sementara itu, kehadiran Johari cuba membuka semula pintu hati Iris namun dalam diam, lelaki itu mempunyai muslihat lain. Ikuti perjalanan duka Iris dalam pencarian cinta sejatinya dalam Cinta Iris setiap hari Jumaat, jam 8.30 malam di TV9.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 Julai 2015 @ 1:03 PM
GANDINGAN Ungku Ismail dan Raja Ilya mantapkan jalan cerita Cinta Iris.
Macam OT je.. takpe lah.. ade muka UIA kat situ
|