CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: FOTHER-MUCKER

[Tempatan] Malaysia: Noor Farida, Khalwat tidak boleh dianggap jenayah – G25

[Copy link]
Post time 8-12-2015 12:41 AM From the mobile phone | Show all posts
atira replied at 7-12-2015 12:26 PM
alaaa...
yg pasal khalwat ni...
yg kene tangkap pon mak cik pak cik pprt...

Kannn..ade udg2 pun tpkai bg puak2 pprt..bg yg kaye brani nk serbu umh diowang???? Kalo serbu otel..otel yg cikai kat area chow kit..otel mewah ade beran?? Brani serbu otel hilton???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2015 12:47 AM | Show all posts
https://www.facebook.com/DrMAZA/posts/10152601646932990
DrMAZA.com
5 July 2014 · Edited ·
LARANGAN MENGINTIP DOSA PERIBADI

Wahai yang menangkap mangsa secara salah atas tuduhan khalwat!


Al-Quran melarang perbuatan mengintip bagi mencari maksiat peribadi yang bukan jenayah awam. Firman Allah dalam Surah al-Hujurat ayat 12: (maksudnya) “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip mencari-cari kesalahan orang..”


Al-Imam al-Tabari (meninggal 310H) telah menghuraikan dengan jelas maksud ayat ini. Antaranya: wala tajassasu bermaksud jangan kamu mencari keaiban satu sama lain, jangan kamu mencari rahsia-rahsianya dengan tujuan untuk mengetahui kecacatannya. Namun berpadalah dengan apa yang nyata dari dirinya. Nilailah dia atas asas tersebut sama ada baik atau buruk. Jangan kamu mencari kesalahannya. Kata Ibn ‘Abbas: “Allah melarang orang mukmin daripada mencari keburukan-keburukan mukmin yang lain.


Kata Ibn Zaid: “Tajassus itu kamu berkata: sehingga aku dapat lihat kesalahan itu, aku bertanya mengenainya untuk mengetahui adakah benar atau tidak”.( al-Tabari, Tafsir al-Tabari, tahzib: Dr Salah al-Khalidi, 7/40-41 Damsyik: Dar al-Qalam (1997)


Justeru itu, para ulama sejak dahulu telah melarang perbuatan mengintip sekalipun untuk mencegah maksiat. Hal ini telah ditegaskan oleh al-Imam al-Ghazali dalam Ihya ‘Ulum al-Din:


“Hendaklah kemungkaran tersebut zahir (jelas) kepada ahli hisbah (pasukan pencegah mungkar) tanpa perlu melakukan intipan. Sesiapa yang menutup sesuatu kemaksiatan di dalam rumahnya, dan mengunci pintunya maka tidak harus untuk kita mengintipnya. Allah Ta’ala telah melarang hal ini. Kisah ‘Umar dan ‘Abd al-Rahman bin ‘Auf mengenai perkara ini sangat masyhur. Kami telah menyebutnya dalam kitab Adab al-Suhbah (Adab-Adab Persahabatan). Begitu juga apa yang diriwayatkan bahawa ‘Umar r.a. telah memanjat rumah seorang lelaki dan mendapatinya dalam keadaan yang tidak wajar. Lelaki tersebut telah membantah ‘Umar dan berkata: “Jika aku menderhakai Allah pada satu perkara, sesungguhnya engkau telah menderhakaiNya pada tiga perkara. ‘Umar bertanya: “Apa dia?”. Dia berkata: Allah ta’ala telah berfirman (maksudnya: Jangan kamu mengintip mencari kesalahan orang lain). Sesungguhnya engkau telah melakukannya. Allah berfirman: (maksudnya: Masukilah rumah melalui pintu-pintunya). Sesungguhnya engkau telah memanjat dari bumbung. Allah berfirman: (maksudnya: janganlah kamu masuk ke dalam mana-mana rumah yang bukan rumah kamu, sehingga kamu lebih dahulu meminta izin serta memberi salam kepada penduduknya). Sesungguhnya engkau tidak memberi salam. Maka ‘Umar pun meninggalkannya…


Maka ketahuilah bahawa sesiapa yang mengunci pintu rumahnya dan bersembunyi di sebalik dindingnya, maka tidak harus seseorang memasuki tanpa izin daripadanya hanya kerana ingin mengetahui perbuatan maksiat. Kecuali jika ia nyata sehingga diketahui oleh sesiapa yang berada di luar rumah tersebut..”(Al-Ghazali, Ihya ‘Ulum al-Din, 3/28, Beirut: Dar al-Khair 1990).


al-Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi membuat tegasan yang sama, kata beliau:
“Kemungkaran itu mesti nyata dan dilihat. Adapun jika pelakunya melakukannya secara sembunyian dari pandangan manusia dan menutup pintu rumahnya, maka tidak seorang pun boleh mengintipnya atau merakamnya secara diam-diam dengan menggunakan alat elektronik atau kamera video atau menyerbu rumahnya untuk memastikan kemunkarannya. Inilah yang ditunjukkan pada lafaz hadis “barangsiapa yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya….”


Dikaitkan kewajipan mengubah itu dengan melihat atau menyaksikan kemunkaran. Tidak dikaitkan dengan mendengar tentang kemunkaran dari orang lain. Ini kerana Islam tidak menjatuhkan hukuman kepada orang yang mengerjakan kemungkaran secara bersembunyi dan tidak menampakkannya. Diserahkan hanya kepada Allah untuk menghisabnya pada hari kiamat. Hisab ini bukan menjadi wewenang seseorang di dunia. Sehinggalah dia melakukannya secara terang-terangan dan menyingkap keaibannya. Bahkan hukuman ilahi itu lebih ringan bagi orang menutupi kemungkarannya dengan menggunakan tabir Allah dan tidak menampakkan kederhakaannya sebagaimana yang disebutkan dalam hadith sahih: (bermaksud):”Setiap umatku diberikan keampunan kecuali orang-orang yang menampakkan (dosanya)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Justeru, tiada seorang pun mempunyai wewenang untuk menjatuhkan hukuman terhadap kemungkaran-kemungkaran yang dilakukan secara sembunyian. (Al-Qaradawi, Min Fiqh al-Daulah fi al-Islam, m.s. 124, Kaherah: Dar al-Syuruq).


Malang sekali jika banyak maksiat yang terang benderang dibiarkan,yang tersembunyi dicari dan tersalah tangkap pula.
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2015 12:54 AM | Show all posts
BACALAH TOLOL..............  



Disiarkan pada May 18, 2011
TERBUNUH KERANA OPERASI CEGAH MAKSIAT?
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Soalan: Dr Asri, semalam ada berita seorang telah terjatuh mati kerana lari dari intipan pihak pencegah maksiat sebuah jabatan agama. Bolehkah perkara macam ini berlaku? Bolehkah kita cegah maksiat sehingga menyebabkan orang mati? Minta tolonglah Dr Asri huraikan kes ini.
Kenali mangsa, KL.

Jawapan: Ya, saya berdukacita dengan berita kematian seorang individu kerana lari daripada intipan pihak pencegah maksiat yang cuba menangkapnya kerana khalwat. Kes ini bukan yang pertama. Sudah berapa banyak kes yang sama berlaku dalam negara kita. Walaupun sudah kritikan dibuat, tetapi hal ini tetap berulang. Apabila berita tersebar dalam media, ia telah memalukan keluarga mangsa, memberikan mesej yang salah mengenai Islam kepada bukan muslim dalam negara ini, yang sememangnya telah lama salah faham disebabkan tindakan masyarakat muslim itu sendiri. Di sini saya suka menyebut beberapa perkara secara umum mengenai kes-kes yang telah berlaku;


- Gambar hiasan

1. Mana-mana pihak tidak boleh menuduh mangsa atau terlibat sebagai berzina, kerana tuduhan zina memerlukan empat orang saksi yang lihat secara jelas berlakunya zina, bukan sekadar berdua-duaan, atau berpelukan atau seumpamanya. Jika tidak, penuduh di bawah hukum qazaf. Jika tiada bukti jelas, paling tinggi yang boleh dituduh berkhalwat, bukan berzina.


2. Islam tidak cenderung menghukum dan membongkar maksiat peribadi sekalipun pelakunya mengaku. Islam cenderung agar pelakunya bertaubat dan menutup keaiban dirinya. Dalam riwayat Muslim, seorang lelaki datang kepada Rasulullah dan berkata:
“Wahai Rasulullah, aku mengubati seorang wanita di hujung bandar. Aku telah melakukan kepadanya (seks), cuma aku tidak menyetubuhinya. Inilah aku, maka hukumlah aku apa yang engkau mahu. Lalu ‘Umar (Ibn Khattab) berkata kepadanya: “Allah telah tutupi keaibanmu jika engkau menutupi dirimu”. Nabi s.a.w tidak berkata apa-apa. Lalu lelaki itu bangun dan pergi.

Nabi s.a.w menyuruh seorang lelaki memanggilnya dan membaca kepadanya firman Allah (maksudnya) “Dan dirikanlah sembahyang pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari malam. Sesungguhnya kebaikan itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah Yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang Yang mahu beringat” (Surah Hud ayat 114).
Maka ada seorang bertanya: “Wahai Nabi Allah, ini khas untuknya sahajakah? Jawab Nabi s.a.w: “Bahkan untuk manusia keseluruhannya”.

3. Khalwat (bersendirian) dengan bukan mahram memang suatu kesalahan. Namun, ada beza antara mereka yang secara terang bermaksiat dengan yang cuba bersembunyi. Ini yang disebut oleh Rasulullah s.a.w: :
“Setiap umatku diberikan keampunan kecuali orang-orang yang menzahirkan (dosanya)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Ini kerana yang cuba sembunyikan dosa –sekali sedang maksiat- masih lagi mempunyai nilai malu dan menjaga maruah diri dan keluarganya.


4. Apa yang peliknya dalam negara kita, maksiat yang jelas, berpelukan lelaki dan perempuan dalam filem, atas pentas lakonan, pentas seni dibiarkan oleh pihak berkuasa pencegah maksiat, sehingga ada isteri orang besar pun yang memeluk artis luar negara di hadapan umum, dibiarkan, yang sembunyi dicari dan diburu.


5. Al-Quran melarang perbuatan mengintip bagi mencari maksiat peribadi yang bukan jenayah awam. Firman Allah dalam Surah al-Hujurat ayat 12: (maksudnya)
“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip mencari-cari kesalahan orang..”

Al-Imam al-Tabari (meninggal 310H) telah menghuraikan dengan jelas maksud ayat ini. Antaranya:
wala tajassasu bermaksud jangan kamu mencari keaiban satu sama lain, jangan kamu mencari rahsia-rahsianya dengan tujuan untuk mengetahui kecacatannya. Namun berpadalah dengan apa yang nyata dari dirinya. Nilailah dia atas asas tersebut sama ada baik atau buruk. Jangan kamu mencari kesalahannya. Kata Ibn ‘Abbas: “Allah melarang orang mukmin daripada mencari keburukan-keburukan mukmin yang lain.
Kata Mujahid: “Ambillah apa yang nyata, dan tinggalkan apa yang Allah tutup”. Kata Qatadah: Tahukah kamu apa itu tajassus? Iaitu kamu mencari-cari keaiban saudaramu untuk mengetahui rahsianya.
Kata Ibn Zaid: “Tajassus itu kamu berkata: sehingga aku dapat lihat kesalahan itu, aku bertanya mengenainya untuk mengetahui adakah benar atau tidak”.( al-Tabari, Tafsir al-Tabari, tahzib: Dr Salah al-Khalidi, 7/40-41 Damsyik: Dar al-Qalam (1997)

6. Justeru itu, para ulama sejak dahulu telah melarang mengintip untuk mencegah maksiat. Hal ini telah saya sebut berulang kali. Sikap suka mengintip inilah juga yang mencetuskan kontraversi ‘video seks’ yang jika dibenarkan akan menjadi trend yang digunakan oleh pelbagai untuk menjatuh pihak yang lain. Hal ini telah ditegaskan oleh al-Imam al-Ghazali dalam Ihya ‘Ulum al-Din:
“Hendaklah kemungkaran tersebut zahir (jelas) kepada ahli hisbah (pasukan pencegah mungkar) tanpa perlu melakukan intipan. Sesiapa yang menutup sesuatu kemaksiatan di dalam rumahnya, dan mengunci pintunya maka tidak harus untuk kita mengintipnya. Allah Ta’ala telah melarang hal ini.

Kisah ‘Umar dan ‘Abd al-Rahman bin ‘Auf mengenai perkara ini sangat masyhur. Kami telah menyebutnya dalam kitab Adab al-Suhbah (Adab-Adab Persahabatan). Begitu juga apa yang diriwayatkan bahawa ‘Umar r.a. telah memanjat rumah seorang lelaki dan mendapatinya dalam keadaan yang tidak wajar. Lelaki tersebut telah membantah ‘Umar dan berkata: “Jika aku menderhakai Allah pada satu perkara, sesungguhnya engkau telah menderhakaiNya pada tiga perkara. ‘Umar bertanya: “Apa dia?”.

Dia berkata: Allah ta’ala telah berfirman (maksudnya: Jangan kamu mengintip mencari kesalahan orang lain). Sesungguhnya engkau telah melakukannya. Allah berfirman: (maksudnya: Masukilah rumah melalui pintu-pintunya). Sesungguhnya engkau telah memanjat dari bumbung. Allah berfirman: (maksudnya: janganlah kamu masuk ke dalam mana-mana rumah yang bukan rumah kamu, sehingga kamu lebih dahulu meminta izin serta memberi salam kepada penduduknya). Sesungguhnya engkau tidak memberi salam. Maka ‘Umar pun meninggalkannya…

Maka ketahuilah bahawa sesiapa yang mengunci pintu rumahnya dan bersembunyi di sebalik dindingnya, maka tidak harus seseorang memasuki tanpa izin daripadanya hanya kerana ingin mengetahui perbuatan maksiat. Kecuali jika ia nyata sehingga diketahui oleh sesiapa yang berada di luar rumah tersebut..”(Al-Ghazali, Ihya ‘Ulum al-Din, 3/28, Beirut: Dar al-Khair 1990).

7. Dr Yusuf al-Qaradawi membuat tegasan yang sama:
“Kemungkaran itu mesti nyata dan dilihat. Adapun jika pelakunya melakukannya secara sembunyian dari pandangan manusia dan menutup pintu rumahnya, maka tidak seorang pun boleh mengintipnya atau merakamnya secara diam-diam dengan menggunakan alat elektronik atau kamera video atau menyerbu rumahnya untuk memastikan kemunkarannya. Inilah yang ditunjukkan pada lafaz hadis “barangsiapa yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya….”

Dikaitkan kewajipan mengubah itu dengan melihat atau menyaksikan kemunkaran. Tidak dikaitkan dengan mendengar tentang kemunkaran dari orang lain. Ini kerana Islam tidak menjatuhkan hukuman kepada orang yang mengerjakan kemungkaran secara bersembunyi dan tidak menampakkannya. Diserahkan hanya kepada Allah untuk menghisabnya pada hari kiamat.

Hisab ini bukan menjadi wewenang seseorang di dunia. Sehinggalah dia melakukannya secara terang-terangan dan menyingkap keaibannya. Bahkan hukuman ilahi itu lebih ringan bagi orang menutupi kemungkarannya dengan menggunakan tabir Allah dan tidak menampakkan kederhakaannya sebagaimana yang disebutkan dalam hadith sahih: (bermaksud):”Setiap umatku diberikan keampunan kecuali orang-orang yang menampakkan (dosanya)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Justeru, tiada seorang pun mempunyai wewenang untuk menjatuhkan hukuman terhadap kemungkaran-kemungkaran yang dilakukan secara sembunyian. (Al-Qaradawi, Min Fiqh al-Daulah fi al-Islam, m.s. 124, Kaherah: Dar al-Syuruq).

8. Maka, tindakan mana-mana pasukan pencegah maksiat peribadi seperti khalwat, minum arak dalam keadaan sembunyi sehingga menyebabkan kematian adalah satu dosa. Maka anggota operasi perlulah didakwa dan dibicara atas tuduhan menyebabkan kematian. Mereka ini telah menyebabkan mungkar yang lebih besar iaitu kematian kerana ingin mencegah kemungkaran kecil iaitu ‘khalwat’ dan menggunakan kaedah pencegahan yang dilarang oleh agama iaitu mengintip.

http://drmaza.com/home/?p=1413


Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2015 12:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg ketuk serbu umah org tu dorg ade kuasa geledah ke cmne? Sbb i pernah syak ade umah simpan mercun masa zaman mercun haram dulu2 tp polis kata xleh suka2 serbu umah org.. i pun x phm.. bkn ke kna ade warrant ke ape kecuali kes yg libatkan nyawa or kes rogol ke pedofilia ke..

I sgt sokong kalau geng2 skodeng tgkp org ni rajin ke rumah2 yg disyaki ada salahlaku sexual ke atas kanak2 etc..

Ini x.. org2 cm ignore je bila dgr bdk ppuan jerit2 nangis.. xnak ayah.. xmau.. sakit... etc..
I pernah dgr bdk jerit2 msa dok umah lama dulu.. tp i serbasalah.. kaku.. masa tu plak i tgh bela/selamatkan sekor ank anjing.. malays x suka i.. dan i pun fobia teringat kisah itam.. menangis spjg hari sama2 dgn jeritan bdk tu.. dok sorg2 plak kt umah.. sgt rasa bersalah.. out of topic ke? Sorry tp i rsa perlu utk luahkan.. sbb tiba2 teringat.. sbb i bkn je ada kisah itam sndri.. i turut witness kisah itam kanak2 lain..
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2015 01:02 AM | Show all posts
Disiarkan pada May 18, 2011
GARIS PANDUAN UMUM OPERASI TANGKAP KHALWAT
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Memandang Islam cuba sedaya upaya menutup maksiat peribadi seperti khalwat, zina, minum arak dan seumpamanya, maka garis panduan operasi ‘tangkap khalwat’ mestilah diperketatkan. Ini kerana operasi ‘tangkap khalwat’ selalu menimbulkan pertentangan dengan prinsip-prinsip Islam dalam hal ini. Ramai orang menyangka tanpa operasi ‘tangkap khalwat’ maka bertambah perzinaan dalam masyarakat, sedang mereka lupa zina itu berkembang disebabkan maksiat terbuka seperti media, hiburan, pentas seni dan seumpamanya yang secara terang mempromosikan maksiat. Malang sekali, jika maksiat tertutup diintip dan dicari sementara yang nyata dibiarkan dan dipromosi.

Maka dengan ini saya mencadangkan beberapa perkara berikut mestilah difahami dan diberikan perhatian dalam operasi ‘tangkap khalwat’;


- Gambar Hiasan
1. Operasi ini hendaklah tidak menjadi punca kemungkaran tajassus (mengintip aib orang lain) berkembang dalam masyarakat Islam.
Maka pemberi maklumat hendaklah dipastikan ia tidak diperolehi berdasarkan perbuatan tajassusnya. Sebaliknya, berasaskan zahirnya kemungkaran tersebut. Seperti nampak dari luar rumah, atau bunyi yang meyakinkan maksiat sedangkan berlaku. Pemberi maklumat memperolehi secara jelas, bukan tajassus atau intipan. Jika pemberi maklumat melakukan tajassus tanpa keperluan, maka dia fasik. Pemberitahuan orang fasik ditolak. Menerima pemberitahuan bersumberkan tajassus akan menggalakkan masyarakat kita mengintip antara satu sama lain. Maka, mungkin akan diintip hubungan seks pasangan suami isteri atas ‘kononnya’ hendak memastikan mereka tidak melakukan maksiat. Sebab itu apabila dibawa seorang lelaki kepada Ibn Mas’ud, lalu diberitahu kepadanya: Lelaki ini menitis arak dari janggutnya. Kata ‘Abdullah bin Mas’ud:
“Kita dilarang untuk mengintip, namun apabila jelas kepada kita maka kita bertindak”. (Riwayat Abu Daud. Sanadnya sahih)

2. Tidak Boleh Operasi Itu Sendiri Berasaskan Tajassus.
Hendaklah kemungkaran yang dicegah itu apabila ia nyata atau diketahui secara yakin. Ini seperti nampak melalui tingkap atau cermin yang jelas. Aktiviti yang dimaklumi oleh masyarakat sekeliling atau berdekatan. Maka tajassus seperti memeriksa bilik ke bilik, atau meminta dibuka pintu untuk diperiksa tanpa sebarang kemaslahatan mendesak iaitu ancaman keselamatan awam adalah bercanggahan dengan ruh Islam. Ia menggalakkan sikap prasangka dan boleh memalukan atau menjatuhkan maruah mereka yang diperiksa. Firman Allah: (maksudnya)
“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip mencari-cari kesalahan orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat antara satu sama lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani”. (Surah al-Hujurat ayat: 12)

3. Operasi Tidak Boleh Berasaskan Maklumat Yang Tidak Pasti
Sekalipun tanpa intipan, tetapi jika berita berasaskan syak wasangka atau agakan semata-mata tidak boleh dijadikan teras operasi. Al-Quran melarang menerima perkhabaran orang fasik. Ini seperti firman ALLAH dalam Surah al-Hujurat: (maksudnya)
Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.

Maka pemberi maklumat atau informer yang diketahui terlibat dengan kerja-kerja fasik secara jelas hendaklah ditolak. Termasuk dalam hal ini ‘kaki tajassus’. Al-Imam Ibn Kathir menyebut bahawa berdasarkan ayat ini sebahagian ulama menolak riwayat orang yang tidak diketahui latarbelakangnya dibimbangi ia fasik.

4. Pihak Pencegahan tidak boleh menggalakkan suasana suka mengadu keaiban sesama muslim –secara langsung atau tidak- tanpa kesedaran sendiri melakukan Al-Amr bi al-Ma’ruf wa al-Nahy ‘An al-Mungkar.
Nabi s.a.w tidak suka kes-kes diangkat kepada baginda. Sikap suka mengangkat kes-kes maksiat peribadi kepada penguasa adalah menyanggahi ruh Islam yang menyuruh ditutup keaiban saudara muslim. Sebaliknya, masyarakat hendaklah digalakkan dan diberi kesedaran melakukan Al-Amr bi al-Ma’ruf wa al-Nahy ‘An al-Munkar kerana itu adalah tanggungjawab semua pihak. Maka pemberian saguhati kepada pemberi maklumat dalam maksiat peribadi ini hendaklah dihentikan. Daripada Abi Barzah al-Aslami, katanya: Bersabda RasululLah s.a.w:
“Wahai sekelian yang mendakwa beriman dengan lidahnya, namun iman tidak masuk ke dalam hatinya, jangan kamu mengumpat kaum muslimin, jangan kamu mencari-cari keaiban mereka. Sesiapa yang mencari-cari keaiban kaum muslimin, maka Allah akan mencari keaibannya. Sesiapa yang Allah cari keaibannya, maka Allah akan mendedahnya sekalipun dirumahnya. (Hadith sahih. Riwayat Abu Daud dan Ahmad).

5. Tidak boleh didedahkan maksiat ini kepada umum melainkan untuk tujuan penghakiman.
Maka tindakan membawa media untuk membuat liputan semasa penangkapan adalah menyanggahi prinsip-prinsip menutup aib dalam Islam. Bahkan perbuatan menyiarkannya kepada awam seperti di internet dan media massa adalah haram kerana mendedahkan keaiban orang lain. Ini tidak boleh disamakan dengan hukuman zina di khalayak ramai yang pasti dengan saksi yang yakin. Sebab, Nabi s.a.w berusaha menolak kes-kes zina, dihukum setelah pasti tanpa didedahkan aktiviti seks secara terperinci melainkan proses penghakiman.

6. Tidak boleh menuduh mereka yang berkhalwat itu berzina selagi tiada empat orang saksi yang melihat secara terperinci proses zina itu berlaku tanpa syak.
Jika pegawai itu menuduh tanpa bukti, maka hendaklah dibicarakan di bawah peruntukan qazaf.


http://drmaza.com/home/?p=1415
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2015 01:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Oh ya.. sbb kes ni.. byk je malays hamjad amik kesempatan utk hina sehinanya status anak2 tanpa nikah...

Pstu kaitkan sex bebas dgn kes buang baby.. lupa ke padahal makpak yg buang baby tu pun sbb hinaan ummah perasan suci jugak...

Think.. more n hard..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-12-2015 01:03 AM | Show all posts
Acong replied at 8-12-2015 12:54 AM
BACALAH TOLOL..............  

ni time lu kena serbu dgn bini lu kat hotel...celakak la lu...ah quah pun lu boh.



[youtube]uWWFOFfV2C4[/youtube]





Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2015 01:07 AM | Show all posts
weirdwaniey replied at 7-12-2015 07:35 PM
Ckp ttg serbu2 ni. Teringat pulak haritu. Aku duk hotel di kl. Hotel murah je. Ala2 hotel bajet. Duk ...

ohhh cenggini ropenyaaa deme beroperasi.....gamaknya dema tgk fail cek in hotel tu lah kut kannn
ahkak memati ingat depa ni bertugas based on report sajork...

pada pendapat peribadi ahkak...
yg skodeng cenggini elok di carutkan sajorkkkkk ko dah kenapa kan???? meriki2 tak tentu pasal....ko tak de koje lain ke hape....depada ko meriki2 makan2 angennn cenggitu ada lebih baik ko riki rumah anak yatim ke org susah ke tagteam ngan geng bersamamu ke hape....

namun ahkak setuju juga jika depa act on the reports....maksudnya....kalo ada org mereport mengesyaki ada perbuatan yg tidak elok berlaku akak rasa fair jahhh kalo takat nak siasat...bagi nasihat ke hape...sbb nya bukan apa...kekadang kalo tempat kita tu terlalu byk maksiat takut bala CASH nak timpa tuan punya badan tertimpa lah kepala kita sekali....yang paling penting bukan report romen sajork....pada ahkak lagi penting report jenis makbapak tinggai anak kecik dlm umah....dengo org tua ke bebudak nanges kena dera ke, ada jiran matpit ke...tu lagi penting la...report polis terus

kesimpulannya ...part of it ahkak setuju gak laa dengan andarkertu ne haaaa....

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2015 01:08 AM From the mobile phone | Show all posts
clarizsa replied at 8-12-2015 12:58 AM
Yg ketuk serbu umah org tu dorg ade kuasa geledah ke cmne? Sbb i pernah syak ade umah simpan mercun  ...

Since i have a child. Saya jadi more concern untuk budak2 walaupon bukan anak saya. Ada kes, budak main kereta bateri di mall. Ada video orang rakam, bangla/keling x pasti buat sexual harrasment kat budak tu sangatla helpless. Saya tak sanggup nak tengok habis. Kalau saya kat tempat tu mungkin saya jerit kuat2 untuk stopkan kjadian tu or ape2 saja. X sanggupla tunggu dan rakam @tengok. Sebab saya ada anak, saya xnak anak saya kena macam tu. Memangla. Kalau saya ada kudrat saya nak sepak terajang bangla/keling tu..

Kalau saya berada tempat awak, mungkin saya x tenang kot. Dan terpaksa buat sesuatu x kesahla kol polis or ketuk pintu ke. U ada kisah ke. Mind to share?
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2015 01:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagi saya jakim or orang agama, patut investigate kes2 macam ni. Penderaan kanak2 dan wanita, sexual abuse ke, pemerdagangan ke? Bukan ke kes ini lebih berat? Dan islam lebih mengutamakannya rite? Dari terjah kes yang suka sama suka.. jangan anggap ni kerja polis sahaja.
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2015 01:13 AM | Show all posts
kemaruk replied at 7-12-2015 11:12 PM
betul la apa makcik tu cakap

kalau polis tangkap korang tengah melancap, atau tonton 3gp melayu b ...

eeewwww menatang hape pulakkk 3gp budak sekolah tu?
bunyik macam pedo jekkk..
ko pedo ek kem?? malu bangsa betul...

sib baik ko dok dlm mesia yang dibintangi oleh UMNO maka sedapla ko layan bidio pedo pelbagai
kalo ko dok kat negara kokesen selamatlah ko layan porem dlm jail...
bersyukurlah ko dpt pimpinan UMNO bulih layan porn pedo...puiii


Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2015 01:18 AM From the mobile phone | Show all posts
tom2 replied at 8-12-2015 01:08 AM
Since i have a child. Saya jadi more concern untuk budak2 walaupon bukan anak saya. Ada kes, budak ...

Dear... klu benda dpan mata i sekarang masa i dh dewasa ni ... x perlu suruh mmg i amuk trus wpun i x kuat mana..

Yg kes i cerita tu jd masa i kt rumah sorg.. kemurungan xde anak.. hubby gi keje.. i jd blurr n lost.. msa tu i pun asyik fikir nk bunuh diri je.. tiba2 terdengar hal yg triggered memori hitam.. trus panik n kaku..

Dan yg i ckp witness tu byk jd msa i kanak2.. i kena.. dan i tgk/dgr kanak2 lain kna etc.. org skrg igt zmn skrg ni je byk kes.. oh how wrong they are...

Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2015 02:45 AM | Show all posts
weirdwaniey replied at 7-12-2015 07:35 PM
Ckp ttg serbu2 ni. Teringat pulak haritu. Aku duk hotel di kl. Hotel murah je. Ala2 hotel bajet. Duk ...

Itulah keindahan isle. Asik mencari kesalahan orang lain. Perangai sendiri, ke laut.
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2015 08:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Acong replied at 7-12-2015 04:39 PM
gampunk.... sentap lak

Mcm aku x tahu kelaknatan kau..
Provokasi ko tahap macai jer sis
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2015 08:43 AM | Show all posts
Maideen. replied at 6-12-2015 11:54 PM
Itu betul Shalom. The Constitution is Supreme.

Tapi daripada Prof Shad Saleem Faruqi semasa  ...

Thanks bang Maideen, helpfulll sangat penerangan neh!!
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2015 08:58 AM | Show all posts
weirdwaniey replied at 7-12-2015 09:35 PM
Ckp ttg serbu2 ni. Teringat pulak haritu. Aku duk hotel di kl. Hotel murah je. Ala2 hotel bajet. Duk ...



Sial nye perangai dorang..ikut suka hati mak bapak dia je nak serbu2 bilik hotel org.
Kurang ajar.. yg ramai2 tu tunggu kalo ade lelaki dlm bilik tolong shoot video then viralkan untuk tontonan semua la kan..


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2015 09:05 AM | Show all posts
ermmm bagaimana kehidupan seharian beliau dan ahli keluarga mereka? owhh jgn la tiba2 ketuk bilik anak ada tetamu pulak dlm bilik anak. dah mcm org putih la sgt.....
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2015 09:20 AM | Show all posts
INI SEMUA SALAH PAS...
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2015 09:24 AM | Show all posts
Walaupun kerajaan membendung masih ramai yg buang ana..byangkan kalau langsung xada..aku xtahu jd apa malaysia ni
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2015 10:06 AM | Show all posts
Acong replied at 7-12-2015 09:10 PM
tak kisah? yg dok pi tangkap org tak puasa tu apa?  

keh keh keh

lu bongok ka apa?
tatau beza antara sembah batu dengan tiada puasa..

puasa untuk orang Islam loooo..bukan untuk orang yang sembah batu...
lu kalau sembah batu, dan tak puasa.sapa mau tangkap?
tongong tahap gaban lu ni...

keh keh keh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 102871 Replies : 5549
Gara gara mempunyai cukai tertunggak dengan LHDN,lelaki hampir terlepas penerbangan.Minta LHDN bukan kaunter di KLIA
YgBenarGara gara mempunyai cukai tertunggak den
Views : 3305 Replies : 15
SAH ACIK FORUM! Fazura saman 5 individu memfitnah
maklukpenggodaSAH ACIK FORUM! Fazura saman 5 individu
Views : 55362 Replies : 1331
Ada ‘Plot Twist’? Individu Dedah Fattah Amin Tak Salah Dan Fazura Yang Didakw ...
YgBenarAda ‘Plot Twist’? Individu Dedah Fatta
Views : 369343 Replies : 7297
Menjengah kehidupan baru Shuhada di OZ [siri pembongkaran acik forum kembali bersiaran]
JoyahMengayahMenjengah kehidupan baru Shuhada di OZ [
Views : 132632 Replies : 8243
Abang terlantar di Hospital Korea Selatan,keluarga buntu dan terdesak perlukan 200k untuk bawa pulang ke Malaysia
YgBenarAbang terlantar di Hospital Korea Selata
Views : 23655 Replies : 44
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 121131 Replies : 3140
Kuiz dan Kenali Borneo
VellfireKuiz dan Kenali Borneo
Views : 26254 Replies : 656
Kes Amang Seksual - Azman Syah Dijatuhkan Hukuman Penjara 24 Tahun & 2 Sebatan
red_velvetKes Amang Seksual - Azman Syah Dijatuhka
Views : 24793 Replies : 141
Konsert Qalam Noraniza Idris
Lulu_717Konsert Qalam Noraniza Idris
Views : 19335 Replies : 128

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-10-2024 10:22 AM GMT+8 , Processed in 0.267388 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list