CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fahmein

Faizal AF4 kembali selepas insaf menjadi penagih dgn berbini ke3

[Copy link]
Post time 7-3-2016 01:57 PM | Show all posts
#throwback

Oleh Ellyna Ali
[email protected]


KUALA LUMPUR: Penyanyi AM Salim Abdul Majid atau Saleem, 44, tetap mahu Adlin Aman Ramlie, 34, mengemukakan permohonan maaf secara terbuka kepadanya pada konsert minggu keempat Akademi Fantasia Musim 4 (AF4), Sabtu ini.

Jika tidak, bekas vokalis kumpulan Iklim ini mungkin tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang menerusi saman malu terhadap juri tetap AF4 itu.

Saleem menyatakan demikian sebagai menyatakan maklum balas terhadap tindakan Adlin mengeluarkan kenyataan berhubung isu ganja dan dadah terhadap seorang peserta AF4, Mohammad Faizal Ramly atau Faizal, 22, pada konsert AF4 minggu lalu.

Sekalipun apa yang dilontarkan Adlin itu mungkin bersifat umum, ia tetap dianggap keterlaluan dan seolah-olah mempunyai sentimen untuk ‘menyindir’ bekas vokalis kumpulan Iklim itu.

Lebih-lebih lagi apabila Saleem sendiri sebelum ini pernah beberapa kali dikaitkan dengan masalah ganja dan dadah sehingga diheret ke muka pengadilan.

“Walaupun Adlin berserta pihak Astro sudah menyatakan maaf, pihak saya tetap menuntut ia dilakukan secara terbuka dalam televisyen.

“Sebab apa yang dinyatakan Adlin dalam konsert minggu lalu turut disaksikan seluruh masyarakat Malaysia.

“Rata-rata yang menyaksikannya kurang puas hati dengan kenyataan Adlin itu dan mereka memaklumkan sendiri hal itu menerusi panggilan serta khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar kepada isteri saya, Julia.

“Secara kebetulan pula, waktu Adlin memberi komen terhadap persembahan Faizal itu, saya dan Julia dalam perjalanan pulang (selepas menghadiri konsert AF4).

“Jadi apabila menerima pelbagai panggilan serta SMS berhubung hal itu, kami jadi terkejut, marah dan tidak senang juga,” kata Saleem sewaktu ditemui pada pertemuan damai antara dia, Adlin dan pihak Astro.

Akur dengan nasihat ramai supaya tidak mendiamkan diri terhadap insiden yang dianggap boleh memalukan serta menjatuhkan maruahnya, Saleem berkata, dia dan isteri serta pihak pengurusan syarikat rakaman mereka, Warner Music mengambil keputusan untuk bersemuka dengan Adlin serta pihak Astro.

“Yalah, kita terkilan juga bila perkara seperti ini terjadi. Tertanya juga kenapa mereka buat macam ini sedangkan mereka sudah undang saya sebagai tetamu jemputan untuk memberikan kejutan terhadap Faizal yang membawakan lagu Blues Terengganu Kita pada hari itu.

“Lagipun ini soal maruah. Soal maruah bukannya boleh dibuat main-man. Soal maruah juga lebih penting daripada wang ringgit.

“Namun, selepas pertemuan ini diadakan dan sesudah Adlin serta pihak Astro memberikan penjelasan serta memohon maaf, saya rasa tiada sebab untuk kami tidak menyelesaikan masalah ini dengan sebaiknya serta berdamai. Sebab kami juga tidak mahu isu ini jadi berpanjangan.

“Cuma kami tetap akan tunggu (Adlin) mengemukakan permohonan maaf secara terbuka itu sebagaimana dipersetujui mereka.

“Malah menerusi perbincangan yang dilakukan dalam pertemuan ini, mereka sendiri bersetuju mengemukakan permohonan maaf itu menggunakan dua cara.

“Pertama, menerusi program diari AF4 yang disiarkan jam 9 malam semalam (kelmarin). Permohonan maaf secara terbuka itu akan dibacakan Aznil Nawawi.

“Kedua, menerusi Adlin sendiri yang akan mengemukakannya secara terbuka dalam konsert minggu keempat AF4,” katanya.

Sementara itu, Adlin menjelaskan, dia sama sekali tidak berniat mempersendakan Saleem apabila melontarkan isu berhubung ganja dan dadah kepada Faizal dalam konsert AF4 minggu lalu.

“Apa yang ada dalam kepala saya ketika itu lebih tertumpu kepada soal kempen antidadah.

“Kebetulan, filem terbaru lakonan saya Haru Biru yang akan muncul tidak lama lagi turut memaparkan isu dadah.

“Dan saya lihat juga, kebelakangan ini, kebanyakan kumpulan rock legenda banyak membabitkan diri dengan kempen antidadah.

“Ini bagi saya satu perkembangan yang cukup baik dan positif. Jadi, apabila saya membangkitkan isu itu yang sebenarnya ditujukan kepada umum dan bukannya Faizal, saya mengharapkan abang Saleem akan menyokong dan bersetuju dengan kenyatan yang saya buat.

“Namun, dalam pada sibuk memperkatakan perkara itu, saya tidak sedar pula kenyataan itu menyentuh sensitiviti dan mendatangkan rasa tidak puas hati segelintir masyarakat.

“Maka dengan rasa rendah diri saya ingin memohon maaf pada abang Saleem serta beberapa pihak lain berhubung insiden itu. Percayalah, ia berlaku tanpa mengandungi apa-apa niat,” katanya.

Menganggap Saleem sebagai hero dan seorang ikon dalam industri muzik tanah air, Adlin juga akan memastikan perkara seumpama itu tidak akan berulang.

“Sepanjang menduduki kerusi juri tetap ini, saya sudah mula belajar secara intensif untuk mengetahui batas serta sempadan saya dalam mengeluarkan sesuatu kenyataan.

“Insya-Allah, selepas ini saya akan lebih peka dan sensitif lagi terhadap suasana dan perjalanan konsert AF4 yang seterusnya,” katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2016 02:21 PM From the mobile phone | Show all posts
qqOfficial replied at 7-3-2016 12:33 PM
citer rahsia hati tu best ... heheee....meols teringat lakonan ipah raziah ...

dedulu arash, ri ...

Aah best jugak citer tu
Iols dpt layan citer tu sbb masa tu baru habis study belum koje lagi jadi dptlah layan

Tapi iols suka lah watak2 dlm citer tu. Nurul suka aaron tapi dia phm aaron suka rita. Jadi x gaduh2 pon. arash pulak sbb bff punya pasal setuju je bila aaron suruh kawen ngan rita. Rita buat semua tu sbb cintakan aaron. Yg paling tragis, aaron jatuh depan pelamin masa rita-arash bersanding, lalu meninggal dunia..tamat lah citer

Lagu2 utk drama ni pon best termasuklah lagu faizal nih
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2016 05:12 PM | Show all posts










Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2016 05:13 PM | Show all posts
wow da berbini2

baru iols thu
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2016 05:15 PM | Show all posts










Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2016 11:51 PM | Show all posts
abbyhoney replied at 7-3-2016 12:30 PM
bengong nye komen...apa kena mengena dgn isu si faizal ni pulak?

faizal ambik dadah. faizal orang terengganu.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-3-2016 11:55 PM | Show all posts
nazraku replied at 7-3-2016 01:13 PM
Sis aku dah lama baca komen kau orang trg bagai tapi semua kau maki..kau anak polis berhijrah je k ...

bangga dengan kepok lekor?
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2016 11:58 PM From the mobile phone | Show all posts
edee_91 replied at 7-3-2016 11:55 PM
bangga dengan kepok lekor?

Kau melawak ke dik?sori hambar ok
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2016 11:59 PM | Show all posts
nazraku replied at 7-3-2016 11:58 PM
Kau melawak ke dik?sori hambar ok

yang penting hatiku girang, tanpa perlu ambik dadah, macam kebanyakan orang ganu.
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2016 12:00 AM From the mobile phone | Show all posts
aku ada bc pancaindera ahad lps, katanya ada desas desus af akan buat format juara lawan juara  mcm tu lbh kurang ..tup2 citer faizal ni keluar.. ada kaitan ka? nak bg warm up sebelum af musim baru start ?
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2016 12:01 AM From the mobile phone | Show all posts
edee_91 replied at 7-3-2016 11:59 PM
yang penting hatiku girang, tanpa perlu ambik dadah, macam kebanyakan orang ganu.

Ko tak ambik dadah pun macam bebal je dik
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2016 12:01 AM | Show all posts
nazraku replied at 8-3-2016 12:01 AM
Ko tak ambik dadah pun macam bebal je dik

bangga dengan penyu telor.
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2016 12:04 AM From the mobile phone | Show all posts
txs7 replied at 7-3-2016 05:15 PM

Bini heol.

Hijabirah sangat.

Sori.

Tapi aiol tak gemor cara sheol posing.
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2016 12:04 AM From the mobile phone | Show all posts
edee_91 replied at 8-3-2016 12:01 AM
bangga dengan penyu telor.

Kau yang selalu kena hentam kat CI kan?komen sampah sangat dik..mohon kurangkan bebal ok
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2016 12:06 AM | Show all posts
nazraku replied at 8-3-2016 12:04 AM
Kau yang selalu kena hentam kat CI kan?komen sampah sangat dik..mohon kurangkan bebal ok

setakat kena hentam dengan level2 lava, celah bulu pubis jah sis...
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2016 12:08 AM | Show all posts
toxicated replied at 6-3-2016 02:51 PM
ironi sangat ko nyanyi lagu ganu kat konsert..saleem datang pastu adlin nasihat jangan isap dadah..t ...

masin mulut beliau.. adlin pula yang kena minta maaf masa tu padahal dia nasihat saja.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2016 12:10 AM From the mobile phone | Show all posts
edee_91 replied at 8-3-2016 12:06 AM
setakat kena hentam dengan level2 lava, celah bulu pubis jah sis...

Tapi kau sentap reply macam orang buat karangan dik..kesian pulak akak tengok kau
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2016 12:13 AM | Show all posts
nazraku replied at 8-3-2016 12:10 AM
Tapi kau sentap reply macam orang buat karangan dik..kesian pulak akak tengok kau

eh, sis silap orang kot ni? style aku, suka bahan pakai gambar, atau video. koser nak buat karangan.


Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2016 12:16 AM From the mobile phone | Show all posts
edee_91 replied at 8-3-2016 12:13 AM
eh, sis silap orang kot ni? style aku, suka bahan pakai gambar, atau video. koser nak buat karanga ...

Kau jangan nak propa dik..royanan kau di thread mat saleh bogel tu masih akak ingat..akak senyum sinis tengok kau dihentam bertubi-tubi..akak harap kau tabah
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2016 12:19 AM | Show all posts
nazraku replied at 8-3-2016 12:16 AM
Kau jangan nak propa dik..royanan kau di thread mat saleh bogel tu masih akak ingat..akak senyum s ...

sis buta hati kot? mana karangannya?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-10-2024 07:22 PM GMT+8 , Processed in 0.284974 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list