CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: farhana008

BORAK KOSONG, CHAT, GOSSIP, ULASAN, LUAHAN, DAN BERSANTAI VOLUME 41

 Close [Copy link]
Post time 19-2-2022 07:04 PM | Show all posts
Edited by seribulan at 19-2-2022 09:57 PM


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2022 07:05 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2022 07:19 PM | Show all posts
Edited by seribulan at 20-2-2022 07:23 AM







This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2022 11:17 PM | Show all posts
Edited by seribulan at 20-2-2022 01:56 AM


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2022 07:01 AM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2022 11:44 AM | Show all posts
SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA
20 FEBRUARI 2022
PENGGUNAAN KAPASITI KATIL COVID-19 DI HOSPITAL DAN PKRC
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada 19 Februari 2022, penggunaan fasiliti kesihatan khusus bagi kes COVID-19:
  • Bilangan pesakit COVID-19 katil bukan ICU dan ICU meningkat manakala pesakit PKRC menurun berbanding semalam;
  • Katil Kes Kritikal atau Unit Rawatan Rapi (ICU): Tiga (3) negeri iaitu Johor (70%), WP Kuala Lumpur (64%) & Kelantan (50%) menunjukkan peratusan pengisian ≥ 50%.;
  • Katil bukan ICU: 10 negeri iaitu Selangor (95%), Kelantan (93%), WP Putrajaya (92%), Perlis (90%), Sabah (82%), Johor (82%), WP Kuala Lumpur (72%), Perak (70%), Pahang (55%) dan Pulau Pinang (50%) menunjukkan peratusan pengisian ≥ 50%;
  • Katil Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC):  Lapan (8) negeri iaitu Selangor (83%), Terengganu (59%), Sabah (58%), Perak (58%), Melaka (53%), Negeri Sembilan (51%), Perlis (51%) & Kelantan (51%)menunjukkan peratusan pengisian ≥ 50%, dan
  • Pesakit COVID-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilator) meningkat kepada 130 pesakit dan peratusan penggunaan ventilator 37%.


Jika dibandingkan dengan data kapasiti keseluruhan katil di fasiliti kesihatan awam di Jadual 2, sememangnya didapati terdapat perbezaan dengan data di Jadual 1. Ini kerana data kapasiti dan penggunaan di Jadual 2 adalah termasuk juga untuk kes COVID-19 dan kes bukan COVID-19.
Secara keseluruhannya, setakat ini kapasiti fasiliti kesihatan di hospital awam masih boleh menampung kes COVID-19 dan bukan COVID-19. Namun begitu setiap negeri telah bersiapsiaga dengan pelan tindak balas cepat sekiranya didapati kapasiti fasiliti semakin penuh.

KKM ingin menjelaskan bahawa terdapat perbezaan di antara data harian kemasukan kes COVID-19 ke hospital berbanding kes COVID-19 kategori 1 sehingga 5 yang baharu didiagnosa pada setiap hari. Ini memandangkan keadaan klinikal pesakit yang dinamik dan mungkin merosot atau bertambah baik sepanjang dijangkiti COVID-19. Misalnya semasa didiagnosa, mungkin pesakit tersebut berada pada kategori 2A dan diisolasi di rumah menggunakan digital Home Surveilance Order (HSO), namun status kesihatan beliau merosot ke kategori 3 lalu memerlukan kemasukan ke hospital.
Pada masa yang sama, terdapat kes COVID-19 berisiko tinggi dari kategori 1 dan 2 yang memerlukan kemasukan ke PKRC dan hospital secara pre-emptive.
Pada 19 Februari 2022, kes COVID-19 yang dimasukkan ke hospital adalah 1,521 kes (Graf 1). Daripada 1,521 kes ini:
  • 548 kes (36.0 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 973 kes (64.0 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Selain itu, KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 19 Februari 2022:
  • Kes sembuh: 18,514 kes [2,919,196 kes kumulatif (91.4%)];
  • Kes baharu : 28,825 (3,194,848 kes kumulatif);
  • Kes import : 91 kes [47  warganegara (51.6%); 44 bukan warganegara (48.4%)];
  • Kes tempatan : 28,734 kes [28,071 warganegara (97.7%); 663 bukan warganegara (2.3%)];
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 238 kes (97 kes disahkan COVID-19; 141 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan: 130 kes (57 kes disahkan COVID-19; 73 kes disyaki, kemungkinan, dan kes    dalam siasatan).
KATEGORI KES COVID-19
Daripada 28,825 kes harian yang dilaporkan pada 19 Februari 2022:
  • 95 kes (0.33 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 28,730 kes (99.67 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.
Pecahan kategori kes:
  • Kategori 1 : 8,412 kes (29.18%);
  • Kategori 2 : 20,318 kes (70.49%);
  • Kategori 3 : 59 kes (0.20%);
  • Kategori 4 : 22 kes (0.08%); dan
  • Kategori 5 : 14 kes (0.05%).
Daripada 95 kes COVID-19 kategori 3, 4 dan 5 yang baharu dilaporkan pada 19 Februari 2022:
  • 28 kes (29.47%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
  • 49 kes (51.58%) telah menerima 2 dos vaksin COVID-19;
  • 18 kes (18.95%) telah menerima dos penggalak;
  • 41 kes (43.16%) berumur 60 tahun dan ke atas;
  • 48kes (50.53%) mempunyai komorbid;
  • Tiada kes ibu mengandung; dan
Dilaporkan 9kes (0.03% daripada keseluruhan 28,825 kes) telah meninggal dunia, termasuk 4kes (0.013% daripada keseluruhan 28,825 kes) kes brought-in-dead (BID). KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka.
KLUSTER COVID-19
  • Jumlah kluster : 6,704 kluster;
  • Jumlah kluster baharu :12 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 6,212 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 492 kluster.
NILAI RT
Perincian nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Jadual 3. Maklumat terperinci lain berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my . Data akan dikemaskini pada jam 12:00 tengah malam setiap hari.
Jadual 4: Nilai RT Mengikut Negeri Berdasarkan Kes Yang Dilaporkan Pada 18 Februari 2022
NEGERINILAI R[size=12.375px]T
WP Labuan1.86
Sarawak1.52
Sabah1.44
Perlis1.39
Pulau Pinang1.38
Terengganu1.36
Negeri Sembilan1.36
Kedah1.35
Kelantan1.34
Pahang1.31
Selangor1.30
Johor1.26
WP Kuala Lumpur1.25
WP Putrajaya1.22
Perak1.22
Melaka1.19
MALAYSIA1.24
STATUS JANGKITAN COVID-19 DALAM KALANGAN KANAK-KANAK
Bermula awal Januari 2022 sehingga pertengahan Februari 2022, bilangan kanak-kanak bawah 12 tahun yang dijangkiti COVID-19 adalah seramai 50,826 orang, dengan pecahan kes :
  • Kategori 1: 15,817 kes (31.12%);
  • Kategori 2: 34,857 kes (68.58%);
  • Kategori 3: 120 kes (0.24%);
  • Kategori 4: 28 kes (0.006%); dan
  • Kategori 5: 4 kes (0.001%).
Graf 2 menunjukkan pola penggunaan katil harian pesakit  COVID-19 di kalangan kanak-kanak bawah 12 tahun, di mana ianya didapati semakin meningkat seiring dengan kenaikan kes COVID-19 di dalam negara. Peningkatan dilihat lebih ketara dalam bulan Februari 2022 terutama bagi kategori 2 hingga kategori 5.

Pola yang sama juga diperhatikan bagi penggunaan katil harian pesakit COVID-19 di kalangan kanak-kanak remaja (11-17 tahun) (Graf 3).

Ini mungkin disebabkan oleh penularan Varian Omicron serta peningkatan pergerakan kanak-kanak dalam komuniti susulan pembukaan semula sesi persekolahan, pusat jagaan kanak-kanak dan bayi, lalu menyebabkan risiko pendedahan kanak-kanak kepada jangkitan COVID-19. Kanak-kanak telah terkesan secara langsung akibat pandemik COVID-19 yang telah mengganggu kehidupan keluarga serta aspek sosial mereka. Aspek persekolahan dan pendidikan juga terkesan dan pandemik yang berlarutan ini telah memberi kesan yang tidak sihat kepada perkembangan psikologi dan sosial kanak-kanak.
Meskipun gejala jangkitan COVID-19 di kalangan kanak-kanak kebiasaannya kurang serius berbanding dewasa, namun terdapat juga kes-kes yang memerlukan rawatan di hospital dan sebilangannya memerlukan rawatan intensif di ICU. Antara gejala yang sering dialami oleh kanak-kanak yang dijangkiti COVID-19 adalah batuk dan selesema berterusan melebihi seminggu, bernafas laju, kurang aktif, kurang selera makan, demam yang berterusan, dan muntah atau cirit birit. Dalam keadaan yang lebih serius, kanak-kanak boleh mengalami sakit dada atau sakit perut, kurang tahap kesedaran, dan juga sawan.
Multi System Inflammatory Syndrome in Children (MIS-C) merupakan salah satu keadaan kritikal yang boleh berlaku akibat jangkitan COVID-19 di mana terjadinya keradangan organ dalaman terutamanya jantung, paru-paru, dan otak. Sejak Jun 2020 hingga Disember 2021, 174 kes kanak-kanak bawah 18 tahun telah mengalami MIS-C akibat jangkitan COVID-19 dengan pecahan umur,
  • < 1 tahun : 25 kes (14.4%)
  • 1 tahun hingga < 5 tahun : 38 kes (21.8%)
  • 5 tahun hingga < 9 tahun : 64 kes (36.8%)
  • 9 tahun hingga <12 tahun : 36 kes (20.7%)
  • ≥ 12 tahun : 11 (6.3%)
Sehingga kini, tujuh (7) kes (4%) kematian kanak-kanak telah disebabkan oleh MIS-C susulan jangkitan COVID-19. Kanak-kanak juga berisiko mendapat Long-COVID (sindrom COVID-19 selepas fasa akut jangkitan). Data terhad yang diperolehi setakat ini menunjukkan risiko ini adalah lebih rendah berbanding orang dewasa, namun buat masa ini tidak banyak yang diketahui mengenai kesan jangka masa panjang Long-COVID kepada kanak-kanak.
Kumpulan kanak-kanak yang berisiko tinggi untuk mengalami jangkitan COVID-19 yang serius adalah golongan pesakit kanak-kanak yang mempunyai penyakit paru-paru kronik, penyakit jantung, lemah sistem imun badan, kencing manis, sedang menjalani rawatan menggunakan steroid (seperti pesakit autoimun dan transplan), kanser, asma, dan obesiti.
Memandangkan kanak-kanak kini merupakan golongan yang berisiko tinggi untuk dijangkiti COVID-19, antara kaedah utama bagi mengurangkan risiko ini adalah dengan kawalan kendiri dan juga vaksinasi. Vaksin COVID-19 Comirnaty® (Pfizer-BioNTech) telahpun diluluskan penggunaannya untuk kanak-kanak 5 sehingga 11 tahun di Malaysia. Dari kajian klinikal, keberkesanan vaksin ini adalah sebanyak 91% serta berupaya untuk meningkatkan tindakbalas imun yang tinggi terhadap penyakit COVID-19. Ini dapat mengurangkan risiko penyakit COVID-19 yang serius.
Pemberian vaksin kepada golongan kanak-kanak yang berusia 5 hingga 11 tahun ini adalah tepat pada masanya untuk melindungi kumpulan ini khususnya kanak-kanak yang mempunyai komorbid. Kanak-kanak golongan umur 5 hingga 11 tahun perlu diberi 2 dos vaksin dengan sela masa 8 minggu selepas dos pertama. Berdasarkan data terkini, sela masa 8 minggu di antara 2 dos yang diberikan akan memberi kesan tindakbalas imuniti dan kadar keberkesanan yang lebih tinggi serta berpotensi untuk memberi perlindungan yang lebih lama.
Pesanan kepada ibubapa yang membawa anak mereka untuk mendapatkan vaksin:
  • Perlu memastikan anak-anak memiliki rehat mencukupi sebelum membawa mereka mendapatkan suntikan vaksin COVID-19;
  • Kanak-kanak yang bakal divaksin juga perlu berada dalam keadaan sihat dan aktif serta makan dan minum yang cukup sebelum disuntik; dan
  • Selepas menerima vaksin, pastikan kanak-kanak tidak melakukan aktiviti berat bagi tempoh seminggu. Ini penting bagi memastikan badan mereka dapat melalui proses pembinaan imuniti dengan baik dan mengelakkan sebarang komplikasi akibat melakukan aktiviti berat.
Selain itu, langkah-langkah pencegahan seperti berikut mesti dipatuhi:
  • Kanak-kanak dinasihatkan untuk kekal berada di rumah kecuali untuk tujuan penting dan perlu sahaja;
  • Amalkan norma baharu serta mematuhi Prosedur Operasi Standard(SOP) dalam mencegah jangkitan COVID-19;
  • Ahli keluarga perlu diingatkan untuk tidak menjadi punca pembawa jangkitan kepada kanak-kanak dengan mematuhi SOP ketika berada di luar rumah; dan
  • Jika terdapat ahli keluarga yang menjalani kuarantin di rumah, pastikan mereka patuh sepenuhnya kepada prosedur kuarantin.
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM ingin menasihati orang ramai agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit, dan sembang dengan jarak yang dekat);
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear, and Warn);
  • Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan;
  • Amalkan TRIIS (Trace, Report, Isolate, Inform, and, Seek) sebelum menghadiri aktiviti sosial atau sekiranya bergejala;
  • Jalani segera ujian COVID-19 sekiranya anda bergejala;
  • Individu positif COVID-19 kategori 1 dan 2A dan tidak berisiko tinggi (60 tahun ke bawah dan tidak mempunyai komorbid) tidak perlu hadir ke Pusat Penilaian COVID-19 (CAC), sebaliknya hanya perlumelakukan pemantauan kendiri melalui Health Assessment Tool (HAT) dalam aplikasi MySejahtera. SMS atau panggilan daripada perkhidmatan Automated Voice Recording (robocall) akan diterima sekiranya belum atau tidak menjalankan pemantauan kendiri setiap hari;
  • Individu yang perlu hadir ke CAC (senarai penuh lokasi, nombor telefon dan waktu operasi boleh didapatkan di https://covid-19.moh.gov.my/hotline) terdekat untuk penilaian lanjut akan dimaklumkan melalui MySejahtera atau dihubungi CAC melalui SMS atau panggilan telefon;
  • Individu yang positif COVID-19 kategori 2B dan ke atas (sama ada berisiko tinggi atau tidak) atau mempunyai gejala yang semakin teruk, dikehendaki hadir ke CAC atau hospital terdekat bagi pemeriksaan lanjut tanpa menunggu panggilan telefon daripada CAC ; dan
  • Tempoh isolasi bagi individu positif COVID-19 yang telah lengkap vaksinasi adalah tujuh (7) hari, manakala tempoh isolasi bagi individu positif COVID-19 yang tidak lengkap vaksinasi atau tiada vaksinasi adalah selama 10 hari. Tempoh isolasi terkini tidak mengambil kira sama ada bergejala atau tidak bergejala.
Individu yang belum menerima vaksin dan tidak pernah dijangkiti COVID-19 adalah kumpulan paling berisiko mendapat jangkitan COVID-19. KKM menasihatkan individu ini agar segera mendaftar dan mendapatkan vaksin COVID-19. Bagi yang telah mendaftar, KKM memohon agar anda hadir ke temu janji tersebut demi melindungi diri dan orang tersayang.
KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
20 Februari 2022 @ 10.00 pagi.
Lampiran 1
Jadual 5: Perbandingan Gejala COVID-19 Kategori 2A (Ringan) dan 2B (Sederhana)
Kategori 2AKategori 2B
Sakit tekak atau selesema tanpa demam atau sesak nafasDemam berpanjangan [dua (2) hari dan lebih] atau demam semula selepas sembuh
Batuk tanpa demam atau sesak nafasKesukaran bernafas apabila melakukan aktiviti (exertional dyspnoea)
Hilang deria rasa tetapi masih mempunyai selera makanSakit dada
Hilang deria bauTidak boleh makan atau minum
Cirit-birit dua (2) kali atau kurang dalam masa 24 jam tetapi kekerapan dan pengeluaran air kencing seperti biasa (normal)Kelesuan bertambah teruk terutamanya semasa melakukan aktiviti harian atau semasa baru bangun daripada tidur
Loya dan muntah tetapi kekerapan dan pengeluaran air kencing seperti biasa (normal)Memerlukan bantuan untuk berjalan
Kelesuan tetapi masih boleh melakukan aktiviti harianGejala seperti batuk, loya, muntah atau cirit-birit semakin teruk  atau berterusan
Sakit otot tetapi masih boleh melakukan aktiviti harianPerubahan status mental seperti kekeliruan / kurang tahap sedar
     Kurang pengeluaran air kencing dalam masa 24 jam

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-2-2022 12:32 PM From the mobile phone | Show all posts
.        .            .
.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2022 03:50 PM | Show all posts
Edited by seribulan at 20-2-2022 10:47 PM
farhana008 replied at 19-2-2022 05:17 PM
lets pray for the best. mudah-mudahan tak ada varain baru. dah nak masuk 3 tahun hidup dalam keris ...

Info setakat ni...

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2022 06:09 PM | Show all posts
Edited by seribulan at 20-2-2022 08:28 PM


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2022 06:09 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2022 06:10 PM | Show all posts
Edited by seribulan at 20-2-2022 10:49 PM


KES BAHARU MENGIKUT MUKIM NEGERI KEDAH (20/2/2022)
BALING - 159
BAKAI 14
BALING 6
BONGOR 7
KUPANG 33
PULAI 34
SIONG 4
TAWAR 39
TELOI KANAN 22
BANDAR BAHARU - 65
BAGAN SAMAK 39
SELAMA 5
SERDANG 13
SUNGAI BATU 5
SUNGAI KECHIL ILIR 3
KOTA SETAR - 476
ALOR MALAI 50
ALOR MERAH 5
ANAK BUKIT 20
BUKIT LADA 6
BUKIT PINANG 9
DERANG 1
DERGA 35
GAJAH MATI 11
GUNONG 11
HUTAN KAMPONG 11
JABI 20
KANGKONG 13
KOTA SETAR 11
KUALA KEDAH 16
KUBANG ROTAN 11
LANGGAR 36
LENGKUAS 1
LEPAI 6
LESONG 8
LIMBONG 1
MERGONG 37
PADANG HANG 2
PADANG LALANG 10
PENGKALAN KUNDOR 55
PUMPONG 24
SALA KECHIK 8
SUNGAI BARU 1
TAJAR 16
TEBENGAU 7
TELAGA MAS 4
TELOK CHENGAI 5
TELOK KECHAI 8
TITI GAJAH 7
TUALANG 10
KUALA MUDA - 554
BUJANG 12
BUKIT MERIAM 4
GURUN 58
KOTA 7
MERBOK 16
PEKULA 14
PINANG TUNGGAL 57
RANTAU PANJANG 2
SEMELING 27
SIDAM KIRI 58
SIMPOR 12
SUNGAI PASIR 93
SUNGAI PETANI 182
TELOI KIRI 12
KUBANG PASU - 253
AH 10
BINJAL 19
BUKIT TINGGI 10
GELONG 17
HOSBA 2
JERAM 8
JERLUN 15
JITRA 30
KEPELU 16
MALAU 15
NAGA 27
PADANG PERAHU 1
PELUBANG 18
PERING 6
PUTAT 7
SANGLANG 2
SUNGAI LAKA 16
TEMIN 25
TUNJANG 9
KULIM - 372
BAGAN SENA 7
JUNJONG 4
KARANGAN 11
KARANGAN 2
KELADI 35
KULIM 74
LUNAS 28
MAHANG 7
NAGA LILIT 34
PADANG CINA 67
PADANG MEHA 16
SEDIM 2
SIDAM KANAN 36
SUNGAI SELUANG 29
SUNGAI ULAR 17
TERAP 3
LANGKAWI - 85
AYER HANGAT 14
BOHOR 3
KEDAWANG 10
KUAH 39
PADANG MATSIRAT 9
ULU MELAKA 10
PADANG TERAP - 46
BATANG TUNGGANG KANAN 1
BELIMBING KANAN 9
BELIMBING KIRI 3
KURONG HITAM 5
PADANG TEMAK 5
PADANG TERAP KANAN 4
PADANG TERAP KIRI 2
PEDU 2
TEKAI KANAN 1
TEKAI KIRI 11
TUALAK 3
PENDANG - 105
AYER PUTEH 51
BUKIT RAYA 11
GUAR KEPAYANG 1
PADANG KERBAU 11
PADANG PELIANG 1
PADANG PUSING 17
RAMBAI 8
TOBIAR 5
SIK - 75
JENERI 6
SIK 34
SOK 8
TELOI 27
YAN - 64
DULANG 2
SALA BESAR 18
SINGKIR 4
SUNGAI DAUN 10
YAN 30
KUMULATIF KES - 2254

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2022 11:49 PM | Show all posts
Edited by seribulan at 20-2-2022 11:46 PM


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2022 01:28 PM | Show all posts
[color=var(--wp--preset--color--vivid-red)  !important]DIKEMASKINI PADA 1230PTG
Pemakluman ralat jumlah kes kematian dan jumlah kes keseluruhan pada perenggan pertama muka surat 8 di dalam kenyataan akhbar ini. Jumlah kematian yang dilaporkan pada 20hb Februari 2022 adalah sebanyak 37 kes seperti yang telah diumum di laman COVIDNOW. Oleh yang demikian, perenggan ini telah dikeluarkan daripada kenyataan akhbar ini. Segala kesulitan dalam perkara ini amat dikesali.
SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA
21 FEBRUARI 2022
PENGGUNAAN KAPASITI KATIL COVID-19 DI HOSPITAL DAN PKRC
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada 20 Februari 2022, penggunaan fasiliti kesihatan khusus bagi kes COVID-19:
  • Katil Kes Kritikal atau Unit Rawatan Rapi (ICU): Tiga (3) negeri iaitu Johor (70%), WP Kuala Lumpur (65%) & Melaka (50%) menunjukkan peratusan pengisian ≥ 50%;
  • Katil Bukan ICU: Sembilan (9) negeri iaitu Selangor (104%), Perlis (101%), Kelantan (96%), Perak (91%), WP Putrajaya (82%), Johor (82%), Sabah (79%), WP Kuala Lumpur (77%) & Pulau Pinang (50%) menunjukkan peratusan pengisian ≥ 50%;
  • Katil Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC): Enam (6) negeri iaitu Selangor (74%), Perak (58%), Terengganu (58%), Sabah (57%), Melaka (53%), dan Kelantan (50%) menunjukkan peratusan pengisian ≥ 50%; dan
  • Pesakit COVID-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilator) meningkat kepada 139 pesakit namun peratusan penggunaan ventilator secara keseluruhan adalah sebanyak 36%.
Jadual 1: Penggunaan Katil COVID-19 Bagi ICU dan Bukan ICU di Hospital & Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) Pada 20 Februari 2022
Jadual 2: Penggunaan Katil Kes COVID-19 dan Bukan COVID-19 di Hospital Awam Pada 20 Februari 2022
Jika dibandingkan dengan data kapasiti keseluruhan katil di fasiliti kesihatan awam di Jadual 2, sememangnya terdapat perbezaan dengan data di Jadual 1. Ini kerana data kapasiti dan penggunaan di Jadual 2 adalah termasuk juga untuk kes COVID-19 dan kes bukan COVID-19.
Secara keseluruhannya, KKM mendapati kapasiti fasiliti kesihatan di hospital awam masih boleh menampung kes COVID-19 dan bukan COVID-19. Namun begitu, setiap negeri telah bersiapsiaga dengan pelan tindak balas cepat sekiranya berlaku peningkatan kes.
Jadual 3: Bilangan Kemasukan Pesakit Harian COVID-19 Ke Katil Bukan Kritikal Hospital Awam Mengikut Kategori dan Negeri pada 20 Februari 2022
KKM ingin menjelaskan bahawa terdapat perbezaan di antara data harian kemasukan kes COVID-19 ke hospital berbanding kes COVID-19 kategori 1 sehingga 5 yang baharu didiagnosa pada setiap hari. Ini memandangkan keadaan klinikal pesakit yang dinamik dan mungkin merosot atau bertambah baik sepanjang dijangkiti COVID-19. Misalnya, semasa didiagnosa, mungkin pesakit tersebut berada pada kategori 2A dan diisolasi di rumah melalui Home Surveilance Order (HSO) digital, namun status kesihatan pesakit boleh merosot ke kategori tiga (3) atau lebih dan memerlukan kemasukan ke hospital.
Pada masa yang sama, terdapat juga kes-kes COVID-19 berisiko tinggi dari kategori 1 dan 2 yang memerlukan kemasukan ke PKRC dan hospital sebagai langkah berjaga-jaga.
Pada 20 Februari 2022, kes COVID-19 yang dimasukkan ke hospital adalah 1,438 kes (Graf 1). Daripada 1,438 kes ini:
485 kes (33.7 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
953 kes (66.3 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.
Graf 1: Bilangan Kemasukan Pesakit Harian COVID-19 Berdasarkan Kategori Ke Hospital
Selain itu, KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 20 Februari 2022:
• Kes sembuh: 18,459 kes [2,937,655 kes kumulatif (91.2%)];
• Kes baharu : 26,832 kes (3,221,680 kes kumulatif);
• Kes import : 68 kes [28 warganegara (41.2%); 40 bukan warganegara (58.8%)];
• Kes tempatan : 26,764 kes [26,054 warganegara (97.3%); 710 bukan warganegara (2.7%)];
• Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 261 kes (98 kes disahkan COVID-19; 163 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
• Kes memerlukan bantuan pernafasan: 139 kes (61 kes disahkan COVID-19; 78 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).
KATEGORI KES COVID-19
Daripada 26,832 kes harian yang dilaporkan pada 20 Februari 2022:
• 133 kes (0.50 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
• 26,699 kes (99.50 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.
Pecahan kategori kes:
• Kategori 1 : 8,469 kes (31.56%);
• Kategori 2 : 18,230 kes (67.94%);
• Kategori 3 : 66 kes (0.25%);
• Kategori 4 : 38 kes (0.14%); dan
• Kategori 5 : 29 kes (0.11%).
Daripada 133 kes COVID-19 kategori 3, 4 dan 5 yang baharu dilaporkan pada 20 Februari 2022:
· 29 kes (21.80%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
· 75 kes (56.39%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19;
· 29 kes (21.80%) telah menerima dos penggalak;
· 62 kes (46.62%) berumur 60 tahun dan ke atas;
· 47 kes (35.34%) mempunyai komorbid; dan
· 6 kes (4.51%) ibu mengandung.
KLUSTER COVID-19
• Jumlah kluster : 6,719 kluster;
• Jumlah kluster baharu : 15 kluster;
• Jumlah kluster yang telah tamat : 6,219 kluster; dan
• Jumlah kluster aktif : 500 kluster.
NILAI RT
Perincian nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Jadual 3. Maklumat terperinci lain berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my . Data akan dikemaskini pada jam 12:00 tengah malam setiap hari.
Jadual 4: Nilai RT Mengikut Negeri Berdasarkan Kes Yang Dilaporkan Pada 19 Februari 2022
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM ingin menasihati orang ramai agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit, dan sembang dengan jarak yang dekat);
Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear, and Warn);
• Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan;
Amalkan TRIIS (Trace, Report, Isolate, Inform, and, Seek) sebelum menghadiri aktiviti sosial atau sekiranya bergejala;
• Jalani segera ujian COVID-19 sekiranya anda bergejala;
• Individu positif COVID-19 kategori 1 dan 2A dan tidak berisiko tinggi (60 tahun ke bawah dan tidak mempunyai komorbid) tidak perlu hadir ke Pusat Penilaian COVID-19 (CAC), sebaliknya hanya perlu melakukan pemantauan kendiri melalui Health Assessment Tool (HAT) dalam aplikasi MySejahtera. SMS atau panggilan daripada perkhidmatan Automated Voice Recording (robocall) akan diterima sekiranya belum atau tidak menjalankan pemantauan kendiri setiap hari;
• Individu yang perlu hadir ke CAC (senarai penuh lokasi, nombor telefon dan waktu operasi boleh didapatkan di https://covid-19.moh.gov.my/hotline) terdekat untuk penilaian lanjut akan dimaklumkan melalui MySejahtera atau dihubungi CAC melalui SMS atau panggilan telefon;
• Individu yang positif COVID-19 kategori 2B dan ke atas (sama ada berisiko tinggi atau tidak) atau mempunyai gejala yang semakin teruk, dikehendaki hadir ke CAC atau hospital terdekat bagi pemeriksaan lanjut tanpa menunggu panggilan telefon daripada CAC ; dan
• Tempoh isolasi bagi individu positif COVID-19 yang telah lengkap vaksinasi adalah tujuh (7) hari, manakala tempoh isolasi bagi individu positif COVID-19 yang tidak lengkap vaksinasi atau tiada vaksinasi adalah selama 10 hari. Tempoh isolasi terkini tidak mengambil kira sama ada bergejala atau tidak bergejala.

Individu yang belum menerima vaksin dan tidak pernah dijangkiti COVID-19 adalah kumpulan paling berisiko mendapat jangkitan COVID-19. KKM menasihatkan individu ini agar segera mendaftar dan mendapatkan vaksin COVID-19. Bagi yang telah mendaftar, KKM memohon agar anda hadir ke temu janji tersebut demi melindungi diri dan orang tersayang.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

21 Februari 2022 @ 10.00 pagi.
LAMPIRAN 1




Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2022 04:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by seribulan at 21-2-2022 11:43 PM
BlackOpium replied at 19-2-2022 12:11 PM
Border kalau bukak jugak entah berapa la kes nanti. Rakyat pun SOP kadang ke laut.

Info negeri setakat hari ni..

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2022 06:01 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2022 06:02 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2022 06:03 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2022 06:04 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2022 07:15 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-2-2022 07:33 PM | Show all posts

semalam dapat tahu anak sedara darjah 6 positif. dapat dari sekolah. minggu lepas baru jumpa dia, mujur masa tu dia belum positif
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-7-2024 07:51 PM GMT+8 , Processed in 3.747027 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list