CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: LailaTempawan

Legenda Mahsuri

   Close [Copy link]
Post time 24-4-2010 02:22 PM | Show all posts
Salam Pak Tanggo....
Saya baru shj membaca ruangan ini setelah mengetahui perkahwinan Aisyah.  Terg ...
apan Post at 24-4-2010 11:36
....... Terima kasih takusan. Kalau perasaan kamu begitu setelah membaca, bagaimana agaknya perasaan saya yg sudah 10 tahun lebih bergelomang dgn pelbagai masaalah setelah mengdedah perkara tentang siapa Mahsuri dan keturunanya. Pasti sedikit kamu ada rasa.Sebenarnya beratus kali lebih dari itu saya rasakan. Hanya Allah saja yg tahu kesemuanya.Apa pun sentiasalah memaafkan kesalahan orang yg d lakukan terhadap diri kita supaya kita tenang.Kenalilah diri kita supaya kita selamat d dunia hingga akhirat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2010 02:41 PM | Show all posts
Masih menanti kisah kenduri Mahsuri, gambar hidangan dr alam ghaib.......
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2010 03:32 PM | Show all posts
Reply  tanggo


mksud sy........ kenapa yer dia diwalikan dr sebelah mak dia? bukan susunan wali ...
anne83 Post at 23-4-2010 15:49


tp pada pemahaman aku pada ayat tu, dia di nikahkan , bukan di walikan..
nikah ni slalunya tok imam yg buatkan.. lainla kalau dia nikah berwalikan datuk.. tu mmg boleh menimbulkn kemuskyelan..
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2010 10:09 PM | Show all posts
Masih menanti kisah kenduri Mahsuri, gambar hidangan dr alam ghaib.......
apan Post at 24-4-2010 14:41
...... Oy! saya akan masukkan nanti. Sabar ya.
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2010 10:11 PM | Show all posts
tp pada pemahaman aku pada ayat tu, dia di nikahkan , bukan di walikan..
nikah ni slalunya tok  ...
reddots Post at 24-4-2010 15:32
........ fikirlah sendiri.Semua org akan ke situ.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2010 09:13 AM | Show all posts
Lagenda Mahsuri.

       Utk pengetahuan umum, sekarang ini kali Sunan Gunong Jati sudah kurang sa ...
tanggo Post at 23-4-2010 17:45


Salam sume. en tanggo, Maaf bertya Sunan Gunong Jati tu empangan ka. B4 this SR je, kupasan yg sgt3 menarik,...... teruskan en. tango
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-4-2010 09:22 AM | Show all posts
Post Last Edit by apan at 25-4-2010 09:37
...... Oy! saya akan masukkan nanti. Sabar ya.
tanggo Post at 24-4-2010 22:09



    Begitu juga gambar cincin yg masih ada kesan darah walaupun telah dicuci....
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2010 09:53 AM | Show all posts
Bagaimana pula kisah kakak2 Mahsuri....mengapa mereka tidak berkahwin? Mengikut cerita yang diketahui ramai, Mahsuri dilahirkan setelah sekian lama ibu bapanya tidak memperolehi anak.  Jadi timbul kekeliruan......Minta Pak Tanggo perjelaskan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2010 10:22 AM | Show all posts
Reply 1784# reddots

oklah..... dinikahkan..... tp kenapa sebelah ibu? sebelah ayah tak ade? dan kot ye pun, kenapa nama wali tak disebut? nama saksi boleh plak disebut sampai ke nama bapak? speku.... speku......... wallahuallam.........
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2010 10:52 AM | Show all posts
saya pun jadi musykil.em.........ada penjelasan saudara tanggo
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2010 05:22 PM | Show all posts
1st time bace terus terlekat...semoga saudara tanggo sentiasa berwaspada n insyaAllah mencapai matlamat.....
saya selalu pegi langkawi....tapi cuma pergi bersuka ria tanpa mendalami sejarah disebalik "MAHSURI".. next month nak gie...this time pegi ngan sejarah...sure rasa lain sikit...
cuma yg menjadi pertanyaan saya...betul ker air tasik dayang bunting tu..sesuai utk org yg belum dapat anak??? ramai yg berkata...kalau nak pregnant gie lah minum air tasik tu...tu yg nak tau kesahihan nya...tima kasihhh
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2010 05:44 PM | Show all posts
Salam sume. en tanggo, Maaf bertya Sunan Gunong Jati tu empangan ka. B4 this SR je, kupasan yg s ...
whm Post at 25-4-2010 09:13
.............. Sunan Gunong Jati itu ialah salah seorang Wali Songo.Itu nama atau gelaran aja. Nama sebenarnya......... Yg kering tu adalah kali atau sumor atau periginya. Terimakasih.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2010 05:48 PM | Show all posts
Post Last Edit by apan at 25-4-2010 09:37




    Begitu juga gambar cincin yg masih ada kesan  ...
apan Post at 25-4-2010 09:22
............ Saya tak tahu pula bahawa ada cincin yg ada kesan darah. Cincin jade keounyaannya yg ada dlm simpanan saya tu pula tak ada pun kesan darahnya. Cincin jade itu adalah hadiah terakhir Wan Derus kepadanya sebelum beliau hendak pergi berperang.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2010 05:55 PM | Show all posts
Bagaimana pula kisah kakak2 Mahsuri....mengapa mereka tidak berkahwin? Mengikut cerita yang diketahu ...
apan Post at 25-4-2010 09:53
............. Cerita orang banyak begitulah malah lebih dari itu. Saya anggap itu hanya nak menyedapkan resepi cerita mereka sahaja.Yg sebenarnya ada. Banyak kisahnya.Makam 2 orang kakaknya ada d sebelah kanan dari makam Mahsuri atau sekarang ini d pejalan kaki sebelah kanan replika makam itu.
Pandak Mayah tak susah nak dapat anak seperti d ceritakan orang.Setahu saya, saya belum jumpa lagi orang berkata Mahsuri ada 2 orang kakak dan 2 orang anak laki2.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2010 05:56 PM | Show all posts
Bagaimana pula kisah kakak2 Mahsuri....mengapa mereka tidak berkahwin? Mengikut cerita yang diketahu ...
apan Post at 25-4-2010 09:53
....... Kalau tak ada orang minta macam mana nak khawin?
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2010 06:00 PM | Show all posts
Reply  reddots

oklah..... dinikahkan..... tp kenapa sebelah ibu? sebelah ayah tak ade? dan kot y ...
anne83 Post at 26-4-2010 10:22
............. Ya , saya pun sedang menelaah dlm Quran. Orang tua2 d Langkawi bersembang dgn saya pun keluarkan soal itu. Allah maha menggetahui. Sabar dan kita tunggulah d akhir lakonan mereka. Tak kemana. Sekarang kami masih menunggu rombongan Si Langkanas pulang dari Phuket. Nak tahu cerita sebenar dan saya akan masukkan dlm ini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2010 06:01 PM | Show all posts
saya pun jadi musykil.em.........ada penjelasan saudara tanggo
nurlis Post at 26-4-2010 10:52
.......... kita tunggu mereka balik dari Phuket ya.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2010 06:07 PM | Show all posts
1st time bace terus terlekat...semoga saudara tanggo sentiasa berwaspada n insyaAllah mencapai matla ...
berasmerah Post at 26-4-2010 17:22
.......... Terima kasih. Adakah anda faham dgn sebaiknya?. Datang bersuka ria?. Apa tu?.Cari2lah saya d sini kalau saya ada d sini.Air tasik Dayang Bunting, kata org begitulah.Ramai tak tahu cerita tentang tasik tu.Hebat sekali. Seram. Air tu perlu lah d jampi. Tasik d tengah laut tapi airnya tawar kenapa?
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2010 06:36 PM | Show all posts
assalamualaikum..
selama ni saya silent reader je. 3 hari untuk saya habiskan thread ini. tak sangka semua ini benar2 ada dan benar2 terjadi. tak sabar nak tahu kisah selanjutnya. si langkanas itu namanya ismail hanapiah ye..

Persandingan Wan Aishah meriah ~ Waris Mahsuri.
PHUKET 24 April – Perarakan persandingan Wan Aishah Wan Nawawi dan suami, Alee Tongyun hari ini berlangsung dalam suasana meriah diiringi hampir 70 orang termasuk 30 petugas Kota Mahsuri yang dibawa khas dari Pulau Langkawi.
Bermula dari rumah Wan Aishah, pasangan pengantin dan rombongan berjalan sejauh 500 meter ke pekarangan Masjid Kampung Tambon Kemala di mana majlis perkahwinan Wan Aishah dilangsungkan, didahului dengan pembawa bunga manggar dan bunga emas serta iringan muzik tradisional Gendang Pribumi Kota Mahsuri, Pulau Langkawi.
Anggun berkebaya pendek moden bertatah batu swaroswky merah jambu dan bertudung senada warna dan corak, Wan Aishah kelihatan manis diapit suaminya Alee Tongyun yang berpakaian serba putih.

Penduduk kampung berdiri di kiri kanan jalan menghala ke masjid untuk melihat wajah pasangan pengantin yang diibaratkan seperti ‘pinang dibelah dua’.
Pasangan pengantin kemudian dibawa melalui sebuah pintu gerbang yang dibuat daripada buluh dan dihias dengan bunga hidup sebelum dibawa ke pentas khas untuk upacara bergambar bersama kenalan dan sanak saudara.
Tetamu, rakan-rakan dan keluarga mengambil kesempatan ini untuk bersalam dan memberi sumbangan kepada pasangan pengantin. Tiada ada upacara merenjis seperti dalam masyarakat Melayu Malaysia.

Hampir 700 tetamu jemputan mula sampai sejak pukul 9 pagi untuk meraikan majlis perkahwinan Wan Aishah dan menjamu selera dengan masakan tradisi masyarakat Melayu Phuket.
Seperti dalam masyarakat Melayu, penduduk Kampung Tambon Kemala masih mengekalkan istiadat Melayu dengan menggunakan tenaga penanggah untuk menghidangkan makanan dan minuman kepada tetamu.
Sepanjang majlis berlangsung, tetamu disajikan dengan persembahan hiburan dan nyanyian oleh Kumpulan Muzik Seni Kota Mahsuri yang didatangkan khas dari Pulau Langkawi diketuai Ismail Hanapiah atau lebih dikenali sebagai Cikgu Mail.

Menurut Ismail, kedatangan rombongan Kota Mahsuri adalah bagi meraikan majlis perkahwinan Wan Aishah yang mempunyai kaitan dengan sejarah legenda Pulau Langkawi.
“Saya sebagai orang yang bertanggungjawab menjaga Kota Mahsuri di Langkawi terpanggil untuk ikut sama memeriahkan perkahwinan cicit Mahsuri itu dengan mengadakannya mengikut adat istiadat Melayu kita. Bunga manggar, bunga telur dan muzik tradisi yang kami bawa adalah pelengkap kepada sambutan majlis perkahwinan ini.

“Saya berharap persembahan kami dapat menggembirakan masyarakat Melayu di Phuket khasnya di Kampung Tambon Kemala ini,” katanya.
Terdahulu kedatangan pengantin lelaki Alee Tongyun disambut meriah oleh tuan rumah dan keluarga pihak pengantin perempuan.
Diiringi seorang budak lelaki berusia lingkungan enam tahun yang lengkap berpakaian seperti pengantin, Alee ditahan sebanyak tiga kali di pintu masuk sebelum dilepaskan setelah membayar ‘wang tol’. Di tangga rumah ke tingkat atas di mana pengantin perempuan menunggu, dua budak perempuan memegang tali pinggang emas menghalang laluan pengantin lelaki.

Bagaimanapun setelah dihulurkan wang tol, pengantin lelaki dibenarkan naik bertemu pengantin perempuan. Upacara membaca doa dilakukan di bilik pengantin perempuan oleh ibu saudara Wan Aishah.

Wan Aishah Wan Nawawi, 25, dinikahkan oleh datuknya Karim Dumluck dengan Alee, 27, malam Jumaat lalu di kediaman ibu bapa Wan Aishah.
Pada majlis hari ini, Wan Aishah menerima 11 hantaran berupa pakaian, makanan, manisan, barang kemas dan sejumlah wang tunai. – Mingguan
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2010 07:04 PM | Show all posts
2 hari sy mengadap pc utk habiskan 72 page. ujung thn lepas sy bercuti di langkawi n memang terkejut bila dikenakan byrn masuk ke makam mahsuri. tp masuk x der feel apa2. tp lepas membaca kesemua keterangan dr en tanggo, sy dh x sabar nak dtg kembali ke langkawi 29 mei ni.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 09:48 AM GMT+8 , Processed in 0.055861 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list