|
Post Last Edit by Rorine at 12-8-2010 12:15
Temui Marhaban Di Astro Ramadan Ini
![](http://photo.murai.com.my/8122010_marhabban2010(a).jpg)
Teks Oleh Wartawan GengMurai
KUALA LUMPUR, 12 OGOS 2010: Ahlan wa sahlan ya Ramadan! Hujung minggu lalu, Marhaban Di Astro telah membuka tirai untuk tahun 2010. Dengan bertemakan Kafilah Seni Kembali lagi, pengembaraan Marhaban di Astro kali ini memilih Kuantan Parade sebagai destinasi pertama.
Persinggahan sulung selama 2 hari itu telah menyaksikan pelbagai pertandingan seperti pertandingan rekaan fesyen busana muslim, pertandingan seni kaligrafi, pertandingan nasyid solo dan pencarian bakat P.ramlee ( oleh saluran History).
Di petang harinya, pengunjung dihiburkan dengan persembahan daripada kumpulan muzikal Kalifah Seni yang dibarisi oleh Tok Wan, Shahir AF8, Maulana AF8, Ain AF8, Zahid, Alam, Fitri, Nadia, Idayu, Aishah, Afiq, Amar (Anak Wayang) dan kumpulan Firdaus.
Bukan sahaja dapat berhibur, warga pahang juga berkesempatan beramah mesra bersama artist-artis kesayangan mereka, Kepada anda yang ingin turut sama merasai kemeriahan ini, jangan lupa sertai Kafilah Seni Marhaban di Astro pada tarikh dan lokasi yang berikut:
14 & 15 Ogos 2010: Marhaban di Astro di AEON Seberang Perai, Pulau Pinang
21 & 22 Ogos 2010: Marhaban di Astro di AEON Bukit Indah, Johor Bahru, Johor
28 & 29 Ogos 2010: Marhaban di Astro di AEON Bukit Tinggi, Klang
Bukan itu sahaja, terdapat juga acara pengagihan bubur lambuk dari rumah ke rumah oleh artis-artis Marhaban seperti, Yazer, Akma, Toi, Keifli, Hazama, Farhan, Edlin, Dekna dan peserta-peserta Imam muda.
Anda juga turut berpeluang beramah mesra sambil berhibur bersama mereka. Semoga penggembaraan Ramadan kali ini menjadi lebih bermakna kepada kita semua. Jangan temui kami di tarikh dan lokasi berikut :
14 Ogos 2010: Bazaar Ramadan Dataran Shah Bandar, K. Terengganu
21 Ogos 2010: Bazaar Ramadan Perkarangan Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah
28 Ogos 2010: Bazaar Ramadan Dewan Jubli Intan, Muar, Johor
4 September 2010: Bazaar Ramadan Hentian Bas Temerloh, Pahang. |
|