CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: hijau88

NUR KASIH[PART IX]

   Close [Copy link]
 Author| Post time 16-2-2011 10:09 PM | Show all posts
yes. mmm. wpun... dub dab dub dab.
wakakaka.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2011 10:11 PM | Show all posts
yes. mmm. wpun... dub dab dub dab.
wakakaka.
hijau88 Post at 16-2-2011 22:09



   
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-2-2011 10:21 PM | Show all posts
Reply 1782# orang_kampong

ni yg makin tak sbr ni. tp audio (erk... tul tak istilah aku ni?)... mmg gempak la kan. kan taraf filem. harus la camtu. fuhhhhhh. mantap la.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2011 10:35 PM | Show all posts
yup.. semestinye nak nur & adam...
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2011 10:35 PM | Show all posts
huhuhuh...tu aku nyer andaian je
tp hrp2 bukn mcm tu la
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2011 11:37 PM | Show all posts
Kalau Nur ngan Aidil mcmana?? Kankah Aidil yg dulu nampak Nur dan hendakkan Nur.
Adam takkan tau pasal Nur kalau bkn dijodohkan oleh arwah.
Mngkin akhirnya Aidil dpt jugak Nur.
Jgn tembak saya...sorry
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-2-2011 11:42 PM | Show all posts
ohhhh...........tidak x mau nur ngan aidil...x mau....
tidakkkkkkkkkkk..............
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2011 03:28 AM | Show all posts
Reply 1787# adifrs


setelah ku jampi-jampi and telek-telek dlm mangkuk sup ku ini....firasat ku Nur & Adam will be together FOREVER..coz

1. Khabir and Ahmad Puad Onah dah cakap this is remeo and juliet...laila majnun...malaysian version
2. romeo and juliet... or Laila majnun..setia pd yg satu sampai mati..so..kita amik this as precedence for NKTM
3. lovey dovey tu dah melarat sampai kat luar set...kakaka...u know what i meaannn....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2011 03:30 AM | Show all posts
Remy Cedera Kena Tendang!


0 Comments
by Nani | 16 Feb 2011 | in Hiburan, BERITA HANGAT,


Selepas insiden dibelasah sekumpulan lelaki pada hujung tahun 2009, pelakon terkenal, Remy Ishak sekali lagi terlibat dalam satu insiden pergaduhan sehingga mendatangkan kecederaan pada dirinya.

Pelakon drama ‘Nur Kasih’ ini mengalami kecederaan di bahagian tulung rusuk kanan setelah ditendang dalam kejadian yang berlaku di sebuah rumah di Kuala Lumpur, kira-kira dua minggu lalu. Ekoran dari insiden tersebut, pelakon drama siri ‘Arjuna’ ini kini mengambil keputusan untuk berehat buat sementara waktu dalam dunia seni lakonan.

“Saya mengalami kecederaan di tulang rusuk kanan ketika menjayakan satu babak pergaduhan dalam filem terbaru saya berjudul ‘Barajiwa’. Ketika melakukan babak itu, saya telah ditendang sehingga menyebabkan tulung rusuk saya lebam.

“Selepas ditendang, saya tak boleh bangun dan telah dibawa ke klinik untuk menjalani ujian x-ray. Ia cedera kecil saja, tapi sebab ia melibatkan bahagian dalam, jadi agak merisaukan juga. Nasib baiklah insiden ini berlaku pada hari terakhir penggambaran,” kata Remy ketika ditemui di majlis ramah mesra bersama pelakon filem 'Cun!' baru-baru ini.

“Apa yang berlaku bagi saya ada hikmah. Setidak-tidaknya saya dapat berehat dengan lebih lama. Saya letih sangat sebab sudah dua tahun saya bekerja tanpa henti. Jadi, sekarang saya ambil peluang ini untuk berehat.

“Selepas dua minggu berehat di rumah, hari ini barulah saya keluar untuk menghadiri majlis ini,” ujar Remy yang kelihatan agak kurus berbanding sebelum ini.

“Bila saya terlibat dengan filem ‘Barajiwa’, saya kena selalu pergi gim. Saya juga banyak terlibat dengan babak pergaduhan dan saya akui saya sangat letih kerana perlu banyak beraksi.”

Menurut Remy, selepas berehat, dia akan kembali sibuk dengan penggambaran drama ‘Tahajud Cinta’ arahan Erma Fatima dan filem muzikal terbitan KRU berjudul, ‘29 Februari’. Selain itu, Remy juga sedang menunggu dua filem lakonannya ditayangkan di pawagam iaitu ‘Nur Kasih The Movie’ dan 'Cun!'.

Filem Nur Kasih dijangka ditayangkan pada bulan Mei nanti manakala 'Cun!' akan ditayangkan pada 31 Mac ini,” ujar Remy yang memegang watak sebagai Atan dalam filem terbitan Nuansa Sdn Bhd dan Tayangan Unggul ini.

“Atan merupakan seorang yang sangat kelam-kabut. Sejujurnya saya sendiri tidak sangka akan terlibat dengan produksi ini memandangkan sebelum ini saya sibuk dengan teater ‘Natrah’. Namun, alhamdulillah, nampaknya rezeki berpihak kepada saya juga,” kata  Remy yang bergandingan dengan Maya Karin dalam filem ini.

“Kami mula menjalani penggambaran pada hujung tahun 2009. Bagi Remy, tiada masalah untuk bergandingan dengan Maya kerana sebelum ini pun, kami pernah digandingkan bersama dalam ‘Natrah’.

“Selain itu, watak Atan juga menuntut Remy untuk bertutur dalam loghat Kedah. Setakat ini memang tidak ada masalah kerana Remy pernah duduk di Kedah selama 9 tahun. Cuma apa yang paling mencabar, Remy kena berlakon untuk watak komedi romantik.

“Ini percubaan kali pertama Remy dalam memegang watak seperti ini. Remy perlu berusaha keras untuk membuat orang ketawa. Terus-terang Remy kata, Remy takut juga nak tengok reaksi dan penerimaan orang terhadap watak Remy ini. Remy harap, mereka dapat menerima sepenuhnya karakter yang Remy bawa dalam filem ini.”

credit Gua
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2011 03:36 AM | Show all posts
Post Last Edit by supbunjut at 17-2-2011 03:38

Remy, Maya tiada cinta

--------------------------------------------------------------------------------


MEMANG sejak hari pertama angin kencang yang membawa khabar Remy Ishak dan Maya Karin bercinta, kedua-duanya menentang keras gosip tersebut. Bagi Remy dan Maya, tali yang terikat antara mereka hanya bersimpul atas dasar pelakon profesional. Tidak lebih daripada itu.

Keintiman yang terbit antara mereka hanya untuk menjiwai teater Natrah. Namun ia disalah tafsir lantas menjadi satu gosip yang tiada berpenghujung. Sehingga akhir tahun lalu, Remy mula dikaitkan dengan 'isteri'nya dalam Nur Kasih, Tiz Zaqyah dan Maya sendiri rapat dengan salah seorang trio KRU, Yusry Abdul Halim.

Maka lenyaplah kisah cinta dongeng antara Remy dan Maya. Namun kini nampaknya 'api cinta' mereka bagai bersemarak semula. Malah kedua-duanya langsung tidak menafikan hal tersebut. Tetapi kata mereka, api cinta yang menyala itu hanya untuk sebuah naskhah filem bernama Cun!.

Dalam filem arahan Osman Ali itulah mereka merasa erti cinta seperti yang dihebohkan khalayak sebelum ini.

Maya yang membawakan watak gadis desa bernama Luna Latisya dalam filem tersebut meluahkan rasa terujanya memandangkan watak yang dilakonkan kali ini agak berbeza dengan watak-watak sebelumnya.

"Secara ringkasnya, Luna adalah seorang pengacara rancangan gosip yang berjaya dalam industri hiburan tanah air. Kemudian telah berlaku satu insiden sehingga menyebabkan dia lari ke sebuah kampung.

"Apa yang menariknya, watak yang saya lakonkan dalam filem ini tidaklah terlalu gedik seperti dalam Pisau Cukur dan lawak yang dilakukan juga tidak slapstik," ujarnya yang mengakui cukup selektif memilih tawaran berlakon.

Tambah Maya, jika sebelum ini dia sering melakonkan watak-watak yang berakhir dengan kesedihan seperti kehilangan insan yang tersayang atau cinta yang tidak kesampaian, kali ini dia dapat merasakan satu kepuasan dalam filem tersebut.

Ujarnya, selain menganggap watak yang dimainkannya itu satu cabaran baru, dia turut gembira kerana jalan cerita filem itu berakhir dengan penamat yang menggembirakan setelah berjaya memiliki lelaki idamannya.

Mengenai pengalaman menarik yang dilalui sepanjang penggambaran, Maya menceritakan apa yang paling tidak dapat dilupakan adalah babak yang memerlukannya menunggang seekor kerbau.

"Bayangkan kerbau yang saya harus tunggang itu bersaiz besar dan memiliki tanduk yang panjang. Perasaan takut memang ada kerana takut ditanduk, tetapi itu adalah antara pengalaman yang paling menyeronokkan.


REMY tidak kekok menyuap makanan untuk Maya.

--------------------------------------------------------------------------------


"Selain itu, saya berasa sangat seronok sepanjang tiga minggu berada di Alor Star, Kedah. Memang pada masa itu saya rasa tenang kerana dapat lari daripada kesibukan kota," ujarnya.

Remy yang memainkan watak sebagai Atan pula memberitahu bahawa pada asalnya dia tidak dapat berlakon dalam filem arahan Osman Ali tersebut kerana sudah terikat dengan beberapa projek lain.

"Mulanya saya terpaksa menolak tawaran yang diberikan kerana saya terlalu sibuk. Jadual lakonan saya pada masa itu memang padat dan saya risau tidak dapat memberikan komitmen sekiranya menerima tawaran tersebut.

"Kemudian saya dapat tahu projek untuk menghasilkan filem tersebut telah ditunda. Mungkin sudah menjadi rezeki saya apabila ditawarkan sekali lagi setelah melihat gandingan mantap saya bersama Maya dalam teater Natrah," ujarnya.

Tambah Remy, sepanjang berlakon dalam filem itu dia tidak berhadapan dengan masalah yang besar terutama untuk membentuk keserasian bersama Maya kerana pernah berlakon bersama-sama.

Biarpun watak sebagai Atan memerlukannya bercakap menggunakan loghat utara, namun dia tidak tidak berdepan kesukaran kerana pernah bersekolah di Kedah selama sembilan tahun sebelum ini.

"Apa yang mencabar adalah untuk membentuk karakter Atan dalam filem Cun!. Lagipun ini adalah percubaan pertama saya berlakon dalam filem bercorak komedi setelah sering diberikan watak serius," ujarnya.

Keluar topik tentang pengalaman berlakon dalam Cun!, Maya yang ditanya tentang kesediaannya untuk kembali berkahwin pantas memberitahu dia belum bersedia untuk hidup berumah tangga semula.

Namun duta produk Innershine ini tidak menafikan dia menjadi buruan ramai lelaki yang ingin cuba mengisi kekosongan hatinya itu.

Maya belum sedia

"Bohonglah kalau saya cakap tidak ada lelaki yang cuba mendekati saya. Memang ada yang mengajak untuk menjalinkan hubungan yang lebih serius, tetapi saya menolak dengan cara baik.

"Saya akan berterus-terang dengan mereka dan memberitahu yang saya masih belum bersedia lagi. Buat masa ini saya ingin lebih fokus kepada kerjaya sahaja," ujarnya.

Menurutnya lagi, ketika ini dia sedang berdebar menantikan kelahiran album terbarunya selepas kali terakhir menghasilkan album kira-kira tujuh tahun yang lalu.

Ujarnya lagi, komposer yang terbabit dalam pembikinan albumnya itu ialah Audi Mok dan Azlan Abu Hassan. Lebih istimewa, ada di antara lagu-lagu dalam album berkenaan yang menceritakan tentang kisah hidup dirinya.


SERASI bersama. Maya dan Remy intim seperti pasangan kekasih.

--------------------------------------------------------------------------------


"Kalau boleh saya tidak mahu bercerita dengan lebih lanjut tentang album ini. Segalanya tentang album berkenaan akan saya ceritakan pada majlis pelancarannya nanti," ujarnya yang enggan mengulas lanjut.

Remy tak cinta Tiz

Kesempatan bercakap tentang kisah peribadi juga diajukan kepada Remy yang cukup sukar ditemui lewat kebelakangan ini kerana jadual kerjanya yang cukup padat.

Tentulah topik yang dilontar adalah tentang hubungan intimnya dengan Tiz Zaqyah.

Tidak mahu hubungannya terus menjadi teka-teki di kalangan para peminat, Remy akhirnya bersedia membuat kenyataan setelah dilihat lebih banyak berdiam diri apabila kontroversi mengenai dirinya timbul.

"Rasanya ramai pihak yang sudah salah erti mengenai hubungan saya dan Tiz. Sebenarnya hubungan kami memang baik sebagai kawan dan tidak dinafikan kami memang pernah keluar bersama dengan rakan-rakan lain.

"Cerita saya dan Tiz tinggal serumah adalah tidak benar sama sekali. Mungkin cerita ini timbul apabila melihat kami berdua membeli barangan kelengkapan rumah di Ikea, sedangkan kami beli barang rumah masing-masing," terangnya.

Jelas Remy lagi, apa yang lebih mengejutkannya apabila ada yang membuat cerita kononnya Tiz sanggup terbang ke Terengganu semata-mata untuk bertemu dengannya yang sedang menjalani penggambaran di negeri tersebut.

Menurut pelakon yang semakin meningkat naik itu, memang dia sengaja mengambil sikap untuk berdiam diri sahaja apabila timbul pelbagai cerita negatif yang membabitkan dirinya.

Menurutnya, dia sebenarnya memang malas untuk memberi sebarang komen kerana merasakan tidak perlu sebarang kisah peribadinya diceritakan kepada semua orang.

"Dahulu bila saya keluar dengan ramai kawan-kawan lelaki ada yang menuduh saya seorang gay. Sekarang ini bila saya keluar dengan rakan wanita, orang kata saya kaki perempuan pula.

"Selama ini saya tidak pernah membataskan pergaulan dan berkawan dengan sesiapa sahaja. Kalau berkawan dengan seseorang artis itu, saya tidak berkawan semasa berada lokasi penggambaran sahaja tetapi termasuk di luar lokasi," ujarnya.

credit Kosmo
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2011 08:33 AM | Show all posts
mmm. hepsss. tp takde gosip kan psl Cikgu2 ni. tp kalu abg adam ngan duyung ada kan.
opssss.
waka ...
hijau88 Post at 16-2-2011 21:42


tu la kesian plak..dh la vid klip abg adam nyanyi ngn duyung tu sgguh mesra gitu..aiyooo nur cr abg lain je la...
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2011 09:43 AM | Show all posts
tu la kesian plak..dh la vid klip abg adam nyanyi ngn duyung tu sgguh mesra gitu..aiyooo nur cr  ...
cmf_aminah Post at 17-2-2011 08:33


cmf aminah !
terlebey mesra cam org mabuk todi lagaknya ! meluat !!!!!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2011 10:14 AM | Show all posts
Post Last Edit by kejora10 at 17-2-2011 10:16

Reply 1792# hayati_hassan


kegersangan!!!
kemarau menunggu tengkujuh melanda.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2011 11:14 AM | Show all posts
Reply  adifrs


setelah ku jampi-jampi and telek-telek dlm mangkuk sup ku ini....firasat ku Nur ...
supbunjut Post at 17-2-2011 03:28



    sup.....aku suker...aku suker....{:1_147:}
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2011 11:15 AM | Show all posts
cmf aminah !
terlebey mesra cam org mabuk todi lagaknya ! meluat !!!!!!!!!!
hayati_hassan Post at 17-2-2011 09:43



    kannn.............aku bkn meluat g dah...menyampah yg amattt...........
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2011 12:08 PM | Show all posts
penangan org yg experience, mcm dadah sekali kena nak lagi
sehingga parah!!!

mati hanya sekali, siapa peduli, alam mati tiada yang ketahui
tuhan sudah memberi amaran, sekecil manapun, jgn diabaikan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2011 12:29 PM | Show all posts
Post Last Edit by Ygcuriguli at 17-2-2011 12:31

Salam utk semua Nurkasih families. Sori guli menghilg diri lupa kunci nya da. Ni dah selak2 gali2 jump akhir ya. Thanks 4 the warm welcome terharu dgn all the shout out fr my nurkasih families **group hug** susa jugk nak post thread eh
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2011 12:32 PM | Show all posts
Post Last Edit by suri21 at 17-2-2011 12:37

salam semua

bermacam komen di beri
bila gambar menghiasi
tapi ada satu menghiris hati
bila minta nur cari ganti

kerana nyamuk kelambu di bakar
gambar yang tersiar memang kelakar
entah apa yang cuba di war-war
mungkin harga diri yang makin pudar

hehehe lovey dovey sudahnya mesti
alam nyata masih ada misteri
kalau ikhlas teruskan doa mengiringi
supaya tabah dan cekal menghadapi

adam dan nur aka remy dan tizzy forever and ever infinity...tagline sejak dahulu lagi kekal hingga kini...
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2011 12:42 PM | Show all posts
Post Last Edit by Ygcuriguli at 17-2-2011 12:45

Trailer nurkasih baru ni mendebarkan hati byk persoalan yg timbul. Kenapa nur keguguran? , napa Adam hilang lagi ni kalinak berkorban utk sapa? Last time krna abg Aidil dia, sebab adam tak nak jdi pghalang antra 'cinta' abgnya dn Nur.  I nak happy ending 4 my fav couple la tak nak sebaliknya.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2011 12:52 PM | Show all posts
Reply 1798# suri21


    ohhh.........yeahhhhhhhhh!!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 04:12 AM GMT+8 , Processed in 0.392110 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list