|
Reply #1752 kekekek's post
Aku bukan tak suka saliha ni, skrg ader ker takder pilem ni, no hal ... no feeling |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1799 Hayah's post
opps, typo error!
RALAT.
"dgn saliha sekali". maksudnye ada gambar saliha gak kat urtv. tapi gambar yg same tu. cume gambar mawi yg baru - bertopi dan berjaket kulit
SORI MOD |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kekkukus at 13-8-2007 08:29 PM
tapi saye tak pandai nak post gambar. hari tu dah cube sekali , tak jadi.
dah copy masuk PC kan
jadi kena upload dulu
akupun tak pandai.. pernah guna imageshack je utk upload
link bawah ni:
http://38.99.76.132/
dekat browse tu pilih image yg nak diupload
dah siap klik :host it
dah dpt add http... paste kat sini
membantu ke tak ni?
selamat mencuba dan semoga berjaya |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1803 niy's post
tq. nanti saye cube. belum sempat scan lagi |
|
|
|
|
|
|
|
pahper tah...
buat per nak pertikai kan si saleha tu berlakon?? dia tu kan pelakon...
patut nya pertikai kan mawi berlakon... bolehkah mawi berlakon?? |
|
|
|
|
|
|
|
iklan jap.......
tempias aduh saliha........
Saliha' bawa tuah buat Yatt - mstar.com.my
16-08-2007 12:23:57 PM
Oleh WAHIDA ASRANI
NAMA Norhayati Hamzah atau lebih mesra dengan panggilan Yatt sebelum ini hanya lebih dikenali sebagai pengacara untuk beberapa buah program di RTM.
Namun, populariti Yatt terus 'memuncak' pada awal tahun ini apabila namanya disebut-sebut bakal memegang watak Saliha dan sekaligus bergandingan dengan penyanyi popular, Mawi di dalam filem terbaru arahan M.Nasir, Aduh Saliha.
Biarpun pengalaman yang dikutipnya sebagai pelakon tidak sampai setahun, gadis berusia 26 tahun ini nyata 'mengejutkan' banyak pihak apabila dia dikatakan menjadi calon terbaik dan memenuhi kriteria untuk peranan tersebut, di mana nama-nama besar yang turut dikaitkan bakal memegang watak itu adalah seperti Fasha Sandha dan Sharifah Amani.
Tetapi, sayang sekali peluang keemasan itu terpaksa ditolak oleh Yatt kerana terikat dengan komitmen lain sebagai pengacara untuk program Sajian Bayu yang disiarkan di RTM2.
Nama Yatt semakin bersinar...
Akhirnya, peranan Saliha menjadi milik bakat baru, Puteri Sarah Liyana yang terpilih daripada ratusan yang diuji bakat oleh M.Nasir serta pihak produksi filem The Cameracrew Productions Sdn Bhd.
"Terus-terang saya katakan, saya memang terkilan tolak tawaran tersebut. Tetapi nak buat macam mana, saya tidak ada pilihan lain pada masa itu memandangkan saya sudah ikat kontrak dan perlu beri komitmen pada program yang saya hoskan itu.
"Apapun saya percaya, rezeki ada di mana-mana. Yang penting, kita kena berusaha kuat. Secara peribadi, saya rasakan Puteri Sarah lebih sesuai digandingkan dengan Mawi. Dia memang cantik," ujar Yatt.
Menurut Yatt, publisiti meluas yang diberikan kepadanya tidak lama dulu kerana watak tersebut sememangnya memberi 'impak' yang besar buat dirinya kerana disebabkan peranan Saliha itu, satu demi satu tawaran lain turut singgah pada dirinya.
"Kesan 'Saliha' tu memang kuat! Saya tidak nafikan, secara tidak sengaja ia jadi satu publisiti yang baik untuk kembangkan kerjaya seni saya, walaupun saya tidak minta untuk diberikan publisiti sebegitu rupa.
"Saya tetap ingin berterima kasih kepada pihak media kerana saya akui, memang ramai yang datang tawarkan saya berlakon selepas itu, terutamanya drama," kata anak sulung daripada sembilan beradik ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1808 cikgu_murni's post
nak kagum gak!!!
tak suke sgt kat Yat, suke lagi puteri sarah jadi saliha....suai gitu ngan mawi |
|
|
|
|
|
|
|
"saya memang terkilan tolak tawaran tersebut"
maknanya m.nasir nak beri peranan saliha kat yatt tapi dia tolak ???? betul ker |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by zamzam at 16-8-2007 10:06 PM
"saya memang terkilan tolak tawaran tersebut"
maknanya m.nasir nak beri peranan saliha kat yatt tapi dia tolak ???? betul ker
macam itulah yg difaham bila baca ayat tu
tapi heran gak
macam tak ada pun sebelum ni m.nasir sebut perkara ni |
|
|
|
|
|
|
|
Klik untuk baca...bagus tuk bacaan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1813 kekekek's post
ini dari utusan ke?
aduh mawi
aduh m.nasir
|
|
|
|
|
|
|
|
setakat ni aku belum teruja nak tgk aduh leha ni...sementelah aku ni tak berapa sokong mawi berlakon.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1817 ra^meir's post
terpulang pada diri masing2....penonton berhak memlih.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1818 cloudnine_mm's post
kalau filem ni box office, aku tumpang gembira dan berbangga.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1819 ra^meir's post
|
|
|
|
|
|
| |
|