CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: rinafarha1709

umrah II

 Close [Copy link]
 Author| Post time 30-6-2008 07:02 PM | Show all posts
Originally posted by aziefa at 30-6-2008 05:12 PM
Kalau ingat nak pergi Raudah memang kena sabar banyak.
Mula mula terpaksa menunggu sekatan sekatan..
Lepas tu dikumpulkan ikut negara..
"Ibu duduk...duduk..he..he..nak tergelak jugak..
Orang  ...


ayam ayam jgn sebut..ada org yg sensetip tau
hehe...
miss lah saat saat ni...
rasa mcm nak ke sana je...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-6-2008 07:05 PM | Show all posts
Originally posted by aziefa at 30-6-2008 05:12 PM
Kalau ingat nak pergi Raudah memang kena sabar banyak.
Mula mula terpaksa menunggu sekatan sekatan..
Lepas tu dikumpulkan ikut negara..
"Ibu duduk...duduk..he..he..nak tergelak jugak..
Orang  ...


page atau thread cari mcm ada problem je arini..
asyik display jer

[ Last edited by  rinafarha1709 at 30-6-2008 07:08 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2008 07:29 PM | Show all posts

Reply #1787 rinafarha1709's post



Sorry..
sorry..
Kat Mekah asyik makan ayam aje ye..
Susah nak dapat ikan..
he..he..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2008 08:36 PM | Show all posts

Reply #1789 aziefa's post

hehehe

jap rina betulkan



Kalau ingat nak pergi Raudah memang kena sabar banyak.
Mula mula terpaksa menunggu sekatan sekatan..
Lepas tu dikumpulkan ikut negara..
"Ibu duduk...duduk..he..he..nak tergelak jugak..
Orang arab cakap melayu..
Lepas tu barulah dilepaskan..
Bila dilepaskan....macam kambing lepas dari reban..
Mencucut lari ke depan...
Bila dah dapat kedepan terpaksa pulak berebut or menunggu nak dapat solat..
Kalau solat kat belakang takut pulak di pijak...

Orang lelaki jugak senang...
Tapi bersyukur kepada ALLAH..
Akak merasa juga solat di Raudah..kat Mimbar Rasulullah dalam suasana tenang.
Cuma 30 orang semasa ikut rombongan Sultan Selangor..
Allhamdulillah..


ayam tukar jadi kambing
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2008 09:46 PM | Show all posts
Kisah Tentera Bergajah

Abrahah telah membina sebuah gereja di San'a (yang dinamakan al-Qalis) dimana pada masa tersebut tidak terdapat gereja seumpamanya. Abrahah telah menulis surat kepada raja Najasyi yang berbunyi: "Sesungguhnya aku telah membina untuk kamu sebuah gereja yang tidak pernah dibina seumpamanya kepada mana-mana raja sebelum kamu. Aku tidak akan tenang sehinggalah orang-orang Arab datang mengerjakan Haji di sini."

Apabila orang-orang Arab memperkatakan tentang surat Abrahah kepada raja Najasyi, perkara ini menimbulkan kemarahan seorang lelaki dari Kinanah lalu pergi ke al-Qalis dan membuang najis di dalamnya secara sembunyi, kemudian kembali kepada kaum keluarganya. Perkara itu telah disampaikan kepada Abrahah dan telah menimbulkan kemarahannya lalu bersumpah untuk menghancurkan Kaabah. Beliau memerintahkan tentera Habsyah untuk bersiap sedia dan setelah bersedia, Abrahah serta tenteranya terus keluar dengan membawa gajah. Apabila orang-orang Arab mengetahui hasrat Abrahah untuh menghancurkan Kaabah, mereka merasa gerun dan takut. Abrahah mengutus seorang lelaki Habsyah yang bernama Al-Aswad bin Mafsud bersama tentera berkudanya sehingga sampai di Mekah, lalu meminta tebusan daripada kaum Quraisy dan yang lainnya, di antaranya dua ratus ekor unta kepunyaan Abdul Muttalib bin Hasyim (ketua kaum Quraisy pada masa tersebut). Kaum Quraisy, kaum Kinanah, kaum Huzail dan kaum yang tinggal berhampiran dengan Tanah Haram telah berazam untuk memeranginya tetapi setelah menyedari mereka tidak mempunyai kekuatan, mereka membiarkan perkara tersebut begitu saja.

Abrahah juga telah mengutus Hannatah Al-Himyari ke Mekah sambil berpesan kepadanya: "Tanyalah ketua atau pembesar negeri ini, kemudian katakan kepadanya, raja telah berpesan kepadaku bahawa, aku datang bukan untuk memerangi kamu tetapi untuk menghancurkan Kaabah ini, sekiranya mereka tidak menghalangi kami, maka aku tidak akan memerangi kamu, sekiranya dia tidak mahu memerangi aku, bawalah dia kepadaku."

Apabila Hannatah memasuki Mekah, beliau bertanyakan tentang ketua atau pembesar negeri tersebut. Dia telah diberitahu bahawa ketua negeri tersebut ialah Abdul Muttalib bin Hasyim, dia terus menemuinya dan memberitahu apa yang diperintahkan oleh Abrahah. Abdul Muttalib berkata kepadanya: "Demi Allah! Sesungguhnya kami tidak mahu memeranginya, kami tidak mampu untuk melawannya. Ini adalah Baitullah al-Haram dan Baitu Ibrahim Al-Khalil a.s (atau sebagaimana yang diriwayatkan). Sekiranya Dia menghalangnya maka ini adalah rumahNya sekiranya Dia (Allah s.w.t.) membiarkannya, Demi Allah, kami tidak berkuasa mempertahankannya."

Lalu Hannatah berkata kepadanya: "Marilah bersama aku untuk mengadap Abrahah, kerana beliau telah memerintahkan aku untuk membawa kamu kepadanya." Hannatah berangkat bersama Abdul Muttalib dan pengikutnya, apabila sampai di kawasan yang bernama al-Askar, beliau bertanya tentang Zu Nafar iaitu sahabatnya. Apabila masuk menemuinya di dalam penjara, Hannatah bertanya: "Wahai Zu Nafar! Apakah kamu mempunyai suatu perantaraan atau penyelesaian yang dapat menolong kami?" Zu Nafar menjawab: "Apakah ada perantaraan atau penyelesaian daripada seorang lelaki tahanan raja yang menunggu hukuman mati samada siang hari atau malam hari seperti aku ini? Aku tidak mempunyai perantaraan atau penyelesaian untuk menolong apa yang telah berlaku kepada kamu kecuali sahabatku Anis, seorang pengembala gajah. Aku akan mengutusinya dengan memberi pesanan tentang diri kamu dan juga kelebihan yang ada pada kamu. Aku juga akan meminta kepadanya agar meminta keizinan untuk kamu daripada raja supaya kamu dapat mengadap dan berbicara dengan raja tentang apa yang berlaku kapada kamu. Dia akan menjadi perantaraan yang baik dengan raja, sekiranya dia mampu melakukan sedemikian, katakanlah cukuplah bagiku." Setelah itu Zu Nafar mengutusi Anis dengan katanya: "Abdul Muttalib adalah ketua kaum Quraisy dan pembesar Mekah, dialah yang memberi makan kepada orang ramai pada semua peringkat sama ada yang tinggal di kawasan wadi atau kawasan perkampungan badwi di bukit-bukit. Sesungguhnya raja telah mengambil dua ratus ekor unta miliknya, oleh itu mintalah keizinan dan manfaat untuknya daripada raja sekadar yang kamu mampu." Anis menjawab: "Aku akan melakukannya."

Lalu Anis menyampaikan perkara tersebut kepada Abrahah dengan berkata: "Wahai raja! Ini adalah ketua kaum Quraisy berada di hadapan kamu, dia datang untuk meminta izin kepada kamu, dia juga merupakan pembesar negeri Mekah yang sentiasa memberi makan kepada orang ramai pada semua peringkat sama ada yang tinggal di kawasan wadi atau kawasan perkampungan badwi di bukit-bukit. Aku meminta izin daripada kamu agar dia dapat memberitahu kamu apa yang dihajatinya."

Lalu Abrahah mengizinkannya Abdul Muttalib adalah seorang yang tampan, perkasa dan cantik rupa parasnya. Apabila Abrahah melihatnya dia meraikan dan memuliakannya lalu meminta supaya Abdul Muttalib duduk bersamanya tetapi kaum Habsyah yang berada bersama dengannya tidak suka melihat Abdul Muttalib dijemput oleh raja untuk duduk bersama di atas singgahsana kerajaannya, lalu Abrahah turun dari singgahsananya dan menjemput Abdul Muttalib duduk bersama di sampingnya. kemudian Abrahah berkata kepada penterjemahnya: Katakanlah kepadanya: Apa yang kamu hajati? Lalu penterjemahnya menyampaikan apa yang diperkatakan oleh Abrahah.

Abdul Muttalib berkata: "Hajatku ialah supaya raja dapat memulangkan kembali dua ratus ekor unta yang dirampas daripadaku." Apabila perkara tersebut disampaikan kepada Abrahah, dia berkata kepada penterjemahnya: "Katakan kepadanya, aku merasa amat kagum ketika pertama kali melihat kamu tetapi ia hilang lenyap setelah kamu bercakap kepadaku. Apakah kamu hanya berbicara tentang dua ratus ekor unta yang aku rampas daripada kamu, sedangkan kamu meninggalkan Kaabah yang menjadi pegangan agama kamu dan bapa-bapa kamu. Aku datang untuk menghancurkannya tetapi kamu tidak pula bercakap denganku tentangnya?"

Lalu Abdul Muttalib menjawab: "Aku adalah tuan unta tersebut, manakala Kaabah tersebut ada tuan yang akan melindunginya." Abrahah berkata: "Tidak ada siapa yang dapat menghalang aku untuk menghancurkannya." Abdul Muttalib berkata kepadanya: "Biarlah kamu dengan keadaan kamu." Unta-unta tersebut dipulangkan kembali kepada Abdul Muttalib. Setelah itu Abdul Muttalib pulang kepada kaum Quraisy lalu menceritakan kisah pertemuannya dengan Abrahah dan memerintahkan mereka agar keluar dari Mekah dan berlindung di atas bukit. kemudian Abdul Muttalib mengunci pintu Kaabah dan beberapa orang lagi dari kaum Quraisy bersama dengan Abdul Muttalib berdoa kepada Allah s.w.t. semoga mengalahkan Abrahah dan tenteranya.

Apabila menjelang pagi, Abrahah mula bersedia dengan gajah dan tenteranya untuk memasuki Mekah dimana gajahnya bernama Mahmud. Setelah mereka mengarahkan gajah menuju ke Mekah, mereka telah bertemu dengan Nufail bin Habib. Beliau berdiri di sebelah gajah tersebut kemudian memegang telinganya lalu berkata: "Duduklah Mahmud dan kembalilah semula ke tempat kamu datang, sesungguhnya kamu berada di negeri yang diharamkan oleh Allah s.w.t.."

Kemudian beliau melepaskan telinga gajah tersebut, lalu gajah tersebut terus duduk. Mereka memukul gajah tersebut supaya bangun tetapi ia enggan berbuat demikian. Kemudian mereka mengarahkan gajah tersebut kembali ke Yaman, lalu ia terus bangun dan berjalan ke arah tersebut. Setelah itu mereka mengarahkannya ke Syam, gajah tersebut juga berjalan sebagaimana diarahkan. Mereka mengarahkan pula menuju ke arah Masyrik (timur), lalu gajah tersebut berjalan sebagaimana diarahkan. Setelah itu mereka mengarahkan semula menuju ke arah Mekah tetapi gajah tersebut terus duduk.

Lalu Allah s.w.t. mengutuskan kepada mereka sekumpulan burung seumpama burung layang-layang dimana setiap seekor membawa tiga biji batu, sebiji di paruh dan dua biji lagi di kakinya. Batu tersebut seperti kacang kuda dan kacang dal, sesiapa sahaja yang terkena akan hancur dan binasa. Tidak semua yang binasa di tempat tersebut, mereka telah keluar dari kawasan tersebut tetapi rebah bergelimpangan di setiap jalan lalu mati dalam keadaan yang penuh dahsyat. Abrahah terkena lontaran batu tersebut di badannya, mereka membawanya dalam keadaan jari-jarinya terputus tetapi apabila tiba di San'a, Abrahah meninggal dunia di sana

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2008 09:47 PM | Show all posts
Sejarah Pembinaan

Pembinaan Telaga Zamzam:


Orang pertama menggunakan kain yang mempunyai lebihan labuh di belakang dari kalangan wanita ialah ibu Nabi Ismail a.s yang digunakan untuk menyembunyikan kesan kakinya daripada Siti Sarah. Nabi Ibrahim a.s membawa ibu Nabi Ismail (Siti Hajar) serta anaknya Nabi Ismail a.s yang masih lagi menyusu dan kemudian meninggalkannya berhampiran Kaabah di sebatang pokok yang besar di atas Zamzam. Ketika itu Kota Mekah masih belum berpenghuni serta tidak mempunyai air. Nabi Ibrahim a.s meninggalkan mereka berdua di sana. Diletakkan di sisi mereka berdua sebungkus buah tamar dan sebekas air. Kemudian Nabi Ibrahim a.s bertolak pulang, lalu baginda diikuti oleh ibu Nabi Ismail a.s lalu bertanya: "Wahai Ibrahim! Ke manakah kamu hendak pergi dan meninggalkan kami di lembah yang tidak mempunyai seorang manusia dan apa-apa pun ini?" Siti Hajar bertanya mengenai perkara itu berkali-kali, tetapi baginda tidak menghiraukannya. Siti Hajar bertanya lagi: "Adakah Allah s.w.t. memerintah kamu berbuat begini?" Baginda menjawab: "Memang benar." Isterinya berkata: "Kalau begitu tiada halangan bagi kami." Kemudian ibu Nabi Ismail kembali semula ke tempatnya, lalu Nabi Ibrahim a.s bertolak pergi sehingga baginda tidak kelihatan lagi. Setelah itu Nabi Ibrahim a.s menghadapkan mukanya ke arah kiblat (Kaabah sekarang ini) kemudian terus mengangkat tangan sambil berdoa:

Yang bermaksud: (Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian dari zuriat keturunanku di sebuah lembah (Tanah Suci Mekah) yang tidak ditumbuhi tanaman, di sisi rumahMu yang diharamkan mencerobohinya. Wahai Tuhan kami, (mereka ditempatkan di situ) supaya mereka mendirikan sembahyang (dan memakmurkannya dengan ibadat). Oleh itu, jadikanlah hati sebahagian daripada manusia tertarik gemar kepada mereka, (supaya datang beramai-ramai ke situ) dan kurniakanlah rezeki kepada mereka dari berbagai jenis buah-buahan dan hasil tanaman, semoga mereka bersyukur).

Sepeninggalan Nabi Ibrahim a.s, ibu Nabi Ismail a.s menyusukan anaknya dan memberi minum air yang ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim a.s di dalam bekas. Apabila air di dalam bekas itu habis, anaknya terus kehausan. Oleh kerana tidak sanggup melihat keadaan anaknya yang kehausan, Siti Hajar terus menuju ke bukit Safa yang paling hampir dengan tempat beliau duduki. Beliau berdiri di atas bukit itu dan berpaling ke lembah untuk melihat kalau-kalau ada seseorang. Siti Hajar tidak melihat walau seseorang pun ada di sana, lalu beliau turun semula dari bukit Safa sehingga menghampiri perlembahan tersebut. Kemudian beliau menuju ke bukit Marwah dan berdiri di atasnya untuk melihat kalau-kalau ada seseorang di sana. Tetapi beliau tidak juga mendapatinya. Beliau melakukan keadaan sedemikian sebanyak tujuh kali.

Ketika berada di atas bukit Marwah, Siti Hajar telah mendengar suatu suara membisikkan kepadanya: "Diamlah." Siti Hajar cuba memerhatikan suara tersebut. Suara itu masih tetap kedengaran, lalu suara tersebut berkata: "Sesungguhnya aku telah mendengar bahawa di sisimu ada pertolongan." Tiba-tiba dia mendapati malaikat menunjukkan tempat Zamzam, lalu beliau terus menggalinya dengan tumit, ada yang mengatakan beliau menggali dengan menggunakan kedua tangannya sehingga keluar air. Kemudian beliau membatasinya dan beliau berkata dengan tangannya begini untuk memenuhkan bekasnya dengan air tersebut, setelah bekasnya dipenuhi dengan air beliau terus berlalu untuk meminum dan menyusu anaknya, lalu malaikat berkata kepadanya: "Janganlah kamu takut kepada kesusahan, sesungguhnya di sana akan dibina sebuah rumah Allah s.w.t. (Baitullah) yang akan dibina oleh kanak-kanak ini dan ayahnya, sesungguhnya Allah s.w.t. tidak akan menyusahkan keluarganya." Setelah itu beliau bertemu dengan satu rombongan dari Jurhum lalu mereka turun dan menuju ke kawasan yang paling rendah di Mekah, mereka melihat burung-burung berterbangan dan berkata, sesungguhnya burung-burung ini berterbangan mengelilingi air, kami percaya bahawa di lembah (wadi) ini terdapat air, mereka mengutus seorang atau dua orang untuk melihatnya dan utusan tersebut mendapati di sana terdapat air lalu kembali dan memberitahu kepada rombongan mereka. Lalu mereka meminta kebenaran dari ibu Ismail untuk pergi mendapatkan air tersebut, ibu Nabi Ismail membenarkannya dengan berkata: "Ya, tetapi jangan kamu jadikan air itu sebagai hak kamu." Mereka menjawab: "Ya."
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 30-6-2008 09:49 PM | Show all posts
Menggali Semula Zamzam:

Ketika Abdul Mutalib sedang tidur di Hijir, datang seseorang di dalam mimpinya dan berkata kepadanya: "Galilah "Barrah"" (iaitu nama telaga Zamzam). Beliau menjawab: "Apakah Barrah?" Sehingga keesokan harinya pula, beliau tidur di tempat yang sama. Lalu datang lagi seseorang di dalam mimpinya dan berkata kepadanya: "Galilah "Madnunah" (iaitu nama telaga Zamzam). Beliau menjawab: "Apakah Madhnunah?" Kemudian beliau pun beredar dari situ sehinggalah keesokan harinya, beliau kembali tidur di tempat yang sama. Lalu datang lagi seseorang di dalam mimpinya dan berkata kepadanya: "Galilah "Tayyibah" (iaitu nama telaga Zamzam). Beliau menjawab: "Apakah Tayyibah?" Pada hari yang keempat, beliau bermimpi lagi dan telah dikatakan kepada beliau: "Galilah Zamzam." Beliau menjawab: "Apakah Zamzam?" Beliau berkata: "Janganlah kamu menimba air itu dan membatasnya." Kemudian beliau ditunjukkan tempatnya. Setelah itu baginda menggalinya sebagaimana yang telah ditunjukkan kepadanya. Orang-orang Quraisy bertanya kepada beliau: "Apakah ini semua wahai Abdul Mutalib?" Beliau menjawab: "Aku diperintahkan supaya menggali telaga Zamzam." Ketika dijumpai Zamzam dan melihat patung kijang. Orang-orang Quraisy terus mempercayainya. Abdul Mutalib terus menggalinya. Beliau menemui dua ekor patung kijang yang diperbuat dari emas. Kedua-duanya adalah patung kijang yang di tanam oleh Bani Jurhum ketika mereka keluar dari Mekah. Tempat tersebut merupakan telaga Nabi Ismail bin Nabi Ibrahim a.s. Setelah Abdul Mutalib menggali telaga Zamzam dan setelah Allah s.w.t. tunjukkan tempat serta memilih beliau untuk menggali Zamzam, Allah s.w.t telah menambahkan kemuliaan beliau dengan sebab Zamzam tersebut dan kaumnya juga dapat menikmatinya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2008 09:49 PM | Show all posts
Binaan Nabi Ibrahim:



Binaan Nabi Ibrahim a.s merupakan satu-satunya binaan yang disebut di dalam al-Quran

Meninggikan Asas (Tapak):

1.  Nabi Ibrahim Al-Khalil a.s telah pergi ke Mekah untuk menunaikan perintah Allah s.w.t supaya membina Baitullah (Kaabah). Beliau berkata kepada anaknya Ismail a.s: Sesungguhnya Allah s.w.t telah memerintahkan aku dengan satu perkara, lalu Ismail a.s berkata: Lakukanlah apa yang telah diperintahkan Allah s.w.t  kepada kamu. Nabi Ibrahim a.s bertanya: "Adakah kamu akan menolongku?" Nabi Ismail a.s menjawab: "Aku akan menolongmu." Lalu beliau berkata: "Sesungguhnya Allah s.w.t  memerintahkan aku supaya membina sebuah rumah (Kaabah) di sana." sambil mengisyaratkan ke arah timbunan tanah yang lebih tinggi dari kawasan sekitarnya. Mereka berdua mendirikan tapak asas Baitullah di kawasan tersebut, dimana Nabi Ismail a.s mengangkut ketulan-ketulan batu manakala Nabi Ibrahim a.s membinanya. Apabila binaan tersebut telah tinggi, Nabi Ismail a.s membawakan hajar ini dan meletakkannya di samping Nabi Ibrahim a.s. Beliau berdiri di atas hajar tersebut semasa meneruskan pembinaan manakala Nabi Ismail a.s menghulurkan ketulan batu, di samping itu mereka berdoa sebagaimana firman Allah s.w.t:

Yang bermaksud: (Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami) sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu dan jadikanlah daripada keturunan kami umat Islam (yang berserah diri) kepadaMu dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami dan terimalah taubat kami sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat lagi Maha Mengasihani. Wahai Tuhan kami! Utuslah kepada mereka seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat (firmanMu) dan mengajarkan mereka isi kandungan kitab (al-Quran) serta hikmat kebijaksanaan dan membersihkan (hati dan jiwa mereka) dari (syirik dan maksiat). Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana).
Sehinggalah Allah s.w.t  menyempurnakan pembinaan Baitullah (Kaabah) tersebut kepada mereka berdua.

2.  Tidak terdapat riwayat sahih yang menyatakan Baitullah telahpun dibina sebelum Nabi Ibrahim Al-Khalil a.s. Sesiapa yang berpegang kepada firman Allah s.w.t : Yang bermaksud: Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami tentukan bagi Nabi Ibrahim tempat Baitullah (untuk membinanya),

ataupun Firman Allah s.w.t: Yang bermaksud: Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu,

Maksud yang dikehendaki pada ayat-ayat tersebut ialah tempat pembinaan Kaabah tersebut telahpun tetap dalam pengetahuan Allah s.w.t  semenjak menciptakan langit dan bumi. Ini menunjukkan tempat pembinaan Kaabah itu telahpun dimaklumi, manakala pembinaan Baitullah pula telah dilakukan oleh Nabi Ibrahim Al-Khalil dan anaknya Nabi Ismail a.s. Khabar-khabar yang menyatakan Baitullah telah dibina sebelum Nabi Ibrahim a.s adalah diriwayatkan daripada Bani Israel, kita tidak boleh membenarkannya dan mendustakannya, hanya Allah s.w.t  sahaja Yang Maha Mengetahui.

3.  Ketika Nabi Ibrahim Al-Khalil a.s membina Kaabah tersebut beliau menjadikan:

* Tingginya sembilan hasta.

* Panjang di paras bumi dari Hajarulaswad hingga ke penjuru sebelah Syam 32 hasta.

* Lebar di sebelah bahagian saluran air bermula dari penjuru Syam hingga ke penjuru sebelah barat 22 hasta.

* Panjang di paras bumi bermula dari penjuru sebelah barat hingga ke penjuru sebelah Yaman 31 hasta.

* Lebar di paras bumi bermula dari penjuru sebelah Yaman hingga ke Hajarulaswad 20 hasta.

Beliau membina pintu rapat ke bumi, tidak ditinggikan atau dibuat pintu secara sempurna sehinggalah Tubba' Al-Himyari telah membina sebuah pintu dan meninggikannya. Bentuk binaan Kaabah yang dibina oleh Nabi Ibrahim a.s adalah binaan yang sempurna, mempunyai dua penjuru iaitu dua penjuru Yamani manakala bentuk Hijir pula, beliau tidak membinanya dalam bentuk berpenjuru bahkan dalam bentuk separuh bulat sebagaimana bentuk Hijir yang terdapat pada masa sekarang ini. Ada pendapat yang mengatakan umur Nabi Ibrahim ketika membina Kaabah tersebut ialah 100 tahun, hanya Allah s.w.t  sahaja Yang Amat Mengetahui.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-6-2008 09:50 PM | Show all posts
Binaan Malaikat:
Allah s.w.t berfirman kepada Malaikat: Yang bermaksud: Sesungguhnya Aku ingin menjadikan seorang khalifah di muka bumi.

Malaikat bertanya: (Wahai Tuhan kami,) Adakah Engkau ingin menjadikan khalifah selain daripada kami yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah, dengki mendengki dan benci membenci? Padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu. Mentaati Engkau dan tidak memaksiati Engkau.

Allah s.w.t berfirman: Yang bermaksud: Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang kamu tidak mengetahuinya.

Malaikat menyangka Tuhan mereka menolak pertanyaan tersebut. Sesungguhnya Allah s.w.t  membenci mereka disebabkan kata-kata mereka. Mereka berlindung di bawah Arasy dengan mengangkat kepala dan mengisyaratkan dengan jari memohon sesuatu serta menangis kerana takutkan kebencianNya.

Mereka Tawaf mengelilingi Arasy sangat lama. Allah s.w.t memandang mereka kemudian menurunkan rahmat kepada mereka. Allah s.w.t  membina sebuah rumah di bawah Arasy yang diberi nama Baitulma'mur. Allah s.w.t  memerintahkan para Malaikat supaya tawaf di Baitulma'mur dan tinggalkan Arasy. Para Malaikat telah melakukan tawaf di Baitulma'mur sehingga jumlah yang memasukinya siang dan malam seramai tujuh puluh ribu malaikat. Mereka tidak kembali lagi buat selama-lama. Kemudian Allah s.w.t  mengutuskan para Malaikat turun ke bumi dan berfirman kepada mereka: "Binalah sebuah rumah untukKu di bumi sepertinya." Allah s.w.t memerintah seluruh makhlukNya di bumi supaya tawaf mengelilingi Baitullah sebagaimana penghuni langit tawaf mengelilingi Baitulma'mur
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2008 09:51 PM | Show all posts
Binaan Nabi Adam a.s:

Diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Allah s.w.t telah mengutuskan Jibril kepada Nabi Adam a.s serta Hawa membawa firman kepada keduanya: "Binalah untukKu sebuah rumah." Jibril telah menggariskan (rangka) kepada keduanya lalu Nabi Adam a.s menggali tanah manakala Hawa mengangkutnya sehinggalah air menyahut serta menyeru dari bawah beliau meminta agar berhenti menggali dengan kata-kata: "Cukuplah wahai Adam!" Setelah selesai membinanya, Allah s.w.t  mewahyukan kepada beliau supaya tawaf mengelilinginya dan dikatakan kepada beliau: "Engkau adalah manusia pertama." Inilah rumah pertama yang dibina sehinggalah setelah beberapa kurun, Nabi Ibrahim a.s telah meninggikan tapak Kaabah tersebut. Orang pertama yang mengasaskan Kaabah kemudian menunaikan sembahyang serta tawaf mengelilinginya ialah Nabi Adam a.s.

Binaan Syith:

Setelah Nabi Adam a.s wafat, anak-anaknya telah membina Kaabah dengan menggunakan tanah dan batu. Diriwayatkan bahawa orang yang membinanya ialah Syith a.s. Mereka sentiasa mendiami dan memakmurkan Baitullah dan begitulah juga dengan orang-orang yang selepas mereka sehinggalah tiba zaman Nabi Nuh a.s. Kawasan tersebut ditenggelami air dan tidak dapat dikesani. Mengikut sesetengah israiliat (tokok tambah) sebagaimana yang diriwayatkan oleh Wahab bin Munabbih bahawa Nabi Adam a.s telah membina khemah pada Kaabah. Apabila beliau wafat, khemah tersebut telah diangkat oleh Allah s.w.t. Anak-anaknyalah yang membuat pembinaan pertama terhadap Kaabah.

* Ketiga-tiga pendapat yang lepas iaitu binaan para Malaikat, binaan Nabi Adam a.s atau binaan Syith a.s tidak mempunyai dalil yang jelas. Kami dapati ketiga-tiga pendapat tersebut terbukti kedhaifannya. Para ulama telah bersepakat bahawa orang pertama yang membina Kaabah ialah Nabi Ibrahim a.s.

Binaan Al-Umaliqah:



Kaabah telah runtuh setelah beberapa tahun Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail a.s membinanya, lalu ia dibina semula oleh Kabilah Al-Umaliqah.

*   Tidak terdapat huraian secara terperinci dalam kebanyakan sumber-sumber rujukan tentang pembinaan ini.



Binaan Jurhum:


Setelah beberapa tahun selepas Al-Umaliqah siap membinanya, Kaabah telah dilimpahi air banjir dari sebelah atas Kota Mekah menyebabkan dindingnya pecah tetapi masih belum runtuh. Jurhum telah memperbaiki segala kerosakan tersebut dan membina benteng untuk menghalang banjir daripada memasuki Kaabah. Di dalam riwayat yang lain, Kaabah telah runtuh akibat banjir tersebut. Jurhum membinanya semula di atas tapak binaan Nabi Ibrahim a.s serta membina sebuah pintu yang mempunyai dua daun dan satu pengunci.

Binaan Qusai bin Kilab:


Orang pertama yang memperbaharui binaan Kaabah daripada golongan Quraisy selepas Nabi Ibrahim Al-Khalil a.s ialah Qusai bin Kilab. Beliau membina atap dengan menggunakan kayu Dum dan pelepah tamar. Al-A'sya membaca syair berikut dengan irama iaitu salah satu daripada irama syair Arab.



.

Maksudnya: Aku telah memakaikan pakaian pendita Syam kepada Kaabah yang telah dibina oleh Qusai datuknya dan Ibnu Jurhum.

Binaan Quraisy:


1.  Ketika Rasulullah s.a.w telah cukup umur (baligh), dikatakan juga ketika umur baginda dua puluh lima tahun, seorang wanita telah melontar Kaabah. Bunga api yang keluar hasil dari lontaran tersebut terkena pada kelambu Kaabah lalu terbakar. Kebakaran tersebut telah menyebabkan kemusnahan pada Kaabah lalu orang-orang Quraisy membinanya semula. Apabila tiba waktu untuk meletakkan Hajarulaswad, mereka mula bertengkar dan berselisih pendapat tentang kabilah manakah patut mengangkatnya. Mereka berkata: "Kemarilah kamu semua! Kita akan melantik orang yang mula-mula datang kepada kita melalui pintu Bani Syaibah sebagai hakim." Setelah beberapa ketika menunggu, ternyata Rasulullah s.a.w adalah orang pertama masuk melalui pintu tersebut lalu mereka meminta baginda s.a.w. menjadi hakim. Baginda s.a.w. memerintahkan agar mereka membentangkan sehelai kain lalu baginda s.a.w. sendiri meletakkan Hajarulaswad tersebut di tengah-tengah bentangan kain serta memerintahkan agar setiap orang memegang hujung-hujung kain tersebut. Dikatakan juga: "Mereka mengemukakan ketua kabilah masing-masing agar memegang hujung kain tersebut lalu mengangkatnya." Kemudian sekali lagi Rasulullah s.a.w mengambil Hajarulaswad tersebut lalu meletak di tempatnya. Orang Quraisy mendirikan enam batang tiang di dalam Kaabah.

2.   Orang-orang Quraisy meninggikan pintu Kaabah berdasarkan kepada cadangan Abu Huzaifah bin Al-Mughirah, sebagaimana katanya: "Wahai kaum! Tinggikan pintu Kaabah agar ia hanya boleh dimasuki dengan menggunakan tangga sahaja. Kaabah tidak boleh dimasuki melalui tangga tersebut kecuali seseorang yang kamu benarkan sahaja. Jika seseorang yang kamu benci datang, buanglah tangga tersebut agar mereka terjatuh. Semoga peristiwa itu menjadi pengajaran kepada sesiapa yang melihatnya." Berdasarkan kepada cadangan inilah orang-orang Quraisy terus melakukannya. Mereka juga menambahkan ketinggian Kaabah dari sembilan hasta kepada lapan belas hasta. Mereka memendekkannya sebanyak enam hasta di arah utara dari tapak asas binaan Nabi Ibrahim a.s kerana pembiayaan yang halal yang mereka miliki tidak mencukupi untuk mereka menyempurnakannya.

Binaan Abdullah Bin Az-Zubair:


1.  Kebakaran Kaabah pada zaman pemerintahan Yazid bin Muawiyah merupakan kebakaran yang agak besar pernah berlaku. Abdullah bin Az-Zubair telah membiarkan keadaan Kaabah yang terbakar itu sehingga tiba musim Haji dimana ramai yang berkunjung untuk mengerjakan Haji. Apabila mereka semakin ramai, beliau berkata: "Wahai umat Islam! Tunjukkanlah kepadaku cara memperbaiki Kaabah, sama ada meruntuh, membinanya semula ataupun memperbaiki kerosakannya sahaja." Ibnu Abbas berkata: "Pada pendapatku kamu perbaiki kerosakannya sahaja. Biarkan binaan asal Baitullah dan batu-batu binaan asalnya kerana di situlah orang ramai memeluk Islam serta Rasulullah s.a.w diutuskan." Ibnu Az-Zubair berkata: "Sekiranya rumah salah seorang di antara kamu terbakar, tentu dia tidak redha sebelum memperbaharuinya. Bagaimana pula dengan rumah Tuhan kamu? Sesungguhnya aku akan memohon kebaikan (beristikharah) daripada Tuhanku sebanyak tiga kali kemudian barulah melakukan urusanku."

2. Selepas tiga kali beristikharah, mereka telah sepakat untuk meruntuhkannya. Ketika hendak memulakannya, orang ramai merasa bimbang kalau-kalau orang pertama yang memulakan kerja tersebut akan di timpa bala dari langit. Kemudian seorang lelaki naik ke atas bumbung Kaabah lalu mencampakkan batu-bata runtuhan. Apabila orang ramai melihat lelaki tersebut tidak di timpa bala, mereka terus ikut melakukannya. Mereka membuang kesemua batu-bata sehingga menyamai tanah. Ibnu Az-Zubair membina beberapa batang tiang dan membina dinding di sekeliling tiang tersebut sehingga siap terdiri sebuah binaan. Kemudian mereka melakukan tawaf mengelilingi binaan Kaabah tersebut. Tiada seorangpun yang ketinggalan dari melakukannya.  
3. Ibnu Az-Zubair berkata: Sesungguhnya aku telah mendengar Saidatina Aisyah r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: "Seandainya kaummu (orang ramai) telah lama meninggalkan masa jahiliah (dengan kekufuran) dan seandainya aku mempunyai harta untuk membiayai penambahan bangunan Baitullah tentu aku akan memasukkan kawasan Hijir Ismail itu selaras dengan Kaabah sebanyak lima hasta, kemudian aku akan membuat pintu masuk dan pintu keluar daripadanya." Ibnu Az-Zubair berkata: "Pada hari ini, aku telah mendapat kos pembinaannya dan tidak perlu bimbang keadaan orang ramai."  
4. Setelah Ibnu Az-Zubair meruntuhkan Kaabah dan meratakannya sehingga menyamai bumi, beliau mencari asas Nabi Ibrahim a.s. Beliau menemui tapak asas tersebut berada lebih sedikit daripada enam hasta ke arah Hijir. Batu asas tersebut seolah-olah leher unta iaitu batu yang berwarna merah yang bertaut antara satu sama lain seperti genggaman jari-jari.
5. Ketika sedang menggali asas binaan Nabi Ibrahim a.s, beliau menemui sebuah kubur lalu berkata: "Ini adalah kubur ibu Nabi Ismail a.s (Siti Hajar)." Seramai lima puluh orang lelaki berserta dengan para pembesar mereka menyaksikan peristiwa tersebut.
6. Abdullah bin Muti' Al-Adawi telah memasukkan besi penuas yang berada di tangannya pada salah satu penjuru Kaabah lalu setiap penjuru Kaabah bergerak sedikit demi sedikit. Tanpa diduga tepi Kaabah telah runtuh menyebabkan seluruh Kota Mekah bergegar dengan kuat. Gegaran itu telah menakutkan mereka. Ibnu Az-Zubir berkata: "Saksikanlah!" Kemudian beliau membina binaan tersebut di atas asas Nabi Ibrahim a.s. Beliau juga membina dua buah pintu dari atas tanah, kedua-dua pintu tersebut berhadapan antara satu sama lain.  
7. Ibnu Az-Zubair menambah ketinggian Kaabah sembilan hasta, menjadikan ketinggiannya setinggi dua puluh tujuh hasta.
8. Beliau menjadikan lebar dinding Kaabah dua hasta.
9. Beliau membina tiga batang tiang di dalam Kaabah menggantikan enam batang tiang yang dibina oleh orang-orang Quraisy.
10. Beliau mengambil batu marmar dari San'aa dan meletakkannya di bahagian atas untuk menguatkan pancaran cahaya.
11. Beliau membina pintunya yang terdiri dari dua daun pintu manakala panjang keduanya adalah sebelas hasta.
12. Beliau juga membina tangga kayu untuk naik ke atas Kaabah.
13. Setelah Ibnu Az-Zubair selesai membinanya, beliau menyapu bahagian dalam dan luar Kaabah dengan wangi-wangian, za'faran dan memasang kelambu.
14. Ibnu Az-Zubair mengeluarkan seratus ekor unta atau lembu lalu tawaf di sekeliling Kaabah dan melambai di setiap penjurunya

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2008 09:52 PM | Show all posts
Binaan Al-Hajjaj bin Yusuf Ath-Thaqafi:


1.  Apabila Al-Hajjaj bin Yusuf memasuki Kota Mekah selepas pembunuhan Abdullah bin Az-Zubair, beliau terus menulis surat kepada Abdul Malik bin Marwan menyatakan setiap perkara yang telah Ibnu Az-Zubair lakukan. Abdul Malik bin Marwan menjawab surat tersebut dengan katanya: "Runtuhkanlah apa yang telah ditambah pada Hijir dan kembalikan ke asalnya serta tutuplah pintu yang dibuka di sebelah barat, kemudian biarkan bahagian-bahagian yang lain begitu sahaja."

2.  Al-Hajjaj telah merobohkan dinding di Hijir dan membina kembali di tempat asalnya yang pertama kemudian memasukkan ruang ini ke dalam Hijir.

3.  Membuang tangga kayu yang diletakkan oleh Ibnu Az-Zubair di dalam Kaabah.

4.  Mengurangkan ketinggian pintu Kaabah sebanyak lima hasta.

5.  Menutup pintu Kaabah di sebelah barat dan mengekalkan pintu yang lama pada kedudukan asalnya.

Binaan Sultan Murad Khan:


1.  Kota Mekah telah dilanda hujan lebat bermula pada hari Rabu 19 Syaaban tahun 1039 H yang mengakibatkan banjir besar mengalir masuk ke dalam Masjidil Haram serta memenuhi hampir keseluruhan kawasannya. Pada hari Khamis, dinding di sebelah Syam dan sebahagian dinding-dinding di sebelah timur dan barat telah runtuh. Hujan yang masih lagi berterusan sangat membimbangkan orang ramai.

2.  Orang-orang Islam diperintahkan bersiap-sedia untuk membina Kaabah sebagaimana keadaan sebelumnya. Kerja-kerja pembinaan Kaabah diteruskan atas perintah Sultan Murad Khan. Dengan limpahan kurnia Allah s.w.t, kerja-kerja tersebut siap pada 2 Zulhijah, tahun 1040 Hijrah. Pembinaan tersebut memakan masa enam bulan setengah.

3.  Inilah binaan Kaabah yang terakhir dan masih kekal hingga ke hari ini. Projek-projek pembesaran terus dijalankan pada masa pemerintahan Kerajaan Arab Saudi seperti yang kita akan dapat lihat dalam tajuk peluasan al-Haram.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2008 09:52 PM | Show all posts
Peluasan Hajarulaswad



1.  Orang pertama yang meletakkan kedudukan Hajarulaswad di tempatnya ialah Nabi Ibrahim a.s. Ia merupakan salah satu daripada permata delima dari Syurga.

2.  Apabila Bani Bakar bin Abdu Manat bin Kinanah dan Ghaisyan bin Khuza'ah yang mana kedua-duanya dari Bani Jurhum keluar dari Mekah, Amru bin Al-Haris bin Madad Al-Jurhumi mengeluarkan dua ekor patung kijang yang diperbuat daripada emas dan juga Hajarulaswad lalu menimbusnya di telaga Zamzam. Selepas itu beliau dan sebahagian dari golongan Jurhum yang bersamanya pergi ke Yaman.

3.  Penimbusan Hajarulaswad di telaga Zamzam berlaku tidak begitu lama. Seorang wanita dari Bani Khuza'ah telah menunjukkan tempat Hajarulaswad ditimbus kerana beliau melihat Bani Jurhum menimbusnya. Mereka telah mengembalikan Hajarulaswad ke tempatnya. Peristiwa itu berlaku sebelum Qusai bin Kilab mendirikan Kaabah.

4.  Setelah orang-orang Qaramitah berjaya menguasai Mekah (di bawah pimpinan Abu Tahir Al-Qarmuti), mereka telah membunuh seramai 1,700 jiwa manusia di Masjidil Haram. Mereka di bunuh ketika bergantungan di Kaabah untuk menghalang orang-orang Qaramitah dari mengambil Hajarulaswad. Mayat mereka dicampakkan ke dalam telaga Zamzam sehingga penuh. Masjidil Haram dan kawasan sekitarnya dipenuhi dengan mayat-mayat yang bergelimpangan. Orang-orang Qaramitah merampas harta benda orang ramai, hiasan-hiasan Kaabah, mencabut kelambu Kaabah dan membahagikannya di kalangan mereka. Mereka juga memusnahkan rumah-rumah di sekitar Mekah, mencabut pintu Kaabah dan saluran hujan yang diperbuat dari emas. Abu Tahir Al-Qarmuti telah memerintahkan Jaafar bin Ilaj mencabut Hajarulaswad. Hajarulaswad dicabut dari tempatnya pada 7 Zulhijah, tahun 317 selepas berlaku perbuatan dosa-dosa besar yang amat dikeji iaitu membunuh orang-orang yang sedang tawaf, beriktikaf dan yang mendirikan sembahyang. Setelah itu mereka membawa Hajarulaswad ke Hajar (Negeri mereka) dan tempatnya di Kaabah hanya tinggal kosong. Orang ramai masih meletakkan tangan mereka di tempat tersebut untuk mendapatkan keberkatan sehinggalah ia dikembalikan ke tempat asalnya pada hari selasa iaitu Hari Raya Korban, tahun 339. Dengan pengembalian tersebut, bermakna Hajarul Aswad hilang dari mereka lebih kurang dua puluh dua tahun. Orang yang mengembalikannya ialah Sinbar bin Hasan Al-Qarmuti.

5.  Pada tahun 363, seorang lelaki dari negeri Rom datang ke Mekah lalu menghina dan memukul Hajarulaswad dengan sebilah cangkul di bahagian penjuru (Hajarulaswad) dengan pukulan yang kuat sehingga pecah. Beliau mengangkat tangannya sekali lagi untuk memukul tetapi telah ditikam oleh seorang lelaki Yaman dan berjaya mengalahkannya.

6.  Pada tahun 413 Kerajaan Fatimiah menghantar sebahagian daripada pengikutnya dari Mesir yang telah dihasut oleh Hakim Al-Ubaidi. Di antara mereka terdapat seorang lelaki yang memiliki kulit berwarna merah, berambut perang, mempunyai badan yang perkasa dan tinggi lampai. Sebelah tangannya memegang sebilah pedang yang terhunus dan membawa "Dabus" (Sejenis alat seperti besi penuas). Beliau memukul permukaan Hajarulaswad tiga kali menyebabkan serpihannya berguguran jatuh. Beliau berkata: "Sampai bilakah Hajarulaswad ini akan disembah. Tiada siapa dapat menghalang aku dari melakukannya walaupun Muhammad dan Ali. Hari ini aku ingin meruntuhkan Kaabah." Tetapi sepasukan tentera berkuda telah mengepung beliau dan berjaya membunuh serta membakar beliau berserta pembantu-pembantunya.

7.   Pada tahun 990 pula, seorang lelaki asing telah datang dengan membawa sebatang besi lalu memukul Hajarulaswad. Lantas Al-Amir Nasir menetak beliau dengan sebilah pedang lalu mati.

8.  Pada akhir bulan Muharam tahun 1351, seorang lelaki dari negara Afghanistan datang ke Kaabah lalu mencabut dan mencuri sedikit Hajarul Aswad, secebis kelambu Kaabah serta seketul perak dari tangga Kaabah. Perbuatan lelaki tersebut diketahui oleh penjaga-penjaga Kaabah. Mereka berjaya menangkapnya dan kemudian dihukum gantung sebagai balasan terhadap perbuatannya. Pada 28 Rabiulakhir tahun 1351 Raja Abdul Aziz bin Abdul Rahman Al-Faisal, keluarga As-Saud dari Taif datang ke Masjidil Haram bertujuan untuk melekatkan kembali serpihan yang dicabut oleh tentera durjana. Usaha melekatkan serpihan itu dilakukan selepas dijalankan ujikaji adunan bahan kimia yang dicampur dengan kasturi dan ambar oleh mereka yang didatangkan khas untuk melekatkan serpihan Hajarulaswad.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2008 09:53 PM | Show all posts
Maqam Nabi Ibrahim


1. Ia merupakan batu tempat al-Khalil Nabi Ibrahim a.s berdiri ketika meninggikan binaan Kaabah dari kedudukannya. Batu ini diletakkan oleh Nabi Ismail a.s untuk meninggikan beliau.

2.  Sebagaimana yang kita maklumi, ketinggian Kaabah hanya mencapai sembilan hasta sahaja ketika al-Khalil Nabi Ibrahim a.s membinanya. Kemudian orang-orang Quraisy menambah ketinggian Kaabah sehingga menjadi 18 hasta ketika mereka membinanya. Kemudian Abdullah bin Az-Zubair pula menambah ketinggiannya sehingga 27 hasta dan kekal dengan ketinggian tersebut.

3.  Batu tersebut kekal berdekatan dinding Kaabah semenjak dahulu hinggalah ke masa pemerintahan Umar bin al-Khattab r.a di mana selepas itu ia dijauhkan dari Baitullah agar tidak mengganggu orang yang mengerjakan sembahyang di sekitar Maqam dan orang ramai yang mengerjakan tawaf mengelilingi Kaabah.

4.  Kesan dua tapak kaki Nabi Ibrahim a.s pada batu tersebut masih lagi kekal dan berterusan. Abu Talib telah berkata di dalam qasidahnya yang masyhur iaitu: Yang bermaksud: Tempat berpijak Nabi Ibrahim a.s menjadi lembut beliau berdiri di atas kedua kakinya tanpa memakai alas kaki. Iaitu: Sesungguhnya kakinya yang mulia itu tenggelam pada batu, oleh itu tertinggallah kesan tersebut sekadar tapak kakinya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2008 09:53 PM | Show all posts
Pintu Kaabah


1.   Binaan Nabi Ibrahim a.s: Sebuah pintu dirapatkan pada tanah.

2.   Binaan orang-orang Quraisy: Orang-orang Quraisy meninggikan pintu Kaabah mengikut pandangan Abu Huzaifah bin Al-Mughirah.

3.   Binaan Ibnu Az-Zubair: Pintu dirapatkan pada tanah kemudian membina sebuah pintu lain di sebelah barat yang berada di antara penjuru Syam dan penjuru Yaman.

4.   Binaan Al-Hajjaj: Pintu ditinggikan kembali sebagaimana yang asal dan menutup pintu di sebelah barat.

5.   Pintu yang ada sekarang: Ia diperbuat dari emas tulin, dibina oleh Jalalah Al-Malik Khalid bin Abdul Aziz.


--------------------------------------------------------------------------------

Hijir Ismail



1.   Semasa Nabi Ibrahim Al-Khalil a.s membina Kaabah, ketinggiannya adalah 9 hasta sahaja iaitu satu pertiga daripada ketinggian Kaabah pada hari ini. Beliau membina Kaabah tersebut di atas tapaknya. Pada hari ini tapak tersebut berada enam hasta ke dalam Hijir Nabi Ismail a.s. Mengikut binaan Nabi Ibrahim a.s, Kaabah berada di kawasan Hijir. Anda boleh membezakan ketebalan antara Hijir lama dan Hijir yang ada sekarang dengan mudah iaitu sebahagian besar dinding Hijir yang lurus serta yang menghala ke arah utara Kaabah, ia merupakan sebahagian dari Kaabah.

2.  Semasa orang-orang Quraisy membina Kaabah, mereka memasukkan binaan dinding Kaabah di sebelah utara ke sebelah selatan sebanyak enam hasta (mengecilkan binaan Kaabah) untuk meluaskan kawasan Hijir.

3.Semasa Abdullah bin Az-Zubair membina Kaabah, beliau membinanya semula sebagaimana bentuk dan saiz (diatas tapak) yang telah dibina oleh Nabi Ibrahim a.s dan mengecilkan sedikit kawasan Hijir (kerana ingin meluaskan Kaabah).

4. Al-Hajjaj bin Yusuf mengubah kembali kedudukan Hijir kepada kedudukannya sebagaimana sekarang ini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2008 09:54 PM | Show all posts
Batu Marmar dan Pembinaan Hijir Nabi Ismail a.s

1. Orang pertama yang meletakkan batu marmar di atas batu-bata Hijir Ismail ialah Khalifah Al-Abbas Abu Jaafar Al-Mansur pada tahun 140 H.  
2. Kemudian ia diperbaharui oleh Khalifah Al-Mahdi pada tahun 161 H.  
3. Pada tahun 241 H ia diperbaharui pula oleh Khalifah Al-Mutawakkil Alallah.  
4. Pada tahun 283 H ia dibina oleh Al-Mu'tadid Al-Abbas pada masa pemerintahannya. Kemudian ia dibina pula oleh seorang menteri bernama Jamaluddin yang dikenali dengan pemurah, pada tahun 550 H.  
5. Pada tahun 576 H ia dibina oleh Nasir Al-Abbasi.  
6. Tahun 720 H ia dibina oleh Nasir Qallawun.  
7. Pada tahun 781 H ia dibina oleh Al-Mansur Ali bin Al-Malik Al-Asyraf Sya'ban bin Husin bin Al-Malik An-Nasir Muhammad bin Qallawun.  
8. Kemudian ia dibina pula oleh Al-Amir Bisaq.  
9. Pada bulan Rejab tahun 822 H ia dibina oleh panglima Alauddin.  
10. Tahun 826 H ia dibina oleh Al-Amir Zainuddin Muqbil Al-Qadidi.  
11. Pada tahun 838 H ia dibina oleh Sudun Al-Muhammadi dengan marmar yang dibawa dari Mesir.  

--------------------------------------------------------------------------------

Nama-nama Mekah


Tidak diketahui negeri lain yang mempunyai banyak nama selain dari Mekah dan Madinah, ini disebabkan kedua-duanya merupakan tempat yang paling mulia. Di antara nama-nama bagi negeri Mekah Mukarramah ialah:-






Balad: Firman Allah s.w.t: Yang bermaksud: "Aku bersumpah dengan negeri (Mekah) ini, sedang engkau (wahai Muhammad) tinggal di negeri ini (sentiasa ditindas).
  
Baladul Amin: Firman Allah s.w.t: Yang bermaksud: "Serta negeri (Mekah) yang aman ini."
Khuzaimah bin Thabit bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w mengenai ayat tersebut lalu Baginda s.a.w. menjawab: "Mekah."  
Baldah: Firman Allah s.w.t: Yang bermaksud: "(Katakanlah wahai Muhammad) Aku hanyalah diperintahkan supaya menyembah Allah Tuhan negeri (Mekah) ini."
Bakkah: Firman Allah s.w.t: Yang bermaksud: "Sesungguhnya Rumah Ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia (untuk beribadat kepada Tuhannya) ialah Baitullah yang di Mekah yang berkat dan (dijadikan) petunjuk hidayah bagi umat manusia."
  
Mekah: Firman Allah s.w.t: Yang bermaksud: "Di kawasan Mekah, sesudah Dia menjadikan kamu dapat menewaskan mereka."
Ada pendapat yang mengatakan bahawa Bakkah adalah tempat terletaknya Baitullah, Mekah dan kawasan persekitarannya.  
Qaryah: Firman Allah s.w.t: Yang bermaksud: "Dan (berhubung dengan hal kaum yang kufur ingkar) Allah memberi satu contoh sebuah negeri."
  
  Mujahid berkata: Maksudnya ialah Mekah.
  
Masjidilharam: Firman Allah s.w.t: Yang bermaksud: "Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidilharam (di Mekah) ke Masjidilaqsa (di Palestine)".  
Ma'aad: Firman Allah s.w.t: Yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah yang mewajibkan kepadamu (beramal dan menyampaikan) Al-Quran (wahai Muhammad) sudah tentu akan menyampaikan engkau lagi kepada apa yang engkau ingini dan cintai."
  
Ummul Qura: Firman Allah s.w.t: Yang bermaksud: "Supaya engkau memberi peringatan dan amaran kepada (penduduk) "Ummul Qura" dan sekalian penduduk dunia di sekelilingnya."
  
Makhraja Sidqin: Firman Allah s.w.t: Yang bermaksud: "Dan pohonkanlah (wahai Muhammad, dengan berdoa): Wahai Tuhanku! Masukkanlah aku ke dalam urusan ugamaku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah aku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku dari sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku."
  
Bassah: Kerana ia membinasakan golongan ateis yang terdapat di dalamnya iaitu menghancurkan dan memusnahkannya.
Basaq: Iaitu si polan itu lebih tinggi daripada sahabat-sahabatnya. Mekah merupakan negeri yang berkedudukan paling tinggi kerana ia membinasakan golongan ateis.  
Nama-nama tambahan: Barrah - Ar-Raks - Ar-Ritaj - Sabuhah - Salam - Salah - Tibah - Al-Azra' - Al-Arsyu - Al-Arisy - Al-Arudh - Faran - Al-Muqaddasah - Al-Qadis - Qarbatul Hima - Qarbatul Naml - Tukratul Ghurab - Kutha - Al-Makkatan - Nadir - Al-Wadi - Ummu Rahim - Ummu Ruhm - Ummu Ar-Ruhm - Ummul Rahamat - Ummu Rauh - Ummu Zuhm - Ummu Sabih - Ummu Kutha.
An-Nasah-An-Nasyah: Kerana ia mengeluarkan zionis yang berada di dalamnya, iaitu mengusirnya.  
An-Nassasah: Kerana airnya berkurangan disebabkan terkeluar iaitu kekeringan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2008 09:54 PM | Show all posts
--------------------------------------------------------------------------------

MASJIDILHARAM



Masjidilharam mempunyai banyak nama, di antaranya ialah:

Baitulharam:  Firman Allah s.w.t:
ِYang bermaksud: "Allah menjadikan Kaabah, rumah yang mulia itu, sebagai tempat tumpuan manusia (untuk menjalankan ibadat dan hal-hal hidup)."  
Kaabah: Dinamakan dengan nama Kaabah: Kerana bentuknya adalah empat persegi, setiap binaan yang tinggi dan berbentuk empat persegi dinamakan Kaabah.
Masjidilharam: Firman Allah s.w.t: Yang bermaksud: "Oleh itu palingkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram (tempat letak Kaabah); dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya."
ُ
Baitul Atiq: Firman Allah s.w.t: Yang bermaksud: "Dan hendaklah mereka tawaf akan Baitullah (Kaabah) yang tua sejarahnya itu.
  Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Allah s.w.t  namakan Masjidil haram dengan Baitul-Atiq kerana Dia telah membebaskannya daripada golongan penceroboh yang degil lagi zalim, golongan ini tidak dapat memasukinya." Dikatakan juga kerana binaannya yang lama dimana ia merupakan rumah pertama yang dibina untuk manusia.  
Baniyyah: Di dalam hadis Barra' daripada Ma'rur: Aku berazam tidak akan menjadikan Baniyyah berada di belakangku. (Baniyyah bermaksud Kaabah).


--------------------------------------------------------------------------------

Telaga Zamzam



Di antara nama bagi Zamzam ialah sebagaimana berikut:

Zummizmu Hazmatu Jibril  Siidah  Zammamu
Barakah Suqya Ismail Madnunah Syia'ah
Mubarakah Ghuslu Qalbi Muhammad Safiah Maktumah
Kaafiah Ta'aamu Tu'mu  Barratu Asy-Syuba'atu
Aafiah Syifau Suqmi Marwiyyah Syuba'atul Iyal
Mughazziah Syarabul Abrar Aunah Tuktamu
Tahirah Qaryatul Naml  Busyra Hazmatu Ismail
Hurmah Nuqratul Ghurabil A'sam  Ismah Hazmatul Bi'ri
Mu'nah La Tutrifu wala Tuzammu  Tayyibah Abyar
Nafi'ah Hafirah Abdul Muttalib Hirfah Hazmatu Jibril
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-6-2008 09:59 PM | Show all posts
慤mrah Perangkaan Tempat Bagi Jemaah Umrah

Umrah ialah Haji kecil, ia diambil dari perkataan al-I'timar iaitu (ziarah). Orang yang mengerjakan Umrah akan berniat Ihram Umrah dari miqat, mengerjakan Tawaf Qudum, bersaie dan seterusnya bertahallul dari Ihramnya dengan bercukur atau bergunting.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda:
Umrah ke Umrah yang berikutnya menjadi penebus dosa yang dilakukan di antara keduanya manakala Haji yang mabrur pula tidak ada balasan selain syurga.

Diriwayatkan daripada Jabir r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Jemaah Haji dan Umrah adalah rombongan Allah, jika mereka berdoa kepada Nya, Dia akan memustajabkan doa mereka dan sekiranya mereka memohon ampun daripadaNya, Dia akan mengampunkan mereka.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2008 10:00 PM | Show all posts
PERANGKAAN TEMPAT BAGI JEMAAH UMRAH....


Berihram dari miqat


Memasuki Mekah dan Masjidilharam

Tawaf Umrah

Sembahyang Sunat Tawaf Dua Rakaat

Multazam - Zamzam

Saie Umrah

Bercukur Atau Bergunting
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2008 10:01 PM | Show all posts
لبيك اللهم لبيك، لبيك لا شريك لك لبيك، إن الحمد والنعمة لك والملك، لا شريك لك
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2008 10:06 PM | Show all posts
Firman Allah Taala:

(فَمَنْ تَمَتَّعَ بِالْعُمْرَةِ إِلَى الْحَجِّ فَمَا اسْتَيْسَرَ مِنَ الْهَدْي فَمَنْ لَمْ يَجِدْ فَصِيَامُ ثَلاثَةِ أَيَّامٍ فِي الْحَجِّ وَسَبْعَةٍ إِذَا رَجَعْتُمْ تِلْكَ عَشَرَةٌ كَامِلَة ٌذَلِكَ لِمَنْ لَمْ يَكُنْ أَهْلُهُ حَاضِرِي الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ)

Yang bermaksud:
Maka sesiapa yang mahu menikmati kemudahan dengan mengerjakan Umrah, (dan terus menikmati kemudahan itu) hingga masa (mengerjakan) ibadat Haji, (bolehlah dia melakukannya kemudian wajiblah dia) menyembelih Dam yang mudah didapati. Kalau dia tidak dapat (mengadakan Dam), maka hendaklah dia berpuasa tiga hari dalam masa mengerjakan Haji dan tujuh hari lagi apabila kamu kembali (ke tempat masing-masing); semuanya itu sepuluh (hari) cukup sempurna. Hukum ini ialah bagi orang yang tidak tinggal menetap (di sekitar) Masjidilharam (Mekah). (Surah Al-Baqarah, Ayat: 196).
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2025 11:59 PM GMT+8 , Processed in 0.061172 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list