|
/ Presidential Suite 6 / CHE AHMAD SHAHIR hoi hoi hoi / JUARA AF8 /
[Copy link]
|
|
Silap tepek..........dalam ruangan SS.
Tajuk dia: Shahir dirai macam wira.
hironakamura76 Post at 5-6-2010 14:40 
ada online tak? |
|
|
|
|
|
|
|
try cari so far xder online lagi...esok kut |
|
|
|
|
|
|
|
over betul makcik tu...hahahhhhahahha |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by hironakamura76 at 5-6-2010 14:16
Bertuahnya Shahir, baru saja menjadi juara Akademi Fantasia 8 (AF8) akan dianugerahkan Ikon Belia Negeri Perak. SS dengar acara khas itu dijadual berlangsung esok, jam 2 petang di Arena Square,Teluk Intan, Perak. Ia akan disampaikan Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir. Pada majlis itu, Shahir juga akan mengadakan persembahan untuk peminatnya.
Sebelum itu, petang ini (Sabtu) keluarga Shahir yg menetap di Taman Bandar Baru, Kampar, Perak, juga akan mengadakan majlis doa selamat atas kejayaannya itu.
SS rasa inilah kali pertama Shahir yang semakin popular dengan lagu KDP itu dapat balik kampung selepas konsert akhir AF8. Walaupun SS tak berpeluang turut serta dalam majlis doa selamat itu, SS yakin kepulangan Shahir akan disambut meriah macam wira. Bukan wira dari Gaza tapi wira dari 'La Academia'.
Agaknya kepulangan Shahir akan disambut dengan bunga manggar dan pukulan kompang kut?
( bersambung....sebab penat type....heheheh) |
|
|
|
|
|
|
|
Silap tepek..........dalam ruangan SS.
Tajuk dia: Shahir dirai macam wira.
hironakamura76 Post at 5-6-2010 14:40 
aku anti betul ngan SS..hahahhahhaha |
|
|
|
|
|
|
|
ok tu petikan article dalm Harian Metro ruangan SOSEH-SOSEH |
|
|
|
|
|
|
|
Bertuahnya Shahir, baru saja menjadi juara Akademi Fantasia 8 (AF8) akan dianugerahkan Ikon Belia Ne ...
hironakamura76 Post at 5-6-2010 15:05 
ku ingin kau tahu..diriku disini ,,menanti dirimu...ihihhihhiih |
|
|
|
|
|
|
|
ok tu petikan article dalm Harian Metro ruangan SOSEH-SOSEH
hironakamura76 Post at 5-6-2010 15:06 
wah ...arini wat kenduri ...shahir..mesti ramai org dtg..kakpah pegi tak?.hiihiih |
|
|
|
|
|
|
|
( BERSAMBUNG>>>)
SS tak mahulah nak komen mengenai anugerah itu sama ada masih terlalu awal untuk Shahir menerimanya atau tidak. Sebaliknya terpulang kepada Shahir macam mana nak menggalas gelaran dan tanggungjawab yang akan diberikannya itu sebab setiap anugerah yang diterima personaliti pilihan akan datang dalam pakej kepercayaan masyarakat dan peminat. Jadi jangan hampakan harapan penyolong terutama orang Perak yang banyak mengundi Shahir hingga jadi juara.
Semoga Shahir akan bijak membawa diri menempuh fasa yang lebih banyak godaannya kelak. Ia bukanlah gelaran biasa untuk suka-suka saja tetapi sebagai remaja contoh.
Janganlah pula nanti Shahir terkena kejutan budaya sudahlah sehingga tidak tahu lagi jalan nak balik ke kampung!SS yakin Shahir teguh imannya dan syabas diucapkan kepada Shahir. |
|
|
|
|
|
|
|
ok sekian............oklah SS nyer artikel ....dia yakin shahir akan stay true to himself........  |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Rorine at 5-6-2010 15:49
Saksikan Shahir Jadi Pilot Dalam Diariku...Shahir
.jpg)
KUALA LUMPUR, 5 JUN 2010: Selepas menepati ramalan ramai apabila dinobatkan sebagai juara Akademi Fantasia musim ke-8 (AF8) pada pertandingan akhir program realiti televisyen nombor satu negara di Stadium Putra Bukit Jalil baru-baru ini, kehidupan Shahir ternyata telah berubah.
Anak jati kelahiran Perak ini telah berganjak ke satu tahap yang jauh lebih tinggi lagi apabila dia memasuki fasa baru dalam kehidupan yang lebih mencabar lagi setelah menceburi dunia hiburan tempatan secara lebih serius demi mengejar cita-cita dan impiannya untuk bergelar anak seni yang berjaya.
Meneruskan inisiatif untuk memberikan hiburan untuk seisi keluarga, Astro Ria (saluran 104) membawakan sebuah lagi program yang bakal membawa para peminat Shahir mengikuti perkembangan terbaru dan perjalanannya sebagai juara AF8; bermula dengan kemenangannya sehingga saat dia merealisasikan tujuan, harapan serta destinasinya yang menjadi realiti.
Semua ini dapat disaksikan menerusi program Diariku...Shahir yang akan bersiaran Astro Ria pada setiap hari Ahad, jam 10.00 malam bermula pada 6 Jun 2010 (esok hari).
Pengurus Saluran Astro Ria, Puan Azlin Reza Azmi berkata, program Diariku...Shahir dihasilkan sebagai satu usaha pihaknya untuk terus mendekatkan lagi peminat dengan Shahir walaupun selepas program Akademi Fantasia berakhir.
"Malah, ia juga sebagai tanda terima kasih yang tidak terhingga terhadap para peminat Shahir yang telah memberi sokongan padu sehingga membawa kepada kemenangannya sebagai Juara AF8.
"Program yang dihasilkan sebanyak 8 episod yang akan bersiaran selama 30 minit ini akan memberi fokus kepada perjalanan sulung Shahir selepas bergelar juara terutamanya semasa proses rakaman album dan lagu singlenya dihasilkan. Pelbagai gelagat dapat dilihat terutamanya tentang semangat dan kesungguhannya dalam bergelar seorang artis," katanya.
Diariku...Shahir juga bakal melihat bagaimana Shahir mendapat bimbingan oleh pakar-pakar yang berpengalaman dalam mengendalikan kerenah dunia hiburan dalam setiap episod.
Di antara bidang-bidang yang diberikan fokus untuk membimbing Shahir ialah semasa latihan persembahan, berhadapan dengan peminat, temubual dengan media, pengurusan masa, penampilan dan fesyen, keupayaan untuk berbicara dengan khalayak ramai, promosi album serta tarian dalam persembahan.
Bukan itu sahaja, Diariku...Shahir juga bakal membawa anda melihat sendiri bagaimana Shahir mencuba perkara-perkara yang tidak pernah dilakukannya sebelum dia menceburi dunia hiburan. Misalnya ialah seperti menerbangkan pesawat ringan.
Para peminat Shahir juga berpeluang untuk melihat Shahir mencipta sebuah lagu istimewa yang akan memberi makna yang istimewa dalam hidupnya.
Jangan lupa untuk saksikan perkembangan terbaru Shahir melalui Diariku...Shahir pada setiap hari Ahad, jam 10.00 malam bermula pada 6 Jun 2010, hanya di Astro RIA! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1813# Rorine
Thanks Rorine sebab scan............. |
|
|
|
|
|
|
|
hoi>>hoi>>hoi>> cepat undi lagu shahir dah jatuh dah tu kat ERA..CPR....CPR...JENUH DAH NI AKU MEREMPIT MENGEVOTE LAGU SHAHIR...TAK NAIK2 GAK NIH...LAGU NAIB JORE LAK DOK KAT ATAS TU...OUT DULU KORANG TAKE OVER LAK NAK AMIK OKSIGEN JAP.... |
|
|
|
|
|
|
|
ok sekian............oklah SS nyer artikel ....dia yakin shahir akan stay true to himself........{: ...
hironakamura76 Post at 5-6-2010 15:15 
sib baik kali ni yg baik2 nye ..ihhiihihih go shahir!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
hoi>>hoi>>hoi>> cepat undi lagu shahir dah jatuh dah tu kat ERA..CPR....CPR...JENUH DAH NI AKU MEREM ...
mimifa Post at 5-6-2010 15:52 
aduh carta tu turun naik je...ihhiihihhi..dah cam debaran af plak ni |
|
|
|
|
|
|
|
wah...adik shahir nak jadi pilot pulak.........
 |
|
|
|
|
|
|
|
Reply Rorine
Thanks Rorine sebab scan.............
hironakamura76 Post at 5-6-2010 15:50 
tq hirona.....hoyeeeeeeee gigihi uols menaip.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|