CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: farhana008

BORAK KOSONG, CHAT, GOSSIP, ULASAN, LUAHAN, DAN BERSANTAI VOLUME 41

 Close [Copy link]
Post time 22-2-2022 08:55 PM | Show all posts
Edited by seribulan at 23-2-2022 12:18 AM


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2022 09:38 PM | Show all posts
Edited by seribulan at 23-2-2022 12:14 AM


KES BAHARU MENGIKUT MUKIM NEGERI KEDAH (22/2/2022)
BALING - 133
BAKAI 18
BALING 5
BONGOR 5
KUPANG 28
PULAI 33
SIONG 9
TAWAR 24
TELOI KANAN 11
BANDAR BAHARU - 63
BAGAN SAMAK 28
RELAU 6
SELAMA 2
SERDANG 14
SUNGAI BATU 2
SUNGAI KECHIL ILIR 11
KOTA SETAR - 498
ALOR MALAI 29
ALOR MERAH 4
ANAK BUKIT 23
ANAK BUKIT 1
BUKIT LADA 8
BUKIT PINANG 4
DERANG 4
DERGA 33
GAJAH MATI 39
GUNONG 11
HUTAN KAMPONG 7
JABI 21
KANGKONG 5
KOTA SETAR 3
KUALA KEDAH 24
KUBANG ROTAN 3
LANGGAR 63
LENGKUAS 4
LEPAI 5
LESONG 6
LIMBONG 2
MERGONG 36
PADANG HANG 10
PADANG LALANG 6
PENGKALAN KUNDOR 69
PUMPONG 16
SALA KECHIK 7
SUNGAI BARU 5
TAJAR 12
TEBENGAU 3
TELAGA MAS 2
TELOK CHENGAI 14
TELOK KECHAI 11
TITI GAJAH 1
TUALANG 7
KUALA MUDA - 628
BUJANG 20
BUKIT MERIAM 7
GURUN 72
HAJI KUDONG 1
KOTA 6
KUALA 1
MERBOK 14
PEKULA 10
PINANG TUNGGAL 46
RANTAU PANJANG 2
SEMELING 23
SIDAM KIRI 46
SIMPOR 11
SUNGAI PASIR 111
SUNGAI PETANI 239
TELOI KIRI 19
KUBANG PASU - 336
AH 7
BUKIT TINGGI 14
GELONG 22
HOSBA 2
JERAM 12
JERLUN 31
JITRA 48
KEPELU 17
KUBANG PASU 3
MALAU 11
NAGA 44
PADANG PERAHU 7
PELUBANG 38
PERING 6
PUTAT 2
SANGLANG 12
SUNGAI LAKA 11
TEMIN 33
TUNJANG 14
WANG TEPUS 2
KULIM - 482
BAGAN SENA 5
JUNJONG 12
KARANGAN 10
KELADI 57
KULIM 93
LUNAS 37
MAHANG 8
NAGA LILIT 38
PADANG CINA 73
PADANG MEHA 31
SEDIM 2
SIDAM KANAN 39
SUNGAI SELUANG 54
SUNGAI ULAR 17
TERAP 6
LANGKAWI - 95
AYER HANGAT 10
BOHOR 10
KEDAWANG 12
KUAH 44
PADANG MATSIRAT 6
ULU MELAKA 13
PADANG TERAP - 83
BALIMBING KANAN 1
BATANG TUNGGANG KANAN 1
BATANG TUNGGANG KIRI 3
BELIMBING KANAN 17
KURONG HITAM 3
PADANG TEMAK 9
PADANG TERAP KANAN 9
PADANG TERAP KIRI 13
PEDU 11
TEKAI KANAN 3
TEKAI KIRI 9
TUALAK 4
PENDANG - 116
AYER PUTEH 57
BUKIT RAYA 8
GUAR KEPAYANG 10
PADANG KERBAU 9
PADANG PELIANG 1
PADANG PUSING 13
RAMBAI 8
TOBIAR 10
SIK - 92
JENERI 17
SIK 32
SOK 19
TELOI 24
YAN - 57
DULANG 1
SALA BESAR 20
SUNGAI DAUN 8
YAN 28
KUMULATIF KES - 2583

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2022 09:41 PM | Show all posts
Edited by seribulan at 23-2-2022 12:16 AM


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2022 01:29 AM | Show all posts
Perancangan endemik sudah selesai - Hishamuddin[size=0.82]Oleh Luqman Arif Abdul Karim
Februari 8, 2022 @ 5:47pm
[email protected]








KUALA LUMPUR: Perancangan untuk beralih ke fasa endemik sudah dimuktamadkan dan akan dibentangkan kepada Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik COVID-19.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, menjelaskan keputusan mengenai tarikh peralihan itu kini akan ditentukan oleh jawatankuasa terbabit yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, selain dianggotai pembangkang dan pakar berkaitan.


Beliau berkata, Mesyuarat Kuartet Menteri COVID-19 turut memutuskan beberapa perkara berhubung peralihan endemik, termasuk jaminan bahawa tiada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seluruh negara meskipun kes harian merekodkan peningkatan.
"Perancangan endemik sudah selesai, namun keputusan untuk tentukan bila fasa ini dilaksana bergantung kepada Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik COVID-19 yang dipengerusikan Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob).
"Saya tahu banyak pihak mula bimbang susulan Omicon yang menyaksikan kes harian sedang meningkat, tetapi saya nak nyatakan kita tak boleh berganjak daripada melangkah ke fasa seterusnya.
"Maknanya, PKPD (Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan) hanya akan dibuat susulan kemungkinan peningkatan di lokaliti tertentu, tetapi PKP seluruh negara tak mungkin kita akan laksanakan kembali," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Kuartet Menteri COVID-19 di Wisma Pertahanan, di sini, hari ini.
Mesyuarat bermula jam 3 petang tadi turut dihadiri Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin; Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin; Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri serta Menteri Perpaduan Negara, Datuk Seri Halimah Sadique.
Pada November tahun lalu, Hishammuddin memutuskan untuk memperhalusi semula langkah bagi mengumumkan fasa 'peralihan ke endemik' sehingga mendapat maklumat lanjut berhubung varian baharu COVID-19, Omicron.
Walaupun belum ada kes membabitkan varian Omicron di Malaysia ketika itu, kerajaan memutuskan untuk mengambil tindakan berhati-hati, berikutan varian berkenaan dilaporkan sangat pantas dan mudah berjangkit.
Bergantung kepada perkembangan semasa, Hishammuddin bagaimanapun berkata, dua perkara yang seandainya berlaku pada masa depan berupaya mengubah pendirian kerajaan berhubung peralihan ke fasa endemik.
"Setakat ini, saya dimaklumkan tadi jumlah kes harian yang meningkat ini tak jejaskan katil unit rawatan rapi (ICU) di hospital, justeru keadaan masih terkawal.
"Sekiranya berubah, kita kena fikir balik pendekatan semasa. Kedua, rakyat kena tahu tujuh perkara asas yang perlu difahami dalam peralihan ke endemik.
"Tujuh tonggak ini meliputi pematuhan satu Prosedur Operasi Standard (SOP) umum dan sembilan garis panduan, selain penerapan Sistem Amaran dan Tindakan (HAS).
"Strategi Saringan Kebangsaan; TRIIS (uji, lapor, pengasingan, maklumkan, dapatkan); Automatasi FTTIS (cari, uji, jejak, asing dan sokongan); pembukaan sempadan negara secara berperingkat serta duta pemerkasaan komuniti," katanya.
Ditanya sama ada Malaysia bakal kembali beralih ke pandemik sekiranya sektor kesihatan awam terbeban dengan lonjakan kes harian, Hishammuddin berkata, segalanya mungkin memandangkan COVID-19 adalah suatu insiden penularan wabak yang tidak pernah melanda seluruh dunia sebelum ini.
Bagi memastikan risiko peralihan sedemikian tidak berlaku, beliau berkata, orang ramai wajar menyelami erti endemik dan tujuh tonggak yang digariskan kerajaan, selain mengamalkan disiplin kendiri demi mengekang penularan jangkitan.
"Nak kata patah balik dengan varian yang ada, lebih daripada kemungkinan itu ada kerana kita tidak pernah jangka COVID-19 melanda," katanya.




Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2022 01:31 AM | Show all posts


Kerajaan tangguh isytihar fasa endemik - Hishammuddin[size=0.82]Oleh Abdul Rahemang Taiming
Januari 14, 2022 @ 2:52pm
[email protected]





Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein (kanan) menghadiri taklimat operasi sewaktu mengadakan lawatan ke Markas Angkatan Tugas Bersama (ATB 2) Kem Kukusan hari ini. Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Muez Abdul Aziz (dua, kanan) dan Komander ATB2 Brig Genaral Abdul Karim Ahmad. - Foto BERNAMA




TAWAU: Kerajaan memutuskan menangguh sementara langkah mengisytiharkan fasa 'Peralihan ke Endemik' berikutan peningkatan penularan kes varian Omicron COVID-19 di negara ini.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata berdasarkan perancangan asal pengumuman 'Peralihan ke Endemik' itu sepatutnya dibuat pada minggu pertama bulan ini.
Bagaimanapun katanya, perkara itu terpaksa ditangguhkan berikutan peningkatan jangkitan varian Omicron, selain kesan daripada individu yang kembali daripada luar negara, khususnya yang menunaikan umrah di Arab Saudi serta bencana banjir baru-baru ini.
"Minggu pertama bulan ini, saya sebenarnya nak umumkan bahawa kita nak masuk kepada fasa transisi endemik.
"Tetapi kita nak tunggu sedikit masa lagi (satu atau dua minggu) kerana apabila kita umumkan fasa transisi endemik ada tujuh atau lapan perkara yang perlu kita maklumkan kepada orang ramai.
"Contohnya prosedur operasi standard (SOP) kita kurangkan kepada satu sahaja iaitu usaha untuk 'Self Testing Trace" yang saya dah umumkan sebelum ini, semua itu kita kena didik (educate) orang ramai apabila ia dimuktamadkan," katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan kerja ke Kem Kukusan, di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Hishammuddin berkata, kerajaan pada bila-bila bersedia membuat pengumuman atau mengisytiharkan fasa 'Peralihan ke Endemik' kerana setiap negeri masing-masing sudah memasuki fasa ke-4.

Sidang media Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein selepas mengadakan lawatan kerja di Kem Kukusan Tawau hari ini. - NSTP/Abdul Rahemang Taiming
Ketika ditanya sama ada kelewatan langkah kerajaan membuat pengisytiharan ke fasa endemik itu bakal memberi kesan kepada negara, beliau menjelaskan, situasi di banyak negara di dunia ketika ini juga cukup membimbangkan.
Mengambil contoh di Amerika Syarikat, katanya, pada dua minggu lalu sahaja sudah mencatatkan jumlah jangkitan wabak COVID-19 mencecah satu juta kes dalam tempoh sehari dan terkini dilaporkan mencecah sehingga 500,000 kes sehari.
Malah katanya, terbaru Australia yang sebelum ini berada dalam perintah kawalan pergerakan (lock down) turut merekodkan jumlah jangkitan 60,000 kes sehari.
"Walaupun varian Omicron ini mungkin dari segi kesan jangkitan adalah kurang berbanding varian lain, tetapi semestinya dengan penularan secara besar-besaran akan menjejaskan kesihatan rakyat, selain memberi tekanan kepada penggunaan katil-katil Unit Rawatan Rapi (, ICU) di hospital kita.
"Sebab itu kita nak buka sempadan, kita nak beri kelonggaran, saya dah kata kita tak akan tutup besar besaran lagi, tetapi dalam kita nak buka pun janganlah besar-besaran juga dan mestilah mengikut keadaan dan situasi semasa.
"Tak popular tak apa, tetapi yang penting kesihatan dan keselamatan orang ramai menjadi keutamaan," katanya.




Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2022 01:36 AM | Show all posts


Boleh buka jika sedia ke fasa endemik20 Feb 2022


Dr Hanafiah (gambar kecil) berpandangan tiada tempoh masa khusus untuk membuka sempadan negara dan boleh dibuka bila-bila masa.RAJA NUR FAZNIE AIDA
SHAH ALAM - Pakar kesihatan berpandangan tiada tempoh masa yang khusus untuk membuka sempadan negara sebaliknya ia boleh dibuka pada bila-bila masa jika rakyat sudah bersedia menuju ke fasa endemik.
Pakar kesihatan pekerjaan, kecemasan dan kesihatan awam, Dr Hanafiah Bashirun berkata, ini kerana tiada langkah lain yang boleh dilakukan selain penerimaan suasana Covid-19 dalam kehidupan harian.

“Jadi, kalau tanya saya bila masa yang paling sesuai untuk buka sempadan negara, bagi saya tidak ada. Sebabnya Covid-19 ini akan selalu ada.
“Kalau kita sudah bersedia, buka sahaja sempadan, tidak perlu tunggu kes berkurangan ataupun tiada varian baharu. Pada masa sama, kita juga perlu terima virus ini dengan kita,” katanya kepada Sinar Ahad.
Pada Jumaat, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) diberi masa dua hingga tiga minggu untuk membentangkan kepada kabinet pelbagai cadangan serta prosedur operasi standard (SOP) berhubung pembukaan sempadan negara kepada pelawat sebelum keputusan mengenainya dimuktamadkan.
Menurutnya, keputusan membuka sempadan negara harus dilihat dengan teliti memandangkan pelbagai pendapat diterima kerajaan termasuk ada kalangan rakyat masih mahu kerajaan membuat intervensi dalam perkara-perkara terutama yang melibatkan SOP dan sebagainya kerana takut dengan penularan Covid-19.
Mengulas lanjut, Dr Hanafiah berkata, KKM sendiri dilihat sudah bersedia jika berlaku peningkatan kes secara mendadak.
“Kalau melihat kepada reaksi Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar ke atas peningkatan kes yang mendadak ini, saya nampak kita sudah bersedia.

“Maknanya dari segi penggunaan katil unit rawatan rapi (ICU) dah bersedia. Tempat kuarantin juga dah bersedia, malah hospital-hospital daerah akan digunakan untuk terima pesakit Covid-19, mungkin tahap tiga.
“Jadi, pelan tindakan kita sudah ada. Kita dah bersedia dengan peningkatan kes mendadak,” jelasnya.
Bagaimanapun, beliau berkata, penting untuk menyediakan garis panduan kepada pelancong yang mahu keluar masuk ke Malaysia.
Ujarnya, ini termasuklah mewajibkan pelaksanaan ujian Covid-19 selain pengambilan vaksin.
“Adakah untuk mereka yang sudah lengkap vaksinasi ataupun mewajibkan mereka yang mengambil dos penggalak?
“Pelancong juga perlu dapatkan polisi insurans pengembara. Kalau apa-apa berlaku kepada mereka seperti kemasukan ke wad akibat Covid-19, insurans tersebut boleh digunakan,” katanya.


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-2-2022 08:53 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2022 10:39 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2022 11:08 AM From the mobile phone | Show all posts
farhana008 replied at 23-2-2022 09:39 AM
Good Morning Seri

Sarap pe? Sini nasi goreng...pehtu ada jamuan persaraan kolig tergolek kekenyangan...
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2022 11:43 AM | Show all posts
SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA
23 FEBRUARI 2022
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada 22 Februari 2022, penggunaan fasiliti kesihatan khusus bagi kes COVID-19:
Katil Kes Kritikal atau Unit Rawatan Rapi (ICU): Enam (6) negeri iaitu Kelantan (78%), Johor (69%), WP Kuala Lumpur (62%), Melaka (54%), Perlis (45%), dan Selangor (45%) menunjukkan peratusan pengisian ≥ 50%;
Katil Bukan ICU: 11 negeri iaitu Perlis (114%), Kelantan (108%), Selangor (99%), Perak (95%), WP Putrajaya (74%), Johor (72%), WP Kuala Lumpur (72%), Sabah (70%), Pahang (68%), Terengganu (54%), dan Pulau Pinang (51%) menunjukkan peratusan pengisian ≥ 50%;
Katil Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC): Empat (4) negeri iaitu Perak (72%), Selangor (70%), Melaka (55%), dan Sabah (51%) menunjukkan peratusan pengisian ≥ 50%; dan
Pesakit COVID-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilator) meningkat kepada 180 pesakit dan pesakit-pesakit ini menggunakan 37% daripada keseluruhan ventilator untuk pesakit COVID-19 dan bukan COVID-19.
Jadual 1: Penggunaan Katil COVID-19 Bagi ICU dan Bukan ICU di Hospital dan PKRC Pada 22 Februari 2022
Jadual 2: Penggunaan Katil Kes COVID-19 dan Bukan COVID-19 di Hospital Awam Pada 22 Februari 2022
Jika dibandingkan dengan data kapasiti keseluruhan katil di fasiliti kesihatan awam di Jadual 2, sememangnya terdapat perbezaan dengan data di Jadual 1. Ini kerana data kapasiti dan penggunaan di Jadual 2 adalah termasuk juga untuk kes COVID-19 dan kes bukan COVID-19.
Secara keseluruhannya, setiap negeri telah bersiapsiaga dengan pelan tindak balas cepat sekiranya berlaku peningkatan kes yang memerlukan kemasukan ke PKRC, hospital, dan ICU.
Jadual 3: Bilangan Kemasukan Pesakit Harian COVID-19 Ke Hospital Awam Mengikut Kategori & Negeri
pada 22 Februari 2022

KKM ingin menjelaskan bahawa terdapat perbezaan di antara data harian kemasukan kes COVID-19 ke hospital berbanding kes COVID-19 kategori 1 hingga 5 yang baharu didiagnosa pada setiap hari. Ini memandangkan keadaan klinikal pesakit yang dinamik dan mungkin merosot atau bertambah baik sepanjang dijangkiti COVID-19. Misalnya, semasa didiagnosa, mungkin pesakit tersebut berada pada kategori 2A dan diisolasi di rumah melalui Home Surveilance Order (HSO) digital, namun status kesihatan pesakit boleh merosot ke kategori 3 atau lebih dan memerlukan kemasukan ke hospital.
Pada masa yang sama, terdapat juga kes-kes COVID-19 berisiko tinggi dari kategori 1 dan 2 yang memerlukan kemasukan ke PKRC dan hospital sebagai langkah berjaga-jaga.
Pada 22 Februari 2022, kes COVID-19 yang dimasukkan ke hospital adalah sebanyak 1,520 kes (Rajah 1). Daripada 1,520 kes ini:
• 545 kes (35.9 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
• 975 kes (64.1 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.
Rajah 1: Bilangan Kemasukan Pesakit Harian COVID-19 Berdasarkan Kategori Ke Hospital
Selain itu, KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 22 Februari 2022:
• Kes sembuh: 19,037 kes [2,974,441 kes kumulatif (90.9%)];
• Kes baharu : 27,179 kes (3,273,958 kes kumulatif);
• Kes import : 120 kes [64 warganegara (53.3%); 56 bukan warganegara (46.7%)];
• Kes tempatan : 27,059 kes [26,381 warganegara (97.5%); 678 bukan warganegara (2.5%)];
• Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 286 kes (99 kes disahkan COVID-19; 187 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
• Kes memerlukan bantuan pernafasan: 180 kes (58 kes disahkan COVID-19; 122 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).
PERINCIAN KATEGORI KES COVID-19
Daripada 27,179 kes harian yang dilaporkan pada 22 Februari 2022:
• 172 kes (0.63 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
• 27,007 kes (99.37 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.
Pecahan kategori kes:
• Kategori 1: 7,792 kes (28.67%);
• Kategori 2: 19,215 kes (70.70%);
• Kategori 3: 102 kes (0.37%);
• Kategori 4: 43 kes (0.16%); dan
• Kategori 5: 27 kes (0.10%).
Daripada 172 kes COVID-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan pada 22 Februari 2022:
• 51 kes (29.65%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
• 91 kes (52.91%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster);
• 30 kes (17.44%) telah menerima dos penggalak (booster);
• 67 kes (38.95%) berumur 60 tahun dan ke atas;
• 93 kes (54.07%) mempunyai komorbid; dan
• 6 kes (3.49%) ibu mengandung.
KLUSTER COVID-19
• Jumlah kluster: 6,732 kluster;
• Jumlah kluster baharu: 9 kluster;
• Jumlah kluster yang telah tamat: 6,227 kluster; dan
• Jumlah kluster aktif: 505 kluster.
NILAI RT
Perincian nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Jadual 4. Maklumat terperinci lain berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my . Data akan dikemaskini pada jam 12:00 tengah malam setiap hari.
Jadual 4: Nilai RT Mengikut Negeri Berdasarkan Kes Yang Dilaporkan Pada 21 Februari 2022
KEBERKESANAN DOS VAKSIN PENGGALAK (BOOSTER) DALAM MENGHADAPI GELOMBANG OMICRON
Program Imunisasi COVID-19 Dos Penggalak (PICK-B) telah dimulakan secara rasmi sejak 1 Oktober 2021, di mana sehingga 22 Februari 2022, 14,176,241 dos telah diberikan kepada individu dewasa yang layak (60.3% daripada penduduk dewasa di Malaysia).

Rajah 2-4 di bawah menunjukkan data terkini dari empat (4) minggu yang lepas (26 Januari 2022 sehingga 22 Februari 2022) bagi kes COVID-19 kategori 3, 4 dan 5 (bagi setiap 100,000 penduduk), serta kes kematian akibat COVID-19 bagi setiap 100,000 penduduk. Daripada rajah-rajah ini dapat disimpulkan bahawa:

• Kumpulan individu yang tidak divaksinasi adalah paling berisiko untuk dijangkiti COVID-19 yang serius (terutama pada kategori 4 dan 5) dan juga paling berisiko untuk kematian akibat jangkitan COVID-19. Ini dapat dilihat pada ketiga-tiga carta dan hampir semua kumpulan umur;
• Kumpulan individu yang telah menerima vaksin COVID-19 dos penggalak (booster) adalah paling terlindung, di mana dapat dilihat jumlah kes yang lebih rendah dijangkiti COVID-19 yang serius (kategori 3, 4, dan 5) dan juga kematian akibat COVID-19 di kalangan penerima dos penggalak berbanding kumpulan yang tidak divaksinasi (non-vaccinated) dan kumpulan yang lengkap divaksinasi tetapi belum menerima dos penggalak (vaccinated but unboosted); dan
• Vaksin dos penggalak dapat memberi perlindungan yang terbaik daripada kematian dan gejala serius COVID-19.
Rajah 2: Kes COVID-19 Kategori 3 Bagi Setiap 100,000 Penduduk Mengikut Status Vaksinasi

Rajah 3: Kes COVID-19 Kategori 4 dan 5 Bagi Setiap 100,000 Penduduk Mengikut Status Vaksinasi
Rajah 4: Kes Kematian Akibat COVID-19 Bagi Setiap 100,000 Penduduk Mengikut Status Vaksinasi
Oleh itu KKM ingin menyeru semua individu dewasa yang berkelayakan namun belum menerima vaksin dos penggalak (booster) untuk segera mendapatkannya dari pusat pemberian vaksin (PPV) yang terdekat secara walk-in. Semak PPV di https://vaksincovid.protecthealth.com.my/find. Bagi yang telah mendaftar, KKM memohon agar anda hadir ke slot janji temu tersebut. Lindungi diri dan orang tersayang. Dapatkan dos penggalak (booster).
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM ingin menasihati orang ramai agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
• Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit, dan sembang dengan jarak yang dekat);
• Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear, and Warn);
• Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan;
• Amalkan TRIIS (Trace, Report, Isolate, Inform, and Seek) sebelum menghadiri aktiviti sosial atau sekiranya bergejala;
• Jalani segera ujian COVID-19 sekiranya anda bergejala;
• Individu positif COVID-19 kategori 1 dan 2A dan bukan berisiko tinggi (berumur bawah 60 tahun dan tidak mempunyai komorbid), tidak perlu hadir ke Pusat Penilaian COVID-19 (CAC), sebaliknya hanya perlu melakukan pemantauan kendiri melalui Health Assessment Tool (HAT) dalam aplikasi MySejahtera. SMS atau panggilan daripada perkhidmatan Automated Voice Recording (robocall) akan diterima sekiranya belum atau tidak menjalankan pemantauan kendiri setiap hari;
• Individu yang perlu hadir ke CAC (senarai penuh lokasi, nombor telefon dan waktu operasi boleh didapatkan di https://covid-19.moh.gov.my/hotline) terdekat untuk penilaian lanjut akan dimaklumkan melalui MySejahtera atau dihubungi CAC melalui SMS atau panggilan telefon;
• Individu yang positif COVID-19 kategori 2B dan ke atas (sama ada berisiko tinggi atau tidak) atau mempunyai gejala yang semakin teruk, dikehendaki hadir ke CAC atau hospital terdekat bagi pemeriksaan lanjut tanpa menunggu panggilan telefon daripada CAC ; dan
• Tempoh isolasi bagi individu positif COVID-19 yang telah lengkap vaksinasi termasuk yang telah mendapat dos penggalak (booster) adalah tujuh (7) hari, manakala tempoh isolasi bagi individu positif COVID-19 yang tidak lengkap vaksinasi atau tiada vaksinasi adalah selama 10 hari. Tempoh isolasi terkini tidak mengambil kira sama ada bergejala atau tidak bergejala.

Individu yang belum menerima vaksin dan tidak pernah dijangkiti COVID-19 adalah kumpulan paling berisiko mendapat jangkitan COVID-19. KKM menasihatkan individu ini agar segera mendaftar dan mendapatkan vaksin COVID-19. Bagi yang telah mendaftar, KKM memohon agar anda hadir ke temu janji tersebut demi melindungi diri dan orang tersayang.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
23 Februari 2022 @ 10.00 pagi.
Lampiran 1
Jadual 5: Perbandingan Gejala COVID-19 Kategori 2A (Ringan) dan 2B (Sederhana)

Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2022 04:56 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2022 05:25 PM | Show all posts
Edited by seribulan at 23-2-2022 04:28 PM

Info setakat ni...




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2022 08:17 PM | Show all posts
seribulan replied at 23-2-2022 11:08 AM
Sarap pe? Sini nasi goreng...pehtu ada jamuan persaraan kolig  tergolek kekenyangan...

pagi tadi makan mee hoon goreng dan teh ais. banyak betul makan masa breakfast sampai tak lunch sbb kekenyangan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2022 08:22 PM | Show all posts

kerajaan perak ada juga common sense. ni yang kat johor bakalan prn
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2022 08:57 PM From the mobile phone | Show all posts
farhana008 replied at 23-2-2022 07:17 PM
pagi tadi makan mee hoon goreng dan teh ais. banyak betul makan masa breakfast sampai tak lunch sb ...

Tahu x pe...sama kita berdua...ni dinner pun lite lite je
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2022 08:58 PM From the mobile phone | Show all posts
farhana008 replied at 23-2-2022 07:22 PM
kerajaan perak ada juga common sense. ni yang kat johor bakalan prn

Oghang Perak memang ada common sense lariikkkk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2022 09:02 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2022 09:03 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2022 09:04 PM | Show all posts
Edited by seribulan at 23-2-2022 10:10 PM

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2022 09:05 PM | Show all posts
Edited by seribulan at 23-2-2022 10:11 PM

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-9-2024 02:40 PM GMT+8 , Processed in 4.093688 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list