nampaknye macam takde respond jer soklan sy... sedey arr
serimelur Post at 11-1-2011 13:04
Serimelur - menjawap persoalan diatas
Credit to: blueberrybiru
Mahram sangkut’ Sahkah ibadah umrah?
Panggilan ke Tanah Suci sama ada untuk menunaikan umrah mahupun haji disambut jutaan umat Islam seluruh dunia. Tetapi kedua-dua ibadah itu mempunyai syarat-syarat tertentu. Antaranya, syarat khusus yang mewajibkan wanita ditemani mahramnya untuk perjalanan menunaikan umrah dan haji. Baru-baru ini, semasa bertemu Mufti Kerajaan Negeri Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria, beliau menegur sesetengah wanita yang pergi ke Tanah Suci untuk menunaikan umrah tanpa mahram yang benar-benar menepati kehendak hukum Islam. Sebaliknya hanya memenuhi syarat keperluan mahram seperti yang ditetapkan kerajaan Arab Saudi di atas kertas sahaja.
Jelas Harussani, sekarang ada kecenderungan wanita pergi menunaikan umrah seorang diri tanpa ditemani mahram sebenar, tetapi ‘mahram sangkut’. Maksudnya, ‘mahram’ yang tertulis di atas kertas bukan mahram mereka yang betul, tetapi diatur oleh agensi-agensi pelancongan. Selalunya wanita yang tidak mempunyai mahram akan ditulis sebagai mahram kepada seorang lelaki yang pergi bersama isteri atau keluarganya. Lelaki itu bukanlah mahram wanita berkenaan, malah mereka tidak saling mengenali pun. Kata Harussani lagi, ini tidak boleh diamalkan. Malah adalah sia-sia sahaja wanita pergi menjalankan umrah tanpa mahram yang betul kerana pemergian mereka tidak menepati kehendak Islam. Di dalam hadis jelas menyatakan, “Seorang perempuan tidak boleh musafir melainkan bersamanya mahram.” Tegas Harussani, mahram adalah orang yang haram dikahwini. Dan syarat sah ibadat yang memerlukan kehadiran mahram adalah bersifat syarie, bukan semata-mata di atas kertas!
Beliau menjelaskan, seorang wanita memang dibolehkan bermusafir dengan ditemani beberapa wanita lain yang boleh dipercayai (thiqaat), tetapi ia hanyalah untuk ibadah-ibadah wajib seperti menunaikan haji untuk kali pertama. Bagaimanapun untuk ibadah sunat, tidak boleh ditemani wanita thiqaat. Nasihatnya, jika seseorang wanita ingin menunaikan haji atau umrah, bawalah mahram yang betul seperti bapa atau abang. Perkara ini adalah wajib, katanya.
Apabila hal ini ditanya kepada beberapa wanita yang pernah menunaikan umrah sendirian, mereka mengakui urusan ‘mahram sangkut’ selalunya diuruskan agensi pelancongan. ‘Mahram’ itu akan diperkenalkan dan hanya diperlukan semasa urusan imigresen (masuk dan keluar) di Arab Saudi. Bagaimanapun semasa menunaikan ibadah umrah, mereka bebas melakukannya mengikut ahli lain dalam kumpulan. Di pihak agensi pelancongan pula, amalan ini tidak dinafikan. Malah bersangka baik dengan niat wanita-wanita yang ingin menunaikan ibadat umrah dan haji.
Pengerusi Eksekutif Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd., Datuk Md. Daud Che’ Ngah berpendapat, seseorang yang mahu menunaikan ibadat berkenaan, tidak perlu dihalang. “Negara Arab Saudi mahukan mahram bagi wanita ialah lelaki. Akan tetapi jika visa dan segalanya diluluskan oleh Arab Saudi dan mengikut prosedur, bermakna tiada sebab untuk menghalang wanita dengan istilah ‘mahram sangkut’ ini.
“Rasulullah amat menggalakkan umatnya mengerjakan ibadah. Jadi saya menekankan bahawa jika benda baik, tidak perlu untuk kita menghalangnya”, katanya. Md. Daud menambah, pernah suatu hari beliau berjumpa seorang wanita yang mengaku pernah melakukan zina akan tetapi setelah menunaikan ibadah haji dan umrah wanita berkenaan bertaubat dan jiwanya kembali tenang. Justeru itu katanya, Syarikat Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd., sentiasa menggalakkan masyarakat mengerjakan ibadah ini dan berfikiran positif jika ada insan yang mahu menunaikan ibadah yang sungguh mulia ini. “Suatu ibadah itu sangat digalakkan oleh Allah, namun kita sebagai hambanya perlu ikhlas dan jujur dalam setiap perkara dan amalan yang kita lakukan serta berusaha sentiasa mencari taufik dan hidayah,” katanya. Sementara itu Ustaz Ahmad Shukri yang sudah bekerja kira-kira 20 tahun dengan TH Travel & Tours Servives pula berkata, seorang wanita (berusia 45 ke atas) yang mahu menunaikan ibadah umrah buat kali pertama, boleh menunaikan ibadah berkenaan tanpa mahram, tetapi hendaklah membawa wanita thiqaat.
Jelasnya lagi, wanita thiqaat ialah wanita yang boleh dipercayai, dua hingga lima orang. Namun begitu, syaratnya hendaklah tidak timbul fitnah dan hendaklah selamat dalam perjalanan menunaikan ibadah berkenaan. Tambahnya lagi setakat ini pihak TH Travel tidak akan membenarkan wanita yang berumur 45 tahun ke bawah tanpa mahram pergi menunaikan ibadah tersebut. |