|
[Pulau Pinang]
'Rumah Sembang Pasemboq Utara V144'
[Copy link]
|
|
PAHLAWAN MELAYU TERBILANG KESANG
Tok Laji merupakan anak kepada pembuka kawasan Kesang bernama Lahir atau Mo’en dan juga dikenali sebagai Tok Kesang. Berasal dari keturunan Bugis, beliau telah dilantik menjadi Penghulu, Pawang Diraja, Imam Besar dan wakil Sultan Di Jajahan Kesang semasa Johor di bawah pemerintahan Sultan Mahmud Shah III pada tahun 1790-an dan Sultan Husain pada 1820-an. Beliau juga merupakan orang kanan Temenggong Muar pada zaman Engku Buruk, Dato’Kamil (Sonet atau Konik) dan Engku Said. Beliau telah dididik dengan ilmu keagamaan serta ilmu persilatan oleh bapanya sendiri sejak dari kecil.
Pada usia yang muda beliau telah digelar panglima kerana kepintaran, keistimewaan, keberanian dan kehandalannya dalam menghadapi suatu cabaran. Beliau bukan sahaja dapat mewujudkan zon perniagaaan diantara Muar, Melaka, Kelang dan Kuala Selangor yang menjadikan kawasan ini bertambah luas,aman dan makmur bahkan diberi kepercayaan sebagai orang tengah di dalam peristiwa isu pertelingkahan ketika perlantikan Sultan Ali menjadi Sultan Johor Pada Tahun 1835. Dikatakan salah satu kehebatannya ialah dapat mematikan dan menahan pergerakan angin sehingga menyebabkan kapal-kapal dan perahu dagang penjajah tidak dapat bergerak dan sekaligus memudahkan beliau menyerang serta merampas barang dagangan dari pihak musuh.
Kemudian hasil dari rampasan tersebut dibawa ke Pantai Layang dan Pulau Penarik di Sungai Muar sebelum diedarkan kepada penduduk tempatan. Beliau merupakan antara pejuang Melayu yang turut serta berperang menentang Belanda bagi membantu bapa saudaranya Raja Haji sehingga dapat meletupkan kapal perang Belanda bernama Malakka’s Welvaran yang menyebabkan Ketua Pemerintah tenteranya Arnolds Lemker terkorban dan beliau juga telah berjaya meletupkan kapal Dolphin yang membawa mayat Raja Haji. Pada tahun 1785, beliau telah membantu sepupunya iaitu Sultan Ibrahim Shah, Sultan Selangor ke II bersama orang Pahang yang di kirimkan oleh Bendahara Abdul Majid untuk menyerang dan merampas kembali Kota Kuala Selangor dari pihak Belanda. Isteri Tok Laji bernama Raja Limah, merupakan anak sulung kepada seorang anak Raja Bugis bernama Raja Mahmud, berkaum dengan Raja Ahmad yang terkenal dengan gelaran Bugisnya Suliwatang atau Saliwatang.
Raja Mahmud dan keluarganya menetap di Kuala Langat, Selangor yang merupakan sebuah penempatan masyarakat Bugis yang terbesar di rantau semenanjung Tanah Melayu ini. Dengan kehandalannya yang istimewa itu, maka tidak hairanlah Tok Laji dapat beristerikan anak Raja Mahmud. Tok Laji juga dipandang tinggi oleh Kerabat DiRaja Bugis. Daerah Kesang hingga ke sempadan Negeri Sembilan dan juga sebahagian dari Negeri Melaka hingga ke Umbai pada waktu itu masih lagi didalam pemerintahan Sultan Ali setelah baginda menyerahkan pentadbiran Negeri Johor Darul Takzim kepada Temenggong Daeng Ibrahim dalam tahun 1855 masihi. Sewaktu zaman pentadbiran Sultan Ali, baginda telah melantik seramai 22 orang penghulu untuk mentadbir setiap mukim. Penghulu-penghulu ini diberi kuasa penuh untuk memunggut cukai dan hasil di kawasan masing-masing. Maka dari sinilah pula berlakunya berbagai penyelewengan dan kecurangan yang menjadikan pemerintahan Sultan Ali berada dalam keadaan lemah dan kucar-kacir.
Walau bagaimanapun, Sultan Ali sebagai seorang Sultan yang memerintah wilayah utara Johor telah melakukan pentadbiran dan adat istiadat berkerajaan seperti biasa. Baginda mempunyai 2 buah Istana iaitu sebuah di Umbai dan sebuah lagi di Kuala Kesang. Pada setiap tahun sewaktu menyambut hari ulangtahun keputeraan baginda, akan diadakan majlis keramaian dan adat bersiram dimana semua penghulu-penghulu di undang khas. Pada kebiasaanya akan diadakan adat bersiram di atas Panca-Persada setinggi 7 tingkat dimana penghulu-penghulu inilah yang akan menyiramkan air ke tubuh baginda. Tok Laji bagaimana yang telah sedia maklum memang mempunyai beberapa kelebihan yang istimewa tertentu. Dalam tahun yang pertama beliau dilantik menjadi Penghulu Kesang Tasik, sewaktu istiadat bersiram ini beliau adalah orang yang ke-7 yang akan menyiram tubuh Sultan Ali. Setiap penghulu dikehendaki menyiram 10 timba air ketubuh Sultan Ali. Tetapi bagi Penghulu Laji hanya 3 timba sahaja Sultan Ali sudah tidak tahan mengigil kesejukan dan baginda meminta dihentikan siraman tersebut.
Maka pada hari itu juga Tok Laji dilantik menjadi Penghulu Besar,Pawang Di Raja dan Imam bagi Kampung Kesang Tasik. Lebih kurang 5 tahun sahaja Tok Laji menjadi Penghulu di Kesang Tasik dan semua kawasan telah dibuka maka ia pun membuka sebuah kampung lagi di sebelah ulu mudik Sungai Kesang iaitu kira-kira tiga batu jauhnya dari Kesang Tasik, yang sebelah kanannya dinamakan Gelugor dan disebelah kirinya dinamakan Teluk Gong (kini didalam jajahan Negeri Melaka). Di Teluk Gong ini merupakan kawasan khas hanya untuk penanaman padi hinggalah sekarang dan di Gelugur tempat bertanam kelapa, pisang, pinang dan lain-lain. Setelah tiga tahun dia menetap di Gelugur (Kesang Tasek) beliau telah kembali rahmatullah menyahut panggilan illahi. Pusaranya terletak di tepi Sungai Kampung Gelugur. Suatu pekara yang agak ganjil adalah kini pusara Allahyarham Tok Laji telah membusut tinggi dan dinaungi oleh pokok-pokok besar di sekelilingnya.
#KESANG BERSEMPADAN DGN SG RAMBAI ,MELAKA.
COPY&PASTE
UTK MAKLUMAN ANAK2 MUDA KESANG. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
klu nay ingat nay tepeklah. kaka biasanya mmg beklog utk rate.
|
|
|
|
|
|
|
|
"Ulama yang berjuang menentang komunis"
al-Marhum Dato Kiyai Haji Shamsuddin Bin Ridzuan adalah salah seorang Ulama dan juga pejuang yang terlibat menentang Kekejaman Komunis di sekitar johor. Beliau dilahirkan di Kg Kepet Madiun Jawa Timur pada 11 November 1911 Masihi , Semenjak kecil beliau telah diberikan didikan agama yang baik oleh orang tuanya , Beliau sempat berguru dengan beberapa Ulama di Tanah Jawa selama belasan tahun sebelum berhijrah ke Tanah Melayu (Muar Johor) sekitar tahun 1935 Masihi.
Pada tahun 1940 Masihi, Beliau mendirikan Madrasah Shamsuddin As-Salifiyyah (Kini Sekolah Menengah Agama Shamsuddiniah) Di kampung Parit Medan, Kundang Ulu Muar Johor. Beliau pernah menjawat beberapa jawatan penting di johor , Antaranya Imam Kariah (Bukit Serampang Johor) , Penasihat Sultan Johor (Sultan Iskandar) , Ahli Jemaah Majlis Diraja Johor, Ahli Majlis Agama Islam Negeri Johor , Ahli Jawatankuasa Lujnah Fatwa Negeri Johor dan Penasihat Baitulmal.
Beliau memang terkenal dengan kealiman dalam bidang Fiqh, Tauhid , Nahu , Tasawuf dan lain-lainnya, Malah beliau juga arif dalam bidang perubatan dan ilmu persilatan. Ketika terjadinya pemberontakan Komunis di sekitar johor , Beliau telah dilantik oleh al-Marhum Panglima Kiyai Haji Salleh menjadi ketua pasukan Selempang Merah di bahagian Muar dan Tangkak , dengan dibantu dua orang lagi Ketua yakni al-Marhum Kiyai Haji Mustahir , dan al-Marhum Kiyai Haji Shukor.
Beliau selalu mengamalkan selawat Nariyah/Kamilah/Tafrijiyyah , dan selalu menekankan anak²nya untuk membaca selawat itu terutamanya selepas solat sebanyak 11 kali sehinggakan ianya menjadi amalan wajib seharian mereka sekeluarga , Beliau juga menceritakan pada Selempang Merah terdapat selawat tersebut untuk asbab membangkitkan keyakinan dan dilindungi Allah Ta'ala dari komunis ketika berperang.
al-Marhum ada menulis satu buku himpunan selawat Majmu'atush Solawat (1981)yang padanya terdapat berbagai selawat termasuk selawat tafrijiyyah yang menjadi amalannya. Pada mukaddimah kitab tersebut , al-marhum menulis :
"Solawat itu satu amalan atau satu ibadah yang sangat-sangat besar pahalanya dan dituntut pada tiap-tiap orang mukminin, hendaklah memperbanyakkan solawat atas Rasulullah S.A.W ,
ان الله و ملائكته يصلون على النبي يا ايها الذين امنوا صلوا عليه و سلموا تسليما
Dan tiada syak lagi bahawa Rasulullah S.A.W itu 'waashitah', bahkan Rasulullah S.A.W itu:
اصل الإيجاد لكل مخلوق
كما قال ذو العزة و الجلال: لولاك لما خلقت الأفلاك
"Asal bagi kewujudan setiap makhluk", sebagaimana firman Tuhan yang empunya kemuliaan dan kebesaran (yakni dalam hadits qudsi) yang ertinya: " Jika tidak wujud Rasulullah, Allah ta'ala tidak menjadikan bumi dan langit."
Sungguh Junjungan Nabi itu adalah sebab bagi kewujudan segala yang ada di alam ini. Maka hendaklah kita sentiasa menjaga hubungan dengan orang yang menjadi sebab bagi kewujudan kita. Malanglah sesiapa yang memutuskan hubungan dengan baginda."
Hasil didikan al-Marhum yang tegas dalam keagamaan dan selalu menekankan anak²nya untuk mengamalkan selawat setiap hari telah melahirkan anak² yang berjaya dan berjasa dalam memberi manfaat kepada masyarakat , Anak² beliau semuanya berjaya dalam kerjaya masing², anak² al-marhum Kiyai Haji Shamsuddin seramai 18 orang, Dan diantaranya adalah :
1. Syarkawi Shamsudin - Imam Masjid Dato' Kiai Hj Shamsudin Parit Medan, Gersik, Tangkak, Johor.
2. Hambali Shamsudin - Guru SMA Shamsuddiniah, Parit Medan, Gersik, Tangkak, Johor.
3. Sya'diah Shamsudin - Bekas Guru Kanan Sekolah Menengah Agama Kajang, Selangor.
4. Mohd As'ed Shamsudin - Pengetua Sekolah Menengah Tengku Mahmud Iskandar.
5. Datuk Mohd Tahrir Shamsudin - Mantan Mufti Johor.
6. Prof Datuk Dr Mad Nasir Shamsudin - Dekan Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar Universiti Putra Malaysia.
7. Datuk Md Rofiki Shamsudin - Pengarah Jabatan Agama Islam Johor.
8. Mustafa Kamal Shamsudin - Yang DiPertua Majlis Perbandaran Muar.
9. Mohd Taufiq Shamsudin – Ketua Penolong Pengarah Pengurusan Masjid Jabatan Agama Johor.
10. Rafe'ah Shamsudin – Pendakwah bebas di Pontian, Johor.
MashaAllah, Hebat² anak beliau , al-Marhum Kiyai Haji Shamsuddin meninggal dunia pada
1 Ramadhan 1418H, Bersamaan 9 jan 1997 ketika berusia 86 tahun dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tiong Baru, Bukit Rahmat, Gersik, Tangkak, Johor.
Semoga Allah Merahmati Dato Kiyai Haji Shamsuddin dan Semoga Ruhnya mendapat kedudukan yang mulia disisi Allah S.W.T
Aamiin Ya Mujib...
Bissirril Fatihah...
Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad ????
*Selawat itu adalah penghubung kita dengan Rasulullah S.A.W , Orang yang tidak berselawat itu adalah orang yang memutuskan hubungannya dengan Rasulullah S.A.W. Jangan berhenti selawat ya sahabat²ku sekalian.
Kredit : Tengku Daeng Mawelle |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
itu lebih baik. tak perlu keruhkan lg situasi.
|
|
|
|
|
|
|
|
tak apa nay. klu sempat nay masuklah reply. in shaa Allah kaka ada sini.
|
|
|
|
|
|
|
|
klu ada pic bunga nay jgn lupa tepek kt benang kaler hijau.
|
|
|
|
|
|
|
|
zura tak brapa suka open house sb ni la. kena makan dan makan demi nk jaga hati tuan rumah.
|
|
|
|
|
|
|
|
skrg ada kes kekurangan bekalan tepung. hint nk naik harga agaknya.
|
|
|
|
|
|
|
|
lps ni harga tepung agaknya yg naik. org yg buat biskes baking cake, buat kuih, roti canai pasti terjejas.
|
|
|
|
|
|
|
|
aah dah abis dah smlm. klu biar lama2 lemang tu jd keras sikit.
|
|
|
|
|
|
|
|
dah page 92. tinggal 8 page lagi
|
|
|
|
|
|
|
|
esok in shaa Allah pasti roboh
|
|
|
|
|
|
|
|
mmg kena balik risau kt hiway jam juga balik ke kl.
|
|
|
|
|
|
|
|
derang nk senang. tak nak pegi bod jual beli.
|
|
|
|
|
|
|
|
lambat lg rasanya. matt jgn risau.
|
|
|
|
|
|
|
|
padan muka kt politician kita lah. tak abis2 rebut kuasa. pelabur pun lari.
|
|
|
|
|
|
|
|
kena chop la matt. utk ganti zura.
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|