Juara AF9: Hazama Mahu Buka Mata Orang Pasal Bakatnya
PUTRAJAYA, 13 JUN 2011: Penantian Hazama atau Hazama Ahmad Azmi, 26, selama lima tahun untuk bergelar pelajar Akademi Fantasia (AF) nyata tidak sia-sia apabila dia telah diumumkan sebagai juara Akademi Fantasia Musim 9 (AF9) dalam pertandingan peringkat akhir program tersebut yang berlangsung di Dataran Putrajaya, Presint 3, malam semalam.
Mengakui program AF9 merupakan platform terbaik untuk dirinya terus berdiri teguh dalam industri muzik tanah air, Hazama AF9 bagaimanapun mengakui sudah mempunyai beberapa perancangan yang tersendiri untuk direalisasikannya dalam bidang nyanyian.
"Alhamdulilah, akhirnya penantian saya sejak lima tahun lalu berbaloi. Mungkin orang tertanya-tanya apa lagi yang saya mahu dalam AF ini. Sebenarnya saya mahu membuka mata orang mengenai kebolehan saya dalam bidang ini.
"Lagipun, AF merupakan platform terbaik untuk saya berada dalam industri muzik. Saya mahu berada lama dalam industri ini dan mahu menjadi seorang yang boleh menjadi trendsetter untuk memeriahkan muzik tanah air.
"Namun bukan niat untuk bersaing sesama penyanyi lain tetapi lebih kepada untuk memajukan industri muzik tanah air kita," jelasnya yang ditemui selepas selesai peringkat akhir AF9, di Putrajaya, malam semalam.
Dalam pada itu, Hazama AF9 turut menafikan kejayaannya itu disebabkan dirinya sudah mula dikenali selepaspernah menjadi vokalis jemputan untuk kumpulan Meet Uncle Hussain.
"Mungkin kelebihan saya adalah pengalaman yang saya timba dalam bidang nyanyian sebelum ini. Tapi saya akui pengalaman itu terlalu sedikit untuk saya berdiri di atas pentas Akademi Fantasia.
"Pentas Akademi Fantasia sangat berbeza daripada pentas lain atau pentas yang pernah saya lalui sebelum ini. Selalunya, saya hanya membuat persembahan tanpa ada kiritikan dan panduan tenaga pengajar.
"Tapi kali ini, pelbagai kritikan yang perlu saya lalui. Dari situ saya sudah mula rasa saya mempunyai banyak kekurangan yang perlu dibaiki," katanya lagi.
Hazama AF9 bagaimanapun akan bersama kumpulan Meet Uncle Hussin seperti dahulu jika khidmatnya diperlukan. Namun, dia menolak jika dipanggil untuk menjadi ahli tetap kumpulan tersebut
"Biarpun saya lebih suka dan selesa bergerak dengan band, namun saya belum bersedia untuk terikat dengan Meet Uncle Hussin. Tetapi saya bersifat terbuka jika mereka menjemput saya lagi sekadar menjadi vokalis untuk lagu-lagu mereka," tambahanya lagi.
Hazama bagaimanapun telah menewaskan tiga calon juara lain iaitu Lena, Fina dan Azri. Hazama AF9 menyampaikan lagu Pukau nyanyian asal Tomok dan persembahannya untuk lagu ini dihiasi kemunculan istimewa Lisa Surihani. Lagu keduanya adalah lagu yang dicipta khas sebagai singlenya sendiri bertajuk Cinta Teragung.
Kemenangan Hazama membolehkannya membawa pulang sebuah trofi sumbangan Astro, wang tunai RM 200,000, hamper serta wang tunai tajaan Power Root bernilai RM5000 dan sebuah kamera bernilai RM3299 tajaan Sony.
Hazama mula menceburi AF pada musim ke-4 namun hanya sempat hadir sebagai calon prelude. Namun, dia kembali semula ke pentas AF selepas AF9 membuat kejutan terbesar AF9 mengugurkan 2 pelajar AF9 menerusiOperasi Gugur AF9 di mana pelajar di mana dua calon baru iaitu dia dan Fina telah diserap masuk ke dalam program musim akhitr tersebut. Dari situ, bermulalah peluang kedua Hazama bergelar pelajar AF yang sebenar sehingga menjadi salah seorang juaranya.
Juara AF yang terdahulu termasuklah Vincent Chong, Zahid, Mawi, Faizal, Mila, Stacy, Hafiz dan Shahir
AMA tak der spesel appearance mana2 ke dalam 2-3 hari ni. Dengarnya finalists 3 org lagi tuh kat era malam ni. AMA gi mana pulak....windu lah tak der diari memalam cam bese ni
tgh layan cinta teragung kat youtube..
kat situ pun gaduh jugek .. kureng ajar betul fanatik k pop nih..
klu tak suka, tak yah la dok hadap lagu hazama..
bodoh betul dok komen negatif psl hazama kat situ..
aku rasa anti hazama ni tau mengutuk jek..
pd hal bukannya afundi idola doa org pun.. tu psl kalah dgn hina nya..