|
ARIL LOVERS - BANGLO ARIL LOVERS 15! TAHNIAH 2ND IN AF7..U'RE THE BEST!!!!!
[Copy link]
|
|
aduuuyaiiiii camner nak baca hat ateh2 nih..... besornyer gambo aril.. tak leh nak sorok2 nihhh!!! hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
sri .. eyth
dlm 3 gambo tu nama pilihan ati ... aku yg ni :
 |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by shasha67 at 18-5-2009 21:27 
http://tinypic.info/files/ak3pe7w0vwralt0zfult.jpg
jom eyth ... cuci mata
ni kiut....tang senyuman tuh.....terjatuh chenta!!! |
|
|
|
|
|
|
|
keh keh keh... akak rehat dulu ler eh.. penat main sorok2 nih.. rasa cam nak nyorok kat indon jerr... hegegege |
|
|
|
|
|
|
|
Aril, Akim Terbang Ke Jakarta!
Teks oleh Ellyna Ali
KUALA LUMPUR, 18 MEI 2009: Kalau bintang Akademi Fantasia Musim 7(AF7) mula sibuk memenuhi jadual kerjaya seni mereka di dalam negara,Aril dan Akim pula sudah terpaksa terbang ke Jakarta, Indonesia, awalpagi ini, Isnin.
Kehadiran mereka di sana adalah untuk memenuhitawaran membintangi sebuah projek drama muzikal yang diterbitkan secarausahasama oleh produksi Malaysia dengan Indonesia. Difahamkan tawaranini telah diterima ketika mereka masih berada di dalam akademi lagi.
Mengulas tentang pemergiannya ke Indonesia, Aril ketika ditemui murai.com.my di ibu negara, semalam berkata, tawaran itu sungguh menarik kerana bercorak muzikal.
"Sayapergi tidak lama. Cuma seminggu saja. Mudah-mudahan semuanya akanberjalan dengan lancar. Apapun, semua ini adalah satu permulaan keranaperjalanan saya dalam bidang ini masih lagi terlalu jauh," katanya.
Biarpun dihimpit dengan kutukan dan cacian, bintang AF7 yangkini mula menjadi ikon di kalangan peminatnya masih mampu mengukirsenyuman serta masih tabah meneruskan kehidupan.
"Kalau hendakdiikutkan, saya rasa sedih juga dengan apa yang orang cakap tentangdiri saya tetapi inilah cabaran yang harus saya hadapi dalam AF7.Lagipun untuk berjuang dalam industri ini, saya harus menjadi kuat.
"Mujurramai yang memberikan kata-kata semangat kepada saya termasuklahkawan-kawan dalam AF7 sendiri iaitu Hafiz, Yazid, Akim dan Kak Isma.Waktu saya di AFMasuk, mereka inilah yang banyak memberikan sokonganyang tidak berbelah bagi buat diri saya.
"Saya juga terharuapabila melihat begitu ramai rakan-rakan serta peminat di luar sanayang menyokong saya sewaktu beraksi dalam konsert final dulu. Selalunyaapabila pelajar di AF Masuk mereka akan mendapat sorakan 'booo' tapi iajadi sebaliknya.
"Jadi saya mahu berterima kasih kepada merekayang menyokong saya selama ini. Buat yang tidak menyokong dan menolaksaya, ia tidak menjadi masalah," katanya.
Tentang kemenangannya sebagai naib juara, Aril berkata, dia sebenarnya terkejut.
"Saya sebenarnya tidak mengharapkan apa-apa. Yang penting, saya ingin membuat yang terbaik pada malam itu khususnya untuk penyokong serta pengundi-pengundi saya. Mungkin inilah yang dikatakan rezeki," katanya.
Sementaraitu, Akim pula mengakui sangat teruja untuk memenuhi tawaranmembintangi drama muzikal yang sama bersama Aril di Jakarta.
"PenatAF7 belum hilang lagi tetapi saya dan Aril dah kena terbang keJakarta. Akim seronok sangat sebab dan lama teringin ke sana. Akimingin timba ilmu tambahan daripada orang-orang di sana pula," katanya.
Selaku bintang AF7 yang dianggap sebagai underdog, Akim berkata, dia langsung tidak berkecil hati sekiranya ramai yang tidak perasankan kehadirannya dalam AF7.
"Sayamakin bersemangat pada minggu-minggu terakhir AF7 kerana melihatsokongan penonton. Tapi semua ini tidak akan berhasil jika saya sendiriyang tidak sanggup mengubah atau memperbaiki kelemahan pada diri saya.Cikgu-cikgu sudah berikan tunjuk ajar mereka, jadi kita kena praktikkan.
Akim juga berkata, jika diberikan tempoh waktu yang lebih lama lagi di dalam akademi itu, dia percaya dia akan lebih mampu menggugat pelajar lain.
"Sayabersyukur dengan kemenangan di tempat ketiga. Bagi saya apa yang lebihpenting ialah transformasi yang saya lalui di dalam akademi," katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #1856 shasha67\ catat
aril berdarah aper lak eh? |
|
|
|
|
|
|
|
out japs nak tidokan anak.. demam lak anak dara akak nih.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|