CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: adikmanje

List yang belum ada rezeki anak- part 2

 Close [Copy link]
Post time 7-4-2006 04:53 PM | Show all posts
Originally posted by an4zaara at 7-4-2006 03:44 PM
adehh rase stress lak arii ni


kenapa pulak :hmm:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2006 04:54 PM | Show all posts
tetibe rase cam takut lak nak buat iui tu bln dpn.. hmmm... mmg nak buat iui spritual kene kuatkan
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2006 04:56 PM | Show all posts
Originally posted by surigirl at 7-4-2006 04:40 PM

aik..kalu org ckp camtu kt suri...suri balas jer balik..."Allah belum nk bagi rezeki anak, nak buat camne?"...baru doirang terdiam....

3

heheheheh suri takyah jawap mcm tu apa kata guna jawapan nie k.daa yg kasi hmm korang tahu tak bila korang nak mati... biar depa terdiam mcm lah kita nie tak berusaha.... ikut sedap depa jer nak cakap apa pun  
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2006 04:57 PM | Show all posts
Originally posted by an4zaara at 7-4-2006 04:54 PM
tetibe rase cam takut lak nak buat iui tu bln dpn.. hmmm... mmg nak buat iui spritual kene kuatkan



hmm mmg pun tapi insyaAllah semoga usaha u berjaya :pray::pray:
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2006 04:59 PM | Show all posts
Originally posted by aylin at 7-4-2006 04:56 PM

3

heheheheh suri takyah jawap mcm tu apa kata guna jawapan nie k.daa yg kasi hmm korang tahu tak bila korang nak mati... biar depa terdiam mcm lah kita nie tak berusaha.... ikut sedap depa jer ...


tu ler dia org ni ingat kite ni mesin air ke.. masuk syiling kuar je ikut bwh.. tp dia tak tau kekedang mesin pon buat perangai gak msuk duit tp taknak kuar air..:geram:
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2006 05:03 PM | Show all posts
Originally posted by an4zaara at 7-4-2006 04:59 PM


tu ler dia org ni ingat kite ni mesin air ke.. masuk syiling kuar je ikut bwh.. tp dia tak tau kekedang mesin pon buat perangai gak msuk duit tp taknak kuar air..:geram:


  hmm biarlah zaara buat sakit hati jer kalau kita layan.. klu depa dok kata buat tak dgr dah mcm aylin selalu buat terus tukar topic lain kalau tak terus bangun pergi tempat lain
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-4-2006 05:03 PM | Show all posts
td borak dgn mak zaara.. dia ckp ada jiran dpn umah ni selambe muke toya je cakap yg zaara ni dah kene buatan org tu yg takleh pregnent.. dia siap suruh zaara beli anak kat adik ipar zaara tu sbb adik ipar baru bersalin anak ketiga.. dia ingat apa.. anak kucing ke nak main beli2
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2006 05:06 PM | Show all posts
Originally posted by an4zaara at 7-4-2006 05:03 PM
td borak dgn mak zaara.. dia ckp ada jiran dpn umah ni selambe muke toya je cakap yg zaara ni dah kene buatan org tu yg takleh pregnent.. dia siap suruh zaara beli anak kat adik ipar zaara tu sbb a ...



zaara kalau lin buat tak tahu jer pasal... depa nie mmg tak syg mulut almaklumlah mulut takder insuran punya... pasal kalau depa dok kata kita satu jer nanti tuhan pun balas balik kat dia mana tau anak dia jadi lagu tu bukan nak doa tapi biasalah kan selaluyer depa yg dok mengata lebih nie selalunya tuhan byk cash
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2006 05:10 PM | Show all posts
tu ler lantak pi le.. bkn mintak duit dia pon.. clomid tu kalau amik jangka panjang ada effect ke kat rahim?
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2006 06:04 PM | Show all posts
Originally posted by an4zaara at 7-4-2006 04:54 PM
tetibe rase cam takut lak nak buat iui tu bln dpn.. hmmm... mmg nak buat iui spritual kene kuatkan


zaara, sama lah kita...hati dok berdebar2, bila citer kat hubby, bukan nak menenangkan, buat tambah kusut lagi ada..."buat apa nak risau, relax lah..." sabar ajerlah, itu jer dia buleh ckp? cessss!
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2006 06:18 PM | Show all posts
boleh ke amik clomid tp tak buat iui ek?
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2006 11:09 PM | Show all posts
ni k.daa ada amik dari H.Metro... :Bersama DR ADILAH AHMAT
Tiga tahun kahwin belum hamil


SAYA berusia 29 tahun dan berkahwin selama tiga tahun. Kami masih belum mempunyai anak. Haid saya juga tidak teratur dan kadang-kala lewat sehingga sebulan.

Saya sudah berjumpa doktor dan menjalani pemeriksaan ultra bunyi serta ujian darah pada hari ke-21. Doktor memberitahu telur saya tidak keluar dan memberi saya lima biji ubat kesuburan Clomid.

Saya mencuba ubat Clomid ini selama tiga bulan namun masih belum hamil. Apakah punca haid saya tidak teratur, adakah ia berkaitan dengan saluran tersumbat? Apakah pilihan lain selain ubat Clomid? Adakah saya mempunyai peluang untuk hamil?

MEERA | Pulau Pinang.



[quote]

PERTAMA, masalah kesuburan bukan berpunca daripada wanita saja. Ada kemungkinan suami anda juga mempunyai masalah (dalam 30 peratus kes masalah kesuburan berpunca daripada dua pihak). Suami anda dinasihati menjalani ujian air mani terlebih dahulu.

Kitaran haid yang tidak teratur mungkin berkait dengan masalah ovulasi (pengeluaran telur) yang sepatutnya berlaku pada setiap pusingan haid. Kitaran haid yang tidak tetap juga menyukarkan anda menjangka waktu subur, keputusan ujian darah (paras hormon progesteron) pada hari ke-21 juga boleh menjadi tidak ketara.

Dalam hal ini, sewaktu anda mengambil ubat kesuburan, pemeriksaan ultra bunyi pelvis turut dilakukan beberapa hari selepasnya untuk meninjau keberkesanannya dalam merangsang pembesaran kantung telur (folikel) di dalam ovari (kilang telur).

Berlainan dengan ubat demam atau antibiotik, jenis dan dos ubat kesuburan berbeza untuk setiap individu. Seseorang mungkin memerlukan pil hormon kesuburan dalam dos yang lebih tinggi, mungkin juga pil ini kurang sesuai dan memerlukan suntikan hormon kesuburan pula.

Pemberian suntikan kesuburan lazimnya jauh lebih berkesan, namun ia perlu dipantau memandangkan kesan sampingannya yang boleh membahayakan keseimbangan cecair badan.

Anda juga dinasihatkan menjalani ujian sinaran x atau pembedahan kecil laparoskopi bagi mengetahui keadaan saluran falopian anda. Pilihan sama ada secara sinaran x ataupun pembedahan bolehlah dibuat setelah berbincang dengan doktor anda.

Kebiasaannya, jika anda didapati mempunyai penyakit berkaitan seperti endometriosis, pilihan pembedahan adalah lebih sesuai. Bukan saja keadaan fizikal saluran boleh diperiksa, pembedahan merawat penyakit itu juga boleh dilakukan pada masa sama.

Saluran bukan saaja perlu tidak tersumbat, malah ia juga perlu berfungsi dengan normal. Jika berlaku kerosakan misalnya kerosakan pada jejari fimbria di penghujungnya yang berfungsi 搈enyedut
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2006 11:11 PM | Show all posts
masalah haid..

Sakit perut ketika haid


SAYA berusia 23 tahun dan belum berkahwin. Saya mempunyai masalah berkaitan payudara yang kecil. Selama lebih dua bulan, saya berusaha memakan jamu untuk membesarkan payudara.

Baru-baru ini, saya mengalami sakit perut yang teruk bila datang haid. Doktor mengesahkan saya mengalami penyakit 'endometriotic cyst'.

Adakah penyakit itu disebabkan pengambilan jamu? Adakah saya perlu menjalani pembedahan? Adakah saya berpeluang untuk mengandung dan melahirkan anak?

Sabariah,

Johor.



[quote]


慐NDOMETRIOTIC cyst
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2006 11:14 PM | Show all posts
lagi...;)


Ovari bengkak, hormon rendah sebab belum hamil

SAYA berusia 26 tahun dan berkahwin selama tiga tahun. Hingga kini belum mempunyai anak. Saya sudah membuat pemeriksaan ultrabunyi dan ujian darah pada hari ke-21.

Doktor memaklumkan ovari saya bengkak dan rahim saya terbalik di samping tahap hormon yang rendah. Saya juga mengalami senggugut setiap tiga kali pusingan haid.

Doktor memberikan ubat yang perlu dimakan pada hari pertama haid untuk membetulkan hormon saya selama dua pusingan.

Bagaimanapun, selepas mengikut arahan doktor, kitaran haid saya tidak menentu selama dua pusingan iaitu sebulan haid saya menjadi 15 hari dan berlarutan hingga tujuh hari.

Keluarga kami tidak pernah mengalami perkara ini. Adakah saya berpeluang hamil?

Bagaimana kaedah rawatan penyakit saya ini? Adakah saya perlu melakukan pemeriksaan secara tebuk perut untuk melihat keadaan rahim saya?

YANA | Pulau Pinang.


LAZIMNYA doktor melakukan pemeriksaan fizikal terlebih dahulu, ada kemungkinan masalah kesuburan berkaitan penyakit sistemik lain. Selain itu, pemeriksaan ultrabunyi dilakukan melalui faraj bagi mendapatkan gambaran lebih jelas terutama pada ovari.

Melalui pemeriksaan ultrabunyi, beberapa perkara berkait kesuburan boleh dilihat termasuk:

- Rahim (saiz, kedudukan, kewujudan fibroid, ukuran lapisan endometrium dan kelainan bentuk seperti bicornuate atau didelphi);

- Ovari (kedudukan, saiz, kehadiran folikel matang pada hari tertentu, kewujudan cyst serta penyakit ovari polisistik)

- Penyakit pada saluran falopian (hydrosalpinx). Pada keadaan biasa, saluran falopian lazimnya tidak dapat dilihat melalui ultrabunyi.

Ujian darah (paras hormon progesteron) yang dilakukan pada hari ke-21 berdasarkan anggapan seseorang wanita mempunyai kitaran haid selama 28 hingga 30 hari.

Bagi mendapatkan gambaran lebih tepat, seeloknya ia dilakukan kira-kira seminggu sebelum jangkaan haid akan datang kerana pada masa ini paras hormon progesteron meningkat bagi wanita yang sudah mengalami ovulasi (pengeluaran telur) beberapa hari sebelumnya pada kitaran itu. Ini sukar bagi wanita yang tidak mempunyai kitaran tetap.

Status saluran falopian belum diperiksa dalam keadaan anda. Memandangkan ada kemungkinan penyakit berkaitan (melalui pemeriksaan doktor dan ultrabunyi), pemeriksaan lanjut melalui pembedahan kecil laparoskopi (tebuk perut) mungkin lebih sesuai.

Ia dapat melihat kewujudan penyakit yang berkaitan (seperti endometriosis dan penyakit radang pelvik atau pelvic inflammatory disease), keadaan saluran falopian serta pemeriksaan sama ada ia tersumbat atau sebaliknya, keadaan ovari dan struktur berhampiran anggota peranakan. Jika ada, rawatan dapat dilakukan pada masa sama.

Lazimnya pemberian ubat kesuburan (pil atau suntikan) dilakukan bagi meningkatkan bilangan telur pada sesuatu kitaran. Ini akan dipantau melalui pemeriksaan ultrabunyi, dari segi keberkesanan jenis serta dos ubat yang sesuai, serta waktu anda dijangka subur (tidak semestinya hari ke-14 sahaja untuk semua orang).

Beberapa perkara lazimnya dilakukan bagi meningkatkan peluang kehamilan:

- Pemberian ubat kesuburan. Jenis (sama ada pil atau suntikan) dan dos berbeza mengikut individu, kebiasaannya doktor akan memberi ubat pil yang murah dan sedikit dosnya terlebih dahulu.

- Pemantauan bilangan dan pembesaran telur melalui ultrabunyi. Keberkesanan ubat kesuburan dalam merangsang ovari akan diperiksa pada sekitar waktu dijangka subur. Bilangan dan saiz matang juga akan direkod. Ia juga dapat menjangkakan jenis dan dos ubat yang sesuai (sama ada perlu ditukar, ditambah atau dikurangkan pada percubaan seterusnya).

- Pemberian suntikan hormon hCG untuk membantu dalam pematangan akhir telur dan masa ovulasi. Ovulasi dijangka berlaku 36 hingga 40 jam selepas suntikan ini. Prosedur rawatan (sama ada IUI atau IVF juga dilakukan sekitar selepas tempoh terbabit), pasangan juga dinasihatkan mengadakan hubungan seks sekitar sebelum waktu berkenaan.

- Prosedur IUI (Intra Uterine Insemination) bagi wanita yang mempunyai saluran falopian yang tidak tersumbat dan kelihatan normal. Walaupun dalam keadaan kedua-dua pasangan normal (tiada punca masalah dikenalpasti), IUI dapat meningkatkan peluang kehamilan kepada 50 hingga 60 peratus dalam tempoh enam bulan rawatan.

- Prosedur IVF (In Vitro Fertilization). Ini memberikan peluang terbaik untuk kebanyakan kes (kecuali jika tiada langsung sperma atau telur). Namun ia mungkin agak keterlaluan bagi anda memandangkan anda juga mungkin hamil dengan kaedah lain yang lebih mudah dan jauh lebih murah, walaupun peluangnya tidak setinggi IVF. Jika saluran falopian tersumbat atau sudah rosak, IVF adalah pilihan yang ada.

Saya harap suami juga sudah menjalani ujian air mani dan didapati normal. Kebanyakan penyakit kesuburan tidak berkaitan dengan keturunan. Tiga tahun mencuba bukanlah masa yang singkat, anda dinasihatkan tidak berputus asa dan terus mendapatkan rawatan.

Usia anda yang muda memudahkan rawatan memandangkan kualiti telur (serta janin) yang dihasilkan juga lebih tinggi. Amalkan pengambilan pil asid folik sebanyak lima miligram setiap hari untuk mengurangkan risiko kecacatan otak dan saraf tunjang bayi.
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2006 11:34 PM | Show all posts
ada saper baca H.Metro hari ni (Ahad) heheheheee...hari ni k.daa rajin plak beli Metro.. hb pun pelik..dia tanya... ngaper beli paper ni nih.. x penah tgk pun daa bc paper ni" heheehee... rupa2 nya ada satu artikel yg bole jadi perangsang kat kiter seme....
ok..
citer pasal sorang nenek ni...nama dia Maria (Australian) 50thn, dia kawin 2004, pastu dia nk anak (w/pun dah tua... heheehehee) so dia pun buatlah treatment...rawatan Antonia.... berjayalah dapat anak... walaupun umur dia 50thn... bestkan... sebelum tu, dia penah buat rawatan  persenyawaan telur sebyk 10x...tp gagal...

eerr... tapi ni bukanlah anak sulung dia...anak sulung dia dah berumur 32 thn dah....
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2006 07:53 AM | Show all posts
hi suma....assalamualaikum...slamat pagi suma
mlm semlm kat umah mak ader kenduri doa selamat,iezie dah persiapkan diri awal? lagi sbb mesti ader ramai yg bertanya.so bila ader yg tanya tu iezie buat muka toya pastu jawab la belum ader rezeki nak buat mcm mana.Anak ni bukan boleh nak dirancang? kan.org yg tak faham ni mcm org tak der iman.takkan depa ni tak tau qada' dan qadar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2006 08:37 AM | Show all posts
Originally posted by an4zaara at 7-4-2006 05:10 PM
tu ler lantak pi le.. bkn mintak duit dia pon.. clomid tu kalau amik jangka panjang ada effect ke kat rahim?



zaara side effect i'm not sure tapi its only advisable kalau u ambik clomid continuously from 3 mths to 6 mths jer. kalau lebih daripada tu tak digalakkan. selalu yer doc cuma akan bagi u ambik clomid utk 3 bulan jer lps tu kena rest about 6 mths baru you boleh proceed dgn clomid again. tapi we can wait for others to reply
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2006 08:38 AM | Show all posts
Originally posted by an4zaara at 7-4-2006 06:18 PM
boleh ke amik clomid tp tak buat iui ek?



yes u can. mcm aylin tak pernah buat iui i cuma consume clomid from day 2-6 lepas tu check kalau telur dah cukup besar then ambik injection pecahkan telur. that's it.
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2006 09:04 AM | Show all posts
Originally posted by ayangiezie at 10-4-2006 07:53 AM
hi suma....assalamualaikum...slamat pagi suma
mlm semlm kat umah mak ader kenduri doa selamat,iezie dah persiapkan diri awal? lagi sbb mesti ader ramai yg bertanya.so bila ader yg tanya tu iezie b ...


sabar izie..kita pun camtu..kadang malas nak pegi kenduri pun..:kant:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-4-2006 09:45 AM | Show all posts
Originally posted by an4zaara at 7-4-2006 04:54 PM
tetibe rase cam takut lak nak buat iui tu bln dpn.. hmmm... mmg nak buat iui spritual kene kuatkan


zara.......jgn le cam tu.......cuba relexkan fikiran dan tenangkan hati...
cam adik masa nak wat IUI tu...tak de pun fikir pasal takut atau apa2pun...
yang ada dlm hati cuma semangat dan perasaan berkobar2....
malah masa tu ada dah ready lagi extra duit untuk buat kat tempat lain pulak
kot2 gagal yg first time ni...(maklum le bulan dec tu dpt bonus...)...

cuma sehari sebelum pergi buat IUI tu adik call mak & MIL beritahu nak
pi spital esok buat special threatment (org tua ni cita detailpun depa tak faham)...
so mintak mak & mil doakan agar berjaya....:lebai:
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 06:17 AM GMT+8 , Processed in 0.045644 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list