|
[Pulau Pinang]
'Rumah Sembang Pasemboq Utara V163'
[Copy link]
|
|
itu lah
zura kena undi dengan betul2
|
|
|
|
|
|
|
|
dia mcm kaka. tp kaka tau nk transfer duit.
sendiri godek sb kononnya nk transfer duit kt adik takmo si dia tau.
|
|
|
|
|
|
|
|
tp dia tau je kaka ada buat transfer |
|
|
|
|
|
|
|
PRU15: Mengundi dalam pilihan raya fardu kifayah
Oleh SAFINA RAMLI
20 Oktober 2022, 12:16 pm
GEORGE TOWN: Umat Islam diingatkan yang mana mengundi di dalam pilihan raya merupakan amalan fardu kifayah dan termasuk salah satu cara atau kaedah untuk mencapai kemaslahatan rakyat.
Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor berkata, penyertaan di dalam pilihan raya dengan niat memilih wakil rakyat yang baik boleh dianggap amalan saling bekerjasama pada jalan kebajikan dan takwa yang amat digalakkan di dalam Islam.
WAN SALIM WAN MOHD. NOOR
“Mengundi di dalam pilihan raya adalah termasuk sebahagian daripada bab muamalat yang terbina di atas kepentingan umum.
“Namun, umat Islam dilarang memilih seorang calon yang diketahui tidak bertanggungjawab dan mengkhianati amanah terhadap agama, negara dan rakyat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Menurut Wan Salim, umat Islam juga dilarang memilih individu yang menyeru kepada kesesatan atau maksiat kerana dibimbangi individu itu akan menyalahgunakan kuasa, jawatan dan kedudukan untuk merosakkan agama, masyarakat dan negara.
“Ungkapan Nabi Yusuf sebagaimana di dalam al-Quran yang mana calon yang layak dipilih mewakili rakyat mestilah memiliki dua kualiti peribadi.
“Iaitu dapat memelihara amanah yang diharapkan oleh para pengundi dan mempunyai kebolehan atau kecekapan mengurus serta mengendalikan pekerjaannya dengan baik,” katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata, setiap calon PRU15 perlu ingat yang mana pemerintahan adalah satu amanah dan tanggungjawab yang berat.
Sehubungan itu jelasnya, setiap calon perlu mengutamakan kepentingan rakyat di atas kepentingan diri atau kumpulan tertentu sekiranya menang dalam pilihan raya nanti dan terpilih sebagai wakil rakyat.
“Kepada para pengundi pilihlah calon yang mempunyai sifat jujur dan amanah, berintegriti dan prihatin kepada kepentingan rakyat di samping sedia berkorban untuk membela nasib mereka,” katanya. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... raya-fardu-kifayah/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
mari lah mari
kita mengundi |
|
|
|
|
|
|
|
boleh eh makan lps dah abis lunch hour.
ada sesetengah klg strict pasal ni.
tp masa kaka kt sony dulu ok je.
time org keje kt canteen ada je org masih makan.
|
|
|
|
|
|
|
|
x cukup budget pegi dlm negara sudahlah.
asalkan dpt bercuti dgn family.
|
|
|
|
|
|
|
|
betul nov. skrg 2 anak kaka duduk jauh setiap kali makan teringat kt derang berdua.
|
|
|
|
|
|
|
|
betul. tu yg kaka nk pi mana2 tengok anak3 cuti cemana.
pegi jb aritu gigih jumpa dgn ustaz nk minta anak cuti seminggu.
|
|
|
|
|
|
|
|
PRU15: Lebih 21 juta pemilih akan keluar mengundi
Oleh EDDY AQMAL MOHAMED HAMIDI
20 Oktober 2022, 12:46 pm
PUTRAJAYA – Seramai 21,173,638 orang pemilih berdaftar dijangka akan keluar mengundi sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang akan dijalankan pada 19 November ini.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata, pihaknya telah menerima surat pemakluman berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Yang Ke-14 bagi tiga negeri iaitu Pahang dan Perlis pada 14 Oktober lalu serta Perak pada 17 Oktober lalu daripada Speaker DUN masing-masing.
“Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) yang akan digunakan untuk PRU15 dan Pilihan Raya Kecil DUN N.66 Bugaya, Sabah adalah daftar pemilih terkini sehingga Daftar Pemilih Tambahan Bulan Ogos 2022 yang dikemas kini sehingga 9 Oktober lalu.
“DPPR bagi PRU15 ini mengandungi seramai 21,173,638 orang pemilih yang terdiri daripada 20,905,366 orang pengundi biasa, 146,737 orang tentera serta pasangan, 118,794 orang polis serta pasangan Polis Pasukan Gerakan Am (PGA) dan 2,741 orang Pengundi Tidak Hadir Luar Negara,” katanya.
Beliau berkata demikian pada satu sidang akhbar khas di sini hari ini.
Tambah beliau, DPPR bagi PRU15 dijadualkan akan mula dijual pada 31 Oktober ini.- KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2022/10 ... an-keluar-mengundi/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
adakah nama anda termasuk dalam 21juta tu? |
|
|
|
|
|
|
|
kaka pun penah time susah dulu.
dpt duit beli baju anak3 dulu.
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|