|
ROMANCINTA (SURATAN ATAU KEBETULAN) : By LNP - June 2015
[Copy link]
|
|
ladyFinger12 posted on 12-11-2012 05:15 PM
ciputnya!
Ada lagi tak gepren?
Ada... sat no.....
|
|
|
|
|
|
|
|
Tok Tok. Pintu di ketuk namun tiada jawapan. Mungkin penghuninya masih di dalam bilik air. Perlahan-lahan Fifi menekan tombol pintu ke bawah.
Tak kunci…
Fifi melangkah masuk ke dalam bilik lalu menutup pintu. Matanya memerhati ke seluruh bilik Fandi. Sedikit bersepah, maklumlah lelaki. Dia jarang masuk ke bilik Fandi, Fandi yang lebih kerap ke biliknya. Walaupun mereka semakin mesra, Fandi masih belum berpindah secara rasmi ke biliknya. Barang-barang milik Fandi masih kekal di sini. Fifi tidak pernah mengajak Fandi untuk berpindah ke biliknya. Fandi juga tidak pernah membuka mulut tentang itu. Entahlah, bagai ada satu garisan sempadan yang tercipta dia antara dia dengan Fandi sungguhpun mereka semakin saling menyayangi. Sekalipun Fandi tidak pernah cuba melepasi garisan itu sebagai menghormati permintaannya. Terasa sayu tiba-tiba dengan kesabaran dan keihklasan yang di tunjukkan oleh Fandi yang sanggup menerima dia seadanya.
Rasanya, dia sudah bersedia untuk memadamkan garisan itu….
Fifi menarik nafas, monolognya terhenti. Fifi memerhatikan lagi bilik ini, mencari-cari tempat yang sesuai untuk meletakkan hadiah.
Meja sebelah katil? Tak boleh. Duaa buah buku dan beberapa majalah tersusun bertindih di situ.
Meja solek juga seperti tidak sesuai. Bersepah.
Takkan nak letak dalam almari? Mana dia nak nampak….
Letak atas katil ajelah….
Hadiah dan kad di letakkan atas katil. Pelbagai posisi di cuba, sekejap di atas bantal. Sekejap di tilam. Padahal, kalau di biarkan saja pun sudah tentu Fandi boleh nampak kotak tersebut dengan mudah. Setelah berpuas hati, Fifi tersenyum.
“Nicki…” Baru tersedar yang Nicki turut berada di dalam bilik Fandi. Terkadang rasa cemburu juga kerana Nicki lebih manja dengan Fandi berbanding dengan dia. Nicki yang sedang terbongkang di atas sofa tidak jauh dari katil buat tak reti walaupun namanya di panggil. Lebih suka berbaringan di situ sambil memusing-musingkan ekor.
“Sombong!” Fifi mencebik tapi dia maju ke arah sofa. Mana mungkin dia sanggup marahkan kucing kesayangannya lama-lama. Fifi duduk di sebelah Nicki, kepala Nicki di usap-usap manja.
Eh, fail apa ni? Last edited by Nicki_Meow on 13-11-2012 12:39 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 12-11-2012 05:20 PM
Fifi bersandar di katil sambil tersenyum-senyum. Sejak dari tadi dia membelek sebuah kotak yang bers ...
TTYL tu ape gepren? Teman tak pandai bahasa singkatan
|
|
|
|
|
|
|
|
Fifi terperasankan fail yang di tindih Nicki. Fifi mengangkat Nicki lalu meletakkan Nicki di sebelah kirinya. Fail yang berwarna hitam itu di ambil dan di buka. Sekeping sampul surat terjatuh di riba. Fifi terkebil-kebil. Di pengaruhi rasa ingin tahu yang kuat, sampul itu di buka dan di keluarkan.
Hampir ternganga Fifi melihat gambarnya sendiri dalam keadaan yang sungguh memalukan hingga dia sendiri tidak sanggup untuk melihatnya. Mana Fandi dapat gambar-gambar ni? Hanya beberapa keping saja yang di lihat. Selebihnya di masukkan kembali ke dalam sampul surat.
Fifi menarik nafas untuk cuba menenangkan dirinya seketika.
Fail hitam itu di buka.
Kontrak?
Semakin pelik apabila nama papa, Fandi dan namanya sendiri tertera di dalamnya.
Ayat-ayat di dalam kontrak itu di baca. Semakin menghampiri ke titik akhir, rasa sebak memenuhi ruang dadanya. Fifi seolah-olah tak percaya. Fandi berkahwin dengannya hanyalah semata-mata kerana seratus ribu ringgit?!
“ I tahu you kahwin sebab nak tutup malu. Belum tentu lagi husband you tu sayangkan you macam mana I sayangkan you”
Baru dia tahu, papa upah Fandi untuk berkahwin, semata-mata mahu menutup malu.
“Sayang, mana ada orang yang sanggup nikah dengan perempuan mengandung anak luar nikah, melainkan ada sebab tertentu. You pernah tanya dia kenapa dia nak kahwin dengan you?”
“Kau tak tahu? Kau rasa, betul ke Fandi tu nak kan kau? Kau ada tanya kenapa dia nak kahwin dengan kau?”
Patutlah selama ini, Fandi tidak pernah berterus-terang sebab kenapa Fandi sanggup bernikah.
“You mesti pernah dengarkan, lelaki baik untuk perempuan yang baik. Kalau dia baik, dia takkan nak kahwin dengan orang macam you kan? I don’t think he loves you”
Fandi baik? Ikhlaskah Fandi berkahwin dengan dia?
“Oh.. isteri. Kau rasa kau layak ke jadi isteri dia?”
Air matanya mula turun membasahi pipi.
“Orang kaya macam kau, senangkan. Lepas dah main dengan dua tiga jantan, cari pak sanggup, kahwin! Tutup cerita. Siapa anak yang kau kandung tu pun tak siapa nak ambil kisah”
Ya, papanya orang kaya. Mudah saja papanya mencari seorang pak sanggup untuk menutup aib keluarga. Dan begitu mudah sekali Fandi menerima tawaran papa.
“Kalau kau nak tahu, dia cuma kahwin dengan kau sebab terpaksa tahu tak? Lepas kau dah beranak, mesti dia ceraikan kau”
Mengikut kontrak, Fandi boleh menceraikan dia bila-bila masa saja jika Fandi mahu. Apakah Fandi akan benar-benar akan ceraikan dia selepas bersalin nanti?
Satu demi satu ayat yang pernah di ucapkan oleh Shah, oleh Alya menyerbu kotak ingatannnya. Air matanya turun semakin laju. Selama ini, Fandi tidak pernah cintakan dia. Kata-kata sayang yang di ucapkan Fandi hanya di mulut. Fandi cuma berkahwin dengannya sebab memenuhi permintaan papa dan sebagai balasan, upah seratus ribu ringgit menanti.
Realitinya, masakan ada lelaki yang sanggup menerima perempuan yang telah terlanjur seperti dia. Mengandung anak luar nikah pula. Dan tak mungkin Fandi rela menjadi ayah pada anak ini. Anak ini bukan darah daging Fandi. Terasa mukanya seperti di tampar kuat. Sakit dan pedih menerima kenyataan seperti ini. Lebih sakit lagi kerana Fandi tidak pernah berterus-terang tentang ini, membiarkan saja dia terbuai dengan perasaan. |
|
|
|
|
|
|
|
Pintu bilik air terbuka. Fandi melangkah keluar, sedikit terkejut melihat Fifi sedang duduk di atas sofa. Fandi tersenyum sahaja, tidak kisah dengan kehadiran Fifi di dalam biliknya. Tapi, senyuman Fandi semakin pudar apabila melihat Fifi mengalirkan air mata.
“Sofea…” Panggil Fandi tetapi Fifi tidak menyahut. Hanya memandang Fandi dengan renungan yang tak mampu Fandi tafsirkan. Pandangannya terarah pada fail di tangan Fifi, jantung Fandi berhenti berdetak.
“So…Sofea…” Sekali lagi, pandangan mata mereka bertaut. Tiada kata-kata yang keluar. Fandi benar-benar tergamam. Tidak tahu apa yang hendak di katakan saat ini.
“Sofea… saya…”
“Seratus ribu ringgit?” Sofea bertanya, perlahan saja nadanya. Fandi semakin serba salah.
“Saya…”
“Awak cakap awak sayangkan saya. Tapi rupanya awak ada kontrak dengan papa…”
“Memang…tapi…”
“ ‘Mahal’ harga cinta awak kan?”
“Sofea…dengar dulu”
“Selama ni awak cuma mainkan peranan awak sebab kontrak ini. Pandai awak berlakon…”
“Tolong bagi saya peluang untuk terang”
“Kenapa awak tak terus-terang dari awal?”
“Saya…saya..terpaksa…”
“Terpaksa kahwin dengan saya?”
“Tak”
“KALAU BUKAN, INI APA?” Suara Fifi mula kuat, bercampur dengan esak tangis. Fandi menarik nafas. Mereka terdiam buat beberapa lama.
“Memang saya kahwin dengan awak sebab kontrak ni. Saya buat perjanjian dengan papa, saya cuma nak kan separuh dari duit upah tu. Separuh lagi, saya gunakan untuk cari Nabilah. Saya minta tolong papa untuk cari Nabilah”
Fifi memejamkan mata. Akhirnya Fandi mengaku. Hatinya bagai di siat-siat.
“Gambar ni?” Sampul surat pula di angkat.
“Shah yang bagi”
“Macam mana awak kenal Shah?”
“Saya tak kenal Shah”
“Kalau tak kenal, macam mana Shah boleh bagi awak gambar ni?”
“Dia hantar kat tempat kerja saya”
“Awak cakap awak tak kenal Shah, tapi macam mana Shah tahu tempat kerja awak?”
“SAYA TAK TAHU AWAK” Kali ini suara Fandi pula meninggi.
“Saya betul-betul tak tahu…” Fandi mengeluh setelah menyambung kata-katanya. Perlahan-lahan, Fandi menuju ke arah Fifi. Nicki di tolak ke bawah lalu dia duduk di sebelah. |
|
|
|
|
|
|
|
“Memang mula-mula saya kahwin dengan awak sebab upah. Saya mengaku pasal tu” Fifi diam.
“Tapi semakin lama saya kenal awak, saya jadi sayang dengan awak. Saya suka tengok senyum awak, ketawa awak, cara awak bercakap, semuanya tentang awak. Saya tak kisah dengan keadaan awak…”
“Awak jangan nak tipu saya lagi!”
“Tak…saya tak tipu” Tangan Fifi di raih tetapi Fifi merentapnya dengan kasar.
“Kenapa awak tak mengaku dari dulu?”
“Sebab saya…”
“Kalau awak terus terang dari awal, tak adalah saya nak jatuh cinta dengan awak…” Fifi pantas memotong kata-kata Fandi. Fandi kehilangan kata-kata kali ini. Sekali lagi kontrak di tangan Fifi di jeling. Silapnya sendiri. Kali terakhir membaca kontrak itu adalah beberapa bulan lepas. Setelah itu, kontrak itu di campakkan saja ke sofa dan tidak di pedulikan lagi. Sepatutnya kontrak itu di pulangkan saja pada papa, atau lebih elok di musnahkan. Fandi tak henti-henti menyalahkan diri sendiri.
“Saya betul-betul sayangkan awak…” Fifi diam. Sukar untuk dia mempercayai kata-kata Fandi kini.
“Kalau bukan sebab seratus ribu ringgit, tak mungkin awak sanggup kahwin dengan saya…”
“Jangan cakap macam tu Sofea…”
“Dasar lelaki! Memang suka ambil kesempatan!” Fandi menelan air liur.
“SAYA BENCI AWAK!” Setelah berkata begitu, Fifi bangun. Tidak mahu lagi berada dekat dengan Fandi lebih lama. Perasaan sakit hati bukan saja pada Fandi, tapi juga pada papa dan pada dirinya sendiri. Harga dirinya bagai di pijak-pijak.
Harga diri? Masihkan dia ada harga diri?
Ada…seratus ribu ringgit harganya!
“Sofea… tunggu dulu! Saya… ” Fandi cuba menghalang.
“Don’t touch me!” Fifi menjerit apabila sekali lagi Fandi menarik tangannya. Fandi terpaksa melepaskan tangan Fifi.
“Lepas saya bersalin, saya nak awak ceraikan saya. Itu yang awak nak kan?”
“Sofea, saya tak ada niat pun nak ceraikan awak” Fifi menggelengkan kepala.
“Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. Saya bukan perempuan yang baik untuk awak. Lagipun, baby ni bukan anak awak. Ini anak Shah”
“Apa maksud awak?” Fifi diam.
“Ceraikan saya!” Fifi menjerit sekuat hati. Cincin di jarinya di tanggalkan dan di baling tepat mengenai dada Fandi. Setelah itu, Fifi terus melangkah keluar. Kali ini Fandi tidak menghalang. Buat masa ini, tiada apa yang dapat di mampu di lakukan.
Fandi ternampak kotak di atas katil. Melangkah longkai, Fandi mencapai kotak berwarna biru yang berbalut kemas. Kad yang di lekatkan di atas kotak di ambil lalu di baca.
Abang,
HappyBirthday!
Sudi tak abang makan malam dengan Sofea malam ni?
Love. Sofea
Fandi menarik nafas, kesal. Last edited by Nicki_Meow on 24-4-2013 02:47 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
ladyFinger12 posted on 12-11-2012 05:25 PM
TTYL tu ape gepren? Teman tak pandai bahasa singkatan
Talk To You Later....huhu...
|
|
|
|
|
|
|
|
alamak! camne nie... |
|
|
|
|
|
|
|
adehhhh...suspen gilee nih....nickiiii...smbg la sikit lagi naaaa....huhuhuhu
|
|
|
|
|
|
|
|
Sedih la nicki...
Sila next |
|
|
|
|
|
|
|
Fifi masih minda kanak2... heheheehe... lama fazss x singgah, sikit je update |
|
|
|
|
|
|
|
tak cukup... nk lgi nicki plsssssssssssss |
|
|
|
|
|
|
|
oo..lama usu tak masuk ada hapdate rupanya...
tp mcm sikit sgt la nicki... sambung la lagi.....
|
|
|
|
|
|
|
|
camne agaknya FANDI nak pujuk SOFEA... |
|
|
|
|
|
|
|
Lamanya nicki menyepi....
Tak sihat lagi ke? Atau idea masih tak mo datang? |
|
|
|
|
|
|
|
ingatkan takde sambungan |
|
|
|
|
|
|
|
Menanti dan terus menanti... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|