perang_sivil posted on 8-8-2012 03:01 AM
masalahnya depa tak pecah personel record atau buat seasonal best record pun! national record pun ...
tu laa cakap tadi atlit 2 camtu mana layak pun...sama ajer ngan atlit negara lain yg takde ranking...
cakap pasla penajaan..azizul...ditaja oleh Visa...boleh tahan juga ni penajaan besar...
KUALA LUMPUR – Pelumba basikal negara, Azizul Hasni Awang menjadi atlet Olimpik pertama negara dipilih menyertai Team Visa yang bakal ditonjolkan dalam kempen pemasaran Visa untuk Temasya Sukan Olimpik London 2012.
Pengurus Visa Malaysia, Stuart Tomlinson berkata, Azizul akan menyertai atlet bertaraf dunia lain seperti perenang Michael Phelps, pelompat galah Yelena Isinbaeva dan pelontar peluru Valerie Adams dalam Team Visa yang merupakan penaja Temasya Sukan Olimpik selama 25 tahun.
“Azizul merupakan ahli Team Visa yang amat layak dan kami gembira untuk beliau menyertai Visa sebagai duta Olimpik Malaysia yang pertama.
“Kejayaannya mencapai puncak sukan lumba basikal merupakan suatu sumber inspirasi serta menjadi kebanggaan rakyat Malaysia dan kami bangga dapat memberi sokongan kepada Azizul dalam usaha beliau menerbangkan bendera Malaysia di Sukan Olimpik London 2012,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Sementara Azizul melalui kenyataan sama dilapor berkata, beliau sangat berbesar hati dapat menyertai senarai atlet-atlet bertaraf dunia dalam Team Visa.
Menurut beliau, beliau berbangga apabila mengetahui mendapat sokongan dari Visa untuk Sukan Olimpik kelak. – mynewshub.my
|