|
[Pulau Pinang]
'Rumah Sembang Pasemboq Utara V162'
[Copy link]
|
|
Jumlah kelahiran di Malaysia menurun
Gambar hiasan. Foto 123RF
KUALA LUMPUR - Jumlah kelahiran hidup pada 2021 merekodkan penurunan tertinggi dalam satu dekad dengan 439,744 kelahiran berbanding 471,504 kelahiran pada 2020, menurut laporan Perangkaan Penting Malaysia 2022 yang dikeluarkan pada Khamis.
Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, Kadar Kelahiran Kasar (CBR) turut merekodkan penurunan daripada 14.5 kelahiran pada 2020 kepada 13.5 kelahiran pada 2021 bagi setiap 1,000 penduduk.
"Kadar Kesuburan Jumlah (TFR) bagi wanita umur reproduktif di Malaysia iaitu 15 hingga 49 tahun mencatatkan penurunan dengan 1.7 bayi pada 2021 berbanding 1.8 bayi pada 2020,β katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Beliau berkata, bagi tempoh 2011 hingga 2021, TFR bagi semua kumpulan etnik utama di Malaysia kecuali Melayu menunjukkan trend menurun.
Katanya, TFR tertinggi dicatatkan oleh Melayu iaitu 2.2 bayi pada 2021 manakala Cina mencatatkan TFR terendah iaitu 0.8 bayi bagi setiap wanita berusia 15 hingga 49 tahun.
Menurut Mohd Uzair, kematian yang direkodkan pada 2021 meningkat 34.5 peratus iaitu 57,599 kematian berbanding 166,970 kematian pada 2020 akibat pandemik Covid-19 dengan Kadar Kematian Kasar (CDR) turut merekodkan peningkatkan daripada 5.1 kematian pada 2020 kepada 6.9 kematian pada 2021 bagi setiap 1,000 penduduk.
"Semua kumpulan umur merekodkan peningkatan bilangan kematian kecuali umur 0 hingga 14 tahun iaitu menurun daripada 4,288 kematian kepada 4,115 kematian pada 2021,β katanya.
Sementara itu, kematian umur 41 hingga 59 tahun merekodkan peningkatkan tertinggi iaitu 44 peratus daripada 36,318 kematian pada 2020 kepada 52,282 kematian pada 2021.
Mohd Uzir berkata, kematian 15 hingga 40 tahun dan 60 tahun dan lebih, masing-masing turut merekodkan peningkatan iaitu daripada 13,070 kematian kepada 17,953 kematian dan 113,294 kematian kepada 150,219 kematian. - Bernama
https://www.sinarharian.com.my/a ... di-malaysia-menurun |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
dah page 95 |
|
|
|
|
|
|
|
apa kes jumlah kelahiran menurun dimalaysia? |
|
|
|
|
|
|
|
adakah kurangnya org berkawin |
|
|
|
|
|
|
|
atau kesuburan org malaysia makin berkurangan |
|
|
|
|
|
|
|
5 page je lg.
matt bertukang je rumah baru.
zura lock utk sementara
|
|
|
|
|
|
|
|
5 page je lg. rasanya sempat
|
|
|
|
|
|
|
|
ramai yg mcm ni.
rasa nk tembak je sekor2.
|
|
|
|
|
|
|
|
klu tak boleh kita bolehkan juga |
|
|
|
|
|
|
|
mestilah matt..
kata2 seiring dgn perbuatan
|
|
|
|
|
|
|
|
lobenak je yg nk tengok sangat.
|
|
|
|
|
|
|
|
Jumlah pelajar UiTM hadapi masalah kesihatan mental menurun
Roziah diiringi Rita Sosilawati menandatangani poster 'Are You Ok Centre' di UiTM Shah Alam pada Khamis.
SHAH ALAM - Bilangan pelajar dikesan menghadapi masalah psiko sosial atau kesihatan mental di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam menurun berbanding ketika penularan Covid-19.
Naib Canselornya, Datuk Dr Roziah Mohd Janor bagaimanapun berkata, jumlah pelajar terbabit adalah kecil berbanding jumlah keseluruhan pelajar di universiti berkenaan yang melebihi 180,000.
"Berdasarkan maklumat yang dikongsi dengan pengurusan kanan (UiTM) kes psiko sosial menurun iaitu 150 kes tahun ini, berbanding 183 kes ketika pandemik Covid-19 melanda pada tahun lalu.
"Jumlah kes ini adalah jumlah yang sedikit berbanding jumlah pelajar keseluruhan 184,000, namun bagi saya satu kes pun boleh menyebabkan pelbagai risiko termasuk bunuh diri," katanya.
Beliau ditemui pemberita Majlis Menandatangani Surat Hasrat Antara UiTM Dengan Wanita Ikon Selangor 2022 dan Majlis Pelancaran 'Are You Ok Centre' di UiTM Shah Alam pada Khamis.
Hadir sama, Wanita Ikon Selangor, Datin Erni Dekritawati Yuliana Buhari atau lebih dikenali dengan nama Datin Rita Sosilawati.
Roziah berkata, objektif penubuhan 'Are You Ok Centre' adalah sebagai medium interaktif untuk meluahkan dan menyalurkan sebarang isu dan permasalahan kehidupan menyumbang kepada tekanan dan masalah mental dalam kalangan warga UiTM termasuk kakitangannya.
"Perkara ini yang paling merisaukan dan sebab itu pentingnya saluran seperti ini diadakan sebab pelajar- pelajar yang ada masalah emosi ini keseorangan dan kita mahu mereka bergaul dengan kawan-kawan.
"Lazimnya kes pelajar mengalami isu psiko sosial ini membabitkan pelajar yang mempunyai masalah hubungan pada usia mereka dan kesan kehilangan orang tersayang (akibat Covid-19)," katanya.
'Are You Ok Centre' adalah inisiatif kolaborasi antara pihak Wanita Ikon Selangor dengan UiTM khususnya Pusat Kaunseling dan Kerjaya bagi menyediakan ruang dan peluang bagi meningkatkan aspek kesejahteraan mental dalam mengharungi cabaran kehidupan yang semakin meningkat kini.
Pusat ini akan dikendalikan oleh sukarelawan dalam kalangan pelajar yang terpilih dan terlatih terdiri daripada Badan Peers Kanselor dan Program Rakan Kaunselor dipantau oleh pegawai psikologi.
https://www.sinarharian.com.my/a ... atan-mental-menurun |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
dia yg perasan org nk tengok anak dia..
|
|
|
|
|
|
|
|
ramai ke student uitm yang ada masalah mental? |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|