|
ROMANCINTA (SURATAN ATAU KEBETULAN) : By LNP - June 2015
[Copy link]
|
|
Episode 73
Hari ini terasa sangat suram. Walaupun kelihatan cerah, tapi Fifi langsung tidak merasai keceriaan itu. Semua perkataan yang tertulis di dalam kontrak bermain-main di kotak fikirannya. Sedih, itu yang di rasakan sekarang. Dirinya bagai boleh di perkotak-katikkan oleh sesiapa sahaja. Sudahlah di tinggalkan setelah mengandung, berkahwin pula dengan lelaki yang berpura-pura menyintainya. Fandi hanya mahukan duit dan perkahwinan ini adalah berdasarkan kontrak semata-mata. Mana ada lelaki yang sanggup berkahwin dengan perempuan yang hamil luar nikah kalau bukan ada udang di sebalik batu? Sukar untuk dia menerima hakikat itu tapi itulah kebenaran.
Sofea Raihana hanya boleh diceraikan setelah bersalin.
Cerai? Apakah Fandi benar-benar akan menceraikannya selepas ini?
Sebak bila mengenangkan tentang itu lalu air matanya berguguran lagi. Tidak sudah-sudah dirinya di permainkan.
Bodoh sangatkah dia? Kenapa mesti percaya bulat-bulat dengan semua janji lelaki?
Memang bodoh!
Suara hatinya berkata kuat seolah-olah jeritan yang membingitkan telinga. Fifi menelan air liur. Terkebil-kebil lama memerhatikan wajahnya di cermin.
Bunyi di telefon bimbitnya menyebabkan Fifi tersentak. Telefon bimbitnya di atas meja solek di pandang sehingga bunyi itu berhenti lalu dia kembali memandang cermin. Fifi menggelengkan kepala, cuba menghilangkan kecelaruan fikiran. Fifi menarik nafas seketika. Telefon bimbit di capai. What’s App dari Nina.
Hey babe. In front of your house now.
Okay. Tunggu
Fifi mencapai beg tangan di atas katil lalu melangkah keluar. Tiada sesiapa di rumah waktu ini kecuali Mak Ton. Berhati-hati, dia menuruni tangga lalu terus menuju ke pintu hadapan.
“Fifi” Langkah Fifi terhenti lalu dia menoleh.
“Mama” Fifi tergamam sebentar. Sepatutnya, mamanya sudah berada di kedai bunga sekarang.
“Mama tak pergi kedai bunga?”
“Mama baru nak keluar. Fifi nak pergi mana ni?”
“Fifi... nak keluar dengan Nina”
“Fifi kan dah sarat ni. Tak payahlah keluar, duduk aje kat rumah”
“Sekejap aje ma…” Dahi Datin Haryati berkerut. Memerhatikan wajah Fifi yang muram.
“Fifi okay tak ni, sayang? Kenapa monyok aje muka ni?” Fifi diam.
“Fifi…”
“Mama. Fifi keluar dengan Nina sekejap je. Boleh eh?”
“Tapi…”
“Sekejap aje...please?” Datin Haryati akhirnya menganggukkan kepalanya perlahan, memberikan kebenaran.
“Jangan balik lambat”
“Okay” Tidak menunggu lebih lama, Fifi berjalan keluar.
Fifi membuka pintu kereta milik Nina lalu terus duduk di sebelah tempat duduk pemandu. Mukanya masih muram.
"Kau okay?" Nina menyoal.
"Tak" Fifi menjawab pendek. Nina mengangkat kening.
"Want to talk about it?"
"Later" Kening Nina terangkat lagi.
“Where are we going?”
“Anywhere”
Nina mengangkat bahu. Kereta di pandu walaupun belum di ketahui arah tuju mereka.
Tanpa mereka sedar, sebuah kereta mengikut mereka dari belakang.
********************************************************* |
|
|
|
|
|
|
|
Matanya mencerun tajam, memandang ke arah mereka yang sedang berbual itu. Jelas sekali yang seorang itu kelihatan sedih dan yang seorang lagi seperti berusaha untuk menenangkan sahabatnya. Dia berdiri tidak jauh dari situ, tidak mahu kehadirannya di sedari oleh mereka. Sesekali matanya melingas ke sekeliling arah, memastikan langkahnya tidak di ekori oleh sesiapa yang memusuhinya. Agak berisiko untuknya kerana berada di kawasan awam tetapi, inilah saja cara untuk dia mendapatkan wang dalam jumlah yang besar. Sudah beberapa hari dia menunggu peluang, akhirnya hari ini datang dan dia akan pastikan misinya berjaya.
Dia tidak boleh terlalu lama berdiri di sini, pasti keadaannya akan di curigai oleh pengunjung-pengunjung yang hadir ke pusat beli belah ini. Sekali lagi dia memandang ke arah mereka, menunggu masa yang sesuai untuk menjalankan misinya. Tiada strategi tertentu, hanya serang hendap. Tumpuannya lebih kepada yang sedang bersedih itu tetapi mungkin dia boleh saja menggunakan kedua-duanya sekali. Perlahan-lahan dia meninggalkan tempatnya berdiri lalu keluar dari situ. |
|
|
|
|
|
|
|
Nina hanya memandang Fifi yang sesekali mengelap pipinya yang di basah. Di satu sudut hujung di Austin Chase, Wangsa Walk, mereka duduk sambil berbual. Tidak mengendahkan beberapa pengunjung yang memerhatikan mereka, terutama Fifi yang menangis.
Busy Body!
Ingin saja Nina menampal pelekat Mind Your Own Business! di dahi sesiapa saja yang memerhatikan mereka. Sehelai lagi tisu di hulurkan kepada Fifi dan Nina menggelengkan kepala, untuk kesekian kalinya. Sudah Fifi ceritakan semua yang berlaku pada Nina. Marah, sebal, pilu di luahkan pada sahabat baiknya. Nina seperti biasa, menjadi pendengar yang paling setia.
“Betul ke ni, babe? Aku macam tak percaya je” Soal Nina. Fifi mengangguk.
“Semuanya sebab duit, semuanya sebab kontrak. Patutlah selama ni, bila aku tanya kenapa dia kahwin dengan aku, dia tak nak jawab” Nina diam, menyedut sedikit minuman di atas meja.
“Gambar tu?”
“Fandi cakap dia tak tahu apa-apa. Shah yang hantar pada dia”
“Macam mana Fandi kenal Shah?” Fifi mengangkat bahu.
“Fandi cakap dia tak kenal pun Shah”
“Kalau tak kenal, macam mana Shah boleh hantar gambar tu?” Fifi mengangkat bahu lagi.
“Fifi” Fifi mengangkat muka. Nina serba salah mahu bertanya.
“What?”
“Gambar tu…kalau betul Shah…macam mana…Shah boleh…ada?” Bersimpang-siur soalan yang keluar dari mulut Nina, tersekat-sekat.. Sungguhpun begitu, Fifi dapat menangkap maksudnya lalu dia terdiam. Sungguh dia tidak tahu tapi dia seakan-akan dapat menduga.
Damn you Shah!
Air matanya turun lagi.
“I’m sorry. I should have not asked” Semakin serba tak kena Nina di buatnya. Nina sukar mempercayai yang Fifi sebodoh itu sehingga sanggup membiarkan gambarnya di ambil dalam keadaan mengaibkan. Tapi sedikit sebanyak, timbul perasaan ingin tahu, macam mana Shah boleh dapat gambar itu.
“Shah…dia….” Lalu Fifi menceritakan kisah yang di pendam sekian lama. Cerita yang sama yang pernah di ceritakan pada Fandi. Bulat mata Nina mendengarnya.
“Tak guna!” Nina menggumam perlahan setelah Fifi habis bercerita.
“And yet, you trust him! Fifi…kau ni...” Nina merasa sebal dan kesal. Ikutkan hati, mahu sahaja dia memarahi Fifi saat ini. Mahu di tengking saja Fifi kerana terlalu percayakan Shah. Tapi, itu semua tidak dapat mengubah apa-apa pun. Perkara sudah pun berlaku, tidak mampu di tarik balik.
“Fifi…” Sekali lagi Nina memanggil tapi dia kehilangan kata-kata lalu menggelengkan kepala.
“I know Nina, I know. Aku tak patut percayakan Shah. Bodohkan?” Fifi membalas. Nina menghembuskan nafas kasar.
“Sekarang ni, aku percaya cakap Fandi. Tapi dia pun sama. Penipu! Baik cerai je” Last edited by Nicki_Meow on 6-12-2012 01:54 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
"Are you serious?”
“Seriuslah. Kau tak percaya apa yang aku cakap?” Nada suara Fifi kedengaran jengkel.
“No . What I mean is nak bercerai. Are you serious about it?” Fifidiam.
“Really really serious about it?”
“It’s stated in the contract. Lepas bersalin, Fandi boleh ceraikan aku bila-bila masa kalau dia nak”
“Kalau dia nak. Kalau dia tak nak?”
“What do you mean kalau dia tak nak? Dia kahwin dengan aku sebab duit, Nina. 100k! Mana ada orang nak kahwin dengan perempuan macam aku ni kalau bukan sebab duit?” Agak tinggi suara Fifi apabila berkata begitu. Segera Nina meletakkan jari telunjukknya di bibir, mengisyaratkan Fifi supaya merendahkan suaranya. Fifi merengus.
Nina menarik nafas. Adakalanya terasa jengkel dengan sikap Fifi. Sudah menjadi isteri orang dan bakal menjadi ibu tak lama lagi, tapi sikap Fifi masih kebudak-budakan. Lebih suka mengikut rasa hati daripada cuba berfikiran rasional.
“Aku tak rasa Fandi sanggup ceraikan kau” Fifi hanya tersenyum sinis.
“It’s all about money Nina. Lagipun, dia ada deal dengan papa, nak cari adik dia yang hilang tu. Papa pun sama. Sanggup dia jual anak dia sendiri”
“You should not say that”
“It’s true isn’t it?” Nina menggelengkan kepala sekali lagi.
“Look girlfriend, I have to be frank. Kalau kau tak mengandung, mesti semua ni takkan jadi, betul tak?” Fifi tersentak, lalu menelan air liur. Pedih mendengar kata-kata Nina.
“I’m sure Uncle Yusuf ada sebab kenapa dia upah Fandi untuk kahwin dengan kau. You are pregnant without husband and that moron tinggalkan kau macam sampah. Kau dah malukan family kau, kau sedar tak?”
“At least Uncle Yusuf dengan Auntie Yati tak halau kau dari rumah. Kalau anak orang lain, aku rasa dah lama kena buang dengan family” Fifi hanya mendiamkan diri. Hatinya semakin terhiris.
“Janganlah ikut perasaan sangat, Fifi” Fifi tetap diam. Buat seketika, masing-masing tidak berkata apa-apa.
“Fifi…” Fifi memandang Nina dengan mata berkaca.
“Balik ni, bincanglah elok-elok dengan Fandi. Lagipun, kau dah nak bersalin. Tak eloklah gaduh-gaduh macam ni” Nina memberi nasihat ringkas. Fifi mengangguk perlahan.
“Lagipun, aku rasa, Fandi betul-betul sayangkan kau”
“Really?” Nina mengangguk. Fifi tersenyum sumbing. Nina menggelengkan kepala, memandang Fifi di hadapannya. Umur mereka sebaya, tetapi dalam sesetengah perkara, fikiran Nina lebih matang dari Fifi.
“Let’s go. Kita baliklah. Nanti family kau risau pulak” Nina berkata sambil menghulurkan tisu kepada Fifi lalu di sambut. Nina kemudian memanggil pelayan untuk membuat bayaran. Last edited by Nicki_Meow on 6-12-2012 04:00 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Nina menekan butang kunci automatic lalu masing-masing masuk ke dalam kereta Honda Jazz milik Nina.
Ketika berjalan menuju ke arah kereta, masing-masing mendiamkan diri, hinggalah sekarang. Nina menghidupkan enjin kereta dan membuka penyaman udara. Fifi menyandarkan diri di tempat duduk, kelihatannya lebih tenang kini.
“Babe” Fifi menoleh ke arah Nina.
“You’re going to be a mum anytime soon. Janganlah stress sangat pasal ni, okay?”
“Okay”
“And I’m sorry if I’ve hurt your feeling. I didn’t mean to…”
“Aku tahu”
“Friends forever?” Fifi tersenyum.
“Forever” Mereka berpelukan.
“Thanks for everything Nina”
“No problem” Pelukan di lepaskan lalu masing-masing tertawa.
Secara tiba-tiba, pintu belakang kereta di buka lalu di masuki seseorang. Fifi dan Nina menoleh ke belakang.
“Hello girls. Remember me?”
“Shah…” Fifi berkata perlahan. Shark tersengih. Sepucuk pistol yang sentiasa ada dengannya di keluarkan. Sengaja menayangkannya kepada Fifi dan Nina.
“Ini bukan pistol mainan. Jadi, kalau nak hidup lebih lama, ikut cakap aku”
“I’ll take this” Beg tangan Fifi yang berada di atas riba dan beg tangan Nina yang terletak di antara tempat duduk di rampas. Dengan pantas, telefon bimbit mereka di keluarkan dari beg tangan. Kerana tergamam, Fifi dan Nina hanya mampu melihat sahaja.
“Shah, apa you buat ni?”
“Shut up!…And you” Shark mengarahkan pistolnya pada Nina. Sesekali memerhatikan keadaan di luar. Clear!
“Drive!”
“What?… tapi…”
“Just shut up and drive” Nina yang panik, tidak dapat mencerna arahan Shark.
“NOW!” Shark menjerit. Terketar-ketar, Nina memakai tali pinggang keledar. Kemudian, dia menarik gear dari P ke D. Kereta itu mula bergerak.
“Don’t try to do anything stupid kalau nak selamat” Shark memberi amaran keras.
Kereta Honda Jazz sudah melepasi palang lalu meluncur keluar meninggalkan kawasan itu.
Last edited by Nicki_Meow on 6-12-2012 02:21 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
ohhh mann... saspendernyaa.... cpt la sambongggg |
|
|
|
|
|
|
|
adehhhh...tengah suspen gileee nih....nicki..smbg la sikit lagi naaaa....bepeluh2 baca part nih...
|
|
|
|
|
|
|
|
genchi posted on 6-12-2012 02:51 PM
ohhh mann... saspendernyaa.... cpt la sambongggg
wah kaka.. dah naik pangkat momod nampaknya...
|
|
|
|
|
|
|
|
suria74 posted on 6-12-2012 02:59 PM
adehhhh...tengah suspen gileee nih....nicki..smbg la sikit lagi naaaa....bepeluh2 baca part nih...:l ...
Okey... saya sambung.... SIKIT lagi....
|
|
|
|
|
|
|
|
Episode 74
Jam sudah menunjukkan pukul 10:15 minit malam. Suasana di dalam bilik bacaan Datuk Yusuf senyap sunyi. Fandi duduk berhadapan dengan kedua ibu bapa mertuanya namun kepala di tundukkan. Sikunya di atas peha manakala kedua-dua tangannya di belakang tengkuk, sesekali di urut perlahan, cuba mengurangkan tekanan yang di rasa. Datuk Yusuf turut berdiam diri walaupun dari raut wajahnya jelas kelihatan yang dia memikirkan sesuatu. Datin Haryati pula langsung tidak mampu menutup rasa risau dan cemas yang melanda perasaannya. Sudah beberapa kali nombor telefon Fifi didail tetapi tidak berjawab.
“Fandi” Setelah beberapa ketika berdiam diri, akhirnya Datuk Yusuf bersuara. Fandi mengangkat muka ke arah bapa mertuanya tetapi tidak menyahut. Pastinya dia juga serisau Datuk Yusuf dan Datin Haryati, memikirkan Fifi yang tidak pulang ke rumah dan tidak dapat di hubungi langsung.
“Fandi, kamu dengan Fifi ada masalah ke?” Fandi menarik nafas lalu di lepaskan perlahan. Berat rasa mulutnya untuk menjawab.
“Fandi, tolonglah. Siang tadi mama tengok Fifi macam ada masalah. Bila mama tanya dia tak nak jawab. Dia cuma cakap nak keluar dengan Nina”
“Keluar dengan Nina?” Pantas Fandi memotong kata-kata Datin Haryati. Ibu mertuanya menganggukkan kepala.
“Mama dah cuba call Nina?”
“Dah. Nina pun tak angkat phone” Fandi mengerutkan kening.
“Degil macam mana sekalipun, Fifi tak pernah buat perangai macam ni. Mama risaulah” Semakin resah kedengaran suara Datin Haryati. Fandi diam.
“Fandi, beritahu papa apa yang dah jadi” Kali ini, suara Datuk Yusuf kedengaran lebih tegas.
“Kontrak tu” Fandi menarik nafas sebelum menghabiskan ayat.
“Sofea dah tahu pasal kontrak tu. Kami gaduh besar malam semalam” Serentak Datuk Yusuf dan Datin Haryati berpandangan.
“Macam mana Fifi dapat tahu?”
“Saya yang cuai. Saya tak simpan kontrak tu betul-betul. Sofea baca dan lepas tu…”
“Lepas tu, apa?”
“Sofea mintak saya ceraikan dia” Berkerut kening Datuk Yusuf mendengar jawapan Fandi. Datin Haryati pula beristghfar perlahan beberapa kali. Fandi kembali menundukkan kepala.
Fandi mengeluh perlahan. Sebagai suami, dia berhak ke atas isterinya seratus peratus. Apabila sahnya akad nikah yang di lafazkan, serta-merta Sofea menjadi tanggungannya. Walaupun pada awalnya perkahwinan ini berdasarkan kontrak, dia bukanlah lelaki yang jahil akan tanggungjawab sebagai seorang suami. Dia tidak berpura-pura apabila dia melafazkan rasa cinta terhadap isterinya. Segala perbuatannya, segala kata-katanya lahir dari hati. Tapi, Fandi tiba-tiba keliru. Seandainya dia melanggar kontrak, Sofea tetap isterinya, hak miliknya dan Datuk Yusuf langsung tidak berhak untuk memaksanya menceraikan Sofea. Paling tidak, doa cuma kehilangan seratus ribu ringgit. Sekiranya benar dia cintakan Sofea, kenapa dia mengikut saja syarat-syarat yang tertulis di dalam kontrak? Apa perlunya dia merahsiakan perkara itu dari Sofea? Sebab wang?.Fandi kembali meragui keihklasannya sendiri menikahi Sofea.
Sungguh, dia berasa kesal. Dia akui, itu adalah silapnya. Bukan saja silap kerana cuai, kesilapannya lebih besar dari itu. Dia silap kerana tidak berterus-terang dengan Sofea tentang kontrak. Dia silap kerana merahsiakan perkara itu dari isterinya. Dia silap kerana pada awal pernikahannya dengan Sofea, niatnya tidak di sertai dengan sebenar-benarnya keikhlasan. Tanpa upah seratus ribu ringgit, belum tentu dia mahu bernikah dengan Sofea Raihana. Dia juga telah meminta Datuk Yusuf untuk mencari Nabilah sebagai salah satu syarat untuk bernikah dengan Sofea Raihana. Dan sebahagian kecil niatnya untuk bernikah adalah semata-mata untuk menutup rasa kecewa akibat di tinggalkan Alya. |
|
|
|
|
|
|
|
Telefon bimbit di tangan Datin Haryati berbunyi. Segera Datin Haryati memandang ke skrin, berharap yang panggilan itu adalah dari Fifi. Namun, harapannya berkecai. Nombor yang tertera bukanlah dari telefon bimbit Fifi tetapi dari nombor yang tidak di kenali dari talian tetap.
“Hello” Datin Haryati menjawab panggilan.
“Waalaikumussalam”
“Oh, Nora. Apa khabar?”
“Datin Nora, Nina’s mother” Sempat Datin Haryati memberitahu Datuk Yusuf sebelum kembali berbual dengan Datin Nora. Fandi dan Datuk Yusuf hanya memerhati dan mendengar sahaja Datin Haryati bercakap di telefon bimbit.
“Sihat. You apa khabar?”
“Nina?” Dahi Datin Haryati berkerut.
“Nina pun tak balik rumah lagi?” Agak tinggi suara Datin Haryati menyebabkan riak wajah Datuk Yusuf dan Fandi berubah.
“Tak”
“Ya, memang I tahu Fifi keluar dengan Nina”
“No, she’s not at my house”
“But Nora…”
“The problem is, Fifi pun tak balik rumah lagi. I pun dah banyak kali call handphone dia tapi tak jawab”
“I pun risau Nora…”
“I tahu, I faham” Datin Haryati mendiamkan diri seketika, mendengar saja butir bicara Datin Nora di telefon.
“Okay. Kalau ada apa-apa, I will call you”
“They will be fine. Insya Allah”
“Yes...okay”
“Waalaikummusalam” Panggilan di matikan. Datin Haryati ketika ini seperti mahu menangis.
“Ti” Datuk Yusuf menegur lalu berpindah tempat duduk ke sebelah Datin Haryati.
“Nina pun tak balik rumah lagi. Tak call, tak angkat phone, tak ada apa-apa” Datuk Yusuf memicit-micit dahinya. Bertambah buntu pula fikirannya sekarang ini. Fifi tidak pulang ke rumah, tidak mahu menjawab kerana merajuk, itu mungkin dapat di fahami. Tetapi, Nina juga tidak pulang dan tidak dapat di hubungi. Apa yang telah berlaku?
Sekali lagi telefon bimbit berbunyi tetapi kali ini milik Fandi.
“Sofea!” Fandi berkata agak kuat lantas menekan butang ‘answer’ dengan pantas.
____________________________________________________________________________
|
|
|
|
|
|
|
|
Fifi dan Nina memerhatikan saja tingkah laku Shark. Resah dan takut menguasai perasaan mereka. Tidak mampu melawan, tidak mampu berfikir, malah tidak mampu untuk membuat apa-apa. Pistol yang sengaja di genggam menggerunkan mereka.
“Hello…Sofea” Suara yang kedengaran di telefon bimbit milik Fifi amat jelas. Nada suara Fandi kedengaran agak tinggi. Sengaja Shark menggunakan ‘loudspeaker’ ketika menghubungi Fandi. Namun sama ada Fifi atau Nina, tidak berkata apa-apa kerana telah di beri amaran lebih awal supaya mendiamkan diri.
“Sofea. Awak kat mana ni? Kenapa awak tak jawab call dari tadi? Awak pergi mana?”
“Cakaplah Sofea. Jangan diam je”
“Nina ada dengan awak ke?”
“Sofea, saya tahu awak marahkan saya. Saya tahu saya salah. Tapi please, jangan hilangkan diri macam ni. Saya risaukan awak. Mama dengan papa pun risaukan awak. Baliklah Sofea. Kita bincang elok-elok” Kali ini Fifi tidak mampu bertahan lagi. Dia mula menangis teresak-esak.
“Sofea,.. sayang. Awak kat mana? Saya datang ambil awak sekarang” Kedengaran suara Fandi mula rendah, seolah memujuk.
“Awak…awak…” Fifi terus bersuara namun terdiam kembali apabila Shark merenung tajam ke arahnya.
“Sofea…jawablah. Awak kat mana ni?”
“Dia ada dengan aku!” Keras Shark bersuara.
“Kau siapa?!” Pertanyaan dari Fandi di jawab dengan ketawa.
“Bini kau bekas aku. Ingat lagi?”
Senyap sementara.
“Kurang ajar! Apa yang kau dah buat dengan Sofea?”
“Aku belum buat apa-apa lagi”
“Kau jangan cuba nak apa-apakan Sofea! Kalau tidak…”
“Kalau tidak, kau nak buat apa?” Pantas Shark memotong kata-kata Fandi.
“Apa yang kau nak?!” Shark hanya menyeringai lalu memandang sekilas ke arah tawanannya.
“Duit” Ringkas jawapan Shark.
“Duit? Duit apa?”
“Kalau kau nak bini kesayangan kau dengan kawan dia ni selamat, kau ikut cakap aku. Aku nak DUIT”
“Berapa banyak kau nak?”
“Satu juta”
“Kau gila ke? Mana aku ada duit banyak tu!”
“Eh, bapak mertua kau kan kaya. Lagipun, takkan Datuk Yusuf sanggup biarkan apa-apa jadi pada anak perempuan dia, betul tak?”
“Kau….” Senyap secara tiba-tiba. Hanya kedengaran dengusan nafas di hujung talian.
“Kalau jadi apa-apa pada Sofea, nahas kau aku kerjakan!”
“Kau siapa nak cakap macam tu pada aku? Kau belum kenal siapa aku lagi”
“Shah! Aku tahu kau jadi buruan polis sekarang. Berita pasal kau dah merata keluar dalam paper” Shark merengus.
“Bagus kalau kau dah tahu. Jadi, kalau kau taknak apa-apa jadi pada Fifi, baik kau ikut cakap aku. Aku nak kau sediakan satu juta ringgit. Aku bagi kau masa lima hari. Kalau tidak, cuma mayat aje yang kau jumpa”
“Celaka!”
“Lagi satu, kalau polis dapat tahu pasal ni, jangan harap kau dapat jumpa bini kau lagi” Setelah berkata begitu, Shark segera mematikan talian dan terus mematikan telefon. Fifi dan Nina yang duduk menikus ketakutan di pandang bergilir-gilir. Wajah Fifi di renung agak lama. Dalam diam, rasa rindu yang di pendam lama terubat sedikit.
“Sampai hati you buat I macam ni!” Tiba-tiba Fifi menjerit, menghamburkan perasaannya. Tangisannya masih ada. Jeritan itu menyebabkan Shark tersentak. Shark keluar dari bilik yang mengurung tawanannya. Pintu di hempas sekuat hati dan terdengar bunyi selakan dari luar.
Fifi dan Nina berpandangan. Nina juga tidak dapat menahan perasaanya lalu dia turut menangis teresak-esak. Mereka saling berpelukan.
___________________________________________________________________________________ |
|
|
|
|
|
|
|
Fandi mendegus kasar. Berkali-kali dia cuba mendail nombor telefon bimbit Fifi tetapi tidak dapat di hubungi. Sedikit kata-kata kesat terkeluar dari mulutnya.
“Fandi!” Datuk Yusuf segera menegur Fandi yang kelihatan tidak keruan. Fandi mundar-mandir menjawab telefon. Walaupun dapat di dengar segala biji butir, tetapi Datuk Yusuf belum dapat menangkap sepenuhnya apa yang telah berlaku. Tapi gerak hatinya mengatakan sesuatu yang buruk telah berlaku.
“Fandi, duduk!” Datuk Yusuf tidak boleh bersabar lagi lalu dia memberikan arahan. Fandi menarik nafas dan menurut.
“Fifi ke yang call?” Datin Haryati bertanya. Fandi masih diam, nafasnya turun naik.
“Apa yang jadi?” Setelah membiarkan Fandi bertenang beberapa ketika, Datuk Yusuf menyoal.
“Kenapa dengan Fifi?”
“Shah…Shah dah culik Sofea” Terkejut, tergamam. Begitulah reaksi kedua ibu dan bapa mertuanya.
“Dia mintak tebusan, satu juta ringgit” Fandi menyambung ayatnya apabila melihat Datuk Yusuf dan Datin Haryati tidak bersuara.
“Abang…Fifi…” Datin Haryati mula menangis. Datuk Yusuf tersandar di sofa. Mulutnya terkumat-kamit beristighfar. Fandi kembali mendiamkan diri.
Setelah beberapa ketika berkeadaan begitu, Datuk Yusuf bangun secara tiba-tiba lalu menuju ke arah meja. Telefon bimbitnya dicapai lalu mencari-cari nama dan nombor.
“Papa” Datuk Yusuf memandang ke arah Fandi.
“Shah bagi amaran, jangan report pada polis” Fandi berkata. Datuk Yusuf sekadar mengangguk tetapi tidak mengendahkan kata-kata Fandi. Nombor yang di kehendaki sudah terpapar di skrin lalu dia segera mendail.
“Hello, Hisham. Datuk Yusuf sini”
“Datuk.. apa yang saya boleh tolong? Pasal Nabilah lagi ke? Rasanya saya…”
“Tak tak. Bukan pasal Nabilah”
“Oh…Datuk nak mintak tolong pasal apa?”
“Apa yang awak tahu pasal Shahrizal Salleh?”
“Kenapa Datuk tanya?”
“Tell me now!”
Senyap seketika.
“Dia sekarang jadi buruan pihak polis. Dia dengan kawan-kawan dia di kehendaki pihak polis atas tuduhan membunuh dan mengedar dadah” Sekali lagi Datuk Yusuf beristghfar
“Jadi, berita pasal Shahrizal yang keluar dalam news semalam?”
“Betul Datuk” Datuk Yusuf menarik nafas.
“Hisham”
“Ya Datuk?”
“Anak saya”
“Kenapa dengan anak Datuk?”
“Shahrizal culik anak saya”
Terdengar tarikan nafas panjang di hujung talian. |
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 6-12-2012 03:45 PM
wah kaka.. dah naik pangkat momod nampaknya...
hohoh mana momod.. momok boleh la..
|
|
|
|
|
|
|
|
tq nicki...terubat rasa rindu ngan sofea n fandi....debuka debak baca part nih...adakah fifi ngan nina selamat...heheheh sambil berdoa semoga semuanya selamat dan sofea balik semula ngan fandi...luv both of them...
|
|
|
|
|
|
|
|
huhuhuuu.. jgan fifi terberanak masa kene culik dah ler.. |
|
|
|
|
|
|
|
alaaaa..mana sambungannyeee nieee....
nak lagi naak lagii.... |
|
|
|
|
|
|
|
sila sambung lg cek puan nicki...x sbr den nk baca nih |
|
|
|
|
|
|
|
@Nicki_Meow,
Mana sambungnya?...adakah tiba2 sofea mula nak beranak...alih2 kawn baik & si shark lak kena sambut baby ke...pastu shark insap ke rela serah diri...rupanya polis dh kepong diorg ke...sbb selama ni shark diekori ke....manyk sgt speku ke aku ni...mana Tuan Umah kedaung nih... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|