CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: atira

[Jenayah] SR, Wall Street Journal berterusan memfitnah Najib- PANAS! bukti dah keluar

[Copy link]
Post time 22-7-2015 08:15 PM | Show all posts
Senarai hitam Najib juga, tuntut Kit Siang

5:43PM - 22 Jul 2015
http://www.malaysiakini.com/news/305864


Senaraihitamkan Datuk Seri Najib Razak dan tokoh lain yang berkaitan dengan isu 1MDB - itu kemahuan Lim Kit Siang selepas Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua dilarang ke luar negara hari ini.

Bercakap dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini, kerajaan mesti berlaku adil dan memberi penjelasan mengapa Pua dihalang membuat perjalanan ke luar negara.

Turut disenarai hitam oleh Jabatan Imigresen Malaysia ialah Ahli Parlimen Pandan yang juga Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli.

"Ahli parlimen dilarang meninggalkan negara ini. Saya fikir rakyat berhak tahu mengapa mereka dihalang.



"Saya mahu bertanya - adakah semua orang yang terbabit dalam isu 1MDB kini disenarai hitam? Adakah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga disenaraikan? Jika ada sesiapa yang berhak disenarai hitam, ia adalah Najib," katanya.

Terdahulu, Pua gagal melepasi pemeriksaan imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ketika dalam perjalanan ke Indonesia.

Kata Lim, dalam keadaan semasa Tun Dr Mahathir Mohamad - yang kini menjadi pengkritik 1MDB paling keras - juga mungkin berdepan larangan ke luar negara.


Teori konspirasi

"Banyak perkara aneh dan luar biasa berlaku ketika ini. Saya fikir ia (larangan terhadap Dr Mahathir) sangat mungkin," katanya.

Semenara itu Ahli Parlimen Serdang, Ong Kian Ming yang hadir dalam sidang media sama mengesahkan, bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Datuk Shahrol Halmi dan CEO ketika ini, Arul Kanda Kandasamy, tidak termasuk dalam senarai larangan ke luar negara.

Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong (gambar) pula berpendapat larangan perjalanan itu adalah permulaan kepada tindakan keras kerajaan terhadap mana-mana pihak yang terbabit dalam kes 1MDB.



Liew merujuk kenyataan itu kepada penjelasan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar pagi tadi yang memberitahu, polis mungkin menangkap individu dinamakan oleh Lester Melanyi dalam pengakuan videonya.

Dalam kenyataan itu, Lester mendakwa beberapa pihak terbabit dalam konspirasi bagi menyingkirkan perdana menteri dan menggagalkan 1MDB.

"Ketua Polis Negara mesti menjelaskan apa dimaksudkan dengan teori konspirasi itu dan siapa yang dimaksudkan," katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2015 08:18 PM | Show all posts
Nasib Tony Pua, Dr Mahathir tak sama

8:00PM - 22 Jul 2015
http://www.malaysiakini.com/news/305876


Sehingga malam ini tiada larangan dikenakan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad untuk ke luar negara walaupun bekas perdana menteri itu adalah antara tokoh paling lantang mengkritik Datuk Seri Najib Razak.

Semakan di laman sesawang Jabatan Imigresen Malaysia menunjukkan status "Tiada halangan" pada nama Dr Mahathir.

Kemungkinan itu difikirkan sesetengah pihak apabila dua ahli parlimen pembangkang disahkan dilarang meninggalkan negara ini.

Mereka ialah Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli.

Pua disekat daripada menaiki kapal terbang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang ketika ingin berkunjung ke Indonesia hari ini.
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2015 08:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni tanda tanda najib akan jatuh tak lama lagi...tengok sejarah
Tunisia
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2015 09:05 PM | Show all posts
Ni tanda najib mmg tadak tulur.
Apa mau ckp lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2015 09:12 PM | Show all posts
Pua ke S'pura lepas dokumen bocor diberitakan

8:19PM - 22 Jul 2015
http://www.malaysiakini.com/news/305879


MP Petaling Jaya Utara Tony Pua berkata rekod pasportnya membukti sebaliknya berhubung dakwaan beliau menemui bekas eksekutif PetroSaudi International Ltd (PSI) Xavier Andre Justo.

Pua berkata satu-satunya cop yang menunjukkan beliau memasuki Singapura pada 19 Mac tahun ini.

Ia selepas laman web pemberi maklumat Sarawak Report menerbitkan dokumen bocor mengenai perjanjian PSI dengan 1MDB pada 1 Mac.



"Mudah, saya mempunyai pasport bersama saya sekarang," kata Pua dalam sidang medianya hari ini mengenai larangan perjalanan yang dikenakan oleh Putrajaya.

Pemimpin BN menuding jari kepada Pua berikutan dakwaan polis Thailand bahawa Justo telah bertemu tokoh pembangkang, seseorang pemimpin Umno dan taikun media di Singapura.

Tuduhan terhadap Pua semakin hebat selepas bekas wartawan Lester Melanyi yang mendakwa telah bekerja dengan editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown, menuduhnya mengubah dokumen bagi memburuk-burukkan 1MDB dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Pua mengancam untuk menyaman Lester jika beliau tidak menarik balik dakwaan itu pada Julai 27. Ancaman itu tidak mungkin memberi apa-apa kesan kerana Lester telah muflis sejak Jun 2012.

Beliau juga menafikan pernah berjumpa dengan Lester.
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2015 09:18 PM | Show all posts
Edited by EJALTI at 22-7-2015 01:19 PM

WSJ pertahan laporan, peguam Najib timbang langkah seterusnya

OLEH V. ANBALAGAN, PENOLONG PENGARANG BERITA
Published: 22 July 2015 7:58 PMhttp://www.themalaysianinsider.c ... -langkah-seterusnya


Peguam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan ambil tindakan seterusnya terhadap The Wall Street Journal susulan pendirian akhbar itu terhadap artikelnya berkaitan jutaan ringgit daripada 1MDB dimasukkan ke akaun peribadi Najib. – Gambar fail The Malaysian Insider, 22 Julai, 2015.


Peguam Datuk Seri Najib Razak sedang memikirkan tindakan seterusnya yang akan diambil terhadap The Wall Street Journal (WSJ) selepas akhbar itu mengulangi pendiriannya berdiri teguh di belakang laporannya yang jutaan ringgit dimasukkan ke dalam akaun bank peribadi perdana menteri.

Najib akan dinasihatkan langkah berikutnya untuk diambil selepas mereka mengkaji jawapan daripada WSJ dan penerbitnya Dow Jones & Company, kata peguam perdana menteri Wan Azmir Wan Majid kepada The Malaysian Insider dalam satu kiriman teks melalui SMS.

"Saya tidak boleh mengulas perkara ini sehingga saya melihat jawapannya," kata Wan Azmir, yang mengendalikan arahan menghantar surat kepada WSJ itu, sambil menambah beliau kini berada di luar negara.

Dow Jones hari ini berkata ia sudah memberi respons kepada permintaan penjelasan daripada peguam yang mewakili Najib, lapor Malay Mail Online memetik jurucakap penerbit itu.
Jurucakap itu berkata, penerbit itu mempertahankan kesahihan laporannya. – 22 Julai, 2015.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-7-2015 09:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru baca kat internet td rupenye clara rewcastle brown srwk report ni ipar british ex prime minister Gordon Brown, katenye nak gune political cable british government utk kes 1mdb, selayaknyelah jibby berani nak lwn bukan sebarangan org
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2015 09:38 PM | Show all posts
ala jibby  juara kampung..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2015 09:41 PM | Show all posts


kak ros da bukak mulot ?

Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2015 10:43 PM | Show all posts
pembangkang, pengkritik, rakyat marhaen yg setakat hutang ptptn kena halang ke luar negeri
pembunuh, kaki songlap berbillion duit rakyat pula bole keluar masuk berjimba2
second north korea in the making
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2015 06:06 AM | Show all posts
dani-rox replied at 22-7-2015 10:43 PM
pembangkang, pengkritik, rakyat marhaen yg setakat hutang ptptn kena halang ke luar negeri
pembunuh ...

negara donia ketiga....
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2015 09:10 AM | Show all posts
malaysia kearah negara diktator afrika
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2015 11:24 AM | Show all posts
EJALTI replied at 22-7-2015 09:18 PM
WSJ pertahan laporan, peguam Najib timbang langkah seterusnya

OLEH V. ANBALAGAN, PENOLONG PENGAR ...

Tak habis timbang kati lagi ke Jibby???

Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2015 11:32 AM | Show all posts
akubest replied at 22-7-2015 06:39 PM
astaga....

yg rapiji ngan tony pua plak yang kena dok dendiam...

Tak heran pun kalau Rafijik kena masok jel, sebab dia sekaranghpandai buat lawak sampai pecah perot aku ketawa.................
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2015 12:00 PM | Show all posts
Nak saman nak saman tak gek saman saman..asyik timbang jer,.................alih alih dah tahun depan
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2015 12:04 PM | Show all posts
kalo saman abis laa pecah tembelang...ko jd je laa pm najib..cepat skit umno terkubur kat PRU nnt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2015 12:08 PM | Show all posts
Bile mau saman nih??x cukup ka tentukn 2 mggu..xkn 2 bulan kot
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2015 12:11 PM | Show all posts
kecimpret replied at 23-7-2015 12:04 PM
kalo saman abis laa pecah tembelang...ko jd je laa pm najib..cepat skit umno terkubur kat PRU nnt:lo ...

heheh tu lah biarler dah nak jadi sgt PM......... jadi lah sementara ada rezeki tu..tapi jgn ler asyik emo and sentap kalau marhein complain and suruh selesaikan masalah negara yang walaupun katanyer punca masalah dr zaman TUN dulu.

INi ber-rebut rebut nak jadik PM......... ada issue negara jer.kata ni punca dr zaman TUN...........pemimpin apa tu lol..takder maknanyer camtu.

Tengukjer lah dia jadik pemimpin..pastu cukup time marhean pangkah ..jgn lak main tipu lol....... kira bagi betul dan tulus........

Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2015 12:53 PM | Show all posts

hahahah
btol tu
bolehland

Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2015 01:18 PM | Show all posts
jilake WSJ. depa buat derk je dengan najib. depa tak tau ke najib ni sapa?

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 02:18 AM GMT+8 , Processed in 0.135996 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list