|
RIANZ PARADISE VOL. 60 - VOTE ABPBH & LAGU2 BARU, RIA@SABAH(30/1-2/2)
[Copy link]
|
|
sambungan semalam>>>
Dalam hati aku bersyukur, sesungguhnya kalau bukan salahku tentu Allah pun akan memihak kpdku. Azam bukannya lelaki tuli yg cemburu buta, setidak-tidaknya dia bertanya, kalau lelaki lain mahunya aku ditempeleng bbrp kali dgn keadaan semalam. Yg peliknya mengapa Fariz langsung tidak turun dari kereta ketika Azam di situ semalam? Apakah yg sebenarnya berlaku?
Tengah hari itu selepas selesai kuliah pagi dan selesai sudah perbincangan yg memenatkan diri semenjak semalam aku terus saja menuju ke library. Hampir saja ke jam satu tgh hari ada mesg dr Azam.
'Nak guna kereta, I'll be there in 10 minutes'
Aku pula menjwb
'OK'
Tak sampaipun 10 minit sebuah kenderaan plat Z sudah berhenti dekat dgn tempat aku berdiri, Azam keluar dgn uniformnya tergesa-gesa. Cepat saja kunci kereta dicapai dr tgnku.
"Nak pergi mana ni?" entah mengapa aku ingin tahu pula ke mana arahnya. Selalu tak pernahpun aku bertanya begitu. Dia tersenyum manis.
"Nak jemput Daniel dari sekolah, mama dia tak ada, then nak bawa dia lunch" aku terkedu tanpa kata. Sampai begitu sekali gigihnya hanya kerana Daniel?
Entah mengapa fikiranku benar2 terganggu, nasib baik kelas lewat petang ditunda esok, dapat juga aku berehat lama. Masalah semalam masih hangat ditambah pulak dgn yg lg satu hari ini. Apalah yg penting sgt sampai sanggup bersusah payah menjemput, membawa budak itu makan tgh hari, mamanya ke mana? Bukannya bekerja pun, goyang kaki aja. Mengapa tiba2 aku jadi cemburu, setakat anak secomel Danielpun aku nak cemburu? itu baru namanya cemburu buta!!
Adakah kerana Daniel memberi tahu nama papanya Azamuddin? Takkanlah dia mereka-reka cerita, budak tu cerdik. Hendak buta2 bertanya, lagi tak sesuai, takut perkara lain yg lebih sensitive pula yg timbul, bak kata Azam banyak hati yg hendak dijaga, termasuk hatiku. Apa maksudnya banyak hati? Siapa lagi yg terlibat? Sesaknya fikiranku ketika ini.
Jam di tgn sudahpun ke pukul 6 petang, aku cepat2 mencapai beg, meninggalkan library. Message dr Azam lagi, 'Pkl brp balik?' pantas aku menjwb, 'Now' Cepat pula dia membalas, 'Gv me 10 mnts' aku tersenyum, save duit taxi terus menjwb, 'OK'
Bila sampai sahaja kereta itu di depanku, tersengih sikecil itu dr tempat duduk belakang.
"Hi, aunty" tegurnya ramah. Azam tdk lg memakai uniform, entah bila masa dia balik kerumah, rasa malas pula nak bertanya, entah2 tukar baju kat rumah 慽sterinya?yg lagi satu. Ngeri aku bila mula memikirkan yg tdk-tdk.
"Hi Daniel, mama mana?" Tanyaku.
"Mama pergi rumak Tok tadi, after lunch" katanya bersahaja. Oh baguslah seisi keluarga pergi lunch, what a happy family! Aku jugak sorang2 kat kampus, sudahlah tak dijemput sama. Makin terbakar isi perutku. Malas nak bersuara lagi. Rasa semakin berang saja. Pantas saja kereta itu menuju ke rumah Dtk Hashim, aku makin geram, baguslah, nak ambil mak Daniel pulak, nak hantar balik, tak pun nak pergi dinner. Hatiku merengus dgn geramnya.
"Jom singgah sekejap" kata Azam, aku cuma membatu di situ. Daniel sudahpun berlari masuk ke dalam.
"Tak apalah, I kat sini aja, seganlah dgn jeans begini" kataku memberi alasan.
"Sayang, what's wrong with you? " suara Azam tiba2 tinggi seakan marah.
"Nothing!" bentakku tinggi juga.
"Then, masuklah sekejap" Azam mendesak membuka pintu kereta di sebelahku.
Terpaksalah aku masuk mengikutnya bila kelibat Datin yg sudah kelihatan di muka pintu. Muka yg mencuka cepat menjadi manis, pandai aku berlakun di depan isteri Dtk Hashim.
"Fauziah dari kelas ke?"
"Ya Datin" jwbku segera besalaman.
"Makan di sinilah malam ni, dah alang2 hantar Daniel ni, lgpun dah malam ni" katanya begitu mesra. Aku tak setuju langsung seratus percent
[ Last edited by blingblings at 2-2-2009 12:59 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by blingblings at 2-2-2009 12:37 PM ![](http://eforum1.cari.com.my/images/common/back.gif)
amboi JJ selamat bercoti.........
boring r citer kat tv
tgh baring2 lam bilik ni.....sambil lyn stok
igtkn nk tido kejap...penat kemas umah![](static/image/smiley/default/tongue.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by joenjohana at 2-2-2009 12:46 PM ![](http://eforum9.cari.com.my/images/common/back.gif)
boring r citer kat tv
tgh baring2 lam bilik ni.....sambil lyn stok
igtkn nk tido kejap...penat kemas umah
rajin benar...mai lah sini tlg kemaskan umah akk ni...ahakkkk |
|
|
|
|
|
|
|
Adui kenyang nya..makan nasi kukus..
Alhamdulillah.. |
|
|
|
|
|
|
|
sambung lagi masa org tak ada ni
"Minta maaf Datin, saya banyak assignment, mandi pun belum, lain kali sajalah" mmg itu alasan yg benar. Azam entah hilang ke mana, Daniel juga. Aku meninjau-ninjau mencari mrk sbb aku tak mahu lama2 di situ. Bagai ada suara yg ku kenal di belakang, bila aku menoleh mmg lelaki itu.
"Buat apa kat sini?" entah dari mana munculnya Fariz, aku lupa, itukan rumah ibu bapanya!
"Hantar Daniel balik sini" kataku pantas.
"Awal pulak you balik hari ini?" aku tak menjawab
"You datang dgn Azam? Bukan siang tadi Azam keluar dgn Syafikah?" Pelik soalannya spt membakar jiwaku.
"What is your problem?" tanyaku mulai berani bercampur geram.
"Nothing, I was just telling you, that's all, tk salah kan?" Fariz mmg batu api yg sengaja mencari pasal dgn ku.
"Anyway dah jumpa phone you?" tiba2 baik pula soalannya jauh menyimpang dr tadi.
"Sudah!" jwabku berpaling, hanya beberapa tapak sahaja Azam di belakangku. Patutlah pandai dia mengubah topik. Aku melintasi Azam dan terus bersuara dgn tegas.
"I'm going back, if you want to stay you ambil taxi balik" Azam hanya terdiam memandang wajahku tajam dan kemudian ke wajah Fariz di belakangku. Segera aku mengadap Datin yg sebuk melayan Daniel makan, meminta diri untuk pulang.
"Daniel, tak salam dgn papa Azam, papa dah nak balik tu" bagai menyimbah minyak ke api patah-patah perkataan Fariz yg menduga kesabaranku. Aku sudah tak tahan lagi berada di dalam rumah itu. Wajah Datin terus berubah, tp wajah Azam aku tak tahu, mungkin dia tak kisahpun, sememangnya Daniel anaknya. Selepas bersalaman aku keluar mengikut Azam. Di dalam kereta kami hanya berdiam diri. Di waktu itu kalau sepatah kalam keluar dr mulut Azam, aku akan menjerit sekuat-kuat hati. Pandangan Azam hanya ke jln raya, bagai tak berani berpaling memandang wajahku yg sedang terbakar hampir hangus.
Tiba-tiba telefon tgn Azam berbunyi, dia terus mencapai dan melihat nombornya dan cepat diberikan kpd ku, aku hanya menekan butang hijau dan mendengar.
"Azam, you tak tunggu I, you cakap nak dinner dgn Daniel" lantang suara 'isterinya' bersuara, siang tadi dah makan tgh hari malam pun nak dinner, amboi cantiknya perangai, bentakku dlm hati. Aku cuba bersabar dan menjwb.
"Fauziah sini, Azam tgh drive" kataku menjawab.
"Oh! Sorry lah, why you all tak tunggu, I ingat nk ajak you all dinner sini, since Fariz sudi datang malam ni" katanya seperti mengubah ayat tadi.
"I yg tak free banyak assignment, Azam free kot, nanti I tanya dia" aku menutup telefon itu dgn tapak tgn.
"You janji nak dinner dgn Syafikah dan Danielkah? Ini dia suruh patah balik" ?sengaja aku katakan begitu, menduganya.
"No! bagitau dia, lain kali, I pun sibuk" Azam menjawab.
"Syafikah, minta maaflah, kita dah on the way back, dah jauh pun, lagipun bukan senang you nak jumpa Fariz dinner sama-sama, enjoy your dinner, lain kali ada lagi" aku cuba berbahasa agar tdk menyinggung perasaannya.
"Pls say thanks you to Azam, tlg jagakan Daniel dr tgh hari tadi, I ada kat KLIA, brg2 I dr U.K just arrived. Sorrylah dah banyak menyusahkan you berdua" penjelasan Syafikah bagai menyenangkan hatiku yg tengah marah.
"I will" kataku sambil menutup telefon itu
Azam memalingkan wajah memandangku.
"Thank you sayang" senyumannya makin lebar.
"I'm hungry" kataku sambil tersenyum puas.
Azam terus memandu ke arah restauran pizza hut yg tdk jauh dr mana kami berada. Keluar saja dr kereta tgnku digenggam erat masuk ke dalam. |
|
|
|
|
|
|
| |
|