“Saya sentiasa mendoakan Shahir untuk berjaya mencapai cita-citanya. Saya berharap dia tidak berubah dan menjadi Shahir seperti dulu. Sehingga masa akan datang, saya harap dia tidak lupa diri,” katanya lagi.
Dengan wajah yang kacak dan murah dengan senyuman itu, tidak mustahil Shahir menjadi kegilaan ramai anak-anak gadis.
Mahanum jelas tidak menolak mana-mana gadis yang mahu menjadi menantunya sekiranya itulah pilihan Shahir.
“Saya tahu dia pandai buat pilihan. Mana-mana perempuan yang dia pilih saya terima. Cukuplah jika perempuan itu seorang yang baik, hormat orang tua dan solehah,” katanya.